Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehIvan Tanudjaja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Bab 5 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
2
Hasil Pembelajaran Menjelaskan konsep pembangunan politik.
Menyatakan proses dan pembangunan politik di Malaysia. Menghuraikan proses kemunculan politik berparti Malaysia. Menganalisis bagaimana proses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis.
3
Pengenalan Terdapat beberapa bahagian utama dalam bab ini:
Modenisasi dan pembangunan politik. Kemajumukan etnik dalam proses politik. Kerjasama politik dan hubungan etnik. Pemupukan hubungan etnik secara formal. Hubungan etnik selepas penubuhan Malaysia.
4
Konsep Modenisasi dan Pembangunan Politik
Matlamat utama modenisasi dalam konteks politik ialah pembinaan negara bangsa. Negara bangsa – suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa – bangsa Malaysia.
5
Kaedah membina bangsa Malaysia – top-down seperti penghayatan ideologi negara, penerapan dasar-dasar awam dan pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol dan ritual negara. Penilaian terhadap dasar awam lazim dijadikan asas pengukuran kejayaan pembinaan negara bangsa.
6
Selain daripada pembinaan negara bangsa, pembangunan politik turut melibatkan perubahan dalam aspek struktural dan budaya – membawa perubahan sistem politik masyarakat. Melalui 3 proses: Perbezaan struktur politik – perubahan daripada politik feudal atau autoritarian kepada struktur politik trias politica.
7
Sekularisasi budaya politik – perubahan budaya politik daripada budaya politik feudal dan yang tidak memisahkan agama dengan negara kepada yang memisahkan kedua-dua unsur tersebut. Penyertaan politik yang besar oleh rakyat – rakyat berhak menentukan pemimpin mereka.
8
Komponen amalan demokrasi: parti-parti politik, majlis perwakilan rakyat atau parlimen, perlembagaan negara dan pilihan raya. Pembinaan negara bangsa dan perubahan dalam aspek struktural dan budaya merupakan 2 hal yang saling mempengaruhi dalam menentukan pembangunan politik.
9
Kemajmukan Etnik dalam Proses Politik di Malaysia
Aspek demografi Malaysia sebagai masyarakat pluralistik – (telah dibincangkan dalam kuliah lepas). Aspek demografi mempunyai pengaruh terhadap demografi politik dan proses politik – terutamanya dari segi bilangan pengundi di kawasan tertentu dan jumlah penduduk yang menganggotai sesuatu parti politik.
10
Aspek demografi politik boleh dilihat berdasarkan perkembangan dan angka-angka rasmi pilihan raya sejak 1959 – (sila lihat contoh yang jelas dalam Modul HE.) Bilangan kerusi kawasan parlimen yang majoriti pengundinya terdiri daripada kelompok etnik tertentu memang tidak dapat dielakkan – ditentukan oleh pola taburan penduduk (faktor sejarah, ekonomi dsb.)
11
Formula BN – agihan kerusi parlimen yang mencerminkan komposisi penduduk Malaysia adalah penting - kerjasama politik dan perkongsian kuasa yang telah diamalkan dalam perjalanan pembentukan negara bangsa Malaysia.
12
Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik
Idea tentang negara bangsa dan proses politk yang moden diperkenalkan oleh penjajah British secara berperingkat-peringkat dalam usaha menguasai sepenuhnya sektor ekonomi. Proses dan struktur politik tradisional (kuasa Sultan) berubah ke proses dan struktur moden (British – pemisahan dan pembahagian kuasa).
13
Penglibatan rakyat dalam proses politik dan pentadbiran adalah minimum semasa penjajahan British dan Jepun. Penglibatan menjadi meluas bila Malayan Union diperkenalkan pada 1946 (setelah Jepun tamat penjajahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak).
14
Namun, kerjasama antara kumpulan etnik telah bermula semasa penjajahan Jepun dan sebelum kemerdekaan– Contohnya, AMCJA-PUTERA; UMNO-MCA-MIC. Kerjasama etnik UMNO-MCA-MIC membawa kejayaan besar dalam proses politik awal – cthnya: pilihan raya Majlis Perbandaran KL 1952 dan Pilihan Raya Persekutuan 1955 – bersedia untuk kemerdekaan.
15
Percubaan lanjut untuk memupuk kerjasama dan perpaduan etnik telah diusahakan oleh Dato’ Onn Jaafar – menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) – sebuah parti multietnik. Selepas penubuhan Malaysia 1963, konsep musyawarah antara etnik diperluas lagi – Parti Perikatan + PAS + Gerakan + SUPP – menubuhkan BN pada 1972.
16
Sejak Pilihan Raya Umum 1974 sehingga kini, BN dipilih oleh rakyat untuk menerajui negara – mencerminkan keyakinan rakyat terhadap tradisi kerjasama etnik. Pola tersebut turut berlaku di Sabah dan Sarawak – kebanyakan parti politik yang ditubuhkan untuk mewakili kumpulan etnik masing-masing telah menyertai BN.
17
Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal
Pada saat kemerdekaan, Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merangka perlembagaan persekutuan. Satu memorantum Raja-raja Melayu, parti Perikatan, parti-parti politik lain, badan-badan bukan kerajaan dan pertubuhan peladarang serta pandangan orang ramai telah diterima oleh Suruhanjaya Reid.
18
Perkara utama ialah tuntutan-tuntutan daripada orang Melayu dan bukan Melayu – diselesaikan melalui “kontrak sosial” atau “pakatan murni” antara orang Melayu dan bukan Melayu. Antara perkara yang penting dalam “kontrak sosial” adalah seperti isu kedudukan raja, kedudukan istimewa orang Melayu, hak kerakyatan, Islam dan Bahasa Melayu.
19
Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu lagi persetujuan yang telah dicapai antara para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Perjanjian Malaysia 1963 iaitu Perkara 165 Perlembagaan Malaysia memasukkan 20 tuntutan Sabah, terutamanya dalam aspek agama, bahasa,imigresen, kewangan dan kedudukan Bumiputera Sabah.
20
Hubungan Etnik Selepas Penubuhan Malaysia
Dalam bidang politik, usaha bagi mencapai perpaduan dan integrasi etnik masih dijalankan dengan giat. DEB, DPN dan DWN – suntikan penting daripada kerajaan untuk mewujudkan perpaduan. Kesemua dasar yang dirangka menyediakan peluang supaya semua etnik berada dalam satu ruang fizikal dan bukan fizikal yang sama.
21
Kesimpulan Tiada satu golongan etnik yang dapat menegakkan kerajaan sendiri, kecuali melalui kerjasama antara pelbagai etnik. Kini, Malaysia sudah mencapai kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi – hasil kejayaan para pemimpin menyatupadukan semua golongan etnik dalam pakatan BN. Survival Malaysia dari segi ekonomi dan politik – bergantung kepada integrasi nasional yang kukuh dan berpanjangan.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.