Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK"— Transcript presentasi:

1 BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK
Prof Madya Dr. Arba’ie bin Sujud Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 22-Nov-18

2 Sistem Penilaian Kertas Kerja Individu - 30 %
Pep Pertengahan Sem % Pep Akhir Sem % Jumlah % 22-Nov-18

3 Pensyarah/Pengajar Nama : ARBA’IE BIN SUJUD (PM Dr)
Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu, FBMK Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Jawatan : Timbalan Dekan (Akademik & Pelajar/Prof Madya) No Tel Pejabat : ,(HP) : 22-Nov-18

4 Rujukan Kursus Arba’ie Sujud (2006). Retorika Bahasa dan
Apresiasi Sastera. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd. Arba’ie Sujud (2007). Apresiasi Bahasa: Interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd. Gorys Keraf (2004). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: PT. Gramedia. 22-Nov-18

5 Kertas Kerja Individu Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan satu kertas kerja. Tajuk kertas kerja ditetapkan/didaftarkan*. Pelajar tidak boleh menukar tajuk tanpa persetujuan pengendali kursus. Sila berbincang dengan tutor untuk mendapat gambaran terhadap skop tugasan yang diberikan. Pemberatan markah adalah 30 %. 22-Nov-18

6 Peraturan Umum Format Kertas kerja – Ilmiah- mengandungi tiga bahagian (pendahuluan, perbincangan dan Kesimpulan). Hasil kertas kerja asli dan patuhi etika ilmiah. Penghantaran KK - Selewat-lewatnya pada minggu ke-10 Kelewatan dalam menghantar kertas kerja boleh menjejaskan markah. 22-Nov-18

7 Format Penaipan Jenis Times New Roman atau Arial
Ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih. Jarak taipan dua langkau. Kepanjangan. 12– 18 halaman tidak termasuk bibliografi. Saiz huruf 12 Jenis Times New Roman atau Arial 22-Nov-18

8 Esei Ilmiah Penulisan berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan atau pindaan tajuk tidak dibenarkan. Format – Rasmi kertas kerja yang mengandungi: a. Pendahuluan b. Isi dan Perbahasaan c. Kesimpulan Bibliografi 22-Nov-18

9 Pendahuluan Pengertian dan konsep bagi tajuk yng dibincangkan.
Objektif Kajian. Pembatasan Kajian. Penulisan dilakukan dalam bentuk perenggan. Pendahuluan 1-3 halaman. 22-Nov-18

10 Isi dan Perbincangan Berkaitan dengan skop atau batasan kajian yang dinyatakan dalam pendahuluan. Gunakan bahan atau teks untuk tujuan menganalisis. 22-Nov-18

11 Rumusan Kesimpulan Kepanjangan - 1-2 halaman sahaja
Merumuskan aspek-aspek yang telah dibincangkan. Dapatan kajian yang diperoleh. Kaitkan dengan tajuk kertas kerja dan objektif kertas kerja. 22-Nov-18

12 Bibliografi 22-Nov-18

13 Stilistik - Pengenalan
Tumpuan Bidang – Bahasa atau Sastera? Apa itu Bahasa? Apa kata sarjana? Apa itu SASTERA? Apa yang dapat anda fahami? 22-Nov-18

14 22-Nov-18

15 ‘SASTERA’ dari sudut Bahasa
S – Seni Bahasa A - Akaliah. S - Sensitiviti T - Tersurat dan Tersirat E – Estetika R - Realiti A - Alternatif / Pelepasan Minda 22-Nov-18

16 Pengenalan Stilistik

17 Apa itu stilistik? Ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan yang berkaitan dengan disiplin linguistik. Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa bahasa sebagai wahana pengucapan.

18 Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan
Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai medium. Stilistik sebagai ilmu gaya yang merujuk kepada penggunaan bahasa.

19 Stalistik dari Sudut Sastera
Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Cabang linguistik gunaan atau terapan. Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.

20 Prinsip Stilistik Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis. Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang. Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.

21 Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.

22 Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis.
Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis

23 Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.

24 Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.

25 Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.
Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya. Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.

26 Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

27 Sekian, terima kasih

28 Hubungan Bahasa dan Sastera
Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik) Fonologi Morfologi Sintaksis Semantik Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu Tradisional dan moden Prosa dan Puisi Aliran dan Pemikiran 22-Nov-18

29 Kedudukan Bahasa dalam Sastera
Bahasa juga merupakan suatu seni. Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib, bersistem dan memiliki nilai keindahan. Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni bahasa yang indah’. 29

30 Penulis & Bahasa? Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk untuk masyarakatnya. Penulis bukan penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis, sememangnya terdorong oleh keinginan untuk menulis dari dalam dirinya. Penulis yang memahami dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh. Kerja menulis itu cukup sulit tetapi menggembirakan bagi mereka yang tahu… (SN A. Samad Said:2006)

31 Bahasa teks Sastera Penulis menggunakan bahasa untuk menterjemahkan pemikiran mereka. Bahasa yang dipilih bersifat emotif, ada unsur suspen, ketegangan dan peleraian. Perkara tersebut dapat ditandai melalui pemilihan kata.

32 “Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”
“Beri abang peluang” “Peluang apa lagi” “Tolong Mah. Abang terpaksa”. “Abang tak ada pilihan” “Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih” “Tak ada beban batu digalas”

33 Analisis Bahasa Suasana tegang/ situasi berkonflik.
Bagaimana bentuk pola ayat? (sintaksis) Ayat yang digunakan pendek. Ayat tunggal (satu S+P) 1. “Bagi abang / peluang” 2. “Peluang / apa lagi” 3 “Tolong / Mah”. 4. “Abang / terpaksa”

34 Kenapa? Lufti Abas (2001:24) “Ayat tunggal pengucapannya cepat. Aliran pemikiran selari. Sering digunakan dalam situasi berkonflik, berlawan cakap, suasana cemas atau interaksi bersemuka”

35 Morfologi Perulangan kata
Tak sangka Peluang Tak ada pilihan Tujuan – penegasan. Menegaskan sesuatu perkara yang menjadi titik perbincangan atau perkara utama.

36 Hubungan Bahasa dalam Kajian Sastera
Pendekatan Stilistik Pendekatan Analisis Wacana Teori Semiotik 22-Nov-18

37 Bahasa dan Batas Makna Manusia menggunakan bahasa untuk :
menyatakan maksud, menjelaskan sesuatu, mewujudkan kemesraan, mendapatkan kepastian dan membuat keputusan. 22-Nov-18

38 Penentuan Makna Tidak semua perkara sama diterima.
Faktor perbezaan makna lambang bahasa. Lambang bahasa di ’fakulti bahasa individu’. Memahami maksud yang diterima melalui isyarat bahasa. 22-Nov-18

39 Faktor Pemahaman Antaranya dipengaruhi oleh : intonasi,
aliran fikiran, pemilihan diksi, presepsi dan tanggapan, hubungan. 22-Nov-18

40 Sekian, terima kasih Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan kuasa kata yang yang ada pada mereka adalah merupakan senjata…. (Aristotle) 22-Nov-18


Download ppt "BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google