Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KAUNSELOR DAN PENTADBIR DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KAUNSELOR DAN PENTADBIR DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH"— Transcript presentasi:

1 KAUNSELOR DAN PENTADBIR DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH
PERSIDANGAN ANTARABANGSA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING MALAYSIA 2018 JARINGAN KERJA KAUNSELOR DAN PENTADBIR DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH DISAMPAIKAN OLEH: ABDUL GAFFAR B. KUNCHI MOHD PENGETUA CEMERLANG SMK ENGKU HUSAIN

2 PERJAWATAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM)

3 i. Pelantikan Kuanselor Sepenuh Masa
(Kaunselor Pelajar) KP(BS-HEP) 8543/60/(91) bertarikh 18 Mac 1996 ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1996; Panduan Tambahan: Pelantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah KP(BS)8591/ Jld.VIII/(35) bertarikh 11 Julai 1996 iii. Perlaksanaan Kaunselor Sepenuh Masa KP(BS)8591/ Jld.VII/(56) bertarikh 6 Mei 1997

4 iv. Tugas dan Peranan Kaunselor Pelajar
Pelaksanaan Kaunselor Sepenuh Masa KP(BS/PSR)8542/019 Jld.II(9) bertarikh 27 Mei 1998 v. Penempatan Guru Kaunseling Sepenuh Masa KP(BS-HEP) 8543/019/Jld.II(45) bertarikh 21 Mac 1999; dan vi. Perjawatan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah KP(PP)0051/1/Jld.8/(24) bertarikh 3 Ogos 2001

5 vii. Pengurusan Guru Bimbingan dan Kaunseling Di
Sekolah Rendah Dan Menengah Seluruh Negara KP(BPSH-SPPK)601/3 Jld 2(56) bertarikh 26 Ogos 2008 viii.Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah Seluruh Negara KP(BPSH-SPPK)601/3 Jld 3(19) bertarikh 03 Disember 2008 ix. Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling KP(BPSH-SPPK)601/3 Jld 3 (23) bertarikh 17 Disember

6 Semua GBKSM yang telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah dikecualikan daripada tugas mengajar secara tetap dan berjadual bagi memastikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat dilaksanakan

7 WAKTU BERTUGAS DAN CUTI GBKSM

8 Waktu bertugas dan cuti GBKSM adalah sama
seperti guru akademik yang lain iaitu mengikut waktu sesi persekolahan. Walau bagaimanapun, GBKSM hendaklah melaksanakan arahan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa meliputi waktu bertugas pada hujung minggu jika diperlukan merujuk kepada program-program fokus perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Surat siaran Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM, KP(BPSH-SPPK)601/3Jld.3(23) bertarikh 17 Disember 2008 adalah dirujuk.

9 PENUBUHAN JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH

10 Keanggotaan Jawatankuasa ini hendaklah terdiri
daripada Penolong Kanan HEM Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Ketua-ketua Bidang Penyelaras Tingkatan/Tahun Guru Disiplin Ketua Guru Asrama (Sekolah Berasrama) Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk membantu dan menyelaras semua aktiviti yang dirancang supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

11 FOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

12 Berdasarkan kepada analisis kajian keperluan murid
di peringkat sekolah. KPM telah menetapkan supaya fokus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah berdasarkan kepada; a. Pembangunan dan pengembangan sahsiah murid; b. Peningkatan disiplin murid; c. Pendidikan kerjaya murid; dan d. Psikososial dan kesejahteraan mental murid.

13 Surat siaran KPM Bil. 12 Tahun 2012, KP(BPSH-SPKD)201/005/02 Jld
Surat siaran KPM Bil. 12 Tahun 2012, KP(BPSH-SPKD)201/005/02 Jld.4(5) bertarikh 16 April 2012 Perekayasan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah hendaklah dirujuk.

14 SASARAN KERJA GBKSM

15 Sasaran kerja seseorang GBKSM di sekolah pada
setiap minggu hendaklah berdasarkan kepada aktiviti berikut; Bil Perkhidmatan Sasaran Seminggu i. Sesi Kaunseling Individu 5 Waktu ii. Sesi Kaunseling Kelompok 1 Waktu iii. Perlaksanaan Kelas Ganti (Modul Perkhidmatan Bimibingan dan Kaunseling 8 Waktu (maksima) iv. Pelaksanaan Program Empat Fokus Bidang 8 waktu v. Pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan B&K 10 waktu Jumlah waktu seminggu 32 waktu

16 KELAS GANTI DAN PENGGUNAAN SET MODUL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

17 GBKSM hendaklah melaksanakan Modul Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling yang telah disediakan oleh KPM. Modul ini hendaklah digunakan semasa kelas ganti ataupun dalam program-program khas yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah Modul terebut hendaklah digunakan bersama-sama dengan senarai semak pelaksanaan modul untuk memastikan penggunaan modul tiada pertindihan tajuk antara GBKSM yang memasuki kelas-kelas ganti

18 PROFIL MURID

19 Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah menyediakan dan menyimpan profil murid kumpulan khusus yang boleh dijadikan rujukan bagi pembangunan potensi murid serta program intervensi untuk menangani kes-kes salah laku disiplin dalam kalangan murid

20 PENGURUSAN KEWANGAN PCG BIMBINGAN DAN KAUNSELING

21 Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah merancang pengurusan Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling sekolah secara teratur dan berhemah serta mematuhi peraturan penggunaan wang berkenaan mengikut Pindaan Ke Atas Surat Pekeliling Kewangan Bil.8 Tahun 2012, KP(BKEW/BT) 1800/G-03 Jld.2 9s.k 6)(16) bertarikh 17 Jun 2013

22 PELAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG

23 Pihak sekolah hendaklah merancang dan berusaha menggembelengkan semua sumber dan sistem sokongan sekolah ke arah pembentukan ekosistem sekolah penyayang. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang mesti diteruskan sepanjang masa dan dijadikan budaya dalam kalangan guru di sekolah

24 PROGRAM MINDA SIHAT

25 Semua sekolah menengah perlu melaksanakan Program Minda Sihat sepanjang masa bagi memastikan murid-murid sekolah yang menghadapi masalah kesihatan mental dan emosi dapat dibantu dengan segera. Pihak sekolah perlu bekerjasama dengan Pihak Pejabat Kesihatan Daerah untuk kes-kes yang memerlukan rujukan pakar perubatan Pelaporan Program Minda Sihat perlu dilengkapkan dua kali setahun (Januari hingga Jun – Fasa 1 dan Julai hingga Oktober – Fasa 2.

26 DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN)

27 Pihak sekolah hendaklah melaksanakan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) mengikut Surat Siaran KP(BPSH-SPKD)601/62 J ld.8(14) bertarikh 06 Jun, 2013

28 PROGRAM PENDIDIKAN KERJAYA (PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK)

29 Pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pendidikan Kerjaya kepada murid-murid seperti yang terkandung dalam Surat Siaran, KP(BPSH-SPKD)601/01 J LD.9(70) bertarikh 24 April, 2014 hendaklah dirujuk. Setiap murid hendaklah disediakan Profil Hala tuju Pendidikan dan Kerjaya yang mana murid perlu menjalani ujian-ujian inventori kerjaya untuk mengenal pasti potensi dan kekuatan diri bagi merancang hala tuju pendidikan dan kerjaya mereka pada masa hadapan.

30 PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS

31 Program Kaunseling berfokus hendaklah diteruskan pada peringkat sekolah dengan memberi fokus kepada kumpulan pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid

32 OUTREACH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

33 GBKSM digalakkan melaksanakan outreach juga kajian tindakan berkaitan dengan bidang bimbingan kaunseling dan yang bersesuaian. GBKSM juga digalakkan berkongsi hasil outreach dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di sekolah untuk menyampaikan maklumat tentang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling serta berkongsi dari segi ilmu dan kemahiran-kemahiran kaunseling bagi membina budaya sihat dan penyayang dalam kalangan warga sekolah

34 KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING / KERJAYA

35 GBKSM perlu menjadi guru penasihat Kelab Bimbingan dan Kaunseling / Kerjaya.
GBKSM hendaklah merancang dan melaksanakan aktivti-aktiviti bagi menyediakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk perkembangan menyeluruh selaras penglibatan aktif murid dalam kokurikulum. Keahlian kelab ini terbuka kepada semua murid dan tidak terhad kepada PRS sahaja.

36 PENGLIBATAN GBKSM DALAM PROGRAM DAN AKTIVITI LUAR

37 GBKSM hendaklah memberi keutamaan kepada tugas dan perkhidmatannya di sekolah.
Bagi memastikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berjalan lancar dan sempurna, pihak sekolah hendaklah mengawal sebarang penglibatan GBKSM dengan program dan aktiviti luar kecuali program dan aktiviti yang relevan dengan perkhidmatannya yang dikendalikan oleh pihak KPM, JPN dan PPD.

38 Surat Siaran KPM Bil. 12 Tahun 2012, KP(BPSH-SPKD)201/005/02 Jld
Surat Siaran KPM Bil.12 Tahun 2012, KP(BPSH-SPKD)201/005/02 Jld.4(5) bertarikh 16 April 2012, Perekayayasan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah yang berkaitan jumlah hari yang dibenarkan keluar untuk menjalankan aktiviti luar sekolah hendaklah diguna pakai.

39 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GBKSM DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM

40 GBKSM di sekolah tidak diberikan jawatan utama seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih Permainan, Guru Pusat Sumber dan Ketua Penasihat Kelab kecuali Ketua Guru Penasihat kepada Pembimbing Rakan Sebaya dan Kelab Unit Bimbingan dan Kaunseling / Kerjaya. Surat siaran KPM, KP(BPSH-SPPK) 601/3 jld.3(19) adalah dirujuk.

41 KEBERADAAN GBKSM DI SEKOLAH SEMASA MURID-MURID MENGHADAPI PEPERIKSAAN DAN PENYERAHAN KEPUTUSAN UPSR, PT3, SPM DAN STPM

42 GBKSM hendaklah memastikan dan memantau tahap emosi murid supaya berada dalam keadaan memuaskan sepanjang tempoh peperiksaan dilaksanakan. Keberadaan GBKSM di sekolah semasa peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM dilaksanakan amat membantu dalam mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu murid mengurus emosi dengan baik apabila berhadapan situasi krisis semasa peperiksaan dilaksanakan.

43 ISU BERKAITAN PERLAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

44 1.0 PENTADBIR Pentadbir tidak faham sepenuhnya skop tugas dan arahan pekeliling Unit Kaunseling. Wujud arahan guru kaunseling perlu mengajar (terutama di sekolah rendah). Guru Kaunseling digunakan untuk kelas ganti melebihi arahan pekeliling (8 waktu seminggu, maksima 2 waktu sehari)

45 1.0 PENTADBIR Guru kaunseling diberi tugasan / tanggungjawab lain tidak mengikut pekeliling perkhidmatan kaunseling. Wujud kumpulan pentadbir yang tidak “support” unit kaunseling. Guru Kaunseling tidak dapat memaksimakan penggunaan jadual waktu persendirian mereka kerana perlu “tunggu” kelas ganti baharu dapat merancang tugasan-tugasan wajib yang lain.

46 2.0 GURU-GURU AKADEMIK Berlakunya “miss conception” dalam kalangan guru yang menganggap guru kaunseling tiada kerja kerana tidak perlu masuk kelas secara tetap.

47 2.0 GURU-GURU AKADEMIK Wujud guru yang tidak memberi kerjasama apabila Unit Kaunseling menjalankan program untuk murid. Contoh : Tidak membantu mengawal disiplin murid ketika program.

48 2.0 GURU-GURU AKADEMIK Mengharapkan Guru kaunseling mengatasi masalah
dalam kalangan murid tetapi dalam masa yang sama tidak membuat rujukan ke atas murid bermasalah tersebut dengan betul menggunakan Borang Rujukan Kaunseling dan menyatakan dengan jelas permasalahan murid tersebut

49 2.0 GURU-GURU AKADEMIK Tidak faham tatacara sesi kaunseling dan beranggapan cikgu kaunseling perlu mencari sendiri murid berkeperluan sedangkan sesi kaunseling boleh berlaku dengan 3 cara iaitu - murid secara sukarela hadir untuk sesi kaunseling - guru kaunseling memanggil murid untuk sesi kaunseling - guru-guru merujuk murid berkeperluan untuk sesi kaunseling.

50 DAN KAUNSELING (GBKSM)
ISU GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (GBKSM) Guru kaunseling tidak faham skop tugasan mereka dengan jelas menyebabkan perkhidmatan yang diberikan terpesong daripada landasan. Contohnya, guru kaunseling lantikan XSPLD masih mahu mengajar. Guru kaunseling tidak faham etika kerahsiaan murid telah berkongsi kisah murid dengan individu yang tidak sepatutnya menyebabkan murid merasa malu.

51 DAN KAUNSELING (GBKSM)
ISU GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (GBKSM) Unit Kaunseling gagal “Branding”kan perkhidmatan mereka menyebabkan murid tidak jelas tentang kefungsian dan faedah yang boleh diperolehi melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Unit kaunseling. Tiada kursus peningkatan profesionalisme guru kaunseling. Isu semasa di sekolah semakin “advance” tetapi ilmu guru kaunseling masih pada takuk lama. Guru Kaunseling terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk meningkatkan kemahiran baharu.

52 DAN KAUNSELING (GBKSM)
ISU GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (GBKSM) Kejayaan perkhidmatan Unit kaunseling sukar dinilai menyebabkan kefungsiannya di sekolah seolah-olah dinafikan.

53 TAMAT


Download ppt "KAUNSELOR DAN PENTADBIR DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google