Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 3: AKHLAK MUSLIM TERHADAP PEKERJAAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 3: AKHLAK MUSLIM TERHADAP PEKERJAAN"— Transcript presentasi:

1 BAB 3: AKHLAK MUSLIM TERHADAP PEKERJAAN
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 4 AKHLAK ISLAMIAH BAB 3: AKHLAK MUSLIM TERHADAP PEKERJAAN

2 PEKERJAAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM
Bekerja dan berusaha dalam mencari sumber rezeki yang halal bagi menyara hidup sendiri dan keluarga adalah satu kewajipan. Sikap suka meminta-minta tanpa adanya usaha amatlah dicela dalam Islam. Pekerjaan itu merupakan salah satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan mengikut kemampuan hanya kerana Allah s.w.t 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

3 JENIS-JENIS PEKERJAAN
Islam tidak menghadkan umatnya menjalankan sebarang jenis pekerjaan asalkan tidak melanggar syari’at Islam. Antara pekerjaan yang digalakkan oleh Rasulullah: Perguruan c. Perusahaan Perniagaan d. Pertanian 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

4 a. PERGURUAN Dianjurkan untuk menggunakan ilmu yang telah kita pelajari untuk mengajar orang lain agar mereka juga mendapatkan manfaatnya. Sabda Nabi: “Segala sesuatu hingga ikan-ikan di laut akan memohon ampunan bagi seorang pengajar yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

5 b. PERNIAGAAN Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa para peniaga yang jujur akan bersama-sama dengan para nabi, orang-orang yang benar, para syuhada’ dan orang-orang soleh. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

6 c. PERUSAHAAN Menceburi diri dalam bidang perusahaan sebagaimana sabda Nabi, “Sebaik-baik sumber pendapatan ialah usaha seseorang pengusaha (dengan titik peluhnya) apabila ia bersifat jujur.” (HR. Ahmad) 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

7 d. PERTANIAN Sabda Nabi, “Tiadalah seseorang Mukmin pun yang menyemai suatu semaian atau menanam suatu tanaman lalu dimakan oleh burung atau manusia atau binatang melata melainkan ia menjadi sedekah baginya” (HR. Muslim) Pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas dan niat untuk mendapat keredaan-Nya merupakan suatu ibadah. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

8 TUJUAN DAN AKHLAK DALAM BEKERJA
Akhlak Muslim terhadap pekerjaan dalam pandangan Islam adalah seperti: Melaksanakan perintah Allah Ikhlas dan amanah Cekap dan tekun Tolong menolong dan berkongsi fikiran Untuk kepentingan masyarakat 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

9 a. MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH
Firman Allah s.w.t. “Apabila telah ditunaikan solat pada hari Jumaat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (al-Jumu’ah:10) 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

10 a. MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH
Bekerja adalah salah satu tuntutan dari Allah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Berusaha dalam mencari sumber rezeki yang halal merupakan ibadah yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

11 b. IKHLAS DAN AMANAH Ikhlas dalam amalan ialah dengan mensucikan hati agar semua kerja yang dilakukan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah s.w.t. dan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ganjarannya ialah pahala sekiranya amalan dilakukan kerana mentaati perintah Allah s.w.t. Bersikap sambil lewa seperti menipu dan khianati perjanjian adalah dilarang dalam Islam 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

12 c. CEKAP DAN TEKUN Kecekapan dapat ditingkatkan sekiranya pekerja sanggup belajar dan menimba ilmu dengan tekun dan berterusan. Dengan ketekunan, sesuatu yang susah akan dapat diatasi dan seterusnya menambahkan lagi ilmu, pengalaman dan kecekapan. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

13 d. TOLONG MENOLONG DAN BERKONGSI FIKIRAN
Sikap tolong menolong di antara pekerja akan menimbulkan suasana aman dan gembira. Ia dapat meningkatkan mutu dan produktiviti pekerja. Berkongsi fikiran amat digalakkan untuk selesaikan masalah bahkan dapat mengeratkan silaturrahim. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3

14 e. UNTUK KEPENTINGAN MASYARAKAT
Kita dituntut supaya memberi layanan dan khidmat yang sama rata tanpa mengira kaum, bangsa atau agama. Kita mesti menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja sebaik mungkin selaras dengan ajaran Islam yang mementingkan kebahagian umat Islam sejagat. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 3


Download ppt "BAB 3: AKHLAK MUSLIM TERHADAP PEKERJAAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google