Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGENALAN KEPADA LALUAN KERJAYA JABATAN SUMBER MANUSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGENALAN KEPADA LALUAN KERJAYA JABATAN SUMBER MANUSIA"— Transcript presentasi:

1 PENGENALAN KEPADA LALUAN KERJAYA JABATAN SUMBER MANUSIA
OLEH JABATAN SUMBER MANUSIA

2 PENGENALAN KERJAYA Pekerjaan yang dilakukan bagi mendapat pendapatan untuk menyara kehidupan harian dan masa depan diri dan keluarga. Pekerjaan ini disediakan oleh organisasi atau majikan untuk melaksanakan tugas bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan, masyarakat dan negara.

3 Individu perlu dilantik oleh majikan untuk menjalankan tugas ini.
Majikan akan menetapkan kriteria kelayakan dan ciri individu serta kompetensi yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugas itu. Kriteria kelayakan ini akan digunakan oleh majikan bagi mengenalpasti individu yang layak diambil sebagai pekerjaan.

4 Kriteria kompetensi adalah pengetahuan dan kemahiran yang perlu ada untuk melakukan sesuatu tugas. Kriteria kompetensi ini terhasil daripada penganalisaan terhadap keperluan untuk melaksanakan tugas atau kerja yang ditetapkan.

5 Laluan Kerjaya dalam Perkhidmatan Universiti
Pengisian jawatan untuk keperluan Universiti berpandukan kepada waran perjawatan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Di dalam Perkhidmatan Awam terdapat hampir 252 skim perkhidmatan mengikut jawatan yang berbeza. Skim perkhidmatan yang menetapkan skala gaji, syarat lantikan, syarat pengesahan jawatan, syarat dan kelayakan naik pangkat.

6 LAPISAN GRED KELAYAKAN Lapisan sebelum 2016 Lapisan selepas 2016
PMR/PT3 2 Lapisan GRED 4 Lapisan GRED SPM 3 Lapisan GRED STPM/DIPLOMA IJAZAH 5 Lapisan GRED Kekal

7 Kenaikan Pangkat Jawatan Dalam Skim
GRED PMR/ PT3 SPM STPM/ DIPLOMA IJAZAH - 54 18 28 40 52 16 26 36 48 14 22 32 44 11 19 29 41

8 Lapisan Gred dan Kenaikan Pangkat Jawatan Pegawai Tertinggi
Lapisan Gred Khas Jusa C/B/A Kenaikan pangkat 2 kali VU7 ke VU6 ke VU5 Lapisan Gred Turus III/II/I Kenaikan pangkat 2 kali VU4 ke VU3 ke VU2

9 Kaedah Kenaikan Pangkat Melalui Lantikan
Mendapat kelulusan akademik rasmi yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan iaitu PMR/PT3, SPM, STPM, Diploma, Ijazah Sarjanamuda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) iaitu menduduki peperiksaan khas untuk tujuan lantikan gred yang lebih tinggi.

10 APAKAH TAFSIRAN KENAIKAN PANGKAT?
Peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat. Kenaikan pangkat berlaku bila kakitangan bertukar ke jawatan yang lebih tinggi, melibatkan pertambahan tanggungjawab dan perubahan kedudukan dalam organisasi.

11 TERTAKLUK TELAH MENGISYTIHAR HARTA BEBAS DARI TINDAKAN LULUS TAPISAN
PEGAWAI YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN : SEMUA PEGAWAI TETAP, TERMASUK PEGAWAI DALAM PINJAMAN, PENSTRUKTURAN SEMENTARA / SEDANG BERCUTI, TELAH MENGISYTIHAR HARTA LULUS TAPISAN KEUTUHAN BPR BEBAS DARI TINDAKAN & HUKUMAN TATATERTIB TERTAKLUK MENCAPAI PENILAIAN PRESTASI YANG DITETAPKAN MEMENUHI SYARAT SKIM PERKHIDMATAN MEMENUHI SYARAT TAPISAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN (JIKA DISYARATKAN) TELAH MEMANGKU (JIKA DISYARATKAN)

12 Syarat Kriteria Kenaikan Pangkat
Telah disahkan dalam perkhidmatan. Prestasi tahunan LNP dan Sahsiah 80% ke atas. Bebas hukuman tatatertib. Isytihar harta. Perakuan Ketua Jabatan.

13 Syarat Kriteria Kompetensi
Kompetensi adalah kemahiran yang diperlukan oleh seseorang untuk melaksana tugas dan tanggungjawab dengan berkesan. Kemahiran ini boleh diperolehi melalui pembelajaran pengetahuan ilmu, kemahiran, pengalaman, kemampuan minda dan fizikal. Penambahan kemahiran ini adalah melalui pembelajaran peningkatan kelayakan melalui pendidikan formal dan juga latihan kursus yang diikuti.

14 Laluan Kerjaya (LK) bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan
Pegawai Farmasi Urusan Skim Perkhidmatan Perubatan / Pergigian Farmasi Gred 2 tahun di Gred 41 3 tahun di Gred 41 PAKAR BUKAN PAKAR Gred 44 – 48 3 tahun di Gred 44 atau tarikh diwartakan pakar, mana yang terdahulu 3 tahun di Gred 44 4 tahun di Gred 44 atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal Gred 48 – 52 2 tahun di gred 48 tertakluk kepada kekosongan dan perakuan Jkuasa. 4 tahun di Gred 48 tertakluk kepada kekosongan. 4 tahun di Gred 48 atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal Gred 52 – 54 2 tahun di gred 52 tertakluk kepada kekosongan dan perakuan Jkuasa. 3 tahun di Gred 52 tertakluk kepada kekosongan. 3 tahun di Gred 52 atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal Gred 54 ke Utama/Khas C Berdasarkan kpada perakuan Jkuasa Tertakluk kepada kekosongan Tempoh untuk berada di Gred 54 9 tahun 12 tahun 14 tahun

15 Kenaikan Pangkat Secara Fleksi (FX)
Bagi kakitangan Pengurusan & Profesional Gred 41 – 44 : 6 tahun perkhidmatan (di gred semasa) Syarat asas kenaikan secara FX : Tempoh perkhidmatan mengikut gred; LNPT dan Sahsiah sekurang-kurangnya 85% untuk 3 tahun berturut-turut; Diperakukan oleh Ketua Jabatan; Telah Isytihar Harta; Bebas dari tindakan tatatertib; dan Melepasi tapisan SPRM. Kriteria kecemerlangan : satu aktiviti/projek inovasi, sumbangan / khidmat masyarakat dan pertukaran skop tugas.

16 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK)
Bagi kakitangan Kumpulan Pelaksana yang berada di gred lantikan. Kakitangan yang layak : Lantikan Tetap Masih berada di gred lantikan dan telah memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun atau lebih. Syarat asas kenaikan secara TBK : Tempoh perkhidmatan mengikut gred; LNPT dan Sahsiah sekurang-kurangnya 85% untuk 3 tahun berturut-turut; Diperakukan oleh Ketua Jabatan; Telah Isytihar Harta; Bebas dari tindakan tatatertib; dan Melepasi tapisan SPRM.

17 Walaubagaimanapun, sekiranya kakitangan pernah mengambil Cuti Tanpa Gaji, Perlanjutan Tempoh Pengesahan Perkhidmatan (berdenda atau tidak) dan dikenakan tindakan tatatertib, ianya akan memberi kesan kepada jumlah tempoh perkhidmatan yang diambilkira untuk tujuan kenaikan pangkat secara Laluan Kerjaya (LK), Fleksi (FX) dan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) ini.


Download ppt "PENGENALAN KEPADA LALUAN KERJAYA JABATAN SUMBER MANUSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google