Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAHASA PENULIS DAN TAFSIRAN MAKNA PEMBACA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAHASA PENULIS DAN TAFSIRAN MAKNA PEMBACA"— Transcript presentasi:

1 BAHASA PENULIS DAN TAFSIRAN MAKNA PEMBACA

2 Latar belakang Bahasa mula berkembang dan menjadi medium komunikasi semenjak wujudnya manusia di muka bumi ini. Hubungan antara bahasa dan manusia sangat erat. Manusia menggunakan bahasa untuk tujuan komunikatif.

3 Bahasa dalam Karya Sastera
Perkaitan Bahasa dan Sastera? Komunikasi Kesenian/Kehalusan Kuasa Bahasa. Berfungsinya bahasa, sehingga dapat merobah tanggapan, perasaan dan keperibadian seseorang. Bahasa mempunyai kuasa -Aristotle

4 Kedudukan Bahasa dalam Sastera
Bahasa juga merupakan suatu seni. Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib, bersistem dan memiliki nilai keindahan. Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni bahasa yang indah’.

5 Penulis & Bahasa? Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk untuk masyarakatnya. Penulis bukan penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis, sememangnya terdorong oleh keinginan untuk menulis dari dalam dirinya. Penulis yang memahami dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh. Kerja menulis itu cukup sulit tetapi menggembirakan bagi mereka yang tahu… (SN A. Samad Said:2006)

6 Bahasa teks Sastera Penulis menggunakan bahasa untuk menterjemahkan pemikiran mereka. Bahasa yang dipilih bersifat emotif, ada unsur suspen, ketegangan dan peleraian. Perkara tersebut dapat ditandai melalui pemilihan kata.

7 Analisis Bahasa Suasana tegang/ situasi berkonflik.
Bagaimana bentuk pola ayat? (sintaksis) Ayat yang digunakan pendek. Ayat tunggal (satu S+P) 1. “Bagi abang / peluang” 2. “Peluang / apa lagi” 3 “Tolong / Mah”. 4. “Abang / terpaksa”

8 “Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”
“Beri abang peluang” “Peluang apa lagi” “Tolong Mah. Abang terpaksa”. “Abang tak ada pilihan” “Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih” “Tak ada beban batu digalas”

9 Kenapa? Lufti Abas (2001:24) “Ayat tunggal pengucapannya cepat. Aliran pemikiran selari. Sering digunakan dalam situasi berkonflik, berlawan cakap, suasana cemas atau interaksi bersemuka”

10 Morfologi Perulangan kata
Tak sangka Peluang Tak ada pilihan Tujuan – penegasan. Menegaskan sesuatu perkara yang menjadi titik perbincangan atau perkara utama.

11 “Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”
“Beri abang peluang” “Peluang apa lagi” “Tolong Mah. Abang terpaksa”. “Abang tak ada pilihan” “Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih” “Tak ada beban batu digalas”

12 Aktiviti 1:Kunci Kata Berdasarkan dialog dalam teks tersebut kenal pasti diksi yang dijadikan sebagai: Klimaks Anti klimaks Kenapa anda memilih diksi tersebut sebagai kata kuncinya?

13 Sekian, terima kasih

14 PENGUCAPAN SENI BAHASA DALAM PUISI
Kuliah 8A 11/13/2018

15 Pengucapan Seni Bahasa dalam Puisi
Apa itu puisi? Karangan berangkap. Bersifat menggambarkan bukan menceritakan. Bahasa terhad Bahasa ekonomis. Bentuk dan struktur tertentu; tradisional (terikat) dan moden (bebas). Bentuk puisi berkait rapat dengan bahasa. 11/13/2018

16 Karangan Berangkap Za”ba mendifinisikan puisi sebagai;
“Puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa. Sebagai karangan berangkap, puisi disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat. Di antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentak atau isinya serta kebanyakannya memakai timbangan atau sukatan tertentu. 11/13/2018

17 H.B Jassin - puisi adalah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya mengandungi fikiran-fikiran dan tanggapan-tanggapan. M.S Hutagalung - puisi lebih banyak atau lebih cenderung untuk menggambarkan sesuatu dan bukan menerangkan atau menceritakan. Samuel Taylor Coleridge - puisi adalah kata-kata terindah dalam susunan terindah. Penyair memilih kata-kata yang setepatnya dan disusun dengan sebaik-baiknya. 11/13/2018

18 Kod Bahasa Dalam Mencari Makna
Kod sebagai lambang. Bagaimana memahami lambang? Kod bahasa membantu pembaca menanggapi makna / menghampiri titik makna antara pembaca dengan penulis. Kod bahasa - Kod simbolik, kod budaya, dan kod semantik.

19 Penentuan Makna Kod simbolik – lambang
Kod budaya- berkaitan dengan budaya yang diamalkan dengan sesuatu masyarakat. Kod semantik – menentukan makna.

20 Rumusan Seni Bahasa Puisi
Puisi merupakan karangan berangkap dengan memanipulasikan kata sepadat dan semaksimumnya bagi menggambarkan makna. Menerusi kata yang terpilih itu terpancar nilai rasa dan nilai budi di samping gagasan pemikiran sama ada yang tersurat mahupun tersirat. Kesemua eleman yang membentuk sesebuah puisi itu saling berkait dan melengkapi untuk membentuk pula jalinan keindahannya. 11/13/2018

21 Contoh Puisi Tradisional
Gurindam Kalau anak tidak dilatih (syarat) Bila besar ibunya letih (akibat) Pantun Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. 11/13/2018

22 Puisi Moden - Sajak 11/13/2018

23 Panas dadamu membakar baju Kita arak keranda 152
…. Anak Melayu Panas dadamu membakar baju Kita arak keranda 152 Ke tanah perkuburannya parlimen (Usman Awang) 11/13/2018

24 Bentuk dan Bahasa Sajak
Sabda S bertajuk “Malam” (DS; April 1972:40) adalah dalam bentuk Puisi Tradisional.  Malam ini nakalnya mengusik sepi tiada laut tiada gunung pun tiada mengadu rindu banjaran bintang semakin sayu menadah sunyi lalu tahajjut mencium kakimu hingga aku beradu. 11/13/2018

25 Sajak Shafie Abu Bakar bertajuk “Gema Sepi” (DS; Mac 1990: 16) adalah bentuk prosaik. … yang diturun di bulan berkat itu kepada baginda mengasyik mesrakan diri dengannya. butir-butir firman itu berjatuhkan ke kepingan gangsa hati lunak menggemai resapkan. 11/13/2018

26 Bentuk Visual maaf maaf maaf maaf maaf maaf maaf maaf maaf
11/13/2018

27 diam-diam tugu itu relai di dalam dan kami. tak melihat. tugu dan kami
diam-diam tugu itu relai di dalam dan kami tak melihat tugu dan kami han c r u t e r k u l a i ! ! 11/13/2018

28 Sekian, terima kasih 11/13/2018

29 Kuliah 8-9 Bahasa Verbal dan Non Verbal dalam Teks Sastera

30 Medium Pernyataan Terdapat dua bentuk pernyataan bahasa :
pernyataan verbal pernyataan non verbal.

31 Pernyataan Verbal? Bagi pernyataan verbal yang melibatkan pengucapan bersuara. Tafsirannya lebih jelas dan ketara. Mudah difahami berdasarkan lambang atau simbol bersuara yang boleh ditafsir.

32 Tujuan - melahirkan pemikiran, perasaan dan tindak balas terhadap sesuatu isu atau persoalan.
PV dikaitkan dengan sikap, tanggapan, status serta niat sesuatu pengucapan itu dilahirkan. Masyarakat Melayu, pernyataan yang lahir sangat erat hubungannya dengan nilai dan budi masyarakat Melayu. Ungkapan ”telajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya” bermakna tersirat Bagi masyarakat Melayu, dapat dijadikan ukuran ketinggian nilai masyarakat.

33 Pernyataan Non Verbal Penggunaan bahasa badan yang memberi tumpuan terhadap lambang atau reaksi tertentu yang bermakna. Terjadinya komunikasi disebabkan wujudnya hubungan sosial. Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang timbal balik. Budaya menjadi sebahagian daripada perilaku komunikasi yang dapat menentukan, memelihara, mengembangkan atau mewarisi budaya.

34 Bagaimana Berkomunikasi?
Ketika berkomunikasi dengan orang lain, kita dihadapkan dengan bahasa-bahasa, aturan-aturan, dan nilai-nilai yang berbeza. Pernyataan verbal atau non verbal akan mengambil kira tatacara yang dapat memenuhi sifat kehalusan dan kemurnian sesuatu bahasa serta budaya. Keintiman dan keupayaan menghasilkan tindak balas antara satu sama lain. Ketegangan memungkinkan penolakan dan perkongsian maklumat tidak dapat dilakukan.

35 Pernyataan Verbal Sebagai Cerminan Budi Masyarakat
Masyarakat Melayu tidak suka berterus-terang. Mereka memilih cara berbahasa yang berhemah. Ketelitian dan sikap berhati-hati dalam tindak tanduk dan pertuturan mereka ini berkait rapat masyarakat Melayu. Kenapa? - khuatir masyarakat di sekeliling akan tersentuh atau tersinggung dengan kata-kata atau tindak tanduk. Kesan ? kerenggangan ikatan komunikasi tidak berlaku dengan intim maklumat tidak diperoleh semaksimum mungkin.

36 Bagaiamana? Penggunaan Bahasa Kiasan Penggunaan Peribahasa
Penggunaan Kata Bidalan Penggunaan Diksi yang halus

37 Bahasa Kiasan Contoh dalam novel Putera Gunung Tahan. Ishak Haji Muhammad (1980) berkias untuk menyindir penjajah. Kiasan ini dapat dilihat melalui tutur kata Ratu Bongsu. “Barangkali benar dan sungguh perkataan tuan itu tetapi perasaan saya luka sebab saya percaya kesalahan atau sebab-sebab mereka itu jadi papa ialah kerana tadbir bangsa tuan juga yang jadi pemerintah di negeri-negeri itu. Negeri-negeri Melayu itu bernaung di bawah kerajaan tuan tetapi pegawai-pegawai bangsa tuan yang mengemudikan tadbir pemerintahan itu telah meletakkan mereka itu di bawah naungan payung sutera kuning yang nipis melayang, maka apabila datang hujan basah kuyuplah mereka itu dan apabila datang panas kurus kering pula mereka itu,” kata Ratu Bongsu menyatakan perasaannya.

38 Maksudnya Tuturan halus yang digunakan oleh Ratu Bongsu dalam petikan tersebut sebenarnya membawa sindiran tajam kepada bangsa Inggeris. Orang Melayu marah apabila hak mereka terancam. Mereka benci akan bangsa yang cuba campur tangan akan pentadbiran negara mereka,mengeksploitasi ekonomi negara dan tidak ambil peduli masyarakat. Benci mereka terhadap kerakusan bangsa asing, dikawal oleh tingkah laku mereka dan mengekalkan budi bahasa Melayu.

39 Buktinya ? Penggunaan bahasa-bahasa kiasan yang halus sifatnya. Contoh kata-kata Ratu Bongsu seperti dalam petikan berikut. Tuan William: …Patik akan syurkan kepada kerajaan patik supaya membayar kepada tuanku lima ribu ringgit pada tiap-tiap bulan selama ada hayat tuanku. Patik akan syurkan juga kepada kerajaan supaya diuntukkan suatu kawasan yang luas dan elok kerana perguna tuanku dan di dalam kawasan itu akan didirikan sebuah rumah yang permai untuk tuanku – yakni istana bagi tuanku. Ratu Bongsu: Syur-syur yang seumpama itu tidak mendatangkan keriangan sedikit pun kepada saya kerana saya cukup mengetahui apa yang akan jadi kemudian kelak. Janganlah mulut saya tuan hendak suapkan pisang dan buntut saya hendak dikaitkan dengan duri.

40 Perasaan, pandangan dan pendapat yang melalui tutur kata kiasan menunjukkan pendirian tegas anak Melayu. Ratu Bongsu merupakan lambang orang Melayu yang tegas pendiriannya. Prinsip hidupnya tidak goyah walaupun ingin disogok dengan wang ringgit yang agak lumayan jumlahnya dan segala kemewahan yang lain oleh Inggeris. Malah Ratu Bongsu dengan tenang menolaknya dengan tutur kata yang halus sekali walaupun sistem nilai dan pandangan hidup Melayu sebenarnya sedang dicabar oleh bangsa penjajah pada ketika itu.

41 Penggunaan Peribahasa
Penggunaan peribahasa turut mencerminkan kehalusan budi Melayu dalam menyampaikan sesuatu maksud sama ada untuk memberi pengajaran atau teguran, menyatakan prinsip hidup dan sebagainya. Contoh : Perempuan Tua dalam novel PGT menggunakan peribahasa Melayu seperti ‘Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing membebek’ untuk menegur tingkah laku

42 …Kita telah lantik dan jadikan tuan “Batin Putih” penghulu kita dan itu ialah suatu jawatan yang tertinggi sekali di dalam hutan tempat kita ini. Apa lagi yang tuan mahu? Juga hendaklah tuan ingat! “ Masuk kandang kerbau menguak masuk kandang kambing membebek”…

43 Kata Bidalan Untuk menunjukkan identiti bangsa mereka.
“Tuan William! Perkara itu baik kita tamatkan tetapi ingat-ingat kata bidalan orang Melayu: “Buat baik dibalas baik” tetapi kalau berbuat aniaya? Sebaliknya jangan pula tuan bimbangkan hal keselamatan tuan di sini sebab tuan sebatang karah. Kita orang Melayu sentiasa bangsawan dan budiman,” kata lagi Ratu Bongsu.

44 Kehalusan Kata Walaupun terpaksa menanggung beban ekoran daripada perbuatan Datuk Johari namun Kassim abang sepupu Datuk Johari masih lagi mampu bertutur secara rasional apabila bertemu dengan adik sepupunya. ”Ya anakmu. Aku sengaja menyimpan rahsia ini kerana aku tidak mau merosakkan rumahtanggamu. Aku tahu betapa rumitnya perkara yang serupa ini bagi orang yang baru mendirikan rumahtangga. Aku tak mau perkahwinan kamu berdua rosak. Aku diamkan”.

45 PV Sebagai Cerminan Kebangkitan Semangat Nasionalisme Melayu
Pernyataan Secara Terus Terang. Melalui novel Putera Gunung Tahan, Ishak Haji Muhammad (1980) mengimbas kembali kehebatan pahlawan Melayu seperti Bahaman, Mat Gajah, dan Mat Kilau menentang penjajah. Semangat nasionalisme yang ditunjukkan oleh mereka menjadi ikutan generasi Melayu dari zaman berzaman. Bangsa Melayu bangsa bermaruah, bangsa Melayu bukan bangsa yang materialistik sehingga sanggup menggadai maruah demi kemasyhuran dan kekayaan dunia. Contoh dalam melalui watak Perempuan Tua. Dia tidak sekali-kali mahu negerinya dijajah oleh bangsa asing.

46 Perempuan Tua: Pada masa itu kami belum tahu lagi apakah gunanya atau faedahnya yang kami boleh dapat daripada pernaungan kerajaan tuan itu. Lagi pun kami sangat sayang akan negeri kami sehingga tidak rela sekali-kali kami negeri kami diambil atau diperintah oleh orang bangsa asing. Apatah lagi bangsa itu berlainan agama dan berlainan serba-serbinya. (hlm.35)

47 Peryataan Nasionalisme
Berterus terang. Nada bersifat tegas. Semua ada peranan dan tanggung jawab. Tanggungjawab kepada negara merangkumi hal-hal yang berhubung dengan kesetiaan, semangat patriotsime dan nasionalisme kepada tanah air, bangsa dan agama.

48 Contoh dialog Ratu Bongsu dan Tuan William.
…Saya tidak sekali-kali akan membenarkan dan menjualkan tanahair saya yang secebis ini walaupun dibayar dengan harga setinggi gunung ini atau walaupun diberi gelaran tuan bintang kebesaran berpuluh-puluh butir. (Hlm.58-59)

49 PV Sebagai Cerminan Adat Sopan Orang Melayu
Menghormati tetamu adat sopan budaya Melayu. Adat melayan tetamu ini amat ditekankan oleh Ishak Haji Muhammad. Dalam novel Putera Gunung Tahan (1990), Ratu Bongsu dan Perempuan Tua mewakili bangsa Melayu yang masih mengekalkan adat Melayu iaitu menghormati tetamu. Walaupun berada di tengah-tengah belantara, budi bahasa Melayu ‘tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas’.

50 “Mak. Bolehkah saya tumpang tanya
“Mak! Bolehkah saya tumpang tanya?” Perempuan tua itu tidak menjawab dan berkesut sedikit daripada tempat duduknya memberi lapang kepada orang putih itu supaya ia duduk. “Silalah tuan duduk dahulu, sudikanlah bertenggek di pondok saya ini kemudian jikalau ada apa-apa hal bolehlah tuan nyatakan,” – demikan katanya dengan menunjukkan kehormatannya sebagai seorang Melayu”

51 Tingkah laku Ratu Bongsu yang bersifat kesederhanaan menyerlah ketika melayan tetamu walaupun dia berkedudukan tinggi di situ. Sifat kesederhanaan merupakan salah satu ciri budaya Melayu yang menjadi pedoman hidup masyarakat Melayu. Pengarang menyampaikan mesej atau pemikiran betapa halusnya adat sopan Melayu ketika melayan tetamu yang memperlihatkan keseimbangan antara gerak laku dan tutur kata.

52 PV Sebagai Cerminan Pembentukan Sistem Kekeluargaan Positif
Unsur kasih-sayang merupakan salah satu unsur yang tersemai dalam masyarakat Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam petikan di bawah. “Bonda dengan tulus ikhlasnya memuji akan kebaikan budi pekerti dan perasaan anakanda terhadap kepada seorang dagang seumpama Tuan William ini tetapi ingat-ingat! (PGT; hlm.75-76)

53 PV sebagai cerminan pembentukan sistem kekeluargaan dikesan dalam novel Konserto Terakhir 1980) karya Abdullah Hussain. Pendidikan yang berunsur nasihat melalui watak Pak Bakar dan isterinya kepada anaknya Azizah yang tidak puas hati akan keadaan rumah tangganya. Unsur kekeluargaan positif yang mementingkan kasih sayang dan keharmonian rumah tangga. ”Sudahlah Zah,” ujar ibunya pula dan meletakkan tangannya menyelang di atas bahu anaknya itu. ”Baliklah dan duduk baik-baik...” (hlm:167)

54 Dimensi Linguistik dan Makna
Makna Abstrak Makna abstrak tidak tergambar hanya dengan meneliti satu perkataan sahaja Makna Kamus Makna leksikal – makna kata yang disediakan oleh kamus. Sebahagian besar kelas kata mempunyai makna leksikal yang ada kaitan dengan tatabahasa.

55 Makna Penutur Makna penutur adalah makna sebenar penutur terhadap apa yang diujarkan ketika itu. Makna penutur yang sebenar diperoleh jika ujaran dikaji berdasarkan tingkat-tingkat tertentu iaitu makna ujaran dan niat penutur.

56 Makna Ujaran Mengikut Konteks
Pengetahuan tentang konteks (pembinaan konteks, kesan konteks) diperlukan dalam proses interpretasi ujaran untuk mendapat makna sebenar. Konteks adalah seberkas andaian tentang dunia dibina secara psikologi oleh pendengar. Kesan konteks merupakan set andaian yang dibina dan diproses oleh pendengar sebagai pembuka wacana.

57 Pernyataan Non Verbal Setiap kali wujudnya jalinan interaksi verbal antara dua pihak, tanpa disedari akan melibatkan gerak laku atau gerak geri kecil (gesture), gerakan mata, perubahan sikap tubuh dan ekspresi wajah. Interaksi menggunakan bahasa tanpa ucap (non verbal) mempunyai makna dan tafsiran khusus. Lebih memberi kesan kepada pasangan yang diajak untuk berinteraksi.

58 Pernyataan Non Verbal sebagai Adat Melayan Tetamu.
Kontaks mata, ekspresi wajah, gerakan kepala berperanan membentuk jalinan interaksi. Gerak geri menggambarkan sebahagian besar sesuatu yang difikirkan. Gordon R Wainwright (2006), terdapat lima fungsi pernyataan non verbal yang dapat diwakili oleh gerak geri iaitu:. Ilustrasi dan isyarat-isyarat penghubung bicara lainnya. Kedua, isyarat-isyarat konvensional dan bahasa isyarat. Gerakan mengekspresikan emosi. Gerakan mengekspresikan keperibadian Gerakan yang digunakan dalam pelbagai kegiatan memberi pemaknaan tertentu terutama berkaitan dengan kegiatan keagamaan dan ritual.

59 Sekian terima Kasih


Download ppt "BAHASA PENULIS DAN TAFSIRAN MAKNA PEMBACA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google