Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (HBHE1203)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (HBHE1203)"— Transcript presentasi:

1 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (HBHE1203)
Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor

2 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
Pedagogi adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Pedagogi moden terbahagi kepada tiga bidang fungsi pengajaran. (a) Bidang Kognitif Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisis. (b) Bidang Afektif Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri. (c) Bidang Psikomotor Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan dan sukan.

3 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN SERTA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Konsep yang ditekankan oleh kesihatan ialah kesihatan keseluruhan. ( suatu keadaan di mana individu itu berada di dalam keadaan yang sempurna daripada segi jasmani, mental-emosi, sosial dan rohani dan bukan sahaja bebas dari penyakit, cacat atau cedera. (WHO),

4 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN SERTA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Kecergasan ialah keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa keletihan yang keterlaluan dan mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila kecemasan. Kecergasan Fizikal - adalah keupayaan individu utk berfungsi secara berkesan utk menghadapi cabaran dlm kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dgn lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga utk tujuan kecemasan. Kecergasan Mental - adalah keupayaan individu utk berfikir dan menggunakan maklumat utk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

5 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN SERTA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Kecergasan Sosial Keupayaan individu utk berinteraksi dengan org lain bagi mewujudkan perhubungan yg bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dlm hubungan ini. Kecergasan Emosi Individu berupaya menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik. Kecergasan Rohani Individu membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yg bermakna dan konstruktif.

6 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN SERTA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan: (a) Daya tahan kardiovaskular (b) Daya tahan otot (c) Kekuatan otot (d) Fleksibiliti/Kelenturan (e) Komposisi badan/kandungan lemak

7 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN SERTA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Daya Tahan Kardiovaskular Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardio-respiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Daya Tahan Otot Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang- ulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Kekuatan Otot Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). Fleksibiliti/Kelenturan Fleksibiliti adalah keupayaan sendi - sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum pada jarak yang makimum. Komposisi Badan/Kandungan Lemak Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh.

8 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN SERTA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Prinsip-prinsip bagi menjamin keberkesanan Pendidikan Kesihatan ialah:- Berdasarkan kepada perubahan tingkahlaku yang positif. (b) Hendaklah berasaskan kepada keperluan dan kepentingan pelajar, keluarga dan masyarakat dan negara. (c) Mempertimbangkan faktor-faktor sosiobudaya dan ekonomi yg mempengaruhi tingkahlaku kesihatan. (d) Memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar melalui penglibatan mengikut peringkat kesediaan dan kematangan mereka.

9 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN SERTA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
(f) Proses pembelajaran perlu menjadi sebahagian kepada keseluruhan kurikulum dan berpandukan kepada prinsip-prinsip pedagogi. (g) Pembelajaran perlulah berasaskan fakta kesihatan dan berdasarkan pendekatan saintifik yang positif. (h) Penerapan nilai-nilai murni secara terancang dan secara tidak langsung di dalam pendidikan kesihatan. Pendidikan kesihatan hendaklah dianggap sebahagian dari program pembangunan kesihatan masyarakat. (j) Proses pendidikan perlu menumpukan perhatian kepada perkembangan kemahiran berfikir dan perkembangan pengetahuan di kalangan para pelajar.

10 Tunjang Pembelajaran Kesihatan Diri dan Keluarga

11 Buku Rekod Mengajar Buku Rekod Mengajar perlu ditulis dengan ringkas dan jelas serta mudah difahami. • Ia bertujuan untuk meringkaskan beban tugasan guru supaya tiada yang tertindih selain memberi tumpuan dalam tugas mengajar.

12 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (HBHE1203)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google