Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 4 : MENYAPU DI ATAS KHUF

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 4 : MENYAPU DI ATAS KHUF"— Transcript presentasi:

1 BAB 4 : MENYAPU DI ATAS KHUF
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 1 FIQH ISLAMI BAB 4 : MENYAPU DI ATAS KHUF

2 DALIL YANG MEMBOLEHKAN MENYAPU KHUF
Khuf ialah sejenis kasut yang menutupi dari hujung kaki hingga ke buku lali. Dalam hadis daripada Jarir r.a.: “Aku lihat Rasulullah s.a.w.buang air kemudian berwuduk dan baginda menyapu di atas dua khufnya.” 2007 KBM 1 FIQH BAB 4

3 SYARAT-SYARAT MENYAPU KHUF
1) Kedua-duanya dipakai setelah wuduk yang sempurna (iaitu dipakai dalam keadaan berwuduk . 2) Kedua-dua khuf itu harus kuat dan boleh digunakan untuk berjalan. 3) Kedua-duanya hendaklah suci atau dari kulit bangkai yang telah disamak. 4) Kedua-duanya mesti menutupi dua kaki bahagian yang wajib dibasuh. 2007 KBM 1 FIQH BAB 4

4 CARA MENYAPU KHUF Memadai menyapu di bahagian atas khuf. Jika disapu di bawah, di tumit atau tepi, maka hukumnya tidak sah. Menyapu khuf memadai hanya sekali sapu, tidak perlu diulang 3 kali seperti wuduk. 2007 KBM 1 FIQH BAB 4

5 TEMPOH MENYAPU KHUF Orang yang bermukim dibenarkan menyapu khuf sehari semalam jika dalam keadaan berhadas. Orang yang bermusafir diharuskan menyapu khuf selama tiga hari tiga malam dalam keadaan berhadas juga. 2007 KBM 1 FIQH BAB 4

6 PERKARA YANG MEMBATALKAN MENYAPU KHUF
1) Menanggalkan khuf Menanggalkan di sini bermaksud menanggalkan sebelah khuf saja atau kedua-duanya atau tertanggal sendiri seperti khuf itu terlalu besar atau tidak boleh disapu lagi kerana koyak. 2007 KBM 1 FIQH BAB 4

7 PERKARA YANG MEMBATALKAN MENYAPU KHUF
2) Habis masa menyapu Yang dimaksudkan adalah apabila tiba had sehari semalam bagi yang bermukim, dan tiga hari tiga malam bagi yang bermusafir. 2007 KBM 1 FIQH BAB 4

8 PERKARA YANG MEMBATALKAN MENYAPU KHUF
3) Kedatangan perkara yang mewajibkan mandi. Batal menyapu khuf apabila kedatangan sesuatu yang mewajibkan mandi seperti mandi junub, haid dan nifas. Jika berlaku demikian, hendaklah ditanggalkan khuf, kemudian bersuci barulah dipakai semula. 2007 KBM 1 FIQH BAB 4


Download ppt "BAB 4 : MENYAPU DI ATAS KHUF"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google