Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Moniza Waheed, Ph.D. moniza@upm.edu.my 03-89468050 KOH3431PJJ Kaedah Penyelidikan Komunikasi Perjumpaan Pertama 1 September 2018 Moniza Waheed, Ph.D.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Moniza Waheed, Ph.D. moniza@upm.edu.my 03-89468050 KOH3431PJJ Kaedah Penyelidikan Komunikasi Perjumpaan Pertama 1 September 2018 Moniza Waheed, Ph.D."— Transcript presentasi:

1 Moniza Waheed, Ph.D. moniza@upm.edu.my 03-89468050
KOH3431PJJ Kaedah Penyelidikan Komunikasi Perjumpaan Pertama 1 September 2018 Moniza Waheed, Ph.D.

2 Penilaian Kursus Kertas cadangan penyelidikan : 30%
Peperiksaan pertengahan semester : 35% (unit 1-4) Peperiksaan akhir semester : 35% (unit 5-7)

3 Kandungan Kursus Perjumpaan Pertama: Unit 1: Pengenalan penyelidikan komunikasi Unit 2: Penggubalan kenyataan masalah Unit 3: Sorotan Literatur Unit 4: Pengukuran Perjumpaan Kedua: Unit 5: Kaedah pengumpulan data dan persampelan Unit 6: Analisis dan interpretasi data Unit 7: Penulisan laporan

4 Kertas Cadangan Penyelidikan
Tarikh penghantaran: 3 minggu selepas perjumpaan kedua. Kandungan (sila ikut urutan berikut): 1) Latar belakang kajian 2) Kenyataan masalah 3) Objektif kajian 4) Sorotan literatur 5) Pengukuran pembolehubah kajian 6) Kaedah pengumpulan data 7) Persampelan 8) Kaedah analisis data 9) Rujukan

5 Pengenalan Penyelidikan Komunikasi
Unit 1 Pengenalan Penyelidikan Komunikasi

6 Penyelidikan Kaedah yang sistematik dan saintifik untuk memperolehi pengetahuan baru Melibatkan aktiviti mendapatkan dan menganalisis data/maklumat untuk membantu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

7 Dimensi Penyelidikan 1. Penerokaan (Explore) kajian isu baru
mengupas persoalan “apa” 2. Deskriptif (Descriptive) menghuraikan situasi secara terperinci menghuraikan proses-proses yang berlaku 3. Penjelasan (Explain) Menjelaskan sebab akibat sesuatu perkara berlaku Mengupas persoalan “kenapa”

8 Jenis Penyelidikan Penyelidikan Asas
Bertujuan menyokong atau menolak teori. Asas pengetahuan untuk memahami idea. Mengumpul data empirik yang boleh mengembangkan dan memantapkan teori. 2) Penyelidikan Gunaan Untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

9 Ciri-Ciri Penyelidikan Saintifik
Berorientasikan permasalahan Metodologikal Tindakan kreatif Pengulangan metodologikal Muhasabah Bersifat umum Pemantapan Perkitaran

10 Kepentingan Penyelidikan Komunikasi
Menghuraikan proses-proses komunikasi. Memahami mengapa komunikasi perlu atau tidak perlu dirancang. Mengenalpasti dan meneroka banyak unsur-unsur yang saling berkaitan dalam proses komunikasi. Membantu membina strategi dan teknik berkomunikasi yang lebih berkesan dan sesuai. 5. Mengembangkan disiplin ilmu komunikasi. 6. Mengaplikasikan hasil penyelidikan yang kita ketahui mengenai komunikasi dalam kehidupan harian.

11 Proses-proses Penyelidikan
Pencernaan minat, idea dan teori Pengkonsepsian (conceptualization) Operasionalisasi pemboleh ubah Pemilihan kaedah pengumpulan data Persampelan Analisis dan interpretasi data Aplikasi dan pengkonsepsian semula

12 METODOLOGI PENYELIDIKAN
PROSES PENYELIDIKAN MENGENALPASTI ISU PERNYATAAN MASALAH PERSOALAN KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN TINJAUAN LITERATUR METODOLOGI: SAMPEL & INSTRUMEN MEREKABENTUK KAJIAN KAJIAN LEPAS MENJALANKAN KAJIAN PROSES PENGUMPULAN DATA ANALISIS DATA D TIDAK YA ADAKAH DAPATAN MENYOKONG SOALAN KAJIAN MENULIS LAPORAN MEMBENTUK ALTERNATIF CADANGAN KAJIAN

13 Penggubalan Kenyataan Masalah
Unit 2 Penggubalan Kenyataan Masalah

14 Pernyataan Masalah Pernyataan mengenai masalah yang hendak dikaji oleh penyelidik dalam bentuk bertulis. Mengemukakan suatu situasi yang tidak kena atau fenomena yang tidak dapat dijelaskan dan difahami mengapa ia boleh, sedang dan telah berlaku. Diikuti dengan persoalan yang mahu dijawab.

15 Sumber Penggubalan Pernyataan Masalah
Pengalaman sendiri atau orang lain Karya-karya yang relevan Diskusi Teori-teori Dokumen rasmi kerajaan penaja

16 Ciri-Ciri Pernyataan Masalah
Menyatakan situasi/konteks di mana masalah itu wujud. Mengandungi isu yang penting dan boleh dijawab/diselesaikan melalui penyelidikan. Terdapat persoalan yang jelas, tepat dan spesifik (apa dan bagaimana mahu dikaji). Mengandungi konsep/pemboleh ubah yang ingin diukur. Mengandungi andaian-andaian yang sesuai bersama bukti-bukti dari andaian berkenaan. Mengandungi gambaran mengenai unit analisis kajian. Menyatakan persoalan kajian dan hipotesis kajian jika perlu.

17 Objektif Kajian Tujuan khusus yang perlu dicapai bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Dinyatakan dalam objektif umum dan khusus. Ayat-ayat yang menggambarkan apa yang mahu diukur atau dikaji.

18 Ciri-ciri Objektif Kajian
Bersifat khusus dan jelas. Tidak mengandungi 2 atau lebih perkara yang hendak dicapai. Sewajarnya selaras dengan persoalan kajian. Boleh direalisasikan (dapat diukur dan membuat instrumen kajian). Menggambarkan pemboleh ubah, responden dan analisis yang bakal digunakan.

19 Contoh Objektif Kajian
Objektif Umum Objektif Kajian ini adalah untuk mengkaji factor penyumbang terhadap tahap kepuasan berkerja dikalangan wartawan di Malaysia. Objektif Khusus Mengkaji hubungan antara nilai peribadi dengan tahap kepuasan berkerja wartawan. Mengkaji hubungan antara nilai organisasi dengan tahap kepuasan berkerja wartawan. Mengkaji hubungan antara gaya komunikasi kepimpinan dengan tahap kepuasan berkerja wartawan.

20 Unit 3 Sorotan Literatur

21 Sorotan Literatur Sorotan literatur merupakan aktiviti kajian terhadap bahan-bahan bertulis atau data sekunder yang berkaitan dengan penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik.

22 Salah Tanggapan mengenai Sorotan Literatur
Aktiviti sorotan literatur macam kerja “salin/potong dan tampal” Aktiviti menyorot literatur dibuat setelah permasalahan kajian dibentuk dan objektif kajian digubal dan aktiviti ini terhenti setelah data kajian dikumpul Aktiviti menyorot literatur mudah dan boleh dibuat tanpa perancangan

23 Peranan Sorotan Literatur
Untuk mengetahui apa yang telah diketahui, mengenalpasti apa yang perlu diketahui dan dengan ini mengenalpasti apa yang boleh dan perlu dilakukan. Untuk mengenalpasti pembolehubah yang sepatutnya dikaji. Mengenalpasti teori yang berkaitan dengan kajian. Memaklumkan bagaimana penyelidikan itu dapat dijalankan (metodologi). Untuk mengetahui dan mengenali sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi. 6. Menguatkan pandangan dan hujah penyelidik serta menguatkan penemuan kajian.

24 Strategi Membuat Sorotan Literatur
Kenalpasti secara tepat apakah maklumat yang diperlukan Kenalpasti kata kunci atau nama sarjana tertentu Sumber untuk mendapatkan maklumat dan pangkalan data Mulakan bahan terkini 5. Keperluan asas: buku atau bahan yang sesuai untuk merekodkan literatur yang diperolehi 6. Membuat salinan bahan-bahan relevan yang ditemui 7. Ketelitian dalam menyorot dan membuat catatan 8. Beritahu orang lain apa kajian yang sedang dibuat

25 Tips Membuat Sorotan Literatur
Sediakan jadual seperti di bawah dalam excel ataupun microsof word. Setiap kali anda membaca artikel jurnal, isikan jadual tersebut. Apabila anda menulis sorotan literature, rujuk kepada jadual yang telah dibuat. Jadual yang ekstensif boleh membantu untuk memudahkan kerja penulisan sorotan literatur. No. Nama Penulis Tajuk Objektif Metodologi Dapatan Kajian Apa yang tidak terjawab 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

26 Penulisan Sorotan Literatur
Mula dengan topik umum Akhir dengan topik khusus

27 Contoh format Sorotan Literatur
Sejarah Kewartawanan di Malaysia Organisasi Kewartawanan di Malaysia Sifat Pekerjaan Sebagai Wartawan di Malaysia Nilai Kendiri Wartawan

28 Cara Membuat Petikan Rujuk Sistem American Psychological Association (APA style) Berikut beberapa panduan dalam memetik dan mengulas literatur secara saintifik. Nyatakan nama penulis yang dipetik berserta tahunnya di dalam teks. Nama yang muncul di dalam teks mesti disenaraikan di dalam bibliografi Menyebut nama keluarga (tanpa initial nama pertama dan nama pertengahan). Jika penulis yang dirujuk tiga orang, nama masing-masing dicatatkan. Tetapi jika lebih dari tiga orang, mencukupi ditulis nama penulis pertama dan diikuti dengan perkataan ‘et. al.’ c. Petikan yang melibatkan keseluruhan kata-kata disebut petikan terus (direct quotation). Nama orang yang dirujuk boleh disebut di awal ayat atau di tulis penghujung ayat dan dalam kurungan.

29 Contoh 1 Ezhar, Hasan dan Said (1999) mendapati bahawa orang Melayu lebih suka menggunakan gaya integrasi dalam menguruskan konflik antara perseorangan. Atau Orang-orang Melayu didapati lebih suka menggunakan gaya integrasi dalam menangani konflik antara perseorangan (Ezhar, Hasan dan Said, 1999)

30 Contoh 2 Definisi komunikasi interpersonal yang dikemukakan oleh Miller (1989) berbeza dengan definisi yang dikemukakan oleh Adler (1995). Definisi Miller lebih menekankan aspek psikologi. Menurut Miller, tidak semua komunikasi antara individu itu dikatakan komunikasi interpersonal. Sebaliknya definisi Adler tidak berunsur psikologi. Sebarang interaksi yang melibatkan dua orang sama ada bersemuka atau tidak boleh disifatkan komunikasi interpersonal.

31 Unit 4 Pengukuran

32 Konsep Label yang digunakan hasil dari pemerhatian
Konsep harus dijelaskan dengan melakukan sorotan literatur Konsep harus dijelaskan supaya senang diukur Konsep yang diterjemahkan kepada label yang boleh diukur dengan tepat akan menghasilkan pemboleh ubah

33 Pembolehubah Pemboleh ubah adalah konsep yang jelas maknanya dan dapat diukur dengan tepat Pemboleh ubah terdiri 3 jenis: Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar Pemboleh ubah perantara

34 Contoh Pembolehubah Tajuk tesis: Faktor yang menyumbang terhadap kepuasan berkerja dikalangan wartawan di Malaysia Pembolehubah tak bersandar: jantina, umur, jumlah tahun berkerja Pembolehubah bersandar: tahap kepuasan berkerja

35 Tahap Pengukuran Pembolehubah
Tahap nominal tahap pengukuran yang terendah Label atau angka yang diberikan kepada kategori hanya sekadar menunjukkan ia berbeza kategori Sifat pengukuran tahap nominal ialah kategori, mestilah eksklusif dan menyeluruh Contoh: jantina (lelaki/perempuan), respons (ya/tidak)

36 2. Tahap Ordinal melibatkan pengkelasan objek mengikut keutamaan berdasarkan ciri-ciri tertentu Data ordinal memberi maklumat tambahan tentang keutamaan atau susunan kategori yang disediakan Syarat kategori mesti eksklusif dan menyeluruh juga diterimapakai pada tahap ordinal Skala Likert Contoh: Saya puas hati dengan perkerjaan saya SS S TP TS STS

37 3. Tahap Interval pengukuran yang memberikan maklumat tentang order dan jarak antara unit pengukuran (dan jarak antara pemerhatian pada unit pengukuran adalah sama) Contoh (interval/ratio): Berapa banyakkah anda belanja untuk tugasan anda? RM __________/sebulan

38 4. Tahap Nisbah (Ratio) Sama seperti interval, tetapi pengukuran itu mempunyai nilai atau skor kosong sebenar Tahap pengukuran yang tertinggi Contoh: Apakah umur anda? 0-10 tahun 11-20 tahun 21-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun 51-60 tahun >60 tahun


Download ppt "Moniza Waheed, Ph.D. moniza@upm.edu.my 03-89468050 KOH3431PJJ Kaedah Penyelidikan Komunikasi Perjumpaan Pertama 1 September 2018 Moniza Waheed, Ph.D."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google