Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BMM 3103: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BMM 3103: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH"— Transcript presentasi:

1 BMM 3103: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
OLEH Hj. Alias bin Hj. Sidek PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH.

2 HASIL PEMBELAJARAN Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian. Menjelaskan taksonomi Bloom dan domain Krathwohl. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan soalan ujian Bahasa Melayu. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu. 2

3 ? Skor Min Konstruk Instrumen P&P 60:40 Penilaian Pengujian Keakuran
Memasyarakatkan Pentaksiran Pengukuran 5:3:2 Pentaksiran 60:40 Peperiksaan Penilaian Skor Min Pengujian ? Instrumen Respons Key Konstruk Rubrik Indeks Diskriminasi Klasifikasi Item Aras Kesukaran Keakuran Kesesuaian P&P Markat Ketepatan

4 1. Pengertian dan konsep Kuliah 1: Pengujian Pengukuran Pentaksiran
Penilaian Perkaitan konsep-konsep tersebut Amali

5 SITUASI DALAM KELAS Seorang pelajar didapati tidak boleh menulis karangan dengan baik. Guru akan mengenal pasti (menguji) masalah tersebut dengan mengemukakan ujian diagnostik. Daripada keputusan yang diperoleh, guru akan “menilai” serta membuat keputusan tentang langkah yang sepatutnya diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

6 Konsep Pengujian

7 UJIAN Ujian bermaksud bahan yang tertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji kemahiran bahasa.

8 Cotohnya; Ujian Kloz – menguji kefahaman membaca Ujian Imlak – menguji kemahiran mendengar

9 RINGKASNYA Ujian merujuk alat yang digunakan untuk mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu perkara.

10 Pengujian merujuk proses menguji sesuatu kemahiran bahasa.
ATAU Pengujian merujuk proses atau situasi sesuatu alat ujian yang sedang ditadbirkan oleh guru terhadap pelajar.

11 PENGUJIAN Prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu set instrumen. Ujian ialah satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan satu sistem yang berkategori (Cronbach 1970) 11

12 Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Melalui pengujian,seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sikap yang ingin disampaikan guru. Prosedur pengujian (melibatkan persediaan, pelaksanaan ujian,pemeriksaan skrip jawapan) 12

13 Oleh kerana ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan bagi tujuan penilaian p&p, maka tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, ditadbir dengan betul dan ditafsir dengan tepat.

14 RUMUSAN Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran, dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 14

15 Aktiviti 1 Cuba fikirkan apakah cara lain untuk mendapatkan bukti penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus selain daripada pengujian? Senaraikan apakah ciri-ciri ujian sebagai alat ukur yang sahih? Fikirkan bagaimanakah ujian yang baik boleh dibina? Terangkan bagaimanakah pengujian boleh dilaksanakan dengan berkesan?

16 Konsep Pengukuran & Pentaksiran

17 PENGUKURAN Proses memperuntukkan nombor kepada sesuatu secara kuantitatif. Contohnya memberi nilai berat kepada timbangan, memberi jumlah suhu badan, jumlah markat pelajar. (Mokhtar Ismail,2009)

18 PENGUKURAN Satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Pengukuran ialah satu proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. 18

19 PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN
ialah proses pengumpulan maklumat dan merumuskannya mengikut satu sistem skor untuk menunjukkan letaknya perkara yang diukur itu dalam satu skala yang ditentukan. 76 100

20 Contoh Pengukuran Ramli mendapat 60% dalam ujian matematik [kita tidak menyatakan prestasi Ramli itu sebaliknya] [Kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh] *** Pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. 20

21 Ciri-ciri Pengukuran 1.Boleh dibuat tanpa menggunakan alat pengujian .
Contoh: melalui pemerhatian/pencerapan (lukisan) melalui temu bual (sikap & pengetahuan). 2.Mendapatkan ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu (pengujian ialah salah satu kaedahnya). 21

22 3.Pengukuran tidak bersifat mutlak.
Contohnya: Pengukuran keupayaan mental sukar diukur dengan tepat berbanding ketinggian pelajar yang boleh diukur dengan pembaris / alat pengukur. 4.Hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu angka (prestasi / keupayaan digambarkan dengan angka) 22

23 PENTAKSIRAN Proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

24 PENTAKSIRAN Proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran,merangkumi aktiviti menghurai,mengumpul,merekod,memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran (LPM,2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor (mestilah sah & dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan) 24

25 KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

26 KONSEP PENTAKSIRAN Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

27 KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

28 Aktiviti 2 Cuba fikirkan yang mana lebih berkesan: meyakinkan seseorang dengan pendapat atau dengan angka? Berikan alasan mengapa anda berfikiran sedemikian? Perkembangan sains selalu dikaitkan dengan angka. Cuba fikirkan bagaimanakah pengukuran membantu membangunkan bidang sains. Sejauh mana kebenaran kata-kata Edward Thorndike (1914): “Jika sesuatu perkara itu wujud, ia wujud pada jumlah tertentu. Jika ia wujud pada jumlah tertentu, maka kita boleh mengukurnya”.

29 Konsep Penilaian

30 PENILAIAN Menurut Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), penilaian merupakan proses mengenal pasti, memperoleh dan mentafsir maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan dalam membuat keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

31 Merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. (Abdul Aziz Abdul Mutalib,1993)

32 Airasian (1994) menyatakan bahawa dari segi kosep penilaian dan pentaksiran bermaksud memberi pertimbangan nilai ke atas sesuatu pengukuran atau tingkah laku tetapi penilaian mencakupi konteks aktiviti formal di kelas sebaliknya pentaksiran mengambil kira juga aktiviti tidak formal. Penilaian formal seperti Ujian Bulanan, Ujian Penggal, UPSR. Penilaian tidak formal seperti pemerhatian guru semasa P&P berlangsung, cara pelajar menjawab, berdiri atau tidak, sambil lewa dsb.

33 Penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai (Gay 1985). 33

34 Penilaian melibatkan 3 proses utama: Penentuan objektif / ukuran
Mendapatkan maklumat dan memproses maklumat / menganalisis ukuran Membuat kesimpulan / menyatakan nilai atau menginterpretasi ukuran 34

35 Dari segi p&p, penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif p&p di dalam bilik darjah tercapai.

36 Definisi ini bermaksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal (berdasarkan pemerhatian / eksperimen). Selain daripada ujian, bukti empirikal boleh diperoleh menerusi penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, dll.

37 Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif p&p mungkin dibuat berasaskan pendapat semata-mata.

38 Proses mentafsir pula perlu berdasarkan kriteria tertentu atau ciri-ciri tertentu yang telah disediakan terlebih dahulu. Contohnya : Markat Baik, Markat Cemerlang.

39 Data yang digunakan untuk membuat penilaian.
-Kuantitatif –gred,peratus (serta dengan penjelasan nilainya) Contohnya :cemerlang, kepujian, baik, lulus/ gagal,dsb (90% - cemerlang) -Kualitatif –pemerhatian,temu bual. Contohnya: cantik, cepat, tepat, bersih,dsb. (lukisannya cantik dan menarik) 39

40 Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan masalah.
Penilaian membolehkan kita membuat anggaran,sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan masalah. 40

41 Contoh penilaian 1.Menilai pencapaian objektif P & P
2.Menilai pencapaian matlamat menguasai kemahiran 3M dalam kalangan murid sekolah rendah. 3.Menilai hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. 41

42 3.Pemeriksaan jawapan ujian 4.Analisis ukuran
Prosedur penilaian. 1.Persediaan ujian 2.Pentadbiran ujian 3.Pemeriksaan jawapan ujian 4.Analisis ukuran 5.Interpretasi dan tindakan susulan. 42

43 Proses yang sering kita lakukan dalam penilaian sesuatu kemahiran bahasa adalah seperti berikut;
UJI UKUR & TAKSIR NILAI

44 Langkah pertama – bina alat uji (Ujian) Tadbirkan ujian tersebut
UKUR & TAKSIR Menentukan tahap Memberi markat / kuantifikasi NILAI Menilai atau memberi sifat nilai kualitatif

45 Aktiviti 3 Cuba fikirkan apakah matlamat pensyarah mengajar sesuatu kursus di bilik kuliah dan makmal. Apakah peranan penilaian dalam memastikan bahawa matlamat pengajarannya dicapai? Apakah aspek-aspek penilaian yang perlu diperhatikan oleh pensyarah bagi memastikan matlamat pengajarannya dicapai? Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pensyarah bagi memastikan matlamat pengajarannya tercapai? Senaraikan risiko yang berkait dengan keputusan pensyarah untuk membuat keputusan sama ada pengajarannya berkesan atau tidak berkesan.

46 Peperiksaan PERKAITAN KONSEP Pengujian Pentaksiran Pengukuran
Penilaian Peperiksaan

47 PEPERIKSAAN satu sistem yang menggabungkan pelbagai bentuk pentaksiran atau pengukuran menjadi satu format pelaporan yang menyeluruh yang memberikan maklumat yang berwibawa dan boleh dipercayai.

48 “Dalam satu sistem peperiksaan kita membuat penilaian berdasarkan skor atau skor-skor yang diperoleh daripada pelbagai proses pentaksiran dan pengukuran”.

49 PEPERIKSAAN UJIAN SISTEM PENILAIAN PENGUKURAN & PROSES PENTAKSIRAN
PENGUJIAN ALAT UJIAN

50 Perkaitan Pengujian, Pengukuran, Pentaksiran dan Penilaian

51 Perkaitan Konsep PENGUJIAN PENGUKURAN / PENTAKSIRAN PENILAIAN
Merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku individu. Satu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru. Satu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakan pelajar memberi tindak balas / respon. Alat pengukuran yang digunakan mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan. Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Satu aspek proses pembelajaran yang menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.

52 KENAPA MENTAKSIR Guru – keberkesanan/ kelemahan pengajaran
Pelajar – keberkesanan/ kelemahan pembelajaran Pengurusan – pemilihan, penempatan, pensijilan

53 Tujuan / Kepentingan Azizi Ahmad (2005,p.16) menyatakan antara tujuan atau kepentingan penilaian / pentaksiran yang dijalankan di bilik darjah adalah untuk; Diagnosis Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar terhadap P&P yang telah berlangsung. Memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar. Mengenal pasti kemajuan pelajar. Jadi panduan guru utk. membuat pengayaan, pemulihan atau menukar pendekatan dalam P&P.

54 Pencapaian / Pengredan
Memberi maklumat tentang tahap penguasan pelajar terhadap pengetahuan,kemahiran dan sikap yang disampaikan guru. Pentaksiran akhir (UPSR,PMR,SPM) bagi menentukan gred pencapaian pelajar (cemerlang, sederhana atau gagal) dan pemberian sijil.

55 Pemilihan dan Penempatan
Panduan kepada guru untuk memulakan sesi P&P Panduan kepada guru untuk mengelompokkan pelajar megikut tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Boleh juga digunakan untuk menempatkan pelajar dalam aliran tertentu seperti aliran sains dan sastera.

56 Bimbingan dan Kaunseling
Boleh menjadi motivasi intrinsik kepada pelajar. Boleh menjadi motivasi ekstrinsik daripada ibu bapa, guru, rakan sebaya dan sebagainya.

57 Panduan kepada Penggubal Dasar
Khususnya kepada penggubal kurikulum KPM Sekiranya tidak berjaya mungkin; Pengubahsuaian kurikulum perlu dibuat Perubahan pendekatan P & P boleh dilakukan

58 Bacaan Tambahan

59 KONSEP KESAHAN Sesuatu ujian sepatutnya mengukur apa-apa yang sepatutnya diukur (Umum) 14-Nov-18

60 KONSEP KESAHAN Wood (1991) menekankan bahawa kesahan adalah lebih penting daripada kebolehpercayaan tetapi bergantung semata-mata padanya dianggap sebagai kesahan pemerhatian. 14-Nov-18

61 KESAHAN Mengikut Thorndike (1991), konsep kesahan merujuk keseluruhan apa-apa yang hendak kita ukur dan tiada lain selain apa-apa yang hendak kita ukur. 14-Nov-18

62 KESAHAN Anastasi (1988) menjelaskan bahawa kesahan ialah ujian yang mengukur sesuatu sebaik mungkin. 14-Nov-18

63 KESAHAN Huck dan Cormier (1996) menyatakan bahawa inti pati kesahan berkait rapat dengan perkataan ketepatan. 14-Nov-18

64 Jenis Kesahan Kesahan Kandungan (Content Validity)
Kesahan Semasa / serentak (Concurrent Validity) Kesahan Ramalan (Predictive Validity Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterian-related Validity) Kesahan Konstruk / gagasan (construct validity) Kesahan Muka (Face Validity) 14-Nov-18

65 Kesahan Kandungan (content validity)
Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur 14-Nov-18

66 Kesahan Kandungan (content validity)
Merujuk objektif pengajaran yang jelas dan bahan-bahan pengajaran yang ditentukan atau kepada bidang pengajaran yang dikhususkan. 14-Nov-18

67 Ciri-ciri Kesahan Kandungan
Kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur atau diuji Digunakan dalam ujian pencapaian Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu 14-Nov-18

68 Ciri-ciri Kesahan Kandungan
Memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili setiap aspek penting pelajaran yang diajarkan Bergantung pada atau kesesuaian tingkah laku yang ingin diperhatikan atau diketahui Perlu memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran dan Spesifikasi Ujian 14-Nov-18

69 Kesahan Semasa/Serentak (Concurrent Validity )
Hubung kait antara skor ujian dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriteria tertentu Ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek. 14-Nov-18

70 Skor ujian/pep. akhir tahun bagi sampel pelajar dibandingkan dengan jangkaan guru tentang kebolehan pelajar, misalnya skor Sejarah dalam pep. SPM 14-Nov-18

71 Kesahan Ramalan Kesahan Ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian tentang ketepatan ramalan (menggunakan instrumen untuk mengumpul data) masa kini daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan. 14-Nov-18

72 Kesahan Ramalan Contoh:-
Maklumat dikumpul melalui ujian/kriteria/ tingkah laku dan tunggu sehingga tingkah laku yang hendak diukur oleh ujian berlaku Buat perbandingan antara maklumat yang dikumpul dan skor yang diperoleh daripada pelajar mengambil ujian tersebut. 14-Nov-18

73 Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterian-related Validity )
Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan ramalan bergantung pada prosedur mentadbir ujian:- Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian (concurrent), atau setelah masa beberapa bulan (predictive). 14-Nov-18

74 Kesahan Konstruk / Gagasan
Sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur konstruk berkenaan dengan sifat semula jadi & tingkah laku manusia, misalnya, kecerdasan, kreativiti, atau ketidaktentuan perasaan (emosi) Tidak boleh diperhatikan secara langsung tetapi boleh dibuat telahan berdasarkan kesan tingkah laku (kemahiran) yang boleh diperhatikan. 14-Nov-18

75 Contoh:- Satu ujian ditadbir kepada pelajar yang merangkumi julat pencapaian yang luas. Jika keputusan ujian dapat membezakan antara pelajar yang pencapaiannya tinggi dengan yang rendah ujian tersebut dianggap mengukur kebolehan konstruk. 14-Nov-18

76 Kesahan Muka Satu peringkat ujian dilihat mengukur apa-apa yang sepatutnya diukur. Pelajar/calon akan bertindak lebih baik pada ujian yang mempunyai kesahan muka yang tinggi. 14-Nov-18

77 Kepetingan Kesahan Muka
Meningkatkan motivasi semasa pelajar mengambil ujian Mengurangkan perasaan kurang puas hati atau tidak adil kepada golongan yang skornya rendah Membantu meyakinkan pengguna yang berpotensi (e.g. guru, pentadbir sekolah) untuk menggunakan ujian tersebut) 14-Nov-18

78 Meyakinkan orang ramai, apabila mereka dapat menghubungkaitkan ujian dengan pencapaian atau ciri-ciri ujian itu sepatutnya mengukur 14-Nov-18

79 INSTRUMEN ramai pelajar meneka sewenang-wenangnya jawapan
FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KETIDAKSAHAN SKOR Instrumen tidak akur kurikulum (objektif/ kandungan) INSTRUMEN Instrumen tidak akur gagasan ramai pelajar meneka sewenang-wenangnya jawapan Instrumen tidak akur spesifikasi (taburan, aras kesukaran) Pembinaan item tidak tepat – istilah, ayat, petunjuk dalam item 14-Nov-18

80 KEBOLEHPERCAYAAN 14-Nov-18

81 KEBOLEHPERCAYAAN Tahap ketekalan antara skor ujian yang senantiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran (Test Style Manual, ETS, New Jersey, USA). 14-Nov-18

82 Merupakan satu petunjuk bagi konsistensi skor-skor;
antara pemeriksa mengikut masa tugasan-tugasan yang berlainan item-item yang mengukur perkara yang sama (parallel test) ( 14-Nov-18

83 Pengaruh Kepada Kebolehpercayaan
Prosedur pentadbiran pengujian yang baik dijangka akan menghasilkan keputusan baik Tidak bergantung pada satu set soalan tertentu yang digunakan Masa ujian dilaksanakan Pemeriksa ujian tersebut 14-Nov-18

84 Pengaruh faktor luaran (set soalan, masa, pemeriksaan kertas) yang menjejaskan sesuatu ujian dikenali sebagai skor ralat/ralat pengukuran (error measurement). 14-Nov-18

85 Kebolehpercayaan ujian bergantung pada ketekalan skor yang dihasilkannya walaupun diulang uji beberapa kali. 14-Nov-18

86 Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi bagi sesuatu kumpulan itu tidak semestinya mempunyai kebolehpercyaan yang tinggi bagi kumpulan yang lain 14-Nov-18

87 Jika kumpulan pelajar yang sama mendapat skor yang berlainan terhadap ujian yang sama akibat pengaruh faktor-faktor luaran (yang tidak berkaitan dengan tujuan pengukuran), ujian tersebut tidak mempunyai kebolehpercayaan. 14-Nov-18

88 Format ujian juga mempengaruhi kesukaran sesuatu item itu dan seterusnya kebolehpercayaan ujian
Arahan yang jelas, mudah difahami dan penyusunan mengikut kesukaran item boleh memberikan kesan kepada kebolehpercayaan ujian 14-Nov-18

89 Lebih panjang sesuatu ujian, atau lebih banyak bilangan itemnya, lebih tinggi kebolehpercayaannya
Kebolehpercayaan ujian objektif akan meningkat dengan meningkatnya bilangan pilihan jawapan bagi setiap item 14-Nov-18

90 Betul/Salah atau dua pilihan jawapan pada item adalah paling kurang kebolehpercayaannya
Item yang sukar atau terlalu sukar akan membawa kepada kebolehpercayaan yang rendah 14-Nov-18

91 Item seharusnya mendiskriminasi pelajar yang pandai dengan lemah
Item mestilah bebas daripada ayat-ayat yang mengelirukan atau masalah-masalah teknikal 14-Nov-18

92 Mengelakkan Ralat Pengukuran (Keboleh-percayaan Rendah )
Ujian hendaklah ditadbirkan dalam suasana yang sesuai:- Mengikut masa yang ditetapkan Bebas daripada gangguan/ bising Langkah-langkah untuk mengelakkan penipuan 14-Nov-18

93 Kunci jawapan hendaklah senantiasa betul bagi setiap item
Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan kelajuan dijadikan sebagai satu faktor pengujian Kunci jawapan hendaklah senantiasa betul bagi setiap item Perlu mempunyai dua atau lebih pemeriksa atau pemberi gred untuk menilai kertas ujian yang sama 14-Nov-18

94 Elemen Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan
Dorongan pelajar untuk meneka apabila mereka tidak mengetahui jawapan betul Sekiranya ramai pelajar meneka jawapan sewenang-wenangnya, skor mereka tidak akan tekal dari satu ujian kepada ujian yang lain. 14-Nov-18

95 Konsep kebolehpercayaan ini tidak terhad kepada skor ujian, malah jenis-jenis maklumat lain terhadap pelajar. Misalnya rekomen guru terhadap seseorang pelajarnya. Adakah guru yang berlainan dapat memberikan testimoni yang sama apabila mereka menilai pelajarnya? 14-Nov-18

96 Cara Mengukur Kebolehpercayaan
Alternate-forms reliability Split-halves reliability Internal consistency 14-Nov-18

97 Alternate-forms reliability : -
memberikan pelajar dua set kertas soalan yang berlainan tetapi mengandungi soalan-soalan khusus / hampir sama (parallel) dari segi mengukur dan menguji kemahiran yang sama 14-Nov-18

98 Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
Contoh Dua Ujian yang setara Buku Ujian A 50 Soalan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Buku Ujian B 50 Soalan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 14-Nov-18

99 Split-halves reliability : -
Membahagikan satu set / kertas soalan kepada dua bahagian. Kebolehpercayaan dikira bagi setiap dua bahagian tersebut. Kebolehpercayaan dikira bagi keseluruhan kertas soalan tersebut Skor kedua-dua bahagian ini dibandingkan dengan skor set soalan keseluruhannya 14-Nov-18

100 KERTAS SOALAN 50 ITEM DIBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN
Jawapan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 25 A C D B Soalan Jawapan 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 50 A C D B Soalan Jawapan 1 2 3 4 5 6 7 48 49 50 A C D B KR 20 = .87 KR 20 = .84 KR 20 = .88 14-Nov-18

101 Internal consistency :-
Menganalisis data setiap soalan dengan andaian bahawa semua soalan bagi ujian tersebut bertujuan untuk mengukur kebolehan yang sama (KR-20 dan Alpha adalah internal consistency koefisyen) 14-Nov-18

102 Akhir Sekali! Sekian sahaja. Kalau tuan/puan beroleh ilmu
Jangan disimpan di dalam dada Jangan ilmu dijadikan harta Ramai lagi guru tidak tahu Tuan/puanlah harapan mereka Balik nanti sebar serata Home 14-Nov-18

103 SEKIAN UNTUK SLOT PERTAMA


Download ppt "BMM 3103: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google