Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Taklimat Konsep Penilaian Pelaksanaan PPSMI 24 Mac 2008

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Taklimat Konsep Penilaian Pelaksanaan PPSMI 24 Mac 2008"— Transcript presentasi:

1 Taklimat Konsep Penilaian Pelaksanaan PPSMI 24 Mac 2008
PROGRAM PENILAIAN PPSMI Taklimat Konsep Penilaian Pelaksanaan PPSMI 24 Mac 2008 JK Penilaian dan Penyelidikan Pelaksanaan PPSMI KPM

2 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
LATAR BELAKANG: RUMUSAN WACANA PPSMI 2008 Pengurusan sekolah kurang mantap dalam perancangan, penyeliaan dan pemantauan program asas dan sokongan PPSMI. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris guru dan murid pada tahap sederhana dan lemah. Wacana PPSMI yang diadakan di Bahagian Sekolah pada 5 Februari 2008, sebanyak 11 perkara telah dirumuskan. Program penilaian ini akan menangani 7 daripada 11 perkara yang telah dirumuskan pada akhir Wacana tersebut iaitu. Pertama: Pengurusan sekolah kurang mantap dalam aspek perancangan, penyeliaan dan pemantauan program asas dan sokongan PPSMI. Kedua: Tahap penguasaan Bahasa Inggeris guru dan murid masih pada tahap sederhana dan lemah.

3 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
LATAR BELAKANG: RUMUSAN WACANA PPSMI 2008 Persediaan dan pelaksanaan p&p pada tahap sederhana dan belum mencapai standard yang sewajarnya. Penambahbaikan berterusan perlu dilaksanakan di semua peringkat pengurusan. Ketiga: Persediaan dan pelaksanaan p&p masih pada tahap sederhana dan belum mencapai standard yang sewajarnya. Keempat: Kelemahan dalam pelaksanaan PPSMI sememangnya dijangkakan, oleh itu penambahbaikan berterusan perlu dilaksanakan di semua peringkat pengurusan.

4 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
LATAR BELAKANG: RUMUSAN WACANA PPSMI 2008 Guru perlu mengamalkan penggunaan Bahasa Inggeris dan mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan profisiensi Bahasa Inggeris. Pengurus sekolah perlu memberi sokongan dan bimbingan secara berterusan kepada guru dan murid. Kelima: Bagi meningkatkan kompetensi, guru perlu mengamalkan penggunaan Bahasa Inggeris dan mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Keenam: KPM perlu memberi sokongan dan bimbingan secara berterusan kepada guru dan murid oleh pengurus sekolah.

5 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
LATAR BELAKANG: RUMUSAN WACANA PPSMI 2008 Melaksanakan pemantauan, tindakan susulan dan penguatkuasaan di semua peringkat secara lebih berkesan. Dan akhir sekali, ketujuh: KPM perlu melaksanakan pemantauan, tindakan susulan dan penguatkuasaan di semua peringkat secara lebih berkesan.

6 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
LATAR BELAKANG: Gerak Gempur 2007 mendapati: 5 % belum menubuhkan JK PPSMI; 19.6 % belum menubuhkan JK Sistem Bimbingan Taulan; dan 28 % belum menyediakan pelan tindakan pelaksanaan PPSMI. Gerak Gempur 2007 mendapati: 5 % belum menubuhkan JK PPSMI; 19.6 % belum menubuhkan JK Sistem Bimbingan Taulan; dan 28 % belum menyediakan pelan tindakan pelaksanaan PPSMI.

7 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
LATAR BELAKANG: Dasar PPSMI dijalankan sejak tahun 2003 secara berperingkat. Pada 2008, kohort pertama murid Tahun Satu telah berada di Tahun Enam. Mengikut SPI KPM Bil.11/2002 bertarikh 27 Nov 2002, semua peperiksaan Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM serta Matrikulasi diadakan dalam Bahasa Inggeris (BI) sepenuhnya mulai tahun 2008. Dasar PPSMI dijalankan sejak tahun 2003 secara berperingkat mengikut aliran kohort. Pada tahun 2008, kohort pertama murid Tahun Satu telah berada di Tahun Enam. Mengikut SPI KPM Bil.11/2002 bertarikh 27 Nov 2002, semua peperiksaan Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM serta Matrikulasi akan diadakan dalam Bahasa Inggeris (BI) sepenuhnya mulai tahun 2008.

8 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
LATAR BELAKANG: Pelaksanaan peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam BI dilanjutkan. Pelaksanaan peperiksaan matapelajaran Sains dan Matematik dalam BI dilanjutkan untuk memberi lebih masa kepada guru meningkatkan penggunaan BI dalam p&p Sains dan Matematik sehingga amalannya mencapai tahap yang memuaskan.

9 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
LATAR BELAKANG: Keperluan maklumat tentang tahap penggunaan BI dalam P&P Sains dan Matematik serta keberkesanan program sokongan di bawah PPSMI BPPDP dan PPK menerajui aktiviti penyelidikan dan penilaian ke atas PPSMI Sehubungan itu, maklumat tentang tahap penggunaan BI dalam p&p Sains dan Matematik serta keberkesanan program sokongan di bawah PPSMI perlu disediakan secara berkala sebagai asas bagi Kerajaan membuat keputusan tentang pelaksanaan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM/ Matrikulasi dalam BI sepenuhnya. Mesyuarat Khas Bersama KPPM pada 31 Disember 2007 telah memutuskan BPPDP dan PPK menerajui aktiviti penyelidikan dan penilaian ke atas PPSMI

10 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
TUJUAN TAKLIMAT: Menerangkan konsep Program Penilaian Pelaksanaan Program PPSMI di sekolah-sekolah seluruh negara yang akan dilaksanakan secara dwi-tahunan mulai tahun 2008 sehingga 2010.

11 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
MAKSUD: Program ini adalah integrasi program pemantauan yang seragam oleh pihak pengurusan sekolah dengan penilaian kemajuan pelaksanaan PPSMI di peringkat PPD/PPG/PPDK, JPN dan KPM berasaskan program pemantauan tersebut serta tindakan susulan di semua peringkat KPM. Pemantauan yang seragam dan tindakan susulan berkaitan di semua sekolah serta penilaian di peringkat PPD/PPG/PPDK dan JPN akan memacu kemajuan (drive improvements) dalam pelaksanaan PPSMI. Manakala penilaian secara keseluruhan di peringkat KPM akan memberi maklumat kemajuan pelaksanaan PPSMI yang boleh membantu KPM mengatasi kelemahan dan memperbaiki prosidur pelaksanaan serta membuat keputusan tentang tahun yang sesuai untuk melaksanakan peperiksaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (BI) sepenuhnya.

12 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
TUJUAN PROGRAM: Menilai kemajuan pelaksanaan PPSMI. Memacu kemajuan (drive improvements) dalam pelaksanaan PPSMI. Pemantauan yang seragam dan tindakan susulan berkaitan di semua sekolah serta penilaian di peringkat PPD/PPG/PPDK dan JPN akan memacu kemajuan (drive improvements) dalam pelaksanaan PPSMI. Manakala penilaian secara keseluruhan di peringkat KPM akan memberi maklumat kemajuan pelaksanaan PPSMI yang boleh membantu KPM mengatasi kelemahan dan memperbaiki prosidur pelaksanaan serta membuat keputusan tentang tahun yang sesuai untuk melaksanakan peperiksaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (BI) sepenuhnya.

13 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
Aspek utama yang akan dinilai: Inisiatif kepimpinan Pengetua/ GB; Penggunaan BI oleh guru dalam P&P; Penggunaan BI oleh murid dalam P&P. Inisiatif guru dalam menjayakan Sistem Bimbingan Taulan; Penggunaan peralatan ICT dan Teaching Courseware (TC); Penggunaan bahan Self-Access Learning; dan Pelaksanaan Ujian Diagnostik Aspek yang akan dipantau adalah indikator kritikal kejayaan PPSMI iaitu: Inisiatif kepimpinan Pengetua/ GB dalam menjayakan program PPSMI; Tahap penggunaan BI oleh guru dalam p&p; Inisiatif guru dalam menjayakan Sistem Bimbingan Taulan; Tahap penggunaan peralatan ICT dan Teaching Courseware (TC) oleh guru; Tahap penggunan bahan Self-Access Learning; dan Tahap penggunaan BI oleh murid dalam p&p. Program ini akan menghasilkan maklumat tentang kemajuan dalam pelaksanaan PPSMI yang boleh membantu semua peringkat dalam KPM iaitu: guru; kepimpinan sekolah; PPD/PPG/PPDK; JPN; dan KPM.

14 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
Instrumen:

15 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
Penilaian Kemajuan: Pentadbiran instrumen dua kali setahun (April dan Oktober) pada Pegawai-pegawai Bahagian, JPN dan PPD/PPG/PPDK memantau pentadbiran instrumen. Data dimasukkan (key-in) menggunakan Microsoft EXCEL di sekolah serta digabungkan dan dihantar ke PPD/PPG/PPDK secara softcopy untuk digabungkan di peringkat daerah. Data dari PPD/PPG/PPDK digabungkan oleh JPN sebelum dihantar ke KPM. Bengkel analisis data dilaksanakan oleh Pasukan Petugas Penilaian KPM dengan kerjasama pegawai Sains dan Matematik JPN. Pentadbiran instrumen dua kali setahun (April dan Oktober) pada Data daripada soal selidik sekolah digabungkan menggunakan Microsoft EXCEL dan dihantar ke PPD/PPG/PPDK secara softcopy untuk digabungkan di peringkat daerah. Data seluruh negeri digabungkan oleh JPN sebelum dihantar ke BPPDP. Bengkel analisis data dilaksanakan oleh BPPDP dengan kerjasama pegawai Sains dan Matematik JPN. Pegawai-pegawai Bahagian, JPN dan PPD/PPG/PPDK akan menjadi penilai luar untuk mendorong pengisian soal selidik oleh penilai dalaman (Pengetua/Guru Besar dan guru). Oleh itu, pemilihan sekolah untuk penilai luar memadai secara sampling.

16 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
Pencapaian sekolah dalam setiap aspek yang dinilai diberikan skor. Kemajuan sekolah dalam aspek yang dinilai diberikan warna. Sebanyak lima warna dikenalpasti iaitu merah, oren, kuning, hijau dan biru mengikut turutan. Semakin hampir ke biru bermakna semakin bersedia sekolah melaksanakan p&p dalam BI sepenuhnya. Hasil penilaian membantu guru, kepimpinan sekolah, PPD/PPG/PPDK, JPN dan Bahagian dalam merangka program intervensi bagi menambahbaik pelaksanaan PPSMI. Dapatan penilaian menyerlahkan kelemahan dan kekuatan dalam pelaksanaan PPSMI. Isu yang timbul daripada dapatan boleh menunjuk (lead) kepada tajuk-tajuk kajian yang boleh diputuskan kemudian. Pencapaian sekolah dalam setiap aspek yang dipantau adalah dalam bentuk skor misalannya antara 1 hingga 10. Skor bagi setiap aspek akan dijumlahkan dan digredkan. Kemajuan sekolah dalam aspek yang dinilai akan diberikan warna. Sebanyak lima warna dikenalpasti iaitu merah, oren, kuning, hijau dan biru mengikut turutan. Semakin hampir ke biru bermakna semakin bersedia sekolah melaksanakan p&p dalam BI sepenuhnya. Hasil penilaian tentang status kemajuan akan membantu guru, kepimpinan sekolah, PPD/PPG/PPDK, JPN dan Bahagian dalam merangka program intervensi bagi menambahbaik pelaksanaan PPSMI. Dapatan penilaian akan menyerlahkan kelemahan dan kekuatan dalam pelaksanaan PPSMI. Sehubungan dengan itu, isu yang timbul daripada dapatan boleh menunjuk (lead) kepada tajuk-tajuk kajian yang boleh diputuskan kemudian.

17 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
KEMAJUAN DALAM ASPEK YANG DINILAI CONTOH SKOR DALAM ASPEK YANG DINILAI PENGETUA/ GURU BESAR/ GURU/ SEKOLAH/ PPD/ PPG/ PPDK/ JPN

18 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
PERATUS MASA PENGGUNAAN BI DALAM P&P CONTOH SKOR GURU

19 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
KEMAJUAN DALAM ASPEK YANG DINILAI CONTOH SKOR DALAM ASPEK YANG DINILAI KATEGORI PENCAPAIAN

20 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
PERATUS MASA PENGGUNAAN BI DALAM P&P CONTOH SKOR KATEGORI PENCAPAIAN

21 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
Semua Bahagian profesional KPM terlibat. Pegawai Sains dan Matematik di JPN akan dilibatkan dalam analisis data yang akan menghasilkan maklumat untuk disebarkan ke sekolah di negeri masing-masing. Peruntukan diuruskan oleh PPK.

22 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
Peringkat Tindakan Susulan: Sekolah PPD/PPG/PPDK JPN Bahagian KPM Laporan

23 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
Fokus Tindakan Susulan: Guru mempunyai potensi Mengeluarkan guru dari ‘karung’ budaya (conditioned-existence) Motivasi Perubahan tingkah-laku guru Membangun dan melaksanakan pelan tindakan Pemantauan berterusan Pemantauan yang seragam dan tindakan susulan berkaitan di semua sekolah serta penilaian di peringkat PPD/PPG/PPDK dan JPN akan memacu kemajuan (drive improvements) dalam pelaksanaan PPSMI. Manakala penilaian secara keseluruhan di peringkat KPM akan memberi maklumat kemajuan pelaksanaan PPSMI yang boleh membantu KPM mengatasi kelemahan dan memperbaiki prosidur pelaksanaan serta membuat keputusan tentang tahun yang sesuai untuk melaksanakan peperiksaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (BI) sepenuhnya.

24 PROGRAM PENILAIAN PPSMI 2008-2010
Kesimpulan: Dengan penghasilan maklumat kritikal dalam pelaksanaan PPSMI setiap enam bulan serta tindakan susulan yang sewajarnya diperingkat sekolah, PPD/PPG/PPDK, JPN dan KPM, program ini berpotensi untuk memacu kemajuan (drive improvements) berterusan dalam pelaksanaan PPSMI. Dapatan penilaian adalah input berkala bagi KPM tentang sejauh mana sistem pendidikan bersedia untuk melaksanakan peperiksaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.


Download ppt "Taklimat Konsep Penilaian Pelaksanaan PPSMI 24 Mac 2008"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google