Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Bab 3 & 4 Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah & Pluraliti Masyarakat Malaysia Kontemporari.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Bab 3 & 4 Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah & Pluraliti Masyarakat Malaysia Kontemporari."— Transcript presentasi:

1 Bab 3 & 4 Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah & Pluraliti Masyarakat Malaysia Kontemporari

2 Hasil Pembelajaran Menerangkan konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik. Menjelaskan pembentukan pluralisme dalam Alam Melayu. Menyatakan kesan sekularisme penjajah dan pembentukan masyarakat pluralistik. Menghuraikan perkembangan pembentukan masyarakat pluralistik selepas era penjajahan.

3 Pengenalan Pluralisme budaya bukan fenomena baharu dalam Alam Melayu.
Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar dunia melahirkan fenomena istimewa – kepluralitian budaya. Bab ini menjelaskan hakikat sejarah dan membahagikan – 2 tahap: kepluralitian budaya dalam Alam Melayu dan di Malaysia.

4 Pluralisme Budaya Alam Melayu
Pluralisme dan masyarakat pluralistik (plural society) merupakan konstruksi saintifik sosial – hasil kajian empirikal. Sebelum kedatangan kuasa Eropah – Alam Melayu – tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia – kepluralitian bersifat semula jadi dan bukan paksaan.

5 Tujuan migrasi – berdagang secara sukarela, mencari kehidupan dan kekayaan, tujuan pendidikan dan keagamaan – membawa proses “pengindiaan” (Indianisation) – pengaruh pada aspek agama (Hinduisme dan Buddhisme), politik (sistem kerajaan, Orang Besar) dan kebudayaan (bahasa, pertunjukan pentas).

6 bersama ahli keluarga – atas persetujuan sebulat suara untuk menetap – mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi –berkahwin dengan penduduk tempatan, saling bertukaran amalan dan adat resam.

7 Kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah – memperkenalkan sistem kerajaan yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Dengan terlaksananya undang-undang kolonial dan terbentuknya negara bangsa, rangka dan cara mengupas turut mengalami perubahan.

8 Kedatangan penjajahan British turut membawa perubahan epistemologikal – sebelumnya – berdasarkan ilmu metafizik – ilmu yang bersumberkan alam ghaib – contoh: amalan perubatan perdukunan atau pembomohan. Kedatangan British – epistemologi baru – rasional atau saintifik – bukti material – menghasilkan ilmu kolonial – peta, banci, muzium dan kategori etnik.

9 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan Melaka
Empayar Melaka – The Venice of The East – tempat pertemuan pedagang Timur dan Barat. Mengamalkan sistem pemerintahan terbuka. Keselamatan laut dikawal – Undang-undang Laut Melaka. Penghijrahan semula jadi - terdapat interaksi aktif dalam kalangan pelbagai bangsa dan kaum.

10 Pembentukan Masyarakat Pluralistik oleh Penjajah
Penjajah British memperkenalkan prinsip, sistem, struktur dan dasar pentadbiran baru. Mempunyai pengetahuan ilmu yang maju dalam bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen. Perdebatan ilmu (abad ke-15) – pemisahan antara agama dan sains moden.

11 Semasa penjajah British datang ke Alam Melayu – Eropah mengalami perubahan epistemologi – pemisahan antara negara (state) dan agama (church). Majoriti menyokong sains moden dan menyebabkan agama menjadi anutan individu. Ilmu sains menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia termasuk ilmu pemerintahan dan pentadbiran.

12 Maka, Pihak British menguasai pentadbiran negara manakala hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu di bawah pengawasan sultan. British mengamalkan pengagihan kuasa – kehakiman, eksekutif dan perundangan. Bernard Cohn – kolonialisme bukan sahaja menakluki ruang fizikal tetapi juga ruang epistemologi atau sistem pemikiran.

13 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Perbincangan tentang pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia tertumpu kepada Melayu, Cina dan India kerana mereka memainkan peranan dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi-politik British. Perkembangan perusahan bijih timah dan getah pada abad ke-19 & 20 mengakibatkan penghijarahan orang Cina dan India.

14 Kewujudan pelbagai kaum – mengakibatkan satu masyarakat majmuk – setiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan. Terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara komuniti Melayu, Cina dan India – sama-sama berjuang untuk kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia.

15 Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka
Politik Kestabilan politk – kerjasama antara etnik dengan melaksanakan sistem demokrasi. 1955 – Parti Perikatan (UMNO, MCA & MIC) – memperjuangkan kemerdekaan – mengamalkan sikap bertolak ansur turut mengukuhkan kerjasama antara kumpulan etnik.

16 1974 – Barisan Nasional – terus kekal memerintah sehingga kini kerana wujud kerjasama antara parti komponennya. Pengurusan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik melalui formula tolak ansur – berjaya mengekang pihak pembangkang. Struktur hubungan etnik di Malaysia kini dipengaruhi oleh kumpulan etnik yang memiliki batas etnik yang nipis.

17 Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia – undang-undang tertinggi – sumber kepada segala perundangan lain. Panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik – berlandaskan suatu kontrak sosial – persetujuan antara kaum.

18 2 peringkat kontrak sosial:
Pertama, pada zaman pluraliti – janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja – waad – berlaku antara Demang Lebar Daun mewakili pihak rakyat dan Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah.

19 Kedua, dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Antara isu penting – soal kerakyatan – Orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan Melayu dengan persetujuan memberikan taraf kerakyatan sebagai satu hak istimewa kepada orang bukan Melayu.

20 Pada masa yang sama – orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu.
Setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik – mencapai persetujuan untuk hidup secara aman. Persetujuan ini menjadi acuan kepada penggabungan parti politik antara kaum seterusnya.

21 Pendidikan Sebelum Penyata Razak 1956 – wujud 4 aliran pendidikan yang berlainan – aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India – tidak terdapat satu sistem pendidikan nasional. Terbahagi kepada 3 peringkat: Pertama – Pendidikan British rendah dan menengah – golongan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India.

22 Kedua – sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British – menjadikan orang Melayu petani yang lebih baik. British juga membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji Quran. Ketiga – sekolah vernakular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.

23 Kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat dari sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi matlamat. Pascamerdeka – sistem pendidikan kebangsaan dibentuk – berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata perlajaran & orientasi – untuk mencapai satu identiti kebangsaan Malaysia – Penyata Razak (1956) & Penyata Rahman Talib (1960)

24 Bahasa Melayu – bahasa rasmi (Perkara 152)– untuk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain. Namun, ada pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu mempunyai motif ekonomi yang tersirat – statistik kemasukan pelajar ke IPT – bidang kejuruteraan, sains dan perubatan.

25 Ekonomi Setelah kemerdekaan, rancangan pembangunan ekonomi terbahagi kepada 4 peringkat: 1. Rancangan pramerdeka – Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu ( ); Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama ( ).

26 2. Perancangan selepas merdeka – Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua ( ); Rancangan Malaysia Pertama ( ). 3. Perancangan dalam era DEB. 4. Dasar-dasar Pembangunan Negara.

27 Pada umumnya, sistem ekonomi dipengaruhi oleh sistem ekonomi pasaran bebas (laissez faire); kewujudan sistem ekonomi dualisme. Ekonomi moden – berorientasikan budaya bandar dengan asas pasaran bandar, corak pengurusan dan teknok organisasi berteraskan bandar – orang asing (British), orang Cina dan India.

28 Sistem ekonomi tradisional – sektor ekonomi pertanian – padi dan perikanan – orang Melayu – budaya Melayu luar bandar. Sistem dualisme - mengidentifikasikan agihan tenaga kerja mengikut kumpulan etnik.

29 Sektor ketiga (tertiary sector) – terdapat ketidakseimbangan antara etnik – sektor kerajaan – etnik Melayu (termasuk polis); sektor ketiga swasta – etnik Cina (bidang pengangkutan, perniagaan dan kewangan) – etnik India (pengakutan awam, perniagaan dan kewangan). Dari segi purata pendapatan bulanan – kategori Bumiputera – ketinggalan.

30 Kesimpulan Pluralistik Malaysia muncul akibat hasil interaksi beberapa faktor sejarah – pluraliti budaya semula jadi (sebelum penjajahan), penghijrahan (zaman penjajahan). Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing – terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat.


Download ppt "Bab 3 & 4 Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah & Pluraliti Masyarakat Malaysia Kontemporari."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google