Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSuryadi Lesmana Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
KONVENSYEN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Universiti Sains Malaysia
KE-18 16 – 19 September 2005 Tajuk; Aplikasi Pendekatan Inkuiri Dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan WEB Oleh: Dr. Irfan Naufal Umar Sajap Maswan Universiti Sains Malaysia
2
Pengenalan Malaysia adalah merupakan antara 20 buah negara yang penduduknya menjadi pengguna internet teramai di dunia dan juga merupakan antara 5 negara pengguna internet teramai di Asia (Internet World Star, 2004). Kini terdapat banyak laman web pendidikan dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang mata pelajaran yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar sebagai sumber P & P. Contoh Laman Web Pendidikan (EWS)- Portal Pendidikan Utusan,TM School Net, Cikgu Net dan lain-lain.
3
Pengenalan (samb.) Kini telah banyak laman-laman web pendidikan dan koswer dalam format laman web yang telah dibina untuk bahan pengajaran di sekolah Kebanyakan laman web untuk pendidikan adalah dibina berasaskan pendekatan tutorial; Fokus-Paparan maklumat dan pemindahan maklumat Aras pengetahuan rendah – mengingat kembali Dari segi interaktiviti, kebanyakannya tertumpu kepada soalan aneka pilihan dan aktiviti mudah. Tidak menekankan pendekatan inkuiri dan pemikiran saintifik (Hanifi, Ahmad et. al. , 2003)
4
Contoh Laman Web Pendidikan
5
Pengenalan (samb.) Peningkatan dalam penggunaan internet dan laman web belum menjamin berlakunya peningkatan di dalam pencapaian pelajar terutama dalam aspek pemikiran tahap tinggi. Teori dan Model pembelajaran adalah di antara faktor yang perlu diberi pertimbangan di dalam proses pembinaan laman web pendidikan. Kertas kerja ini cuba mengenengahkan cadangan dalam rekabentuk laman web pendidikan (EWS) yang dibina berdasarkan pendekatan inkuiri terbimbing yang dirasakan sesuai bagi meningkatkan pencapaian & minat pelajar
6
Inkuiri Pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bukanlah sesuatu yang baru. Philip (2004), menyatakan “ sekiranya kita tanya kepada sepuluh orang pendidik yang berlainan untuk mendefinasikan ‘inkuiri’ nescaya kita akan mendapat sebelas definisi yang berbeza tentangnya” Inkuiri digunakan dalam berbagai mata pelajaran; sains, sains sosial dan sebagainya.
7
Teori-Teori Pembelajaran
Teori Behaviorisme- Perubahan Tingkahlaku-peneguhan dan maklum balas. Cth; EWS yang menyediakan soalan-soalan dan latihan (latih-tubi) Teori Kognitif – kemahiran pengkodan,menyimpan dan mengingat kembali.Cth; EWS yang mengikut urutan/objektif. Konstruktivisme pelajar aktif membina pengetahuan mereka; Cth. EWS yang membenarkan pelajar berfikir dan menyelesaikan masalah.
8
Jadual 1: Empat Aras Pembelajaran Inkuiri (Herron, 1971)
Jenis Inkuiri Penerangan Pengesahan (Confirmation) pelajar mengesahkan prinsip-prinsip tertentu berdasarkan aktiviti penerangan oleh guru dan keputusan sesuatu penyelidikan telah diketahui terlebih awal 1 Inkuiri Berstruktur (Structured Inquiry) pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru 2 Inkuiri Terbimbing (Guided Inquiry) pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru, dan pemilihan langkah-langkah penerokaan ditentukan sendiri oleh pelajar. 3 Inkuri Terbuka (Open Inquiry) Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan dan langkah-langkah yang dibina dan ditentukan sendiri oleh mereka berdasarkan topik-topik yang tertentu .
9
Lawson (1995) Model Kitar Pembelajaran (learning cycle) dalam pembelajaran konstruktivis. Tiga elemen kitar pembelajaran; penerokaan pengenalan terma aplikasi konsep Model ini digunakan di dalam membina langkah-langkah pembelajaran di dalam persekitaran laman web yang dibina
10
(Collins & Stevens,1983) Inkuiri Terbimbing
Tiga perkara utama yang menjadi komponen kaedah pengajaran inkuiri iaitu; Set-set matlamat yang guru bina. Set-set strategi untuk mendapatkan matlamat tersebut. Mekanisme untuk menentukan bilakah dan apakah matlamat yang ingin dicapai.
11
Collins & Stevens (1983) mencadangkan 10 strategi;
Memilih contoh positif & negatif Mempelbagaikan kes-kes secara sistemmatik Memilih contoh-contoh penilaian Menjana kes-kes hipotesis Membentuk hipotesis Menguji dan menilai hipotesis Mempertimbangkan ramalan alternatif Memerangkap pelajar Mengesan sebab-sebab penyangkalan Mempersoalkan autoriti
12
Inkuiri Terbimbing Melalui inkuiri terbimbing guru bertindak sebagai fasilitator yang mencetuskan persoalan-persoalan untuk merangsang pelajar supaya terus membuat penerokaan (Schulman & Tamir, 1973) Di dalam pembelajaran berasaskan persekitaran web pendidikan, peranan guru akan dilakukan oleh program komputer. Inkuiri terbimbing yang dicadangkan digunakan bagi melaksanakan pembelajaran di dalam persekitaran laman web pendidikan yang dibina.
13
Pembinaan Bahan Model Pengembangan Instruksi
Untuk membangunkan bahan berasaskan web Thomas (1996) mencadangkan; Model Dick dan Carey (1990) bagi membangunkan laman web yang dibina berasaskan pendekatan tutorial b) Model Rekabentuk Hipermedia oleh Spiro (1991) bagi membangunkan laman web yang dibina berasaskan pendekatan inkuiri
14
Pembinaan Bahan (samb.)
Kaji semula instruksi Buat analisis instruksi Tulis objektif prestasi Bina instrumen pertaksiran Bina strategi intruksi Bina & pilih bahan instruksi Reka bentuk & jalankan penilaian formatif Kenalpasti matlamat intruksi Analisis pelajar dan konteks Reka bentuk & jalankan penilaian sumatif Rajah 4: Model Pengembangan intruksi yang dicadangkan oleh Dick, Carey dan Carey (2001)
15
Pembinaan Bahan (samb.)
- Membenarkan pelajar mengawal sendiri pelayaran (navigation) berdasarkan permasalahan Fokus kepada pemantauan diri pelajar (learner self-reflection) Kenalpasti kes-kes (permasalahan) bersama dengan domain Menentukan domain pembelajaran Kenalpasti thema & perspektif Panduan/pautan ke bahagian berkaitan dengan permasalahan Disesuaikan daripada Model Rekabentuk Hipermedia yang dicadangkan oleh Spiro (1991)
16
Pembinaan Bahan (samb.)
Pembinaan Laman web PSV berasaskan pendekatan inkuiri terbimbing Kitar Pembelajaran (Learning Cycle) Langkah-langkah Pembelajaran Laman Web yang dibina
17
Pembinaan Bahan (samb.)
Pembinaan Laman web PSV berasaskan pendekatan tutorial Langkah-langkah pembelajaran Laman web yang dibina
18
Kajian berkaitan dengan Inkuiri Terbimbing
Inkuiri terbimbing dirasakan sangat sesuai untuk pembelajaran dalam persekitaran WEB di sekolah kerana; Banyak kajian mendapati pelajar tidak membuat keputusan dengan baik dalam pembelajaran berasaskan komputer yang memberi kebebasan mengawal sendiri pembelajaran mereka. (DiVesta, 1975; Steinberg, 1988; Tensyon & Rothen, 1979)
19
Kajian Inkuiri Terbimbing
Banyak kajian inkuiri adalah dalam konteks pembelajaran di dalam bilik darjah Ivins (1986) mendapati pelajar dalam kumpulan inkuiri (induktif) lebih cemerlang dalam menjana dan mengembangkan isi pelajaran berbanding pelajar dalam kumpulan tradisional (deduktif) dalam aktiviti makmal sains. Lott (1983) mendapati pendekatan inkuiri lebih positif ke atas pelajar tahap sederhana dan lebih cemerlang untuk pelajar tahap tinggi.
20
Kajian Inkuiri Terbimbing
Carlson (1975) mendapati bahawa kumpulan pelajar inkuiri adalah lebih cemerlang di dalam kemahiran secara formal dalam sains fizikal. Morvant (2001) mendapati inkuiri terbimbing telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalam pembelajaran mereka. Kitar pembelajaran adalah salah satu model pembelajaran berasaskan inkuiri yang sangat berkesan dan telah banyak digunakan di dalam mereka bentuk bahan pengajaran.
21
Kajian Inkuiri Terbimbing
Banyak kajian menunjukkan pendekatan pembelajaran melalui kitar pembelajaran telah dapat meningkatkan pencapaian, mampu memberikan penjelasan tentang sesuatu konsep dengan lebih jelas, dapat meningkatkan pemikiran sains, dan dapat meningkatkan kebolehan memberikan hujahan di kalangan pelajar. (Ibraham & Renner, 1986; Ivins, 1986;Mc Comas, 1992; Ragubir, 1979; Ibraham & Birnie, 1985)
22
Kajian Inkuiri Terbimbing
Musheno dan Lawson (1999) : pelajar yang belajar menggunakan bahan teks yang dibina berasaskan kitar pembelajaran adalah lebih mudah faham dan kesan ingatan jangka panjang mereka adalah lebih baik berbanding pelajar yang menggunakan bahan teks yang dibina berasaskan pendekatan tradisional. Bland, Sunberg dan Goldston (2004) : modul yang dibina menggunakan pendekatan kitar pembelajaran secara on-line telah dapat meningkatkan kefahaman serta kebolehan guru-guru pelatih menjalankan pengajaran di dalam mata pelajaran sains.
23
Sekian Terima Kasih
24
Kitar Pembelajaran PENEROKAAN PENGENALAN TERMA APLIKASI KONSEP
KEMBALI
25
Gambarajah: Langkah-langkah pembelajaran dalam inkuiri terbimbing
Pengenalan Kemukakan Soalan Menjawab Soalan dan Maklum Balas Penerokaan/Bimbingan Membina Konsep/Peraturan Pindahkan Konsep/Peraturan kepada Penyelesaian Masalah Baru KEMBALI
26
Gambarajah: Struktur dan langkah-Langkah Umum dalam
Gambarajah: Struktur dan langkah-Langkah Umum dalam Tutorial (Sumber Allessi & Trollip) Bahagian Pengenalan Persembahan Maklumat Soalan dan Tindak Balas Maklum Balas atau Ulang Kembali Keputusan Tindak Balas Penutup KEMBALI
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.