Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERUBAHAN SIKAP DR. MA’ROF REDZUAN.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERUBAHAN SIKAP DR. MA’ROF REDZUAN."— Transcript presentasi:

1 PERUBAHAN SIKAP DR. MA’ROF REDZUAN

2 PENGENALAN Sikap diperolehi selepas manusia itu dilahirkan, ditanam melalui proses pembelajaran. Dengan demikian, walaupun secara relatifnya tahan lama, ianya boleh diubah, walaupun bukan mudah. Beberapa teori cuba menerangkan bagaimana sikap boleh diubah. Teori ketekalan Teori pembelajaran Teori penilaian sosial Salah satu cara merubah sikap ialah melalui kaedah pujukan. Mengapakah manusia menentang perubahan sikap?

3 TEORI KETEKALAN DAN PERUBAHAN SIKAP
Andaian: manusia sentiasa ingin berada dalam keadaan keseimbangan. Manusia berasa selesa apabila sikap dan tingkah lakunya (atau ketiga-tiga komponen) selari/tekal Ketidaktekalan di antara unsur-unsur sikap membawa manusia berasa tidak selesa. Ketidakselesaan ini mendorong manusia untuk mengubah sikap agar kembali kepada keselesaan/keseimbangan. Tiga teori utama dalam teori ketekalan: Teori keseimbangan Heider Teori Ketakserasian kognitif Festinger Teori keselarasan kognitif Osgood dan Tennenbaum

4 Teori Keseimbangan Heider
Manusia ingin mengekalkan keseimbangan kognitif dan emosi secara harmoni antara sikap-sikap. Hubungan-hubungan seimbangan/tidak seimbangan adalah dalam bentuk: Hubungan unit Positif: polis dengan pistol Negatif: penjenayah dengan polis Hubungan sentimen: sama ada hubungan itu menyukai atau membenci Sekiranya anda menyukai motorsikal anda, dan menyintai kekasih anda (hubungan unit yang positif), anda akan merasa seimbang, jika kekasih anda itu juga menyukai motorsikal anda; anda berasa tidak seimbang jika kekasih anda tidak menyukai motosikal itu. Dengan demikian untuk berada dalam keadaan seimbang, anda seharusnya mengubah salah satu daripada sikap anda itu: sama ada membenci kekasih anda, atau membenci motorsikal anda.

5 Hubungan P, O, X P-PERSON-anda x X- objek O-kekasih

6 Teori Ketakserasian Kognitif
Tokoh: Leon Festinger Andaian asas: manusia ingin mengekalkan ketekalan di kalangan unsur-unsur sikap; di antara kognitif dan tingkah laku. Ketakserasian kognitif – merasa tidak selesa; Ketidakselesaan membawa (menggerakkan) manusia mengurangkannya kembali kepada keselesaan. Semakin hebat ketakserasian semakin hebat dorongan untuk mengurangkan ketakserasian. Bilakah ketakserasian wujud Pengakuran berpaksa Justifikasi usaha dan ketakserasian Ketakserasian selepas-keputusan Paradigma permainan terlarang

7 Kaedah mengurangkan ketakserasian kognitif
Mengubah tingkah laku Mengubah kepercayaan (kognitif) Mengubah anasir persekitaran Mengubah kognisi-kognisi serasi penafian

8 TEORI KESELARASAN KOGNITIF
Teori oleh Osgood dan Tennenbaum Dua objek sikap seharusnya selaras dari segi sentimen; namun sekiranya hubungan berubah maka berlaku ketakselarasan. Selaras: Anda suka pensyrah, kerana beliau memberi markah tinggi untuk ujian (anda suka) Ketakselarasan berlaku: satu ketika pensyarah tersebut menukar tingkah lakunya dengan gemar memberikan markah gagal. Ubah sikap: untuk berada dalam keselarasan semula, anda perlu ubah sikap anda kepada pensyarah, atau perlu nilai semula tingkah laku pensyarah tersebut (adakah tingkah lakunya wajar)

9 TEORI PEMBELAJARAN DALAM PERUBAHAN SIKAP
Teori pembelajaran menekankan bahawa sikap diperolehi melalui proses pembelajaran. Teori ini menekankan perubahan sikap melalui konsep R – O – G (rangsangan – organisme – gerakbalas). Perubahan sikap melalui prinsip: pemindahan, perhubungan dan pemuasan keperluan. Pemindahan: daripada sumber kepada sasaran Perhubungan: antara sumber dengan sasaran perubahan sikap (bapa dengan anak; guru dengan murid) Pemuasan: perubahan boleh berlaku sekiranya sasaran boleh memenuhi keperluan akibat daripada perubahan tersebut.

10 TEORI PENILAIAN SOSIAL DAN PERUBAHAN SIKAP
Teori oleh Sherif, Sherif dan Nebergal. Perubahan sikap bergantung kepada bagaimana manusia menilai komunikasi pujukan dalamm konteks struktur sikap mereka yang sedia ada. Asimilasi: menilai maklumat sebagai selari dengan skema. (Julat garis lintang penerimaan) --- boleh mengubah sikap. Kontras: menilai maklumat sebagai berlawanan dengan skema (julat garis lintang penolakan) – tidak boleh mengubah sikap Julat garis lintang tanpa komitmen – terima tidak tolak pun tidak neutral. Peranan pengubah sikap ialah dengan melebarkan julat garis lintang penerimaan, dan mengecilkan julat garis lintang penolakan. Dengan demikian maklumat-maklumat yang dikemukakan seharusnya yang dapat diterima oleh orang sasaran (asimilasi) - ubah sikap.

11 PUJUKAN DAN PERUBAHAN SIKAP
Kita sentiasa terdedah dengan pujukan: iklan, kawan, jurujual etc. Model dari universiti Yale – dengan menggunakan model komunikasi. Model komunikasi: siapa yang berkata; mengenai apa; melalui cara apa, dan kepada siapa. Pujukan dilakukan melalui komunikasi. Keberkesanan pujukan bergantung kepada pembolehubah-pembolehubah: komunikator, mesej, saluran, dan sasaran/audien.

12 Komunikator Seharusnya mempunyai ciri-ciri: Boleh dipecayai
Daya tarikan Status Kepakaran Prestij

13 Mesej Darjah ketakutan yang dibangkitkan
Hujah-hujah sebelah/duabelah pihak Pengulang mesej

14 Saluran Bersemuka: beri tumpuan kepada mesej
Media massa: ramai audien; kompleks – tulisan.

15 Sasaran (audien) Ciri-ciri audien Kecerdasan
Tret-tret personaliti (harga kendiri)

16 PENENTANGAN TERHADAP PERUBAHAN SIKAP
Perubahahan sikap adalah akibat daripada pujukan. Penentangan adalah keatas usaha perubahan sikap yang dilakukan. Beberapa bentuk penentangan Inokulasi terhadap pujukan Perubahahan jangkaan kepercayaan Reaktans psikologi

17 Inokulasi Terhadap Perubahan
Seseorang telah “disuntik” dengan “antibodi” yang menentang pemujukan. Terdapat sesetengah orang yang kuat “imunitinya”, Antibodi itu dalam bentuk yang penyangkalan-penyangkalan (argumen) yang berlawanan dengan pujukan

18 Perubahan Jangkaan Kepercayaan
Sseseorang telah bersedia terlebih dahulu setelah mengetahui awal-awal lagi dirinya akan dipujuk. Manusia sudah “membina benteng” untuk mempertahankan diri sekiranya mengetahui dirinya akan “diserang” / diubah sikap. Kesedahanaan sikap: apabila isu yang disogokkan tidak penting/relevan. Polarisasi: isu yang disogokkan adalah yang penting dan berlawanan (ditentang) Mengapa berlaku sedemikian? Teori kendiri: Harga kendiri menjadi rendah sekiranya menerima perubahan sikap (menjaga ego). Teori pengurusan impresi: untuk menunjukkan impresi kepada orang lain bahawa seseorang itu berpegang teguh kepada sikapnya, lebih-lebih lagi apabila isu sikap itu adalah penting.

19 Reaktans Psikologi Manusia ingin mengekalkan harga kendirinya yang tinggi; bebas daripada ditentukan/kuasai oleh orang lain. Apabila ego/kebebasannya tercabar lebih-lebih lagi bukan atas sebab kelemahan atau kesalahanya, manusia cuba untuk melawan balik. Apabila anda cuba mengubah sikap seseorang dengan cara memberikan hujah-hujah yang menentang sikapnya/pendirianya atau yang tidak relevan dengannya, kemungkinan besar orang tersebut akan menentang / bertindak balas terhadap sikap yang anda nyatakan itu. Apabila anda menuduh seseorang merosakkan motor anda, walhal sebenarnya ia tidak berbuat sedemikian, maka kecenderungan adalah tinggi untuk beliau merosakkan motor anda. Sekiranya anda cuba mengubah sikap seseorang dengan cara menentangnya, kemungkinan besar beliau akan melawan balik kerana beliau cuba mempertahankan egonya (egonya telah tercabar)

20 RUMUSAN Sikap adalah dipelajari, dengan demikian sikap boleh diubah.
Walaupun boleh diubah, ianya sukar untuk diubah kerana sikap mempunyai fungsi pada seseorang individu, Beberapa teori telah mengemukan cara bagaimana sikap berubah. Cara mengubah sikap adalah biasanya menggunakan kaedah pujukan Namun, terdapat sesetengah orang yang sikapnya ingin diubah adalah menentang.


Download ppt "PERUBAHAN SIKAP DR. MA’ROF REDZUAN."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google