Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehTeguh Herman Sugiarto Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Nama:Cheah Yun Chian & Song Yu Hui
Kelas: K2B Nama Sekolah: SMJK Perempuan China Pulau Pinang
2
Nilai-nilai Satu Malaysia
3
Budaya Kecemerlangan Pengamalan budaya kecemerlangan akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
4
Budaya cemerlang perlu dilaksanaan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
5
Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan
Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
6
Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
7
Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.
8
Kesetiaan Prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa belah bahagi Rukun Negara Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan
9
Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.
10
Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
11
Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.
12
Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.
13
Pendidikan Pendidikan dan pengetahuan adalah pasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
14
Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.
15
Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.
16
Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
17
Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.
18
Kesimpulan Konsep satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkandaam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.
19
TAMAT
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.