Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

كعاريفن تمڤتن دالم سيستم توليسن جاوي تراول دنوسنتارا

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "كعاريفن تمڤتن دالم سيستم توليسن جاوي تراول دنوسنتارا"— Transcript presentasi:

1 كعاريفن تمڤتن دالم سيستم توليسن جاوي تراول دنوسنتارا
KEARIFAN TEMPATAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI TERAWAL DI NUSANTARA Oleh Adi Yasran Abdul Aziz Universiti Putra Malaysia

2 Batu Bersurat Piagam Terengganu
Muka A Muka B Muka C Muka D

3 Surat Sultan Abu Hayat, Ternate kepada Raja John III, Portugal (1521M)

4 Aqa’id Al-Nasafi (1590M)

5

6 Penggunaan Konsonan Jawi-Melayu
ڽ BBPT SSAH AAN داٮداڽ (dandanya) (semuhanya) سمهاڽ همباڽ(hambanya) سثجته (senyjatah) ثتاث (nyatanya) ماثوره (manyuruh) (menyesatkan)مثستكن Penulisan huruf nya adalah seragam dalam ketiga-tiga teks, iaitu dengan tiga titik di bahagian atas ‘rumah’nya kecuali perkataan tertentu dalam AAN seperti perkataan ‘diturunkannya’ yang dieja sebagai ﺪﺗﻮﺮﻨﻜﻧپ.

7 Penggunaan Konsonan Jawi-Melayu
ݢ Huruf ga dalam BBPT ditulis tanpa titik (atau tidak kelihatan), sama seperti huruf ک (kaf). Dalam SSAH dan AAN, sudah terdapat usaha untuk membezakan antara ga dan kaf iaitu dengan meletakkan satu titik di bawahnya.

8 Penggunaan Konsonan Jawi-Melayu
ڤ BBPT SSAH AAN فدا (pada) ڤلبوون (pelabuhan) ڤون (pun) ٯننتو (penentu) سڤرۃ (seperti) آف (apa) آسف (asap) Huruf pa dalam SSAH adalah yang tertua dijumpai setakat ini dan kekal hingga sekarang.

9 Penggunaan Konsonan Jawi-Melayu
ڠ BBPT SSAH AAN بارع (barang) اورڠ (orang) يڠ (yang) دهمبالع (dihembalang) جڠ (jong) يع (yang) هيلعكن (hilangkan) تاڠن (tangan) Huruf nga dalam SSAH adalah yang tertua dijumpai dan bentuk penulisannya tekal dan kekal sehingga sekarang.

10 Penggunaan Konsonan Jawi-Melayu
چ BBPT SSAH AAN جوجوكو (cucuku) رچو (racu/racun) جتراس (cita rasa) بالاحارا (bala cara) راچ (racu/racun) ڤنچيم (pencium) Dalam contoh di atas BBPT telah menyediakan ‘rumah’ untuk bunyi ‘c’ dan dilengkapkan oleh SSAH. Huruf ca adalah satu-satunya huruf Jawi-Melayu yang sama dengan Parsi. Namun untuk mengatakan huruf ini dipinjam dari Parsi agak sukar dibuktikan kerana (1) ‘Rumah’ yang disediakan untuk ca mengehadkan rekabentuknya; (2) Jika dipinjam dari Parsi, mengapa pengguna bahasa Melayu tidak meminjam ﭖ Parsi untuk bunyi /p/ atau ﮒ Parsi untuk bunyi /ɡ/; (3) Pengaruh bahasa Parsi tidak jelas.

11 Huruf Parsi

12 Penggunaan Diakritik BBPT SSAH AAN لاّٮا (llaba) سرّ (serra)
ستّرو (sattaru) لكّس (lekkas) دجّال (dajjal) لشّكر (lasysykar) Tanda-tanda ini bukan sahaja dapat memudahkan pembacaan tetapi juga penting untuk membezakan maknanya. Contohnya, perkataan دَجَّالٌ ‘dajjal’ jika dieja دَجَالٌ ‘dajal’, iaitu tanpa syaddah di atas huruf jim, ia membawa makna ‘baja’ dalam bahasa Arab.

13 Penggunaan Angka ۲ Dalam teks BBPT dan SSAH didapati angka dua Arab ini tidak digunakan, tetapi sudah ada dalam AAN, iaitu pada perkataan ‘raja-raja’ راج۲ . Kehadiran angka dua Arab dalam AAN ini memberikan sumbangan yang besar pada sistem tulisan Jawi kerana ejaan sebegini lebih ekonomi dan digunakan sehingga sekarang.

14 Penggunaan Vokal Dalam tulisan Jawi klasik hanya terdapat tiga huruf vokal atau huruf saksi, iaitu alif, wau dan ya. Hal ini menimbulkan sedikit kerumitan untuk mengeja perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang mempunyai 6 huruf vokal. Sistem vokal dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu sistem vokal pengaruh Arab, sistem vokal Melayu dan campuran antara kedua-duanya.

15 Sistem Vokal Pengaruh Arab
Sistem vokal pengaruh Arab menggunakan sistem baris/harakat dan semua huruf bertaraf konsonan. Namun, lama- kelamaan sistem baris tersebut telah lenyap kecuali pada perkataan ﷲ. Misalnya: BBPT SSAH AAN دعں (dengan) برهمفن (berhimpun) درفد(daripada) انكر (engkar) مك (maka) فد (pada) تهں (tuhan) لكّس (lekkas) همب (hamba)

16 Sistem Vokal Melayu Dalam sistem vokal Melayu, bunyi-bunyi vokal dilambangkan dengan huruf alif, wau, dan ya. Contohnya: BBPT SSAH AAN (asa) اسا فون (pun) دارا (dara) اکاما (agama) هاري (hari) انتارا (antara) راحا (raja) دان (dan) تيغكي (tinggi)

17 Sistem Vokal Campuran Bagi sistem vokal campuran antara kedua-dua sistem vokal Arab dan sistem vokal Melayu pula adalah seperti berikut: BBPT SSAH AAN فدا (pada) اورع (orang) تياد (tiada) بكی (bagi) دهول (dahulu) دري (dari) ٮارع (barang) بناس (binasa) فكاين (pakaian)

18 Keanjalan Sistem Ejaan Vokal Jawi
Ketiga-tiga sistem di atas digunakan secara tekal dalam BBPT tetapi terdapat perkataan-perkataan tertentu di dalam SSAH dan AAN yang dieja dengan dua sistem ejaan vokal. Contohnya: SSAH AAN Feringgi: فرڠک ٬ فرڠڮي Ilmu: علم ٬ علمو Racun: رچو ٬ راچ Keanjalan sistem ejaan dalam SSAH dan AAN telah membuka pintu yang lebih luas untuk penambahbaikan ejaan Jawi pada zaman berikutnya.

19 Ejaan Kata Serapan Selain perbendaharaan kata Melayu terdapat dua pengaruh asing yang ketara dalam perbendaharaan kata ketiga-tiga teks yang dikaji, iaitu pengaruh Arab dan Sanskrit. Terdapat banyak perbendaharaan kata daripada kedua-dua bahasa tersebut yang masih dieja dalam bentuk asalnya atau hampir sama dengan bentuk asalnya. Contoh Pengaruh Arab BBPT SSAH AAN اسلام (Islam) سلطان (sultan) معجزت (mukjizat) رحٮ (Rajab) سورة (surat) مَعْزُل (makzul) لعٮه (laknat) علم (alam) اَمَر (amar)

20 Ejaan Kata Serapan Contoh Pengaruh Sanskrit BBPT SSAH AAN دعں (dengan)
راج (raja) شكش (syaksyi) اكاما (agama) مک (maka) نارك (naraka) تهں (tuhan) لشّكر (lasysykar) دروهك (drohaka)

21 Keanjalan Sistem Ejaan Kata Serapan
Dalam AAN misalnya, pengaruh bahasa Arab semakin banyak kelihatan, namun terdapat beberapa perkataan yang telah atau sedang dalam proses asimilasi ke dalam sistem ejaan Melayu. Contohnya, terdapat dua cara pengejaan perkataan ‘ilmu’, iaitu علم (pengaruh Arab) danعلمو (pengaruh Melayu). Sama seperti bahasa Arab, bahasa Sanskrit juga mempunyai kata-kata yang dieja dalam dua cara, iaitu cara Sanskrit dan cara Melayu. Contohnya, perkataan ‘manusia’ yang dieja مانشي (pengaruh Sanskrit). Sedangkan di tempat lain pula dieja sebagai مانسي (pengaruh Melayu). Ini menunjukkan proses asimilasi terhadap perkataan tersebut ke dalam bahasa Melayu.

22 Kesimpulan BBPT telah menyediakan huruf Jawi-Melayu nya yang terawal dan lengkap dengan tiga titik manakala bagi huruf Jawi-Melayu yang lain, BBPT telah menyediakan ‘rumah’nya. ‘Rumah’ bagi ca, pa dan nga ini kemudiannya dilengkapkan dalam SSAH. AAN pula menunjukkan variasi nya tiga titik di bawah yang kemudiannya dijadikan variasi nya di awal dan tengah kata. Variasi huruf ga tanpa titik dan satu titik di bawahnya dalam SSAH dan AAN menunjukkan bahawa sudah terdapat usaha untuk membezakan ga dengan kaf.

23 Kesimpulan Semua 5 huruf tambahan daripada bahasa Arab, iaitu ca, nga, pa, ga dan nya dalam bahasa Melayu klasik boleh dianggap sebagai huruf asli Melayu dan bukannya serapan dari Parsi. Sistem Ejaan Vokal yang ada sekarang adalah kesinambungan daripada sistem ejaan vokal yang terdapat dalam ketiga-tiga teks yang dikaji. Pengubahsuaian ejaan kata serapan juga sudah berlaku dalam ketiga-tiga teks yang dikaji. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa sistem tulisan Jawi terawal ini menunjukkan kearifan tempatan rumpun Melayu Nusantara.

24 ﻭﷲ ﺍﻋﻠﻡ سكيان تريما كاسيه


Download ppt "كعاريفن تمڤتن دالم سيستم توليسن جاوي تراول دنوسنتارا"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google