Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna"— Transcript presentasi:

1 Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna
Sulaiman Al- Kumayi PTS Millennia Sdn.Bhd

2 Wanita yang mahu menjadi muslimah super, asas utamanya adalah Allah
Wanita yang mahu menjadi muslimah super, asas utamanya adalah Allah. Allah perlu diletakkan paling atas daripada segala-galanya. Bahkan niat bagi melakukan sesuatu perbuatan perlu kerana Allah. Sekiranya niat awalnya bukan kerana Allah, tetapi lebih didorong oleh keinginan memperoleh harta , jawatan , kecantikan dan sebagainya, secara tidak langsung , anda berpijak di atas asas yang rapuh. Al Quran mengumpamakan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah, seperti labah-labah yang membuat sarang

3 Wanita Super adalah wanita hebat yang menjadikan 99 nama Allah yang indah sebagai hiasan hidupnya, lahir dan batin. Nama-nama Allah yang indah tidak hanya dibaca, tetapi difahami maknanya, dihayati dan kemudian diaplikasikan setiap nama itu dalam kehidupannya. Ia menjadi muslimah kebanggaan Allah kerana menjalankan fungsinya sebagai hambanya yang menyebarkan ajarannya kepada umat manusia.

4 Buku ini sesuai dibaca oleh semua bukan hanya wanita .
Kandungannya dikupas dengan gaya kontempori. 99 Asmaul Husna tidak dikupas secara biasa yang pernah dibaca atau didengar sebelum ini. Setiap Asmaul Husna di kaitkan dengan cara kita untuk menghadapi kehidupan ini.

5 Kupasan buku ini bermula dengan nama pertama Ar-Rahman sehinggalah kepada Al – Shabir dari nama pertama kepada nama yang ke 99. Setiap bab dalam buku ini mengupas setiap asmaul Husna dan diakhirnya di sertakan doa yang bersesuaian dengan asmaul husna yang dibincangkan. Apa yang lebih menarik lagi buku ini turut memetik kata-kata mutiara dari penulis dan ahli psikologi barat yang releven dengan asmaul husna yang dibincangkan.

6 NASIHAT IBNU QAYYIM AL-JAUZIAH
Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak terurai kecuali menerima kehendak Allah. Dalam hati manusia ada keganasan dan tidak hilang kecuali mendekati Allah. Dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah Dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak tenang serta damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Allah

7 5. Dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak padam kecuali reda dengan suruhan dan laranganNya,qadak dan qadar serta sentiasa sabar sehingga menemui Allah. 6.Dalam hati manusia ada hajat dan tidak terbendung kecuali kecintaan kepada Allah dan bermohon kepada Allah. 7.Sentiasa berzikir kepada Allah adalah keikhlasan sebenar kepada Allah. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia, maasih tidak lagi dapat membendung hajat hati hamba itu.


Download ppt "Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google