Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
MELLISA OLEH: ABDULLAH HUSSAIN
2
SINOPSIS Satu hari Mellisa diperkenal oleh rakan setugasnya, Farid dengan lelaki yang bernama Syahid, mirip bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia. Tutur kata Syahid menyebabkan Mellisa hampir jatuh hati. Dalam perjalanan pulang, Farid menyindirnya sebagai perempuan yang mudah jatuh cinta. Ketika itu Mellisa teringat ketika dia masih kanak-kanak. Hisyam yang lebih tua beberapa tahun daripadanya pandai mengambil hati, suka memujuk ketika dia merajuk, dan bersama Hisyam dia bermain masak-masak. Hisyam ada berjanji mahu berkahwin dengannya apabila besar kelak.
3
Tragedi 13 Mei 1969 telah meranapkan harapannya.
SAMBUNGAN SINOPSIS…. Tragedi 13 Mei 1969 telah meranapkan harapannya. Ketika hari tersebut, Hisyam dan ibunya dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara. Hisyam telah terbunuh dalam rusuhan kaum ketika melalui Jalan Petaling. Dua minggu sebelum detik hitam itu berlaku, Hisyam telah menumbuk anak seorang lelaki Inggeris yang berusia tujuh tahun, gara-gara memegang tangannya. Kenangan silam itu amat berbekas di hatinya. Ketika itu dia tertanya-tanya, mengapa orang Melayu dan orang Cina mesti berbunuhan?
4
SAMBUNGAN SINOPSIS…. Lima belas tahun kemudian baharu dia mendapat jawapan apabila tesis Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Daripada kajiannya, tragedi permusuhan kaum berpunca tindakan penjajah memisahkan kaum mengikut geografi; contohnya orang Melayu tinggal di kampung, Orang Cina di bandar, dan orang India di ladang.
5
Baginya, Syahid yang kacak boleh menemui perempuan yang lebih cantik.
SAMBUNGAN SINOPSIS…. Oleh sebab pujukan Syahid yang berterusan, akhirnya hubungan mereka semakin akrab. Namun, impian Mellisa yang mahukan negara ini aman dan damai menyebabkan dia memutuskan hubungan tersebut. Baginya, Syahid yang kacak boleh menemui perempuan yang lebih cantik. Mellisa tidak kecewa atas perpisahan tersebut kerana dia mengutamakan tugas, tugasnya sebagai seorang tentera.
6
Tema dan persoalan Semangat kental seorang gadis yang mengalami perpisahan dengan kekasihnya akibat rusuhan kaum Dasar Inggeris telah mencetuskan pemusuhan kaum rakyat Malaysia Perbezaan kaum tidak menjarakkan kemesraan dua remaja Tugas lebih utama daripada cinta
7
Mellisa Watak dan perwatakan
Dilahirkan di luar negara tetapi dibesarkan di Malaysia. Daripada kaum Cina, mengamalkan kebudayaan Cina dari jurai keturunannya dari Guadong. Sejak kecil dia berasa selesa hidup dalam masyarakat Melayu menyebabkan dia jatuh hati terhadap kebaikan Hisyam. Apabila Hisyam terbunuh dalam tragedi 13 Mei, dia berasa begitu kecewa. Dia mencari jawapan sebab-sebab orang cina dan Melayu sanggup bergaduh. Ketika hatinya mula terpikat terhadap kebaikan Syahid, dia segera memutuskannya kerana memberikan tumpuan terhadap tugasnya sebagai seorang anggota tentera. Mellisa
8
Hisyam Syahid SAMBUNGAN….
Seorang lelaki yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Hisyam berkawan rapat dengan Mellisa. Bersikap peramah dan pandai memujuk menyebabkan Mellisa tertarik terhadapnya. Disebabkan seorang kanak-kanak Inggeris memegang tangan Mellisa, sanggup dia menumbuk kanak-kanak tersebut. Hisyam dan ibunya telah terbunuh dalam rusuhan kaum ketika melalui Jalan Petaling. Hisyam Lelaki yang mempunyai mirip wajah Hisyam. Sering menggoda Mellisa, tetapi Mellisa terpaksa memutuskan hubungan tersebut kerana mengutamakan kerjayanya. Syahid
9
latar LATAR TEMPAT Sekitar Kuala Lumpur LATAR MASA LATAR MASYARAKAT
Masyarakat berbilang kaum yang dipisahkan oleh faktor geografi. Masyarakat yang sanggup membunuh kerana perbezaan kaum. Masyarakat yang mementingkan keharmonian hidup LATAR MASYARAKAT Sekitar Kuala Lumpur LATAR TEMPAT 13 Mei 1969 Tahun 1970-an. LATAR MASA
10
Nilai murni Patriotik Kasih sayang Hemah tinggi Tanggungjawab
11
pengajaran Kita perlu berprasangka baik terhadap kaum-kaum lain
Kita hendaklah mengutamakan kerja berbanding cinta Pemerintah berusaha mewujudkan keharmonian kaum
12
Disusun semula untuk paparan di
Slaid ini sumbangan Disusun semula untuk paparan di
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.