Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHadian Tan Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
TOPIK 8 KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI
2
8.1 INFRASTRUKTUR DAN TENAGA PENGAJAR
Faktor utama yang harus diteliti ialah infrastruktur, perkembangan murid dan persekitaran.
3
8.1.1 Kemudahan Kedudukan Sekolah (a) Kawasan bandar
- Kewujudan pertubuhan tertentu di bandar secara tidak langsung yang ada. - Di kawasan bandar terdapat persatuan- persatuan yang diikhtiraf oleh badan- badan kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu kemahiran atau sukan.
4
8.1.1 Kemudahan Kedudukan Sekolah (b) Kawasan luar bandar
- Agak terhad kerana kepakaran dikalangan guru dan orang luar amat kurang sekali. - Penglibatan mereka dalam gerak kerja kokurikulum sangat sedikit kerana mereka sibuk dengan tugas menyara hidup. - Kegiatan-kegiatan luar kelas juga terhad dan secara tidak langsung menghadkan penyertaan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti fizikal.
5
Kemudahan Kemampuan Kewangan Sekolah Peruntukan kewangan bergantung kepada kapasiti pelajar. Sekolah yang mempunyai pelajar yang ramai mempunyai peruntukan adalah lebih banyak.
6
8.1.1 Kemudahan Kemudahan-kemudahan
Setiap kemudahan yang terdapat di sekolah perlu diekploitasikan untuk digunakan semasa proses pemilihan aktiviti. Sekiranya kemudahan-kemudahan yang tidak mencukupi, pihak pentabiran sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah. Bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos.
7
8.1.1 Kemudahan Tenaga Pengajar
Ketiadaan tenaga pengajar yang berkebolehan di dalam sesuatu bidang sedikit sebanyak menjejaskan perancangan. Pemilihan aktiviti berdasarkan kepada kepakaran guru. Latihan kemajuan tenaga pengajar perlu dititik beratkan bagi membentuk guru yang mempunyai pengetahuan terkini dalam aktiviti fizikal.
8
Peralatan Harus diteliti yang menjadi asas yang penting dalam memilih alatan ialah faktor keselamatan pengguna. Kualiti alat juga perlu dipertimbangkan.
9
Kepakaran Para guru perlu mempunyai kepakaran untuk menangani sebarang kemungkinan semasa dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Pengetahuan dan kepatuhan terhadap prosedur dan disiplin dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani perlu kerana ia dapat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku.
10
8.1.3 Kepakaran Garis panduan yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan
risiko dalam Pendidikan Jasmani: Pastikan bahawa murid yang menjalankan aktiviti cergas Aktiviti yang dipilih perlu bersesuaian dengan umur dan kebolehan murid Aktiviti yang dipilih perlu diluluskan oleh badan profesional dan sekolah Guru yang menggendalikan aktiviti fizikal atau kokurikulum mempunyai kepakaran Arahan yang diberikan jelas, betul dan pelakuan memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama aktiviti yang berisiko seperti permainan ragbi. Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti.
11
8.2 PERKEMBANGAN MURID Di kategori kepada domain-domain berikut:
Domain Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Domain Psikomotor melibatkan perkembagan kemahiran fizikal pelajar. Domain Sosial melibatkan perkembangan perhubungan sosial pelajar.
12
Domain Kognitif Menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai.
13
Rajah 8.1: Taksonomi objektif domain kognitif Bloom
Penilaian Sintesis Analisis Aplikasi Kefahaman
14
Domain Kognitif Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak. Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada yang lebih susah. Peringkat yang lebih rendah perlu dicapai terlebih dahulu, diikuti peringkat selanjutnya yang lebih susah.
15
8.2.1 Domain Kognitif Pengetahuan - Bermaksud keupayaan mengingat
fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986). Kefahaman - Keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna.
16
8.2.1 Domain Kognitif Aplikasi
- Keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am. Pengajaran dan penilaian peringkat aplikasi juga sepatutnya menekankan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian, selain dapat menyelesaikan masalah yang diberikan guru dalam bilik darjah.
17
8.2.1 Domain Kognitif Analisis - Keupayaan memecahkan sesuatu
perkara kepada unsur-unsur kecil dan melihat pertalian antara unsur-unsur tersebut. - Menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan.
18
8.2.1 Domain Kognitif Sintesis - Membawa maksud keupayaan
menggabungkan unsur-unsur dan bahagian- bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur, tersusun dan menyeluruh. Penilaian - Membawa maksud keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar. - Membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya.
19
Rajah 8.2: Objektif domain afektif
Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Rajah 8.2: Objektif domain afektif Perwatakan Organisasi Penilaian Gerakbalas Penerimaan
20
8.2.2 Domain Afektif Penerimaan
- Bermaksud kesediaan seseorang/penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Misalnya, penerima sedar akan irama, lirik lagu, keadaan kehidupan. - Contoh objektif peringkat ini ialah pelajar dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti formal dalam bilik darjah. Gerak Balas - Bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima disetopikkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian.
21
Domain Afektif Penilaian - Bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. - Nilai ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran, akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.
22
8.2.2 Domain Afektif Organisasi - Membawa maksud seseorang itu boleh
menyusun semula nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal. - Contohnya, menerima peraturan sekolah seterusnya dapat mengawal diri mengikut peraturan tersebut. (e) Perwatakan - Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.
23
Pergerakan Mekanistik
Domain Psikomotor Adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat objektif domain psikomotor, daripada mudah kepada susah. Rajah 8.3: Domain psikomotor Pergerakan Suaian Pergerakan Kompleks Pergerakan Mekanistik Pergerakan Terkawal Persediaan Persepsi
24
8.2.3 Domain Psikomotor Persepsi
- Bermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling. Persediaan - (Set) bermaksud seseorang bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Pergerakan Terkawal - (Guided Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari, b iasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya.
25
8.2.3 Domain Psikomotor Pergerakan Mekanistik
- (Mechanistic Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Pergerakan Kompleks - Bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. - Melakukan pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling dengan cekap dan licin.
26
8.2.3 Domain Psikomotor Pergerakan Suaian
- (Adaptive Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. - Melakukan pergerakan dengan cekap dan licin semasa berhalangan. Pergerakan Ciptaan - (Originative Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara
27
8.2.4 Domain Sosial Terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu:
1. Berhubung 2. Berkomunikasi 3. Melibatkan Diri 4. Berunding 5. Bekerjasama 6. Menghakim 7. Memulakan 8. Menukar
28
8.2.4 Domain Sosial Berhubung - Membuat kontak (contact) terhadap
seseorang lain, seperti membuat kontak mata (eye contact). Berkomunikasi - Cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu. Melibatkan Diri - Secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain.
29
8.2.4 Domain Sosial Berunding - Berbincang untuk membuat sesuatu
keputusan. Bekerjasama - Bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek. Menghakim - Dapat bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran.
30
8.2.4 Domain Sosial Memulakan - Dapat memulakan sesuatu aktiviti
berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai. Menukar - (Converting) berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar.
31
8.3 PERSEKITARAN Persekitaran mempengaruhi kegiatan sosial dan aktiviti masyarakat. Budaya Setempat Pengaruh Politik Penyelarasan Program Sukan
32
8.3.3 Penyelarasan Program Sukan
Program Gerak Kerja Kokurikulum (Sukan) yang menyeluruh merangkumi tiga aspek utama selain dari program berbentuk Pengajaran (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) iaitu: Program Gerak Kerja Kokurikulum dalam Lingkungan Sekolah (Intramurals). Program Gerak Kerja Kokurikulum dalam dan luar (Extramurals). Program Antara Sekolah.
33
8.3.3 Penyelarasan Program Sukan
Program Intramurals - Melibatkan semua pelajar tetapi merupakan program pengukuhan dan pengayaan kurikulum yang diajar dalam kelas. - Melibatkan semua pelajar; wajib memilih persatuan dan unit beruniform yang diminati. Program Extramurals - Melibatkan mereka yang mempunyai kemahiran yang melebihi rakan. Contohnya mewakili rumah dalam kejohanan olahraga antara rumah. Program antara sekolah - Meliputi pertandingan peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. - Yang terbaik dakan mewakili sekolah keperingkat yang seterusnya.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.