Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

2. Rencana Berita Rencana ialah karangan atau hasil tulisan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian, atau penceritaan tentang sesuatu perkara. Biasanya.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "2. Rencana Berita Rencana ialah karangan atau hasil tulisan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian, atau penceritaan tentang sesuatu perkara. Biasanya."— Transcript presentasi:

1 2. Rencana Berita Rencana ialah karangan atau hasil tulisan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian, atau penceritaan tentang sesuatu perkara. Biasanya hasil sesebuah rencana adalah berasaskan fakta-fakta sebenar. Ini bermakna rencana bukanlah sebuah hasil careka

2 Ciri-ciri Rencana 1. Menyampaikan maklumat penulisan rencana menyampaikan maklumat dengan lebih banyak kepada pembacanya. Penulis rencana meneroka sesuatu peristiwa secara menyeluruh. Setiap isu yang dikupas mempunyai maklumat serta penyelesaian kepada masalah semasa.

3 2. Tidak terikat dengan batasan masa
Bahan-bahan dalam sesebuah rencana tidak akan basi dan tidak dikongkong oleh had masa. Ini berbeza dengan berita yang terikat dengan masa. Bahan dalam rencana boleh digunakan untuk tempoh yang lama

4 3. Bersifat objektif Penulisan rencana adalah padat dengan maklumat yang disampaikan secara objektif. Penulisan rencana tidak meleret-leret atau berbunga-bunga. Rencana tidak ditulis secara kiasan. Apa yang ingin akan disampaikan oleh penulis secara terus, tepat dan jitu.

5 4. Berbentuk esei formal Rencana adalah hasil penulis yang serius dan formal. Bahasa yang digunakan adalah bahasa formal. Gaya bahasa tidak bersifat jenaka. Rencana mempunyai format-format tertentu dengan pembahagian tajuk, tajuk kecil dan perenggan yang jelas dan teratur.

6 Persoalan yang dibawa oleh rencana
Secara asasnya, persoalan yang dibawakan oleh sesebuah rencana adalah tentang apa, bila, mengapa, siapa, di mana dan bagaimana.

7 1. Apa Persoalan apa ialah tentang perkara atau isu apakah yang ingin dikupas. Ini merupakan perkara asas dalam sesebuah rencana. Semua arah perbincangan rencana adalah berasaskan perkara apa ini. Contoh, rencana tentang banjir. Perkara apa dalam rencana ini ialah banjir.

8 2. Bila Bila ialah waktu, tempoh atau jangkamasa sesuatu persoalan itu berlaku. Misalnya dalam tajuk banjir tadi, aspek bila ialah waktu banjir tersebut berlaku. Ini mungkin berlaku minggu lepas, bulan lepas, tiga tahun dahulu, dan sebagainya.

9 3. Mengapa Aspek mengapa pula ialah perbincangan tentang sebab-sebab atau faktor-faktor banjir itu berlaku. Faktor-faktor yang dikupas akan meliputi pelbagai aspek, seperti faktor semulajadi, faktor tindakan manusia, faktor pembangunan dan sebagainya.

10 4. Siapa Siapa pula ialah tentang pihak yang terlibat dalam bencana banjir, sama ada pihak yang menyumbang kepada bencana banjir, mangsa banjir itu sendiri, atau pihak yang membantu orang ramai yang menjadi mangsa banjir.

11 5. Di mana Persoalan di mana ialah lokasi banjir itu berlaku. Ini mungkin di sebuah daerah, negeri, atau kampong. Lokasi ini akan dinyatakan dengan jelas dalam rencana tersebut supaya pembaca tahu di mana banjir itu berlaku.

12 6. Bagaimana Persoalan bagaimana pula ialah tentang cara banjir itu berlaku. Antara contoh bagaimana banjir boleh berlaku ialah apabila empangan pecah, atau apabila hujan lebat turun tanpa henti.

13 Bentuk-Bentuk Rencana
1. Rencana ilmiah Dihasilkan oleh penulis yang pakar dalam sesuatu bidang. Rencana-rencana mereka sering menjadi rujukan orang lain. Antara contoh rencana ilmiah ialah rencana tentang bahasa yang dihasilkan oleh Nik Safiah Karim atau Awang Sariyan, atau rencana tentang ekonomi yang dihasilkan oleh Professor Diraja Ungku Aziz.

14 2. Rencana separa ilmiah Rencana separa ilmiah tidak memerlukan penyelidikan atau kajian yang mendalam. Namun rencana jenis ini tetap mempunyai maklumat yang berguna untuk pembacanya.. Contohnya rencana yang dikeluarkan dalam akhbar harian oleh wartawan akhbar tersebut atau rencana dalam majalah yang dihasilkan oleh wartawan atau penulis majalah berkenaan.

15 3. Rencana popular Rencana popular ialah rencana tentang isu semasa yang menjadi minat orang ramai. Namun rencana jenis ini mengupas sesuatu isu secara umum atau ringan. Persoalan yang dikemukakan bukanlah secara mendalam. Antara contoh rencana jenis popular ini ialah rencana tentang hobi memancing.


Download ppt "2. Rencana Berita Rencana ialah karangan atau hasil tulisan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian, atau penceritaan tentang sesuatu perkara. Biasanya."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google