Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSusanti Hardja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
BBM5401 MINGGU 6 & 7 TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
2
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA
BBM5401 Pengertian teori ? Teori terbentuk hasil himpunan berbagai-bagai idea yang terlebih dahulu diuji dan dinilai kebenarannya melalui kaji selidik ataupun eksperimen yang dijalankan ke atas subjek,sama ada manusia ataupun haiwan. Menghasilkan sesuatu teori memakan masa bertahun-tahun lamanya. Suatu teori mungkin dianggap benar pada suatu zaman tetapi tidak diterima pada zaman yang lain disebabkan oleh dapatan baru. Teori tidak boleh dianggap betul atau salah kerana teori hanyalah sebagai alat kaji selidik. Jika sesuatu teori dapat menghuraikan pemerhatian yang dibuat dan dapat melanjutkan sesuatu kaji selidik , teori itu dianggap baik. Jika teori itu gagal dalam menjalankan fungsi tersebut, besar kemungkinan orang yang menjalankan kaji selidik itu akan berusaha mencari teori baru.
3
Pengertian pembelajaran
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA BBM5401 Pengertian pembelajaran Pengertian umum – konsep pembelajaran yang terlalu berorientasikan pencapaian akademik. Pengertian dalam psikologi – perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang sebagai ukuran berlakunya pembelajaran dan sebagai cara untuk menghuraikan pengertian pembelajaran.
4
Pengertian teori pembelajaran
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA BBM5401 Pengertian teori pembelajaran Teori pembelajaran ialah pendapat atau idea ahli-ahli psikologi pendidikan yang cuba menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran, bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor apa yang mempengaruhi proses pembelajaran ini.
5
Teori-teori Pembelajaran Bahasa
BBM5401 Teori-teori Pembelajaran Bahasa Teori Mekanis Aliran Behaviurisme Teori mentalis Aliran Kognitif Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan. Interaksionalis (Halliday) Fungsionalis (Haliday) Situasionalis Teori Pembelajaran Kod-kognitif (Piaget) AnggapanA
6
Ciri-ciri penting teori mekanis
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA BBM5401 Ciri-ciri penting teori mekanis Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa itu sehingga menjadi satu kebiasaan. Bahasa adalah suatu tingkah laku manusia yang dihasilkan daripada operasi ransangan dan tindak balas. Perlakuan ini sama seperti tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Bahasa adalah alat untuk berhubung . Aspek lisan yang berupa percakapan atau pertuturan yang sangat dipentingkan. Makna sebagai pancaran fikiran dan perasaan manusia dianggap tidak penting. Bahasa adalah satu sistem bentuk dan bukan sebagai himpunan makna yang menjadi simbol pemikiran. Pengukuhan dan ganjaran di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah penting. Bahasa dihuraikan secara deskriptif atau struktural. Dalam bidang analisa ayat, prinsip konstituen terdekat digunakan. Dalam proses pembelajaran ,kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah kegagalan pelajar itu di dalam membentuk kebiasaan yang betul dan tepat.
7
Ciri-ciri penting teori mentalis
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA BBM5401 Ciri-ciri penting teori mentalis Manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa. Perkara ini adalah semula jadi. Ada dua bahagian penting di dalam proses penguasaan bahasa. Pertama disebut kemampuan atau kecekapan dan yang kedua disebut prestasi. Bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. Penguasaan bahasa itu ada kaitannya dengan keupayaan mental. Bahasa mempunyai ciri-ciri kesejagatan. Bahasa mempunyai ciri-ciri kreativiti. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk kebiasaan. Bahasa dihuraikan melalui analisa transformasi-generatif. Kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan mereka tetapi ia adalah satu percubaan hipotesis.
8
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA
BBM5401 Pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis iaitu sebagai satu kegiatan fizikal semata-mata. Faktor persekitaran sebagai ransangan dan tindak-tanduk organisma pada ransangan itu sebagai gerak balas. Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan Tingkah laku adalah ditentukan oleh faktor-faktor luaran seperti ganjaran untuk menguatkan hubungan ransangan dan gerak balas. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola untuk membentuk kebiasaan. Menekankan kepada kemahiran lisan Kemahiran mendengar dan bertutur ini ditegaskan kerana hubungan yang rapat dan mudah dikuasai berbanding dengan membaca dan menulis.
9
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA
BBM5401 Teori Pembelajaran Interaksionalis ( Halliday) Kebolehan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk linguistik dengan jelas Bahasa sebagai alat berinteraksi Satu proses yang melibatkan mental dan linguistik Pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran bahasa itu. Aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan Membolehkan murid berusaha menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa seterusnya mampu berbahasa dengan fasih dan lancar
10
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA
BBM5401 Teori Pembelajaran Fungsionalis (Haliday) Bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi. Tiga fungsi bahasa a-menyampaikan idea,b-menyampaikan maklumat c-menyampaikan partisipasi kita dalam proses berkomunikasi Bahasa berubah sifatnya semasa ia digunakan untuk berkomunikasi Ciri penting- Bahasa bukan sistem statik Penekanan kepada semantik Ada kepelbagaian semasa bahasa dituturkan Menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.
11
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA
BBM5401 Teori Pembelajaran Situasionalis Bahasa adalah sebagai satu kod komunikasi Bahasa dipelajari dengan cara menggalakkan pembentukan kebiasaan. Formula sosial perlu diperkenalkan kerana berguna dalam konteks bermasyarakat. Menyarankan supaya bahan-bahan pengajaran disesuaikan dengan kaedah dengar-tutur. Menggalakkan ‘main peranan’simulasi atau berlakon dalam keadaan dan situasi sebenar
12
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA
BBM5401 Teori Pembelajaran Kod-kognitif (Piaget) Pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran iaitu aktiviti mental Aktiviti mental merupakan kebolehan khas manusia. Pemahaman struktur bahasa memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa tersebut.. Mementingkan pengetahuan dan kesedaran tentang pola-pola sintaksis dan leksikal. Bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal Hubungan rapat dengan teori psikologi kognitif pembelajaran yang menekankan analisis dan pembelajaran melalui proses deduktif.
13
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA
BBM5401 Pendekatan yang menekankan kepada fungsi bahasa. Berdasarkan pandangan –pandangan fungsionalis terhadap ciri-ciri semula jadi bahasa yang menekankan tatabahasa dan makna secara serius Teori Pembelajaran Anggapan Pengetahuan semantik adalah perkara utama. Bahasa adalah satu sistem bukan sistem bentuk tetapi sistem makna Menerangkan keperluan berkomunikasi pelajar-pelajar dan kemudian mempamerkan cara-cara setiap komunikasi yang diperlukan itu dinyatakan.
14
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA
BBM5401 Kesimpulan Kaedah-kaedah pembelajaran bahasa ini lahir daripada pelbagai teori dan pandangan linguistik yang berkait rapat antara satu sama lain.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.