Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Akhlak Islam.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Akhlak Islam."— Transcript presentasi:

1 Akhlak Islam

2 Pengenalan Setiap tindakan / amalan tidak terkeluar dari lingkungan Justeru, Manusia tidak boleh dipisahkan daripada akhlak walaupun sedikit dari umurnya Kedudukan akhlak amat penting, ia bukan bahagian daripada bahagian2 lain dalam Islam seperti ekonomi , ibadat, social dsb., tetapi akhlak memaksi kesemua aspek tersebut. Ianya ibarat roh menguasai jasad. Akidah, iman, ibadat akan jadi sah jika dimensi akhlak dijaga . Contoh, akhlak ikhlas. Hadis Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w إنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاقِ “Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak mulia.” (HR. Al-Bayhaqi) Firman Allah s.w.t: لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا  “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (al-Ahzab: 21)

3 Pengertian Akhlak perkataan “ Akhlak “ أَخْلاَقٌ) ) berasal dari bahasa Arab jama’ dari “ Khuluqun “ خُلُقٌ ) )yang diertikan adat kebiasaan, perangai, tabi’at, watak, adab / sopan santun dan agama ( al-din ) . Kata tersebut mengandung segi-segi persesuaian dengan perkataan “ Khalqun “ خَلْقٌ ) )yang bererti kejadian, serta erat hubungannya dengan “ Khaliq “ خاَلِقٌ ) )yang bererti pencipta dan “ makhluq “ مَخْلُوْقٌ ) ) yang bererti yang di ciptakan dan dari sinilah asal mula perumusan ilmu akhlak melibatkan yang hubungan yang baik antara Makhluk dengan Khaliq dan antara Makhluk dengan makhluk. ٱلَّذِىٓ أَحۡسَنَ كُلَّ شَىۡءٍ خَلَقَهُ ۥ‌ۖ وَبَدَأَ خَلۡقَ ٱلۡإِنسَـٰنِ مِن طِينٍ۬ “Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah” (as-Sajadah: 7) Imam Ghazali berpendapat: “Sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan macam-macam perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan” Ini bermaksud segala laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang.

4 Menurut tokoh ilmu psikologi Islam takrif akhlak perlu dilihat pada dua sudut:
Akhlak merupakan Ilmu yang membahaskan masalah dalaman manusia yang berkaitan kejiwaan Batiniah Akhlak ialah satu cara yang memperlihatkan sesuatu berbentuk zahir sama ada pada tuturkata, tingkah laku dan perangai boleh menjadi ukuran peribadinya Zahiriah

5 Akhlak Sebagai Asas Dalam Agama
Islam Akidah Syariah Akhlak Akidah - keimanan dan kepercayaan yang iltizam manusia terhadap Allah s.w.t. Ia disempurnakan melalui syariah dengan melaksanakan ibadah-ibadah khusus dan umum. Akidah dan syariah akan melahirkan akhlak. akidah yang bersih dan syariah mantap membawa manusia ke arah pelakuan yang diredhai Allah s.w.t Sarjana Islam ada menyatakan: “Äkhlak ialah asas dalam akidah dan syariah. Tanpanya laksana satu badan yang tiada roh”

6 Keistimewaan Akhlak Islam
Bersifat alIlzam Iaitu dicipta oleh Allah dan RasulNya Allah mencipta setiap sesuatu pastinya mengetahui setiap perkara baik dan buruk serta yang sesuai dengan manusia Rasulullah mendidik akhlak manusia melalui: percakapan, teguran, nasihat berupa rangsangan dan ancaman contoh daripada perlakuannya Bersifat Mudah Mampu diikuti Prinsip-prinsipnya sesuai dengan tabiat manusia Bersifat Tetap dan Umum Prinsip asas ajaran akhlak bersifat tetap spt kewajipan berbuat baik kepada ibubapa Cara bagaimana berbuat baik adalah bersifat umum Bersifat Menyeluruh Mencakupi semua bidang kehidupan manusia Melibatkan hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam


Download ppt "Akhlak Islam."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google