Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN
Unit 7 Modul KOH 3432 Kemahiran Komunikasi Antara Perseorangan
2
Tujuan Menjalin Hubungan
Tarikan Keintiman Ganjaran
3
Tarikan Persamaan dan sifat saling melengkapi
Tarikan yang saling berbalas Kebolehan atau kelebihan seseorang Ingin membuat pendedahan kendiri atau tempat mengadu, berkongsi perasaan Jarak atau kedekatan
4
Keintiman dan Dimensinya
Bentuk fizikal Perkongsian keintelektualan atau pertukaran idea Bentuk emosi: Perkongsian perasaan
5
Gaya Keintiman
6
Gaya Keintiman Maskulin dan Feminin
Wanita lebih baik dalam menjalin dan mengekalkan hubungan Pendedahan maklumat peribadi dianggap satu unsur penting dalam hubungan intim Orang perempuan lebih mudah membuat pendedahan kendiri daripada orang lelaki.
7
Gaya Keintiman Maskulin dan Feminin
Orang lelaki menjalin dan mengekalkan hubungan melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama. Aktiviti menyebabkan mereka saling bergantung dan membantu satu sama lain.
8
Ukuran Keintiman Hubungan dan Impaknya
Ukuran keintiman yang berbeza antara lelaki dan perempuan mempunyai impak terhadap hubungan antara mereka. Misalnya, wanita yang mahu membuat pendedahan kendiri kepada lelaki yang yang tidak ekspresif akan menimbulkan salah faham.
9
Pengaruh Budaya terhadap Keintiman
Terdapat hubungan antara suami isteri yang agak formal diamalkan di Asia dan Eropah. Orang Amerika lebih mudah membuat pendedahan kendiri berbanding dengan orang negara lain. Perbezaan budaya memberi kesan kepada hubungan.
10
Batas-batas Keintiman
Terlalu mengutamakan keintiman boleh mengurangkan kepuasan hubungan. Keintiman bukan satu-satunya ukuran keintiman. Privacy perlu dijaga dalam hubungan.
11
Hubungan kerana Ganjaran
Teori Pertukaran Sosial: Kita mahukan hubungan yang memberikan faedah atau ganjaran dari segi tangible atau intangible. Kos merupakan hasil yang tidak diingini dalam sebarang hubungan. Ganjaran – Kos = Hasil
12
KATEGORI HUBUNGAN 1. Keadaan (circumstances)
Definisi: Hubungan yang wujud disebabkan oleh keadaan atau situasi di mana kita berada. Contoh: Ibu, bapa, kakak, abang, adik, rakan sepejabat, guru, pelayan etc
13
KATEGORI HUBUNGAN 2. Pilihan (choice)
Definisi: Hubungan yang diwujudkan kerana pilihan kita. Contoh: Kekasih, suami isteri dan kawan baik.
14
MATLAMAT DALAM HUBUNGAN PERIBADI
1. Identiti diri Pengesahan tentang apa yang kita percaya tentang diri kita. Kita menjalin hubungan dengan orang yang menyokong sifat kita dan menolak orang yang tidak boleh menyokong kita
15
MATLAMAT DALAM HUBUNGAN PERIBADI
2. Keintiman Sejauh mana kita boleh diterima oleh seseorang sebagai diri kita sendiri. 3. Menyukai seseorang atau affinity suka antara satu sama lain
16
MATLAMAT DALAM HUBUNGAN PERIBADI
4. Hormat Suka tak semestinya hormat 5. Kawalan (mempengaruhi seseorang) Kebolehan mempengaruhi seseorang ke arah yang diingini oleh seseorang iaitu menjadikan seseorang itu akur kepada kehendak seorang lagi.
17
STRUKTUR HUBUNGAN PERIBADI
a. Saling melengkapi, complimentary relational structure Struktur hubungan yang mengagihkan kuasa secara tidak seimbang. Berdasarkan kpd perbezaan-perbezaan pada pasangan yang saling melengkapi contohnya perkahwinan secara tradisional. Sisuami mencari rezeki, isteri menjaga anak/rumah Berfungsi secara pasukan Tidak boleh berfungsi secara bersendirian
18
STRUKTUR HUBUNGAN PERIBADI
b. Simetri Struktur hubungan yang berdasarkan kepada persamaan- persamaan (balanced) Kuasa diagih sama rata - sama status. Sangat bebas contohnya, dalam membuat keputusan
19
STRUKTUR HUBUNGAN PERIBADI
c. Selari (Gabungan struktur a dan b) Pengagihan kuasa berubah daripada sesorang kepada seorang yang lain Bergantung kepada keadaan. Membenarkan penyesuaian atau adaptibility. Memerlukan kebebasan dalam keadaan tertentu atau fleksibel Mempunyai matlamat atau arah tuju yang sama Paling digemari oleh kebanyakan pasangan
20
SEBAB-SEBAB MENJALIN HUBUNGAN
Rupa atau appearance Penting semasa peringkat awal hubungan Lebih cantik lebih diminati Kanak-kanak tahu menilai kecantikan
21
SEBAB-SEBAB MENJALIN HUBUNGAN
Kesamaan atau similarity Manusia tertarik kepada orang yang mempunyai sikap dan sifat yang sama Mempunyai persepsi diri yang sama Boleh meramalkan sesuatu mengenai seseorang Terlalu sama juga tidak baik
22
SEBAB-SEBAB MENJALIN HUBUNGAN
Saling melengkapi atau complementary Sifat yang berlawanan adalah menarik contohnya, orang perempuan suka kepada lelaki dominan Saling membalas atau reciprocity iaitu kita sukakan orang yang sukakan kita
23
SEBAB-SEBAB MENJALIN HUBUNGAN
Pertukaran atau exchange Teori pertukaran (Homan, 1961) menyatakan kita mencari orang yang boleh beri kita balasan atau reward (fizikal atau emosi) yang lebih besar atau sama besar dengan yang kita belanjakan untuk mereka Kebolehan atau competency Kita suka dengan orang yang ada kebolehan tertentu untuk membantu kita
24
SEBAB-SEBAB MENJALIN HUBUNGAN
Kedekatan atau proximity Hubungan boleh terjalin jika pasangan sentiasa dekat misalnya, dalam pejabat. Pendedahan atau luahan (rahsia) atau disclosure Ia menandakan keprihatinan Menjadi ukuran hubungan Saling berbalas (reciprocity) dalam hal ini adalah penting
25
SIFAT-SIFAT KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN PERIBADI
1. Personalisasi Definisi: Sejauh mana komunikasi membentuk perkara atau isu yang hanya difahami oleh individu dalam hubungan mereka Contoh: Penggunaan nama panggilan dan contoh-contoh. Perkongsian rahsia peribadi.
26
SIFAT-SIFAT KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN PERIBADI
2. Sinkronisasi Sejauh mana kedua-dua individu mengkoordinasikan aliran dan pengendalian interaksi mereka Contohnya: Berbual tanpa henti, mengubah topik ke topik dengan cepat
27
SIFAT-SIFAT KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN PERIBADI
3. Kerumitan (complicated) Paras ketegangan dan masalah yang wujud dalam suatu interaksi. Conrohnya: Pengurangan pertentangan mata, suara naik, mengejek, mengumpat, mencaci.
28
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN
1. Permulaan atau Initiation atau contact Mempamerkan minat untuk menjalinkan hubungan. Biasanya singkat dan mengikut formula yang konvensyenal seperti: a. Beri salam, bersalam b. Menyatakan sesuatu misalnya mengenai keadaan cuaca, dsb.
29
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb’)
c. Mempertahankan (sustain) melanjutkan perbualan dengan membuat pertanyaan atau parafrasa. Cara yang tak sesuai ialah dengan terus meluahkan perasaan, berdiam diri, atau meminta pertolongan.
30
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb’)
2. Penerokaan/Eksperimen Perbualan kecil atau small talk dengan pertanyaan serta pencerapan Boleh uji sama ada perhubungan boleh diteruskan atau tidak
31
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb’)
3. Mempergiatkan hubungan (intensifying) Seperempat masa digunakan untuk meluahkan perasaan secara terus Berkomunikasi secara kurang direct contohnya meningkatkan masa pertemuan, minta sokongan, menolong, beri buah tangan atau cenderahati, jumpa ibu bapa, dsb. Masih ada keraguan. Sudah wujud perasaan cemburu Menguji
32
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb’)
4. Integrasi Mewujudkan identiti sebagai satu unit Perubahan sifat atau sikap seperti sikap bertanggungjawab untuk menolong dari segi emosi dan material Meminta sesuatu secara terus dan selalunya menjangkakan lebih dari yang dipinta
33
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb’)
5. Pengikatan atau bonding Memperlihatkan kepada umum mengenai kewujudan hubungan eg. kahwin atau Menjadi rakan kongsi perniagaan Biasanya dikatakan sebagai turning point sesuatu hubungan walaupun ramai yang tidak bersetuju
34
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb’)
6. Membuat Perbandingan (Differentiating) Hubungan mula mengalami tekanan contohnya syarikat ini (bukan syarikat kita)..., anak kita (anak awak)... Ada kebaikan iaitu untuk privacy
35
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb’)
7. Pembatasan (circumscribing) Komunikasi semakin berkurang dari segi kuantiti atau kualiti. Petanda-petanda tak puas hati contohnya balik lewat, kurang romantik, bertengkar jadi corak atau pattern walaupaun masih boleh bekerjasama seperti merahsiakan hubungan yang mula retak Banyak larangan. Komunikasi yang dinamik jadi statik. Kurang berbincang - berdiam diri atau menarik diri. Komitmen atau minat berkurang
36
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb’)
8. Pengelakan atau avoiding Mewujudkan jarak Mesej dalam bentuk tersembunyi contohnya saya pening kepala, saya sibuk sekarang, jangan telefon saya biar saya telefon awak
37
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb’)
9. Pemutusan hubungan, terminating Lawan semua peringkat hubungan Melafazkan talak Bagaimana hubungan selepas berpisah - kawan biasa atau musuh. Sifat orang yang mahu bercerai - kurang buat pendedahan kendiri atau disclosure Orang yang tidak mahu berpisah menjadi kurang intim kerana takut jarak. Semakin jauh - sangat sedih. Orang perempuan selalunya menyalahkan dirinya
38
Bagaimana Hubungan Terputus
Hubungan menjadi pudar (fading away): Kedua-dua individu semakin jarak apabila keintiman merosot. Kematian mengejut (sudden death): Suatu peristiwa menyebabkan hubungan terus terputus. Incrementalism: Masalah terkumpul sehingga mencapai tahap kritikal dan menjurus kepada perpisahan.
39
SEBAB-SEBAB BERCERAI Sifat individu berubah
Kurang pengisian dalam peranan hubungan. Keintiman yang tidak memuaskan misalnya tidak sehaluan lagi. Kawalan interaksi yang lemah (dia tak mahu mendengar cakap saya lagi) Penglibatan pihak ketiga (dia jatuh cinta dengan Datuk, saya dibuang kerja)
40
Strategi Memutuskan Hubungan Secara Tidak Langsung (indirect)
Menarik diri: Mengurangkan kontak tanpa penjelasan. Kepura-puraan (pseudo-de-escalation): Menyatakan hasrat untuk menjamin semula hubungan tetapi sebenarnya hendak memutuskannya. Meningkatkan kos (cost escalation): Meningkatkan kos hubungan dengan tujuan menggalakkan temannya menarik diri.
41
Strategi Memutuskan Hubungan Secara Langsung (direct)
Mempamerkan identiti negatif: Menyatakan secara terus terang untuk memutuskan hubungan tanpa mengira perasaan temannya. Justifikasi: Menyatakan secara terus terang untuk memutuskan hubungan dengan memberikan penjelasan dan alasan jujur.
42
Strategi Memutuskan Hubungan Secara Langsung (samb’)
Penurunan (de-escalation): Menerangkan secara jujur akan niat untuk mengurangkan keintiman hubungan. Ton positif: Menyatakan secara jujur keinginan untuk memutuskan hubungan dan menghargai nilai hubungan dan diri individu itu.
43
Model Pemutusan Hubungan Duck
Individu mencapai satu tahap ketidakpuasan yang menggerakkannya untuk memutuskan hubungan. Kemudian satu siri fasa berlaku.
44
Fasa Intra-psikik Duck
Memberi tumpuan kepada perlakuan temannya. Menilai sama ada peranan yang dimainkan oleh temannya memadai. Menilai aspek negatif hubungan tersebut. Menilai kos penarikan diri. Menilai hubungan alternatif.
45
Fasa Diad (dyadic) Duck’s
Bercadang untuk bersemuka dengan temannya untuk menyatakan hasrat. Melibatkan diri dengan perbincangan mengenai hubungan. Menilai hubungan bersama-sama. Menilai kos atau akibat pemutusan bersama-sama. Membuat keputusan sama ada mahu memperbaiki, rujuk semula, atau berpisah.
46
Fasa Sosial Duck Memaklumkan kepada publik mengenai niat pemutusan hubungan atau perpisahan. Mencetuskan gosip/perbincangan dalam jaringan sosial. Menceritakan kepada orang lain untuk mengelakkan malu. (Meminta bantuan atau campur tangan orang lain.)
47
Fasa Grave-Dressing Duck
Menutup perasaan duka dan kecewa perpisahan dengan cerita-cerita yang menyalahkan bekas teman.
48
SIFAT-SIFAT HUBUNGAN Keintiman bukanlah satu-satunya matlamat hubungan seperti pekerja, jiran dsb. Pergerakan berlaku semasa dalam peringkat- peringkat hubungan Hubungan adalah tidak stabil. Ia sentiasa berubah iaitu mana-mana peringkat boleh berpatah balik Pergerakan hubungan biasanya mempunyai arah tuju yang baru.
49
KEPATUHAN (COMPLIANCE) DALAM HUBUNGAN PERIBADI
Komunikator menggunakan banyak kaedah untuk memperoleh sesuatu: Permintaan secara terus (Boleh tak pinjamkan kereta kau pada aku?) Merayu secara tidak langsung (Kamu nak ke kedai? Boleh kirim tak?)
50
KEPATUHAN (COMPLIANCE) DALAM HUBUNGAN PERIBADI
Pertukaran dan balasan (menolong orang yang susah agar orang itu menolong kita melakukan sesuatu) Ganjaran dan denda (kalau kau tak buat, siap kau!) Rayuan yang berkaitan (akur kerana pangkat atau hormat).
51
Strategi mana yang paling baik?
Yang paling cepat mendapat sambutan Yang tidak mempunyai kesan buruk dalam jangka panjang Yang sesuai dengan nilai dan gaya peribadi
52
MEMASTIKAN KEJAYAAN HUBUNGAN
1. Hubungan berubah 2. Hubungan memerlukan penglibatan atau komitmen 3. Hubungan yang baik memuaskan jangkaan atau kehendak kedua-dua komunikator 4. Hubungan boleh diperbaiki
53
Keintiman dan Jarak Dalam Hubungan
54
Dimensi Keintiman Fizikal Intelek Emosi Perkongsian aktiviti
55
Keintiman dan jarak Hubungan yang baik tidak memerlukan keintiman yang keterlaluan Jarak adalah perlu dalam hubungan yang erat. Keintiman selalunya dikaitkan dengan pendedahan kendiri
56
Kitaran Keintiman Hold me tight (semasa kecil) Put me down (remaja)
Leave me alone (dewasa)
57
Definisi Pendedahan Kendiri
Pendedahan kendiri berlaku apabila seseorang memberitahu orang lain mengenai sesuatu maklumat-maklumat yang tidak akan diketahuinya jika maklumat-maklumat itu tidak diberitahu.
58
Kriteria Pendedahan Kendiri
Mengandungi maklumat peribadi Disampaikan secara verbal Penerima maklumat sahaja yang mengetahui maklumat yang diberikan.
59
Perbezaan Pendedahan Kendiri Dengan Jenis Komunikasi Lain
Keikhlasan bukan cerita rekaan atau menipu Kedalaman bukan permukaan Maklumat tidak boleh didapati daripada sumber lain Sengaja dilakukan oleh individu
60
Pendedahan Kendiri: Asas Kepada Mengeratkan Hubungan
Pendehan kendiri dikaitkan dengan keintiman. Pendedahan kendiri memerlukan saling berbalasan (reciprocity) antara individu. Setiap individu menilai risiko pendedahan kendiri secara berbeza. Setiap individu mengasaskan pendedahan kendiri kepada kos dan ganjarannya.
61
Model Penembusan Sosial
Pendedahan kendiri yang dibuat menyingkap keluasan maklumat mengenai diri seseorang serta kedalaman maklumat tersebut.
62
Model Penembusan Sosial
Maklumat diri yang mudah didedahkan Maklumat diri yang tidak mudah didedahkan
63
Model Penembusan Sosial
Maklumat diri yang mudah didedahkan Maklumat diri yang tidak mudah didedahkan
64
Model Tetingkap Johari
Tetingkap yang diimaginasikan sebagai berkait dengan maklumat tentang diri seseorang . Maklumat tersebut ialah: Terbuka: Diketahui oleh diri sendiri dan orang lain. Buta: Diketahui oleh orang lain tetapi tidak diketahui oleh diri sendiri
65
Model Tetingkap Johari
Tersembunyi: Diketahui oleh diri sendiri, tetapi tersembunyi daripada orang lain. Tidak diketahui: Maklumat yang tidak diketahui oleh sesiapa termasuk diri sendiri.
66
Tetingkap Johari: Keseluruhan diri kita yang wujud
67
Maklumat diri kita yang kita tahu dan tidak tahu
Diketahui oleh diri sendiri Tidak diketahui oleh diri sendiri
68
Maklumat diri kita yang orang ketahui dan tidak ketahui
Diketahui oleh orang lain Tidak diketahui oleh orang lain
69
Model Tetingkap Johari
70
Model Tetingkap Johari
Terbuka Buta Tidak diketahui Terlindung
71
Hubungan yang baru bagi orang muda
Terbuka Buta Tidak diketahui Terlindung
72
Hubungan yang baru bagi individu terlalu perasan atau self-aware,
Buta Terbuka Tidak diketa-hui Terlindung
73
Persahabatan yang baik
Buta Terbuka Tidak diketahui Terlindung
74
Hubungan yang intim Terbuka Buta Tidak diketahui Terlindung
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.