Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 8: PENULISAN PENDULU BERITA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 8: PENULISAN PENDULU BERITA"— Transcript presentasi:

1 UNIT 8: PENULISAN PENDULU BERITA

2 Pendulu berita adalah perenggan pertama sesebuah berita dan merupakan ciri yang terpenting. Umumnya, pendulu harus berupaya untuk menarik perhatian pembaca.

3 Terdapat beberapa jenis pendulu iaitu:-
1. PENDULU TRADISIONAL - 5W 1H 2. PENDULU ALTERNATIF Naratif / deskriptif Kontras Staccato Pertanyaan /Persoalan Petikan

4 1. PENDULU TRADISIONAL Juga dikenali sebagai pendulu asas atau pendulu ringkasan. Pendulu ini dibentuk daripada enam unsur iaitu siapa (who), apa (what), bila (when), di mana (where), mengapa (why) dan bagaimana (how). Urutan setiap unsur ini tidak mutlak. Maksudnya boleh dimulakan dengan unsur siapa atau apa dengan mempertimbangkan kepentingannya. Menurut Mencher (2006), wartawan seringkali memilih unsur siapa dan apa dalam penulisan pendulu.

5 CONTOH PENDULU TRADISIONAL (PENGGUNAAN UNSUR SIAPA)
LEAD 1 KUALA LUMPUR 27 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat, yang pertama sejak dibentuk pada 2013. LEAD 2 Difahamkan beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.

6 CONTOH PENDULU TRADISIONAL (PENGGUNAAN UNSUR APA)
LEAD 1 KUALA LUMPUR 27 Julai - Pejabat Perdana Menteri hari ini meminta semua pihak lebih-­lebih lagi anggota pentadbiran, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya menunggu hasil siasatan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). LEAD 2 Katanya, semua pihak sewajarnya mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepemimpinan negara serta kerajaan dan UMNO.

7 2. PENDULU ALTERNATIF Naratif /Deskriptif Kontras Staccato
Pertanyaan/persoalan Petikan

8 1. PENDULU NARATIF / DESKRIPTIF
Bentuk pendulu ini mementingkan gambaran dan huraian peristiwa dan subjek pelaku.

9 Contoh Pendulu Naratif / Deskriptif:
Lead 1 Seremban: Tindakan mencurigakan dua wanita berhijab hitam keluar terburu-buru dari sebuah pasar raya terjawab apabila mereka dicekup kerana disyaki mencuri pelbagai set pinggan mangkuk di sebuah pasar raya di Seremban 2, di sini, kelmarin. Lead 2 Perbuatan kedua-dua suspek berusia 30-an mencuri set pinggan mangkuk itu dihidu pengawal keselamatan sebelum menahan mereka.

10 2. PENDULU KONTRAS Penulisan pendulu yang berlawanan pada subjek pelaku atau peristiwa.

11 Contoh Pendulu Kontras:
Lead 1 KUALA LUMPUR 26 Julai – Ke­giatan perjudian haram yang kelihatan ‘senyap’ sejak beberapa bulan kebelakangan ini di premis-premis perniagaan awam sebenarnya masih berlaku di tempat-tempat eksklusif termasuk banglo mewah, kondominium dan kelab-kelab persendirian. Lead 2 Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, aktiviti terbabit sukar dikesan pihak berkuasa kerana menggunakan lokasi tertutup dan hanya melibatkan jemputan sahaja.

12 3. PENDULU STACCATO Staccato merupakan tanda titik-titik di bawah not di dalam bidang muzik. Ini bererti not harus dibaca secara terputus-putus. Jika di dalam penulisan, not tersebut merujuk kepada tanda baca seperti titik.

13 Contoh Pendulu Staccato:
Lead 1 Kuala Lumpur: Tiada baju raya mahupun sebarang sambutan. Raya tahun ini bagai tak ada erti bagi mereka. Sejak dua bulan lalu hospital inilah rumah kedua mereka. Lead 2 “Setiap hari, kami hanya berendam air mata memikirkan Raef yang bergadai nyawa kerana keadaan kesihatannya kerap tak menentu,” kata Noraini Jaafar, 37, ibu kepada Raef Uqael Mohd Rosli, berusia empat tahun.

14 4. PERTANYAAN / PERSOALAN
Pendulu ditulis dalam bentuk ayat tanya seolah-olah soalan diajukan kepada pembaca. Namun pembaca tidak perlu menyediakan jawapan kerana ia akan terjawab dengan sendirinya.

15 Contoh Bentuk Pertanyaan / Persoalan:-
Lead 1 Kuala Lumpur: Sanggupkah anda menunggu seawal jam 8 pagi untuk membeli pelbagai barangan pada diskaun melebihi 70 peratus untuk persiapan Aidilfitri biarpun kebanyakan pusat beli-belah Sogo di ibu kota hanya dibuka pada jam 10 pagi? Lead 2 Perlukah kita membawa keluarga membeli-belah di ibu kota pada waktu pagi?

16 5. Bentuk Petikan Ia merupakan kenyataan daripada sumber yang memberi fakta mengenai sesuatu perkara (ceramah, sidang akhbar, wawancara). Ia dimulakan dengan tanda petik “ “.

17 Contoh Bentuk Petikan :-
Lead 1 Kuala Terengganu: “Dia suruh saya jaga diri dan didik anak baik-baik sebelum dia ‘pergi’,” kata Salihana Zawawi, 29, isteri kepada Mohd Zawawi Seman, 36, yang ditemui terapung di perairan Pulau Kapas, Marang selepas hilang di laut bersama tiga saudara lain di Kuala Kemaman pada 21 Jun lalu. Lead 2 Mayat Mohd Zawawi ditemui terapung oleh nelayan jam 5 petang kelmarin sebelum mayatnya dibawa Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysian (APMM) ke jeti Pulau Kambing dan diserahkan Ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).


Download ppt "UNIT 8: PENULISAN PENDULU BERITA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google