Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Pengenalan Kesusasteraan Melayu
2
Definisi Kesusasteraan
Ali Ahmad (1994)"sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci”. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.
3
Definisi Kesusasteraan
Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.
4
Definisi Kesusasteraan
Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan.
5
Fungsi Kesusasteraan Pendidikan/Pengajaran/Didaktik (mengajar)
Kepuasan Estetik.
6
Pendidikan / Pengajaran / Didaktik
Pendidikan: kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama.
7
Fungsi Kesusasteraan Kepuasan estetik.
Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik adalah falsafah keindahan yang sudah bermula sejak zaman Greek, yang dimulai oleh Socrates.
8
Fungsi Kesusasteraan Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam Glosari Mini Kesusasteraan sebagai "Kajian atau sains tentang keindahan dalam sastera atau seni lainnya”.
9
Fungsi Kesusasteraan Kepuasan estetik
Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca dari segi isi ceritanya mahupun aspek-aspek lain penulisannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya.
10
Ciri dan Pengaruh dalam Kesusasteraan
Lisan Tulisan Kreatif Bukan Kreatif Estetik
11
Ciri dan Pengaruh dalam Kesusasteraan
Lisan Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata ataupun pertuturan.
12
Ciri dan Pengaruh dalam Kesusasteraan
Lisan Para sasterawan zaman tradisional, oleh sebab tidak mempunyai alat tulis, mereka menurunkan pula karya-karya mereka kepada anak cucu, saudara dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak hilang begitu sahaja.
13
Ciri dan Pengaruh dalam Kesusasteraan
Tulisan Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu perubahan besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan kepada tulisan.
14
Ciri dan Pengaruh dalam Kesusasteraan
Tulisan Satu perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih berpihak kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana. Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan itu lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi kehendak golongan istana.
15
Ciri dan Pengaruh dalam Kesusasteraan
Kreatif Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa dan puisi naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional merupakan kesusasteraan kreatif.
16
Ciri dan Pengaruh dalam Kesusasteraan
Bukan Kreatif Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana dan sebagainya
17
Ciri dan Pengaruh dalam Kesusasteraan
Estetik Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh seseorang penulis.
18
Pembahagian Genre dalam Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu Tradisional (KMT) Kesusasteraan Melayu Moden (KMM) KMT Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama iaitu: 1. Prosa Melayu Tradisional 2. Puisi Melayu Tradisional
19
Prosa Melayu Tradisional
2 cabang utama Naratif Bukan Naratif
20
Prosa Melayu Tradisional
Naratif ( 2 jenis ) Naratif Lisan Naratif Tulisan
21
Prosa Melayu Tradisional
Naratif Lisan ( 3 genre ) Mitos Legenda Cerita Rakyat
22
Prosa Melayu Tradisional
Naratif Lisan ( 3 genre ) Mitos cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb. 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng.
23
Prosa Melayu Tradisional
Naratif Lisan ( 3 genre ) Legenda cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah.
24
Prosa Melayu Tradisional
Naratif Lisan ( 3 genre ) Cerita Rakyat cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan;
25
Prosa Melayu Tradisional
Cerita Rakyat ( 3 subgenre ) Jenaka Binatang Dongeng
26
Prosa Melayu Tradisional
Cerita Rakyat ( 3 subgenre ) Jenaka cerita rakyat yg menggelikan hati, misalnya Pak Pandir dan Abu Nawas.
27
Prosa Melayu Tradisional
Cerita Rakyat ( 3 subgenre ) Cerita Binatang cerita rekaan / teladan yang secara tersirat mengandungi pengajaran. (seperti cerita Sang Kancil dll).
28
Prosa Melayu Tradisional
Cerita Rakyat ( 3 subgenre ) Cerita Dongeng Cerita khayalan (yang diada-adakan kejadiannya): seperti Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang .
29
Prosa Melayu Tradisional
Cerita Rakyat ( 3 subgenre ) Cerita Dongeng Lipur Lara Teladan
30
Prosa Melayu Tradisional
Cerita Rakyat ( 3 subgenre ) Cerita Dongeng Lipur Lara (hibur) Penglipur lara orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda.
31
Prosa Melayu Tradisional
Cerita Rakyat ( 3 subgenre ) Cerita Dongeng Teladan sama tetapi plotnya memberi contoh teladan kepada khalayak. (Batu Belah, Bawang Putih, Bawang Merah)
32
Prosa Melayu Tradisional
2 Pengaruh dlm Naratif Tulisan Pengaruh Hindu Pengaruh Islam
33
Kesusasteraan Melayu Moden
6 genre. Esei/Kritikan Novel Cerpen Drama Biografi Sajak
34
Kesusasteraan Melayu Moden
6 genre. Esei/Kritikan karangan prosa tentang sesuatu tajuk. Menurut definisi 'Encyclopedia Britannica', esei ialah satu karangan yang berpatutan panjangnya.
35
Kesusasteraan Melayu Moden
6 genre. Novel cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial.
36
Kesusasteraan Melayu Moden
6 genre. Cerpen Cerita pendek.
37
Kesusasteraan Melayu Moden
6 genre. Drama karya yg dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara. seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas. situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora.
38
Kesusasteraan Melayu Moden
6 genre. Biografi riwayat atau kisah hidup seseorang. cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang.
39
Kesusasteraan Melayu Moden
6 genre. Sajak puisi moden (berbeza drpd pantun atau syair) yg digubah dlm bahasa yg indah utk menyatakan fikiran (perasaan, pengalaman, dsb)
40
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Klasikisme Romantisisme Realisme Naturalisme Absurdisme Surealisme Keislaman
41
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Klasikisme tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. (Kamus Dewan) Lebih mementingkan ketenangan dlm isi penulisan, memperlihatkan kreativiti yang bersifat penyatuan, mementingkan nilai budi, sangat patuh kpd peraturan dan disiplin. Bersifat konvensional dan tradisionalis. (Mana Sikana 2004:6)
42
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Klasikisme aliran yang berpegang kpd pemikiran bahawa karya sastera mestilah mengutamakan bentuk, isi dan penuh dengan emosi. mementingkan nilai yg terkandung di dalam sesebuah karya.
43
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Klasikisme Pengarang patuh kpd konvensi sastera yang sedia ada. konvensi : sesuatu (spt amalan, tingkah laku, ciri-ciri, dll) yg sudah diiktiraf dgn meluasnya dan dipatuhi (diikut), kebiasaan umum, apa sahaja yg sudah diterima dan diamalkan secara meluas dan berterusan. (Kamus Dewan)
44
Aliran Klasisisme Nasihat dan tanggungjawab sosial-sastera sebagai medium pendidikan. Tanggung jawab terhadap masyarakat bersifat kolektif dan milik bersama. Sastera berpaksikan fikiran dan akal budi yang luhur dan berpekerti tinggi tanpa dibaluti rasa keburukan. Sastera yang terhasil adalah karya yang bersifat bersih dan suci.
45
Prinsip Aliran Klasisisme
Kebijaksanaan – Pemilihan diksi yang berkesan berhasil memancarkan kebijaksanaan berdasarkan makna-makna yang diungkapkan secara luaran dan dalaman. Kebenaran – Karya yang dihasilkan sewajarnya mengungkapkan kebenaran bukan kepalsuan. Keanggunan – merujuk kepada adab, tatasusila, dan kehalusan berbahasa. Kefasihan – kebolehan pengarang mengadun dan memilih kata yang persis yang akhirnya makna dapat disampaikan dengan persis. Keadilan – aktiviti atau tatacara sesuatu itu dibuat atau diperoleh.
46
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Romantisisme (aliran sastera dan seni di Eropah pd hujung abad ke-18 hingga awal abad ke-19 yg mengutamakan perasaan dan keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu). sebagai suatu yang bersifat imaginatif (menulis tentang sesuatu yg tidak wujud). menentang klasik dan rasionalisme. Penentangan berlaku kerana anggap aliran klasik sebagai sesuatu yg tidak sesuai dgn peredaran zaman dan bersifat statik.
47
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Romantisisme menentang rasionalisme kerana anggap perasaan sebagai elemen penting. banyak main peranan terhadap fizikal dan mental manusia berbanding dengan perkara-perkara rasional. (Mana Sikana 2004 : 4). Aliran romantis lebih bersifat tragis dan mengharukan
48
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Romantisisme aliran romantis lebih bersifat tragis dan mengharukan serta lebih banyak melihat dari aspek kebaikan berbanding keburukan. Perasaan (ungkapan romantis, sedih pilu terhadap orang yang dikasihi). perasaan tidak terhad kepada kekasih tetapi kepada negara dan Tuhan.
49
Aliran Romantisisme Penulis melahirkan gagasan atau ideanya yang indah-indah tanpa cacat cela atau sebarang kekurangan. Jika kebahagian, maka kebahagian digambarkan dengan penuh kesempurnaan. Jika kesedihan, penulis menggambarkannya sehingga mampu menitiskan air mata pembaca.
50
Aliran Romantisisme Aliran romantisisme berteraskan sensitiviti atau sensori yang sentimental sifatnya. aliran ini menonjolkan perasaan dengan mengkesampingkan pemikiran rasional dan lain-lain pertimbangan. Sifat emosional yang terungkap menyebabkan karya-karya sastera beraliran ini tidak berpijak di bumi nyata dan kurang mementingkan aspek kebenaran.
51
Romantisisme Aliran romantik mengutamakan rasa, sebagai lawan aliran realisme. Pengarang romantis meng awan ke alam khayal, lukisannya indah membawa pembaca ke alam mimpi. Yang dilukiskannya mungkin saja terjadi, tetapi semua dilukiskan dengan mengutamakan keharuan rasa para pembaca. Bila seseorang berada dalam keadaan gembira, maka suasana sekitarnya harus pula memperlihatkan suasana yang serba gembira, hidup, berseri-seri. Demikian juga sebaliknya. Kata-katanya pilihan dengan perbandingan-perbandingan yang berlebih-lebihan. Aliran romantik terbahagi pula atas aktif romantik dan pasif romantik. Dinamakan aktif romantik apabila lukisannya menimbulkan semangat untuk berjuang, mendorong keinginan untk maju. Dinamakan pasif romantik, apabila lukisannya berkhayal-khayal, bersedih-sedih, melemahkan semangat perjuangan.
52
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Realisme Tokoh Penting : Auguste Comte. Beliau menyatakan sosiologi sebagai suatu bidang ilmu yang tertinggi. penelitian dan gambaran terhadap kehidupan organisasi masyarakat seperti adanya merupakan suatu kebenaran. (Mana Sikana : 1983 : 6)
53
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Realisme Ini bermaksud : realisme bersifat mendedahkan segala perkara yg berlaku dlm kehidupan seharian manusia. (masy atau sosial). Isi Penulisan : lebih banyak membicarakan tentang ekonomi, pendidikan, status masy, politik serta sosial dan kenegaraan. (Mana Sikana 2004 : 7)
54
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Realisme Keseluruhan : lebih mengetengahkan elemen perjuangan dan kemasyarakatan. Sastera itu sendiri dijadikan alat untuk mencapai sesuatu matlamat seperti karya tentang kemerdekaan, darurat, ketidakadilan sosial, politik dan nasionalisme.
55
Realisme (kisah hidup sebenar, bukan khayalan)
Aliran realisme ialah aliran yang ingin mengemukakan kenyataan, barang yang zahir (lawan batin). Sifatnya harus objektif kerana pengarang melukiskan dunia kenyataan. Segala-galanya digambarkan seperti apa yang nampak, tak kurang tak lebih. Rasa simpati dan antipati (benci) pengarang terhadap objek yang dilukiskannya, tak boleh disertakannya. Dengan perkataan lain, pengarang dalam ceritanya itu tidak ikut bermain, dia hanya penonton yang objektif.
56
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Naturalisme (menggambarkan sesuatu dalam keadaan atau sifatnya yang sebenar) Peringkat awal dipegang oleh para pelukis. mengemukakan karya yang isi dan persoalannya benar wujud di dalam masy, terutama kepincangan dalam masyarakat.
57
Naturalisme Aliran naturalisme ingin melukiskan keadaan yang sebenarnya, sering cenderung kepada lukisan yang buruk, kerana ingin memberikan gambaran nyata tentang kebenaran. Untuk melukiskan kepincangan masyarakat, pengarang naturalis tidak segan-segan melukiskan kemesuman (kekotoran). Emelia Zola seorang pengarang naturalis Perancis yang paling besar di zamannya. Sering lukisannya dianggap melampaui batas kesopanan sehingga seolah-olah tidak ada lagi batas-batas ukuran susila dan ketuhanan padanya.
58
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Absurdisme (mustahil) hilang segala-gala selepas Perang Dunia Kedua. membentuk kekosongan dalam jiwa manusia. muncul keluh kesah di dalam jiwa pengarang. muncul karya-karya yang bertentangan dengan kenyataan, mustahil dan tak masuk akal.
59
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Surealisme (di luar kenyataan, realiti) menjurus kpd aspek tidak rasional; aspek bawah sedar.
60
Surealisme Dalam aliran ini lukisan realitinya bercampur angan-angan, malah angan-angan amat mempengaruhi bentuk lukisan. Di dalamnya ada pernyataan jiwa, kematangan dalam jiwa. Kalau dalam filem semua hal (gerak-geri, suara, muzik, pemandangan) dapat dinyatakan serentak, maka di dalam tulisan, hal-hal seperti itu harus dinyatakan satu demi satu. Itu sebabnya, lukisan nampak melompat-lompat dari yang satu kepada yang lain, justeru untuk menyatakan keseluruhan itu sekaligus. Payah pembaca mengikuti karangan yang bercorak surealisme. Pembaca harus menyatukan dalam fikirannya segala lukisan yang seakan-akan bertaburan itu. Jalan atau aturan tata bahasa seolah-olah diabaikan oleh pengarang kerana pikirannya meloncat-loncat dengan cepat. Logik seakan-akan hilang, alam benda dan alam fikiran bercampur aduk menjadi satu.
61
Aliran dalam Penulisan Karya Sastera
Keislaman karya sastera perlu mengikut lunas Islam. perlu melukiskan kejernihan hidup orang bertakwa dan menggambarkan ketidaktenteraman orang yang menjauhi Islam.
62
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Genre Novel Novel Saduran (cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain) Novel Melayu Asli (latar Tanah Melayu, watak bangsa Melayu) Novel Berunsur Islam (mengajak khalayak mempraktikkan ajaran Islam)
63
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Genre Novel Novel Remaja Novel Kanak-Kanak Novel Popular (golongan muda yg gemarkan bacaan ringan) Novel Konvensional (sesuatu (spt amalan, tingkah laku, ciri-ciri, dll) yg sudah diiktiraf dgn meluasnya dan dipatuhi (diikut), kebiasaan umum, apa sahaja yg sudah diterima dan diamalkan secara meluas dan berterusan)
64
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Genre Novel Novel Sejarah (penceritaan tentang ketokohan sejarah atau peristiwa sejarah) Novel Absurd Novel Tak Konvensional (anti realisme, absurd)
65
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Cerpen Cerpen konvensional Cerpen absurd Cerpen panjang Cerpen berunsur Islam Cerpen berdasarkan karya tradisional Cerpen kanak-kanak
66
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Genre Cerpen Cerpen Konvensional (aliran realisme) Cerpen Absurd (aliran absurdisme) Cth: Gap-Gup (Othman Putih), Fakurdafia (Mana Sikana), Parasit (Anwar Ridhwan) Cerpen Panjang
67
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Genre Drama/Teater Drama Tradisional Drama Bangsawan Drama Sandiwara
68
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Drama Tradisional (Wayang Kulit) Wayang Kulit Kelantan Wayang Melayu Wayang Gedek Wayang Purwa
69
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Drama Tradisional (Wayang Kulit) Wayang Kulit Kelantan berdasarkan Hikayat Seri Rama yg disadur drp epik Ramayana. persembahan menggunakan patung yg diukir dan alat muzik. bahasa yg digunakan : bahasa Melayu Patani.
70
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Drama Tradisional (Wayang Kulit) Wayang Melayu diambil drp episod Pandawa Lima dalam epik Mahabharata dan Sastera Panji. persembahan menggunakan patung ukiran Jawa dan alat muzik. bahasa Melayu pengaruh Jawa atau bahasa Jawa.
71
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Drama Tradisional (Wayang Kulit) Wayang Gedek banyak persamaan dgn wayang kulit Thai tetapi diubahsuai. teks : Hikayat Seri Rama yg disadur drp epik Ramayana. bahasa : bahasa Melayu pengaruh Thai.
72
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Drama Tradisional (Wayang Kulit) Wayang Purwa seperti Wayang Melayu tetapi tidak ada cerita panji. persembahan menggunakan patung dan alat muzik. bahasa : bahasa Melayu pengaruh Jawa.
73
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Sajak Sajak Kabur Sajak Protes Sajak Eksperimen Sajak Berunsur Islam
74
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Sajak Sajak Kabur (penggunaan simbol dan imej yang terkeluar drp kebiasaan sajak). Cth Sajak : Kuasa (A.S Amin) imej : tua, hijau, ombak, merah, orang dagang.
75
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Sajak Sajak Protes Contoh : Sungai Tua ( A. Latiff Mohidin)
76
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Sajak Sajak Eksperimen mengkonkritkan idea dan kata memanipulasi kata, suku kata dan tanda baca. menggunakan rajah tertentu.
77
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Drama Moden Drama Konvensional Drama tak Konvensional
78
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Drama Moden Drama Konvensional (terbahagi 2) Drama Sandiwara Drama Realisme
79
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Drama Moden Drama tak Konvensional Drama Absurd (kejiwaan dan konflik batin, sukar difahami, fantastik, abstrak, berunsur mimpi, sukar dihayati).
80
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Drama Moden Drama Sandiwara (terbahagi 3) Drama Sejarah (semangat kebangsaan) Drama Purba (istana / rakyat di desa) Drama pra-realisme (sebelum drama realisme)
81
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Unsur-Unsur dalam Drama Moden Unsur Sinkope (pemendekan sesuatu kata dgn menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dr tengah-tengah kata itu, mis pengguguran ha dlm sahaja menjadi saja, dan id dlm tidak menjadi tak. ) Unsur Humur Unsur Protes Unsur kolokuil (kolokial ?)
82
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Unsur-Unsur dalam Drama Moden Unsur Humur (kelucuan) Unsur Protes (pernyataan tidak setuju dengan sesuatu dasar (usul dll), sanggahan, sangkalan, tentangan) Unsur kolokuil (kolokial ?) bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku)
83
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Makna Istilah metafora : pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan)
84
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Makna Istilah simile : perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain, misalnya bodoh macam lembu.
85
Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
Makna Istilah mistisisme : aktiviti keagamaan yg diamalkan dgn tujuan mencari pengetahuan dan kebenaran utk mendekati Tuhan (melalui meditasi dan sembahyang).
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.