Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kesultanan Palembang Palembang terkenal dgn nama Sriwijaya , kemudian setelah dikalahkan oleh Majapahit ia menjadi malap. Setelah Islam bertapak Kerajaan.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kesultanan Palembang Palembang terkenal dgn nama Sriwijaya , kemudian setelah dikalahkan oleh Majapahit ia menjadi malap. Setelah Islam bertapak Kerajaan."— Transcript presentasi:

1 Kesultanan Palembang Palembang terkenal dgn nama Sriwijaya , kemudian setelah dikalahkan oleh Majapahit ia menjadi malap. Setelah Islam bertapak Kerajaan Melayu Palembang. Pada ketika ini, lahir beberapa ulama Islam terkenal seperti Syihabuddin, Kemas Fakhruddin, Muhammad Muhyi al-Din, Kemas Muhammad dan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi. Syeikh Abdul Samad al-Falimbani telah belajar agama di Palembang, Kedah serta Pattani dan ke Makkah dan Madinah. Beliau telah mengarang kitab seperti Hidayat al-Salikin (tasawuf), Siyar al-Salikin (kitab yg diterjemah daripada kitab Ihya’u Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali).

2 Kesultanan Banjar Terletak di Kalimantan Selatan dan salah sebuah kerajaan yang besar dan berpengaruh. Lahir beberapa ulama seperti Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Muhd. Nafis al-Banjari, Syeikh Usman bin Syihabuddin al-Funtiani, Jamaluddin bin Muhammad Arsyad, Muhammad Taib bin Mas’ud al-Banjari. Antara ulama yang terkenal ialah Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari yang telah mengarang beberapa kitab seperti:- Sabil al-Muhtadin, Tuhfat al-Raghibin, Qaulu al-Mukhtasar, Kanzu al- Ma’rifah, Usuluddin, Kitab al-Nikah, Kitab al-Fara’id, Fat al-Rahman, Bidayat al-Mubtadi, Bulughul-Maram Kesultanan Banjar ini mempunyai pengaruh yang kuat di Kalimantan Selatan dan Kalimantan Barat, sedangkan Kerajaan Kesultanan Banjar sendiri mendapat pengaruh dari Demak dan Japara di Pulau Jawa.

3 Kesultanan Pattani Kerajaan Pattani terletak di Selatan Thailand dan merupakan kerajaan Melayu yang terkenal kerana terdapat banyak pondok pengajian yang dikendalikan oleh ulama yg disegani. Ulama ini telah menulis dan mengarang pelbagai buku dan kitab. antara ulama tersebut adalah:- a. Syeikh Daud Abdullah al-Fatani – mengarang lebih @ 99 kitab. antara kitab karangannya adalah Furu’ al- Masa’il (fiqih), Sullamul-Mubtadi, Mun-yatul Musalli dll. b. Syeikh Ahmad al-Fatani c. Syeikh Ismail Daud al-Fatani d. Syeikh Zainal Abidin al-Fatani

4 Hasil-hasil karya sastera klasik Melayu
Sastera Rakyat Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal dll Cerita Teladan spt si Tanggang, batu Belah Batu Bertangkup, dan Bawang Putih Bawang Merah. Cerita jenaka spt Lebai Malang, Mat Jenin, Pak Pandir, Pak Kaduk, Si Luncai dan Pak belalang. Cerita Binatang spt cerita Sang Kancil Cerita Mitos spt Simpang-Impang, Pulau Gama, Sengalang Burung Lagenda spt Jong Batu, Malin Kundang Puisi lama spt pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, teromba, talibun Peribahasa spt perumpamaan, bidalan, pepatah, tamsil ibarat Mantera spt jampi dan serapah

5 Sastera Hikayat : Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu berunsur Hindu spt Hikayat Seri Rama (dari Ramayana) dan Hikayat Pandawa Jaya (dari Mahabrata), hikayat berunsur Hindu-Islam spt Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Nakhoda Muda, Hikayat Berma Syahban. dan hikayat berunsur Islam spt Hikayat Hassan Damsyik dan Hikayat Salih dan Saliha juga Hikayat berbingkai spt Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar dan Hikayat Ghulam Sastera panji spt Hikayat Panji Semirang, Hikayat Ken Tambunan, Hikayat Cekel Waneng Pati Sastera sejarah spt Sejarah Melayu (Sulalatus-Salatin), Hikayat Merung Mahawangsa, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Banjar, Hikayat Johor, Hikayat Pattani, Hikayat Seri Kelantan Cerita-cerita Nabi dan tokoh-tokoh Islam spt Hikayat Nabi Sulaiman, Kisasul-Anbia’, Hikayat Hasan dan Husin, Hikayat Nabi Nuh, Hikayat Nabi Musa Sastera Kitab spt Sirat al-Mustaqim, Mir’at al-Tullab, sabil ah-Muhtadin, Safinat al-Hukkkam, Siyar al-Salikin, Bughyat al-Tullab. Sastera undang-undangan dan ketatanegaraan spt Bustan al-Salatin, Taj al-Salatin, Undang-undang Palembang, Undang-undang Jambi, Adat raja-raja Melayu, Undang-undang Kedah. Kepustakaan ilmu-ilmu tradisional spt Taj al-Muluk, Mujarabat Melayu, Bintang Dua Belas.

6 Daftar kata dan Perkamusan
1403 daftar kata Cina-Melayu mengandungi 482 perkataan. 1522 daftar kata Itali-Melayu yang disusun oleh Antonio Pigafetta mengandungi 426 perkataan. Daftar kata lain yg disusun oleh C.De Houtmann ( ), Wiltens-Danckaerts (1623), Haex (1631), John Ogilby (1673), Thomas Bowrey (1701).

7 Surat- menyurat Penulisan surat di istana dilaksana oleh si pujangga istana atau bat, dan tugas biasa pujangga istana ialah mengarang surat rasmi yang hendak dikirim oleh raja kepada raja-raja lain dan membaca surat yang diterima daripada raja-raja lain. Dalam usaha penulisan surat ini si pujangga istana perlu berhati-hati, terutamanya dalam pemilihan kata kerana sedikit kesilapan akan membawa bencana yang besar kepada negeri berkenaan. Selain kata-kata yang indah, surat-surat raja Melayu memperlihatkan adab dan sopan yang tinggi sesuai dengan status hubungan antara kedua belah pihak. Misalnya dalam hubungan dengan kerajaan Siam yang berstatus negeri bermusuhan, raja Melaka menghantar surat bersifat neutral kepada raja Siam. Dalam teks Sejarah Melayu dikatakan Sultan Mansor Syah (1470M) telah menggunakan kata-kata yang berdiplomasi yang disurat penuh dengan maksud tersirat yang sangat bijak kepada raja Siam. Sewaktu baginda mengirim surat kepada raja Siam pembuka surat berkenaan berbunyi: “Surat ini hendak pun tiada di-lawani takut mudharat ka-atas nyawa, sunggoh di dalam di-lawani terlalu takut akan Paduka Bubonnya, daripada sangat harap akan ampun kurnia, maka memyurohkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera…”

8 Gallop dan Arps (1991) menganggap surat-surat berbahasa Melayu (khususnya bertulisan jawi) yang dikirimkan oleh raja-raja Melayu dalam hubungan antara raja-raja Melayu dan antara raja Melayu dengan raja, pembesar dan pedagang mancanegara tersebut sebagai manuskrip Melayu yang paling halus dan indah. Surat-surat disebut sebagai surat emas kerana selain bahasa yang beradab dan bersopan santun, surat-surat tersebut ditulis, dihiasi dengan halus dan teliti dari semua segi misalnya letak dan aturan kata, kepala surat dan cap, puji-pujian, pembuka surat dsb. Jumlah terbesar surat emas berbahasa Melayu klasik dikirimkan oleh raja-raja Melayu dari seluruh alam Melayu kepada tokoh-tokoh terkemuka Inggeris untuk tujuan diplomatik, perdagangan, persahabatan, kepercayaan dan juga kecurigaan. Surat-surat terawal berbahasa Melayu menggunakan tulisan jawi.

9 Antara surat-surat kiriman yang penting ialah:-
Surat tertua berbahasa Melayu adalah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate, iaitu Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal, John III bertarikh 1521 dan Kedua-dua surat ini berlatarbelakangkan permusuhan Portugal dan Sepanyol dalam usaha menguasai Ternate dan Tidore yang merupakan pusat perdagangan bunga cengkih pada ketika itu. Surat pertama (1521) mengandungi maklumat pembunuhan Raja Ternate yang tua, Bayan Sirullah dan kematian pedagang Portugal, Francisco Sera akibat diracun. Surat kedua (1522) melaporkan ketibaan dua buah kapal Ferdinand Magellan di Tidore sewaktu pelayar tersebut belayar mengelilingi dunia. Surat Ternate dalam hal ini nampaknya sengaja melaporkan tentang hubungan baik antara Sepanyol dengan Tidore dalam usaha mendapatkan sokongan Portugis terhadap Ternate. Surat Raja Ambon bernama Kimelaha Salahak Abdul Kadir kepada gabenor Inggeris dan English East India Company atau Syarikat Hindia Timur Inggeris bertarikh 20 Sya’ban 1068H (1658M). surat ini ditulis ketika Raja Ambon berada dalam buangan di Makassar. Surat daripada Sultan Kaicil Nuku dari Tidore kepada Gabenor Inggeris di Bengkulu bertarikh 14 Jamadil awal 1199H (25 Mac 1785). Surat emas dariapda Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Sultan dan Yang Dipertuan Kerajaan Aceh Darussalam kepada Raja Yaakub (King James I) dari England bertarikh 1615M. Surat daripada Sultan Kaicil Patra Muhammad Yassin dari Kerajaan Ternate (kepulauan Maluku) kepada Kolonel J. Oliver, Pesuruhjaya Inggeris di Ambon bertarikh 26 Zulhijjah 1216H (19 April 1802M).

10 Manuskrip Melayu Klasik
12 ribu manuskrip Melayu lama di seluruh dunia. Masih bertulisan tangan dan tersebar di 14 buah Negara dunia. 1590M Kitab aqa’id al-Nasafi dalam bentuk buku adalah yang tertua. Ia dikaji dan dianalisis oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas (1988) dan kajian bahasa dilakukan oleh Asmah Haji Omar. 1600M (Tutinameh) 1602M surat Raja Aceh kepada Harry Middleton, peniaga Inggeris 1615 surat daripada Sultan Aceh Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I

11 Terjemahan kitab Bible
Terjemahan Bible terawal diusahakan oleh Lydekker (Elkitab)- ija itu Segala Surat Perdjandjian lama dan baharuw dan dibuat di Amsterdam. Pada awalnya bertulisan rumi ( ), kemudian ditransliterasikan ke Jawi (1748) Pengarang lain spt Werndly dan Shellabear. Terjemahan Bible yang lain spt Kisah Perbuatan Rasul-rasul, kitab Injil, kitab Kudus.

12 Ciri-ciri bahasa Melayu klasik
Menggunakan tulisan jawi, tulisan yang dipinjam daripada bahasa Arab. Ada penambahan huruf-huruf baharu spt pa (ڤ) , nga , ga, nya dan ca. Menerima beberapa fonem Arab spt kh utk khamis, z utk zakat, sy utk syarat Menerima pelbagai kosa kata Arab dan parsi dalam pelbagai bidang spt ilmu keagamaan, undang-undang, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum untuk bahasa umum. Sebelum wujud sistem ejaan jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab digunakan dengan adanya tanda baris. (maka), (dia), (daripada) Kemudian dihilangkan. (maka), (dia), (daripada). Selepas itu timbul ejaan pengaruh Melayu dan ada dua tahap. Pertama dengan menambah huruf vocal pada satu kata pertama sahaja spt (bagi), (lagi), (laku) dan kemudian ditambah utk kedua-dua suku kata spt (bagi), (lagi), (laku). Frasa dan ayat pengaruh Arab spt frasa “ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’ lam), “maka kemudian daripada itu (daripada Amma ba’du). Frasa dan ayat bentuk ini terhasil daripada terjemahan harfiah daripada teks Arab. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam tulisan Melayu spt bidang Ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman. Beberapa genre sastera Islam meresap masuk ke dalam BM spt Syair, nazam, ruba’I, tamsil, ibarat Pengaruh kesusasteraan Islam terutama dari Arab dan Parsi spt cerita-cerita nabi dan para sahabat, sastara agama, sastera sejarah, sastera undang-undang dan pemerintahan.


Download ppt "Kesultanan Palembang Palembang terkenal dgn nama Sriwijaya , kemudian setelah dikalahkan oleh Majapahit ia menjadi malap. Setelah Islam bertapak Kerajaan."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google