Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pengenalan Melaksanakan perubahan berancana (planned change) berpandu kepada model tertentu. Terdapat beberapa model perubahan yang boleh digunakan sebagai.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pengenalan Melaksanakan perubahan berancana (planned change) berpandu kepada model tertentu. Terdapat beberapa model perubahan yang boleh digunakan sebagai."— Transcript presentasi:

1 Pengenalan Melaksanakan perubahan berancana (planned change) berpandu kepada model tertentu. Terdapat beberapa model perubahan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk merancang perubahan. Di antaranya termasuk model perubahan Kurt Lewin, model perancangan (planning model), model penyelidikan aksi (action research model) dan model perancangan integratif (integrative planning model). Model Perubahan dan Inovasi Berancana

2 A. Model Perubahan Kurt Lewin
Model perubahan Kurt Lewin (1975) merupakan salah satu model perubahan terancang yang terawal. Semua gelagat (behaviors) yang terdapat dalam organisasi adalah hasil daripada dua bentuk tekanan: (a) tekanan untuk mempertahankan “status quo” dan (b) tekanan untuk melakukan perubahan. Menurut Lewin, perubahan boleh dilaksanakan sama ada mengurangkan tekanan untuk mempertahankan status quo atau meningkatkan usaha/tekanan untuk melakukan perubahan, atau melaksanakan kedua-dua kombinasi dengan serentak.

3 Asas perubahan menurut model Lewin
Asas perubahan menurut model Lewin terdiri daripada tiga langkah berikut: Pencairan (unfreezing), Peralihan (moving) dan Pembekuan semula (refreezing)

4 Gambarajah 1: Model Perubahan Kurt Lewin

5 1. Pencairan Berlaku apabila wujudnya kesedaran terhadap
keadaan semasa, struktur, pembentukan tugas yang tidak memuaskan dan teknologi yang tidak berkesan, kemahiran atau sikap kakitangan yang tidak sesuai lagi dengan perkembangan organisasi, kejatuhan hasil jualan, semangat kerja yang terlalu rendah. Keadaan satu suasana ini akan mendorong ke arah pencairan suasana yang sedia ada. Tanpa proses pencairan perubahan tidak akan berlaku.

6 2. Peralihan Peralihan berlaku apabila sesuatu program atau rancangan dilaksanakan bagi menggerakkan organisasi atau kakitangan ke arah yang lebih baik. Pada peringkat ini berlaku perubahan seperti pembentukan gelagat, nilai, sikap, struktur yang baru/lebih baik atau berlakunya perubahan dan pembangunan organisasi secara keseluruhan.

7 3. Pembekuan Semula Apabila perubahan telah berlaku, gelagat atau tingkah laku baru akan dibangunkan. Pembentukan sikap dan struktur baru hendaklah dibekukan dan dijadikan sebahagian daripada kehidupan baru organisasi. Membekukan kembali bermakna, organisasi akan berada pada titik keseimbangan yang baru. Pada peringkat ini, keberkesanan perubahan akan diberi perhatian dan dorongan untuk melakukan perubahan yang seterusnya boleh ditimbangkan. Organisasi perlu memberi perhatian bahawa pembekuan semula adalah bersifat relatif dan sementara.


Download ppt "Pengenalan Melaksanakan perubahan berancana (planned change) berpandu kepada model tertentu. Terdapat beberapa model perubahan yang boleh digunakan sebagai."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google