Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehJohan Makmur Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA PISMP AMBILAN JANUARI 2012 ARMAN NORZAMAN BIN AZLAN MOHD IZZAN AMIR BIN MOHD JOHARI MUHAMMAD EIZAZ BIN AHMAD FAISAL K3 PISMP AMBILAN JANUARI 2012 CIK NOOR HASIAH BINTI SULAIMAN
2
13 MEI 1969 Tarikh keramat dimana berlaku satu rusuhan kaum.
Wujud selepas keputusan Pilihanraya 1969 diumumkan pada 10 Mei 1969. Parti Perikatan gagal memenangi 2/3 majoriti di parlimen namun masih mampu menubuhkan kerajaan. Parti-parti politik menyuburkan perasaan perkauman bagi memenangi pilihanraya.
3
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Segelintir pengikut sahaja yang mengeluarkan slogan mengenai isu perkauman. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan lalu menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
4
Perarakan menuju ke Kampung Baru yang terdapat lebih 30,000 orang Melayu yang tinggal di situ.
Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris. Dikatakan kaum Cina berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
5
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Jam 3.00 petang, datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung.
6
Setelah itu, perintah darurat dikeluarkan.
Ahli FRU dikerah masuk ke Kampung Baru bagi menenangkan keadaan namun gagal. Begitu juga dengan Rejimen Renjer dan Askar Melayu turut berkawal pada ketika itu namun masih gagal memulihkan keadaan.
7
Angka korban Angka rasmi menunjukkan : 196 mati, 439 cedera, 39 hilang
9,143 ditahan 211 kenderaan musnah.
8
Pengajaran “Peristiwa 13 Mei 1969 “
Kehilangan Nyawa dan Harta Benda Berlakunya Perintah Berkurung Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara Perpaduan Nasional Keadilan Ekonomi
9
Kehilangan Nyawa dan Harta Benda
Banyak kerosakan terhadap rumah , jalan raya dan keadaan fizikal bandar Kuala Lumpur yang berlaku Banyak nyawa kaum Melayu dan Cina yang terkorban.
10
Berlakunya Perintah Berkurung
Disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Bertujuan mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara. Memberikan kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum. Rakyat susah berinteraksi dan tiada peluang mencari punca pendapatan. Segala aktiviti harian masyarakat disekat.
11
Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara
Membuka peluang kepada musuh-musuh negara mengambil kesempatan. Peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan Contoh penaklukan Portugis terhadap Melaka dan Israel terhadap Palestin.
12
Dasar perpaduan kaum yang diperkenalkan kerajaan.
Perpaduan Nasional Dasar perpaduan kaum yang diperkenalkan kerajaan. Rakyat perlu menanam sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi . Perlu kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini.
13
Kadar kemiskinan akan menjadi isu dalam masyarakat Malaysia.
Keadilan Ekonomi Keadaan menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja. Berlaku pemisahan ekonomi seperti Kaum Melayu menjadi petani, Kaum India menjadi penoreh getah di estet dan Kaum Cina melombong bijih timah. Kadar kemiskinan akan menjadi isu dalam masyarakat Malaysia.
14
Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum Menyusun semula masyarakat
Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang ( )yang mempunyai dua objektif utama iaitu : Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum Menyusun semula masyarakat Bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.
15
KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK
16
KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK
Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan pembangunan dan perpaduan dalam negara terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan.
17
EKONOMI Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi negara.
18
Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita.
19
Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi Negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini.
20
BUDAYA Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam negara. Seperti yang kita ketahui, negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di negara kita.
21
Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan sekiranya mereka dalam kesusahan.
22
Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.
23
PERPADUAN Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara Malaysia pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara Malaysia Kesan daripada rusuhan ini dapat dilihat betapa ramai masyarakat negara ini yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum berlaku lagi.
24
Keharmonian di antara etnik juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di negara ini bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan negara.
25
Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di negara Malaysia akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada luar dan dalam negara. Negara Malaysia haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada yang melibatkan pergaduha bagi memastikan negara ini akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan negara Malaysia.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.