Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KEPENTINGAN PENYENARAIAN HARTA TANAH (PROPERTY LISTINGS)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KEPENTINGAN PENYENARAIAN HARTA TANAH (PROPERTY LISTINGS)"— Transcript presentasi:

1 KEPENTINGAN PENYENARAIAN HARTA TANAH (PROPERTY LISTINGS)
Sebelum sesebuah firma perejenan harta tanah dapat menjual atau menyewakan sesuatu harta tanah, firma tersebut mestilah terlebih dahulu mempunyai penyenaraian (listings). Penyenaraian (listings) merupakan perjanjian antara principal berpotensi yang mana mereka samada hendak membeli, menjual atau menyewakan harta tanah dan berjanji akan membayar komisen bagi perkhidmatan tersebut. Ia adalah dalam bentuk bertulis. Ejen penyenaraian (Listing agent ) ertinya ejen harta tanah yang mendapat penyenaraian dan telah diberikan hak untuk menjual atau membeli atau menyewa harta itu oleh prinsipal.

2 Penyenaraian berganda (Multiple listing ) berlaku apabila ejen penyenaraian merupakan ahli kumpulan ejen yang mempunyai perjanjian untuk pertukaran penyenaraian. Biasanya ejen penyenaraian (Listing agent ) mendapat hak eksklusif untuk menjual atau membeli atau menyewakan harta tanah, tetapi membenarkan ejen harta yang lain dalam kumpulan yang menunjukkan harta itu kepada bakal pembeli. Sekiranya jualan dibuat melalui sub-ejen atau dilakukan bersama ejen lain, yuran profesional akan dibahagikan berdasarkan kepada formula yang dipersetujui bersama. Lebih banyak penyenaraian yang diperolehi oleh ejen, lebih banyak komisen yang akan dipungut.

3 Sebagai seorang profesional, Lembaga menghendaki seseorang ejen supaya mempunyai pejabat yang sesuai bagi menjalankan perniagaan. Rekod-rekod mengenai senarai harta tanah untuk dijual, dibeli, disewa dan sebagainya mestilah disimpan dengan baik. Buku rekod mengenai harta tanah yang telah dilakukan transaksi juga hendaklah disimpan dengan sempurna. Penyenaraian harta tanah (property listings) adalah merupakan keperluan maklumat terpenting dan juga merupakan aset bagi sesebuah perejenan harta tanah dalam menyediakan khidmat profesional yang berkesan. Bagi memulakan perniagaan, seseorang ejen hendaklah melawat semua ejen-ejen harta tanah berdaftar di kawasannya. Apabila telah mengenali mereka, mudah bagi ejen tadi untuk mendapatkan senarai harta tanah yang diperlukan oleh pelanggannya. Sebaliknya, ejen tadi boleh memberikan senarainya kepada mereka bagi tujuan yang sama.

4 STRATEGI MENDAPATKAN SENARAI HARTA TANAH (PROPERTY LISTINGS)
Maklumat-maklumat mengenai senarai harta tanah boleh diperolehi dari sumber-sumber seperti berikut: Klien / pelanggan yang datang Klien / pelanggan yang terdahulu Iklan-iklan di dalam akhbar atau majalah Senarai harta tanah di dalam akhbar Lain-lain ejen berdaftar Jiran / rakan-rakan Saudara mara Pertanyaan dari rumah ke rumah Iklan-iklan di rumah / bangunan Melalui pihak pemaju Bank

5 Salah satu kedah yang biasa dipraktikkan untuk tujuan penyenaraian ini adalah dengan menggunakan buku yang dikenali sebagai buku kerja (job book). Kesemua maklumat yang berkaitan denga harta tanah akan direkodkan di dalam buku tersebut. Secara umumnya, bentuk maklumat yang berkaitan dengan senarai harta tanah yang dimasukkan ke dalam buku kerja adalah seperti berikut: i. Nama, alamat dan nombor telefon penjual/pemilik ii. Keterangan ringkas mengenai harta tanah yang hendak dijual seperti jenis harta tanah, saiz tanah dan bangunan, bilangan bilik dan sebagainya. iii. Harga / sewa yang diminta (asking price/rental) iv. Lokasi harta tanah v. Butir-butir hakmilik vi. Tarikh dan jangkamasa penyenaraian.


Download ppt "KEPENTINGAN PENYENARAIAN HARTA TANAH (PROPERTY LISTINGS)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google