Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN"— Transcript presentasi:

1 FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN

2 sajak Maka seorang pujangga pun berkata, “adalah dadah itu musuh utama negara Adalah dadah itu perosak jiwa Adalah dadah itu pembunuh semata-mata” Hari ini, Angkara dadah telah mati seorang negarawan Angkara dadah telah mati seorang seniman Angkara dadah telah mati seorang olahragawan Angkara dadah telah mati seorang jutawan Angkara dadah telah mati seorang sasterawan Angkara dadah telah mati seorang ilmuwan Angkara dadah telah mati seorang wirawan. Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia Kau tidak mengenal anak,bapak,ibu,saudara atau keluarga Kau racun dalam khayal yang tidak terduga Seperti tercatat dalam sejarah Jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka Oleh candu,marijuana,morfin,heroin atau apa-apa sahaja namamu Kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara

3 Tuhan, Bekalkan aku kudrat iman yang tulus Untuk melewati lorong hidup Yang penuh onak dan duri Juga gelobong di laut masa depan Dewasa mengejar cita-cita Tegar memburu negara jaya. Sahabat segenerasiku, Rimba di depan kita masih luas terbentang Mari kita pilih jalan lurus ke syurga Bukan lorong hitam ke neraka

4 Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1:Dadah merupakan musuh utama negara yang merosakkan jiwa dan menyebabkan kematian Rangkap 2:Dadah membawa keburukan kepada banyak pihak seperti negarawan,seniman,olahragawan,jutawan,sasterawan,bijak pandai dan pejuang. Rangkap 3:Dadah telah menghancurkan institusi keluarga.Sejarah telah membuktikan bahawa Empayar Melaka jatuh angkara dadah.Hal ini bermakna,dadah telah menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara Rangkap 4:Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan,penulis memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan iman.Matlamatnya agar cita-cita untuk menjadikan negara in sebuah negara yang maju akan tercapai. Rangkap5:Nasihat penulis ialah masih banyak cabaran yang menanti pada masa akan datang.Oleh itu,mereka perlulah bijak memilih jalan yang betul dan menghindari jalan yang salah

5 Tema Tema sajak ini ialah dadah membawa kemusnahan kepada banyak pihak

6 Persoalan Kerosakan jiwa dan kematian akibat dadah
Penyalahgunaan dadah mampu merosakkan pelbagai lapisan masyarakat. Peranan generasi muda dalam membangunkan negara. Kekuatan iman mampu menangkis pengaruh negatif Kebijaksanaan dalam memilih antara yang baik dengan keji

7 Bentuk Berbentuk bebas Terdiri daripada lima rangkap.
Rangkap pertama mempunyai empat baris,rangkap kedua mempunyai lapan baris,rangkap ketiga mempunyai tujuh baris,rangkap keempat mempunyai tujuh baris,dan rangkap kelima mempunyai empat baris. Bilangan katanya satu hingga sembilan patah kata sebaris. Terdiri daripada dua hingga dua puluh enam suku kata sebaris. Rima akhir rangkap pertama ialah aaaa,rima akhir rangkap kedua ialan abbbbbbb,rima akhir rangkap ketiga ialah aaabaca,rima akhir rangkap keempat ialah abcdaee dan rima akhir rangkap kelima ialah abcc.

8 Unsur-unsur bunyi Asonasi(perulangan vokal a).Contohnya:dewasa mengejar cita-cita,Sahabat segenerasiku. (perulangan vokal i).Contohnya :mari kita pilih jalan lurus ke syurga,rimba di depan kita masih luas terbentang. (perulangan vokal u).Contohnya:bekalkan aku kudrat iman yang tulis,kau tidak mengenal anak,bapak,ibu,saudara atau keluarga. Aliterasi(perulangan konsonan n).Contohnya:yang penuh onak dan duri (perulangan konsonan r).Contohnya:tegar memburu negara jaya. (perulangan konsonan t).Contohnya :seperti tercatat dalam sejarah.

9 Gaya Bahasa Anafora(perulangan kata awal pada awal baris ).Contohnya:frasa adalah dadah itu pada rangkap pertama baris 2,3,dan 4;frasa angkara dadah telah mati seorang pada rangkap kedua baris 2,3, dan 4; frasa angkara dadah telah mati seorang pada rangkap kedua baris 2,3,4,5,6,7 dan 8. Metafora :contohnya : lorong hidup, lorong hitam, laut masa depan. Sinkope. Contohnya,kau, mu ,ku Inversi. Contohnya, adalah dadah itu perosak jiwa, angkara dadah telah mati seorang sasterawan Simile. Contohnya, seperti tercatat dalam sejarah. Penggunaan kata seperti merupakan unsur simile bagi sejarah itu.

10 Nilai Rasional. Contohnya, bijak memilih jalan yang baik dan menghindari jalan yang keji. Bertanggungjawab. Contohnya, mempunyai kesedaran untuk memberikan nasihat kepada rakan-rakan agar berhati-hati memilih jalan hidup. Patriotisme. Contohnya, berusaha untuk memajukan negara dan tidak mahu dadah menghancurkan negara. ketakwaan. Contohnya,memohon petunjuk daripada tuhan.

11 Pengajaran Kita perlulah berusaha sambil memohon pertolongan daripada tuhan. Kita perlulah menasihati rakan-rakan agar tidak menjadi mangsa dadah. Kita perlulah gigih berusaha untuk memajukan negara. Kita perlulah memilih haluan hidup yang betul.


Download ppt "FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google