Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Takdir
2
Pengertian takdir Pengetahuan Allah tentang apa yang akan berlaku sesuai dengan ketetapan yang diaturkanNya Allah mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku di alam ini Tiada yang berlaku tanpa keizinan Allah Setiap sesuatu diikat dengan sebab dan musabbab Takdir ditulis 50,000 tahun sebelum diciptakan alam ini
3
Hukum beriman kepada takdir
Hukumnya wajib dan sesiapa yang mengingkarinya dianggap kafir Ia berdasarkan hadith Jibril di mana beliau datang mengajarkan kepada Nabi makna Islam, iman dan ihsan Ianya merupakan rukun iman yang keenam Berlaku banyak salahfaham tentang takdir
4
Erti beriman kepada takdir
Ia mengandungi dua perkara: Beriman bahawa Allah mengetahui apa yang makhlukNya telah, sedang dan akan lakukan dengan ilmuNya yang Maha Luas.Dia mengetahui segala keadaan makhluk dari perbuatan taat, maksiat, rezeki dan ajal mereka.Kemudian Dia menetapkannya di Lauh Mahfuzh
5
Erti beriman kepada takdir
Beriman bahawa apa yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan sebaliknya Tidak bergerak atau diam sesuatu melainkan dengan kehendak Allah Allah redha kepada hambaNya yang taat dan tidak suka kepada hambaNya yang kafir dan fasiq Allah tidak menyuruh hambaNya berbuat kejahatan tetapi hambaNya yang melakukan perbuatannya sendiri
6
Martabat beriman kepada takdir
Beriman kepada ilmu Alah yang sedia ada, yang mengetahui amalan manusia sebelum dilakukan Beriman dengan penulisan/penetapan takdir di Lauh Mahfuzh Beriman dengan kehendak Allah yang meluluskan sesuatu kejadian Beriman bahawa Allahlah yang menciptakan segalanya termasuk perbuatan manusia
7
Pembahagian takdir Takdir dibahagikan kepada dua: baik dan buruk
Nisbah baik dan buruk adalah kepada manusia dan makhluk sahaja yang tidak mengetahui hikmah/rahsia di sebalik takdir Nisbah baik adalah kepada Allah sahaja kerana keburukan dan kejahaatan tidak termasuk zifat dan perbuatan Allah Nisbah buruknya takdir dilihat dari kacamata manusia yang lemah jangkauannya tetapi ada hikmah yang besar di sisi Allah yang Maha Bijaksana
8
Contoh hikmah takdir Penyakit adalah takdir yang buruk di sisi manusia tetapi di sisi Allah ianya adalah baik untuk mengampunkan dosa pesakit, membersihkan jiwanya dan mengangkat darjatnya. Kemiskinan adalah takdir yang buruk di sisi manusia tetapi ianya baik kerana mengingatkan manusia akan hakikat dirinya yang lemah dan berharap kepada Allah
9
Contoh hikmah takdir Penindasan golongan lemah adalah buruk tetapi ianya baik untuk membezakan antara yang benar beriman atau yang berpura-pura Musibah alam adalah buruk tetapi ianya baik untuk menyedarkan manusia yang leka akan syariat Allah agar kembali ke pangkal jalan
10
Salahfaham terhadap takdir
Menyalahkan takdir bila buat maksiat Menyangka kita dipaksa oleh Allah Malas bekerja dan bertawakkal kepada Allah Menyatakan Allah zalim menurunkan musibah Menyangka Allah tidak kasih terhadap orang Islam Menganggap Allah tidak adil dalam pembahagian rezeki
11
Soalan latihan kelas Apa fahaman anda tentang takdir sebelum pengajian hari ini? Bagaimana manusia boleh tersesat tentang fahaman takdir? Apakah bahaya jika kita salahfaham tentang takdir? Adakah bertentangan antara takdir dan usaha?
12
Jawaban yang tegas Perbuatan manusia adalah hasil usaha mereka
Allah mengetahui apa yang akan manusia buat Allah menuntut hambaNya mencari rezeki Di sebalik musibah, ada peringatan dan penyucian Kasih Allah umum dan khusus untuk manusia Rezeki diberi menurut kebijaksanaan Allah akan keadaan hambaNya
13
Hujah orang kafir dengan takdir
Mereka berhujah di atas amalan syirik mereka bahawa kalau Allah tidak menghendaki mereka melakukan syirik,niscaya mereka tidak buat syirik Allah membalas hujah itu dengan dua perkara: Umat kafir yang terdahulu diazab di atas amalan syirik mereka. Jika mereka dipaksa melalukan syirik, maka zalimlah Allah menyiksa mereka
14
Jawaban Allah terhadap hujah orang kafir
Mustahil Allah bersifat zalim kerana ianya sifat kekurangan yang tidak layak bagi Allah Kedua: Orang yang mengatakan begitu telah berkata terhadap Allah tanpa ilmu kerana mereka tidak mengetahui perkara ghaib Manusia dituntut mnyesuaikan dirinya dengan syariat Allah bukan dituntut untuk mengetahui takdir lalu menyesuaikan dirinya menurut takdir
15
Membahas masalah takdir
Dasar perkara takdir: Ianya adalah rahsia Allah yang sulit dan berat untuk dijangkau oleh akal manusia yang cetek Cukuplah kita: Beriman dengan takdir Beriman bahawa Allah mengetahui segala sesuatu Beriman bahawa Allah menciptakan segala sesuatu
16
Sikap kita terhadap takdir
Beriman bahawa apa yang Allah tidak kehendaki, ianya tidak akan berlaku dan sebaliknya Beriman bahawa Allah Maha Adil, tidak menzalimi sesiapapun Beriman bahawa Allah suci dari sifat sia-sia
17
Kesan beriman dengan takdir
Yakin dan mengharap sepenuhnya kepada rahmat Allah Membangkitkan semangat kerja Tidak mudah mengeluh/putusasa dan lupa daratan Redha dengan pemberian Allah di samping usaha Jauh dari sifat tamak dan dengki
18
Hakikat kebebasan perbuatan manusia
Manusia diberi kebebasan oleh Allah memilih berbuat baik atau buruk Manusia dibekali dengan akal untuk berfikir Manusia dipertanggungjawabkan akan perbuatan mereka di dunia Manusia diganjari jika memilih yang baik dan disiksa jika memilih yang buruk
19
Antara kehendak Allah dan manusia
Kehendak manusia tidak tercapai melainkan mengikuti salah satu jalan yang ditetapkan oleh Allah Jika manusia memilih jalan petunjuk, dia termasuk dalam kehendak Allah Jika manusia memilih jalan kesesatan, maka dia termasuk dalam kehendak Allah
20
Petunjuk dan kesesatan
Petunjuk dan kesesatan adalah hasil dari perbuatan dan pilihan manusia Allah melimpahkan hidayat kepada mereka yang bersungguh-sungguh beramal sholih Allah menyesatkan mereka yang derhaka dan sombong daripada mentaati Allah
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.