Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN
Kuliah 1 Pengenalan MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
2
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Pengenalan Aktiviti-aktiviti pelaburan amat penting kepada sesebuah negara terutamanya pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial Penjajaran aktiviti-aktiviti pelaburan dapat memperbaiki keadaan dan situasi ekonomi. Pelaburan awam dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat dan firma. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
3
Definisi Pelaburan Swasta
Pelaburan swasta ialah sebarang aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh sektor swasta yang bermotif-kan pemaksimuman keuntungan melalui aktiviti-aktiviti pelaburan dalam aset kewangan dan aset hakiki. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
4
Definisi Pelaburan Awam
Pelaburan awam ialah aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan dengan tujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat melalui pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
5
Ciri-Ciri Pelaburan Awam dan Swasta
Perkara Pelaburan Swasta Pelaburan Awam Matlamat Maklumat harga Pelaksana Keputusan belanjawan Produk Penstabil Maksimum keuntungan. Sangat penting kerana maklumat ini akan menentukan jumlah hasil dan keuntungan firm. Firma atau gabungan firma. Keputusan berkaitan dengan belanjawan boleh dibuat dalam jangka pendek. Boleh nampak. Mekanisma pasaran. Maksimum kebajikan. Maklumat ini diperlukan untuk membuat pengubah-suaian peruntukan dan pem-biayaan. Kerajaan yang memerintah sesebuah negara. Keputusan belanjawan memerlukan kelulusan dari-pada Parlimen dan keputusan dibuat agak lama melalui tahap-tahap tertentu. Boleh nampak dan tak nampak. Mekanisma politik. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
6
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Konsep Pelaburan Awam Perbelanjaan kerajaan (G) dibahagikan kepada dua jenis: perbelanjaan semasa (GS) perbelanjaan modal (GC). MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
7
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Perbelanjaan Semasa GS adalah perbelanjaan tak produktif iaitu segala bentuk per-belanjaan kerajaan yang tidak menghasilkan produk khusus. Contohnya perbelanjaan operasi kerajaan - gaji MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
8
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Perbelanjaan Modal GC adalah perbelanjaan produktif iaitu perbelanjaan yang digunakan secara langsung untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Contoh: perbelanjaan pembangunan kerajaan iaitu perbelanjaan pembangunan ekonomi dan perbelanjaan pembangunan sosial. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
9
Matlamat Pelaburan Awam
Pengalokasian Penstabilan Penyediaan barang-barang sosial Agihan semula kekayaan dan pendapatan Pembentukan modal Penyediaan peluang-peluang pekerjaan MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
10
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Pengalokasian Pelaburan awam secara umum-nya cenderung untuk memberi faedah kepada pengeluaran me-lalui alokasi sumber-sumber antara penggunaan dan kawasan yang berbeza MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
11
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Pengalokasian Pelaburan awam menyebabkan pengalihan sumber-sumber ekonomi dari satu penggunaan kepada penggunaan yang lain. Contohnya projek lebuhraya UTARA-SELATAN. Pelaburan awam dapat mengeksploit sumber-sumber yang tidak digunakan dalam ekonomi. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
12
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Pengalokasian Pelaburan awam meningkatkan kuasa produktif. Pelaburan awam membolehkan alokasi sumber antara masa sekarang dan masa hadapan. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
13
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Penstabilan Pelaburan swasta, pelaburan awam juga bertindak sebagai pen-stabil kepada turun-naik prestasi ekonomi. Pelaburan awam menjadi pelawan kepada kitaran ekonomi. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
14
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Penstabilan Lihat kepada fungsi G dalam pengukuran pertumbuhan ekonomi. [1.1] [1.2] di mana; C = penggunaan, I = pelaburan swasta, G = perbelanjaan kerajaan, X = eksport dan M = import. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
15
Rajah 1: Keseimbangan Perbelanjaan Aregat dan Penawaran Agregat
Penstabilan Rajah 1: Keseimbangan Perbelanjaan Aregat dan Penawaran Agregat AS dan AE AS AE1=C+I+G1+(X-M) E1 AE0=C+I+G0+(X-M) E0 KDNK Y Y2 MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
16
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Pengiraan KDNK MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
17
Penyediaan Barang-Barang Sosial
Kerajaan menanggung sejumlah perbelanjaan khususnya perbelanjaan modal untuk mengeluarkan barang-barang awam bagi memenuhi keperluan dan kehendak sosial. Contoh: bekalan air bersih dan bekalan elektrik. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
18
Penyediaan Barang-Barang Sosial
Kerajaan menghasilkan barang-barang yang dikategori sebagai barang-barang modal overhed sosial (social overhead capital). Contoh: kesihatan, pendidikan, kemudahan pengangkutan dan komunikasi, perumahan, pembinaan jambatan, terusan dan terowong, jalan raya. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
19
Agihan Semula Pendapatan dan Kekayaan
Pelaburan awam merupakan instrumen penting bagi memperbaiki ketakseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan. Penyediaan barang-barang modal overhed sosial dapat memperbaiki agihan pendapatan dan kekayaan. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
20
Agihan Semula Pendapatan dan Kekayaan
Kesan pelaburan awam dalam mengagihkan semula pendapatan dan kekayaan ber-gantung kepada jenis-jenis perbelanjaan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan. Ada sesetengah perbelanjaan pelaburan memberi faedah hanya kepada segelintir individu, sektor dan negeri. Sesetengah yang lain pula memberi faedah kepada keseluruhan masyarakat, sektor, negeri dan negara. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
21
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Pembentukan Modal Kadar pembentukan modal sesebuah negara dapat dipercepatkan melalui pelaburan awam. Pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan menyumbang kepada stok tambahan aset modal fizikal. Dalam hal ini, kerajaan boleh melakukan pelaburan langsung dalam sektor barang-barang modal. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
22
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Pembentukan Modal Penciptaan barang-barang modal overhed sosial sebenarnya membantu dalam aktiviti-aktiviti pembentukan modal dalam sektor swasta. Pembentukan modal swasta sangat penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kepentingan modal swasta ditunjukkan dalam Model Harrod-Domar. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
23
Penyediaan Peluang-Peluang Pekerjaan
Peningkatan aktiviti-aktiviti pelaburan awam menyebabkan pertumbuhan ekonomi. Ekonomi yang makmur sudah tentu menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. MGF Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM /2009
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.