Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Obligasi Terhadap Klien (Hubungan Profesional, Bersikap Amanah)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Obligasi Terhadap Klien (Hubungan Profesional, Bersikap Amanah)"— Transcript presentasi:

1 Obligasi Terhadap Klien (Hubungan Profesional, Bersikap Amanah)
UHAS 2092 Kuliah 7

2 HUBUNGAN PROFESIONAL-KLIEN
Isu asas dalam hubungan profesional-klien ialah peruntukan tanggungjawab dan autoriti dalam membuat keputusan Siapa yang sepatutnya membuat keputusan? Model etika hubungan adalah Model tentang agihan tanggungjawab dan autoriti dalam membuat keputusan

3 HUBUNGAN PROFESIONAL-KLIEN
Model Agensi Model Kontrak Model Persahabatan Model Paternalisme Model Fiduciari

4 MODEL AGENSI Model ini menekankan bahawa autoriti dan tanggungjawab membuat keputusan lebih diberikan kepada klien. Tugas profesional yang mempunyai kepakaran lebih bertindak ke arah membolehkan klien membuat keputusan. Profesional memberikan perkhidmatan untuk mencapai matlamat yang dihajati oleh klien: Contoh: membeli rumah (peguam), mereka bentuk rumah (arkitek), mengeluarkan ketumbuhan dalam badan (doktor).

5 MODEL AGENSI Kelemahan model ini:
Andaian yang salah oleh profesional terhadap klien-diandaikan klien mempunyai cukup pengetahuan. Model ini juga dengan secara tidak langsung menggalakkan profesional tidak menghiraukan obligasi etikanya terhadap orang lain (pihak ketiga).

6 MODEL KONTRAK Dalam model ini, autoriti dan tanggungjawab dikongsi bersama antara profesional dan klien. Jadi dalam hubungan seperti ini terdapat obligasi dan hak bersama serta perkongsian autoriti dan tanggungjawab. Ciri-ciri ini selari dengan konsep nilai kebebasan dan kesamaan peluang. Dikatakan profesional dan klien mempunyai kuasa tawar menawar yang sama.

7 MODEL KONTRAK Walaubagaimanapun terdapat juga ketidaksamaan yang ketara antara profesional dengan klien terutamanya dalam bidang perubatan kerana: Profesional ialah golongan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan klien. Tumpuan klien lebih kepada nilai asas seperti kesihatan diri, status kewangan dan status dari segi undang-undang sedangkan golongan profesional tidak. Profesional mempunyai kebebasan membuat keputusan samada untuk menjalin atau tidak dalam hubungan tersebut.

8 MODEL PERSAHABATAN Dalam model ini, profesional dan klien mempunyai hubungan rapat yang berasaskan prinsip percaya-mempercayai dan bekerja sama. Ia seperti hubungan rapat antara dua orang kawan yang pada masa yang sama memelihara kepentingan masing-masing.

9 MODEL PERSAHABATAN Walaubagaimanapun, analogi tentang persahabatan ini tidak tepat apabila diaplikasikan dalam hubungan profesional-klien ini kerana: Hubungan profesional-klien mempunyai satu arah sahaja. Persahabatan biasanya dikaitkan dengan persamaan sedangkan tidak begitu antara profesional-klien. Dalam persahabatan, komitmen perasaan menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan yang rapat tetapi tidak begitu dalam hubungan profesional- klien.

10 MODEL PATERNALISME Dalam model ini, profesional diberikan tangungjawab dalam membuat keputusan bagi pihak kliennya. Model ini seolah-olah menafikan kebebasan klien dalam menentukan sebarang pilihan yang melibatkan kehidupannya.

11 MODEL PATERNALISME Model Paternalisme akan mengorbankan nilai dan kepentingan klien. Ia menafikan tanggungjawab dan autoriti klien bermaksud menafikan kebebasanya untuk menentukan corak kehidupannya sendiri.

12 MODEL FIDUCIARI Model ini memberikan autoriti dan tangungjawab yang lebih kepada klien untuk membuat sebarang keputusan jika dibandingkan dengan Model Paternalisme. Jelasnya, klien bergantung kepada pengetahuan dan kebolehan profesional untuk digunakan bagi kepentingan klien

13 MODEL FIDUCIARI Dalam Model Fiduciari, profesional mempunyai tanggungjawab lebih untuk merumus, merancang, menunjukkan kebaikan dan keburukan dan akhirnya mengemukakan cadangan. Terpulanglah kepada klien untuk menerimanya dan seterusnya membuat keputusan. Model ini sesuai diaplikasi bagi semua peringkat klien tetapi yang jelas ialah semakin kurang kemampuan dan kebolehan seseorang klien itu semakin besarlah tanggungjawab profesional terhadap kliennya.

14 OBLIGASI UNTUK BERSIKAP AMANAH
Model etika hubungan profesional-klien fiduciari menekankan obligasi menerima amanah daripada klien. Ia adalah amanah untuk memenuhi fungsi tentang apa yang dikehendaki oleh orang lain. Inilah sebab utama mengapa seseorang profesional itu diperlukan.

15 OBLIGASI UNTUK BERSIKAP AMANAH
Kejujuran Berterus Terang Kompetensi Ketekunan (Ketelitian) Kesetiaan Menyimpan Rahsia

16 "Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran
"Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran.” (Riwayat Al-Bukhari)


Download ppt "Obligasi Terhadap Klien (Hubungan Profesional, Bersikap Amanah)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google