Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSuharto Sudjarwadi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
EDU 3120 TOPIK : KAUNSELING INDIVIDU -KEMAHIRAN ASAS TEMUBUAL DALAM SESI
2
Objektif Topik: Supaya pelajar dapat
Menjelaskan dan mendemonstrasi pelbagai kemahiran temubual kaunseling dalam kaunseling individu
3
KOMPONEN MESEJ KOMUNIKASI
Kognitif (isi) – fakta, cerita yang disampaikan (Kom. verbal) Afektif - perasaan pencerita semasa menyampaikan (Kom. verbal & nonverbal)
4
CONTOH KENYATAAN KLIEN
CGPA saya merosot. Saya takut tak dapat kelas pertama. Apakah isi / fakta mesej? Apakah perasaan klien? Apakah yang tidak jelas?
5
CONTOH KENYATAAN KLIEN
Saya dan suami selalu je gaduh pasal anak-anak. Katanya saya terlalu lembut dengan anak-anak. Dia tu brutal sangat bila disiplin anak-anak. Apakah isi / fakta mesej? Apakah perasaan klien? Apakah yang tidak jelas?
6
Pelbagai Kemahiran Temubual
Mendengar dgn aktif Memberi tumpuan Meminta penjelasan Memparafrasa Mereflek perasaan Galakan / dorongan minima Meneroka Konfrantasi Beri maklumat Beri feedback Mentafsir Menstruktur sesi Memimpin perbincangan Perkongsian pengalaman
7
Huraian Lanjut Setiap Kemahiran
15
Contoh Klien: Seorang remaja berusia 14 tahun
“Saya tak tahu macam mana nak buat. Ada masanya mak suruh saya pergi shopping sendiri beli keperluan sekolah. Pilih dan beli baju pun sendiri. Saya rasa macam dia galakkan saya berdikari…. Tapi bila saya kata saya nak jumpa kawan di Mines dan shopping, dia marah pulak. Saya tak faham apa yang saya boleh buat dan tak boleh buat”
16
CONTOH RESPONS KAUNSELOR
17
Beberapa Halangan Apabila Mendengar
Menilai klien & mesej (judge & evaluate) Tumpuan terputus (distracted by sth.) Menyoal krn ingin tahu sesuatu maklumat ‘menarik’ Ingin selesaikan masalah dengan cepat(terlalu fokus kpd diri terutama di peringkat latihan kemahiran
18
Contoh kes : Klien ialah seorang balu berusia 34 tahun. Menurut beliau : “Hidup saya musnah setelah kematian suami. Saya jadi tak yakin dengan segala-galanya. Macam saya ni hilang upaya. Selama ini segala keputusan di tangan arwah. Saya selalu susah nak tidur, makan pun tak menentu, saya tak rasa lapar pun. Saya tahu rupa yang kusut masai macam saya ni tak mampu melayakkan saya bekerja di mana-mana tempat pun. (petikan dari Cormier & Cormier)
19
CONTOH RESPONS KAUNSELOR
Meminta penjelasan: Adakah puan bekerja sekarang? Bagaimanakah puan menyara diri dan anak-anak sekarang? Adakah sesiapa membantu puan menjaga dan menyara anak-anak? Sudah berapa lama suami puan meninggal? Adakah puan tinggal sendirian dengan anak-anak sahaja?
20
CONTOH RESPONS KAUNSELOR
Parafrasa: Selama ini puan hanya bergantung kepada arwah suami sahaja dan tidak pernah buat urusan keluarga dengan sendiri Puan rasa hidup tidak bermakna selepas kematian …hilang upaya…tak yakin…Keadaan puan tidak teratur & puan rasa tak layak untuk bekerja dimana-mana lah ye
21
CONTOH RESPONS KAUNSELOR
Menstruktur sesi : Dalam masa 45 minit ini kita akan….
22
CONTOH RESPONS KAUNSELOR
Refleksi perasaan: Hmm… jadi selepas kematian suami , puan menghadapi tekanan perasaan yang amat sangat sehinggakan tak dapat…… Puan rasa…tak yakin untuk mendapat pekerjaan kerana kedaan diri sekarang ni…
23
CONTOH RESPONS KAUNSELOR
Soalan memimpin (meneroka): Bagaimana puan menyara keluarga sekarang? Apa rancangan puan selanjutnya…untuk mengatasi masalah…tekanan perasaan…kewangan…penjagaan anak…kesihatan…? Bagaimana perasaan puan kini?
24
CONTOH RESPONS KAUNSELOR
Soalan memimpin (meneroka): Bagaimana perasaan dan keadaan anak-anak puan selepas kematian bapa mereka?
25
CONTOH RESPONS KAUNSELOR
Mentafsir: Sebelum kematian suami, puan tidak perlu menguruskan rumahtangga…sudah tentulah puan merasa bebanan ini sukar dikendalikan sekarang...
26
Contoh cara konfrontasi mesej bercanggah:
Ali: Saya bercita-cita nak ambil kejuruteraan Cikgu. Saya memang minat dan dengar boleh dapat gaji besar. Cikgu: Bagus Ali. Tapi Cikgu tengok…diberitahu bahwa Ali datang sekolah seminggu sekali je mulai tahun ni.
27
Beberapa respon /sikap perlu dielakkan ketika sesi bimbingan / kaunseling :
Rasa tidak sabar / tidak toleran Perbincangan politik (superficial) & cuaca Pertengkaran Memperkecil masalah klien Menyalahkan klien Menolak (reject) permintaan Menyoal bila klien tidak mahu meneruskan Merenung berlebihan Respons terperanjat (terkejut, ketawakan) Terlalu kasihan Pertimbangan moral Membalas dendam Mengkritik Memberi janji palsu Menakutkan/ugut Membebankan klien dgn masalah sendiri
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.