Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Interaksi Dalam Bilik Darjah

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Interaksi Dalam Bilik Darjah"— Transcript presentasi:

1 Interaksi Dalam Bilik Darjah
Interaksi bermaksud proses saling bertindak, saling mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi dalam bilik darjah boleh ditinjau daripada 2 sudut iaitu interaksi antara individu dan interaksi antara individu dengan alam sekitar.

2 Interaksi Di antara Individu
Mengikut Ned A. Flanders, seorang profesor di Amerika Syarikat, interaksi di antara guru dengan murid dalam bilik darjah boleh digolongkan dalam 3 kategori utama iaitu: i) Percakapan guru ii) Percakapan murid iii) Kesenyapan

3 Mengikut Kajian Flanders, gaya percakapan guru banyak ditumpukan kepada pengaruh langsung.
Kebanyakan percakapan guru adalah berbentuk syarahan atau menerang. Interaksi antara guru dengan murid hanya berbentuk sehala sahaja. Interaksi berbentuk dua hala berlaku apabila percakapan guru ditumpukan kepada pengaruh tidak langsung seperti menyoal, memuji, menerima perasaan murid dan pendapat mereka.

4 Jenis-Jenis Interaksi Dalam Bilik Darjah
Jenis interaksi ini yang biasa diwujudkan oleh guru biasanya berkaitan dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan. Model Pengajaran Sim menitikberatkan interaksi di antara guru, murid, objektif pelajaran, isi kandungan/ bahan pelajaran dan alam sekitar.

5 Terdapat 3 jenis interaksi yang terdapat dalam bilik darjah iaitu:-
i) Interaksi Sehala ii) Interaksi Dua Hala iii) Interaksi Pelbagai Hala

6 1. Bentuk Tradisi merupakan susunan bersifat kaku.
Semua kerusi-meja murid-murid disusun secara baris demi baris dalam barisan lurus. Sekeping papan putih digantung pada dinding berhadapan dengan murid-murid manakala sebuah almari biasanya diletak dibelakang bilik darjah. Dalam susunan tradisi ini, kebanyakan interaksi sehala daripada guru kepada murid biasanya berlaku.

7 2. Susunan Bentuk ‘Kasut Kuda’ (Horse Shoe)
Susunan bentuk ‘kasut Kuda’ ini menggalakkan interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala . Susunan bentuk ini adalah sesuai digunakan untuk aktiviti perbincangan di antara guru dengan murid.

8 3. Susunan Bentuk Modular (KBSR)
Susunan bentuk modular ini adalah sesuai digunakan untuk aktiviti kumpulan. . Susunannya dapat menggalakkan interaksi di antara murid dengan murid dalam kumpulan mereka terutamanya apabila menjalankan aktiviti perbincangan, sumbangsaran, pemulihan atau pengayaan.

9 Perhubungan Pengajaran Dengan Jenis Interaksi Dalam Bilik Darjah
Pendekatan dan Strategi Jenis Interaksi Ciri-Ciri Interaksi . Pemusatan memusatkan guru . Kaedah kelas . Memberi syarahan . Kaedah syarahan . Kaedah bercerita . Kaedah demontrasi Interaksi sehala dari guru kepada murid 1. Aktiviti pembelajaran bercorak pasif. 2. Corak iteraksi tertumpu kepada guru sahaja. 3. Tiada interaksi di antara murid-murid

10 Pendekatan dan Strategi
Jenis Interaksi Ciri-Ciri Interaksi . Pendekatan Kumpulan . Kaedah Projek . Kaedah Bermain . Lakonan . Sumbangsaran Interaksi dua hala di antara murid dengan murid 1. Aktiviti pembelajaran bercorak aktif. 2. Perhubungan murid dengan murid dipereratkan. 3. Interaksi guru dengan murid sehala iaitu melalui bimbingan atau arahan guru sahaja. 4. Semangat kerjasama, toleransi serta tolong- menolong di kalangan murid dipupuk.

11 Pendekatan dan Strategi
Jenis Interaksi Ciri-Ciri Interaksi . Simulasi . Main Peranan . Pendekatan kumpulan . Kaedah perbincangan . Kaedah penyelesaian masalah . Aktiviti pemulihan . Aktiviti pengayaan Interaksi pelbagai hala di antara murid dengan guru serta murid dengan murid 1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif. 2. Perhubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid dipereratkan.

12 Interaksi Berkomputer Di Peringkat Sekolah
Penggunaan komputer di sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1980an. Sekolah Bestari ialah sekolah yang ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar cerdas dan pandai, berpendidikan dan berpengetahuan serta berbudi pekerti baik. Komputer telah digunakan secara meluas dalam aktiviti P&P, penilaian serta pentadbiran sekolah.

13 Kepentingan Interaksi Dalam P&P
1. Proses interaksi membolehkan guru memotivasikan murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti P&P dalam bilik darjah. 2. Aktiviti soal-jawab menggerakkan murid- murid berfikir. 3. Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murid dalam bilik darjah.

14 4. Interaksi dalam P&P penting kerana
interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya. 5. Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajaran yang ditentukan. 6. Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan. 7. Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala. 8. Aktiviti kumpulan, khasnya perbincangan dapat dijalankan melalui interaksi antara murid dalam kumpulan. 9. Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini.

15 Kepimpinan Guru dan Interaksi Dalam Bilik Darjah
Di antara jenis-jenis kepimpinan yang biasanya diamalkan oleh guru dalam bilik darjah bergantung kepada jenis kepimpinan guru. Antaranya termasuklah: i) Kepimpinan Autokratik ii) Kepimpinan Demokratik iii) Kepimpinan Laissez-Faire

16 Kepimpinan Autokratik
Perkataan Autokratik membawa maksud corak pemerintahan yang mempunyai kuasa mutlak. Guru yang bersifat autokratik menentukan segala aktiviti P&P. Murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru dan tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan.

17 Interaksi antara guru dengan murid merupakan interaksi sehala, iaitu guru memberi arahan, murid-murid mendengar dan mengikut sahaja. Interaksi antara murid-murid tidak digalakkan dan bersifat pasif. Interaksi sehala dan pasif membawa suasana sosio-emosi yang tegang menyebabkan murid-murid tidak berani memberi pendapat mereka. Mereka cuma menerima arahan yang diberikan guru. Semangat kerjasama dan aktiviti pembelajaran adalah pasif. P&P menjadi kurang menarik serta dipenuhi perasaan cemas dan bimbang. Ada murid-murid bencikan guru. Timbulnya perasaan benci terhadap guru.

18 Kepimpinan Demokratik
Perkataan demokratik bermaksud berkongsi kuasa antara setiap ahli dalam komuniti. Guru yang mengamalkan sikap kepimpinan demokratik ialah guru yang sedia berkongsi kuasa dengan murid-muridnya. Murid-murid sentiasa mengemukakan pendapat mereka atau soalan jika mereka menghadapi masalah.

19 Interaksi antara guru dengan murid-murid adalah 2 hala
Interaksi antara guru dengan murid-murid adalah 2 hala. Murid-murid akan bertindakbalas terhadap segala aktiviti pengajaran guru. Interaksi antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam semua kumpulan dalam bilik darjah.

20 Kepimpinan Laissez-Faire
Laissez-Faire membawa maksud kebebasan diberi kepada aktiviti tanpa kawalan. Guru akan memberi kebebasab sepenuhnya kepada murid-murid untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang difirkan sesuai dalam kelasnya. Guru langsung tidak merancang aktiviti P&P. Murid-murid diberikan kebebasan merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti pembelajaran secara individu atau secara kumpulan.

21 Interaksi antara guru dengan murid-murid adalah kurang kerana guru mengamalkan sifat kepimpinan laissez-faire kurang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P. Interaksi antara murid dengan murid meningkat kerana diberi kebebasan sepenuhnya dalam apa sahaja aktiviti P&P. Suasana sosio-emosi dalam bilik darjah dikatakan menarik. Perhubungan antara murid akan menjadi lebih rapat dan mesra.

22 Interaksi yang terlalu bebas akan menimbulkan masalah disiplin dan menjekaskan keberkesanan P&P dalam bilik darjah. Murid-murid yang kurang matang akan merasa serba salah dan tidak tahu apa aktiviti yang patut dilakukan dalam bilik darjah. Akibatnya, banyak masa telah terbuang.

23 Pembentukan Interaksi Yang Berkesan Dalam Bilik Darjah
1. Amalkan Sikap Keimpinan Demokratik 2. Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan 3. Menggunakan teknik menyoal 4. Menggunakan Percakapan yang sesuai 5. Menggunakan strategi memusatkan murid 6. Menggunakan banyak alat bantu mengajar 7. mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah. 8. Membantu murid bermasalah


Download ppt "Interaksi Dalam Bilik Darjah"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google