Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZ P61711

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZ P61711"— Transcript presentasi:

1 MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZ P61711
PEMBAZIRAN ELEKTRIK DALAM KALANGAN MURID-MURID : KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MERAB LUAR MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZ P61711

2 PENGENALAN Tenaga elektrik di negara kita banyak dijana melalui turbin dengan menggunakan gas asli iaitu sebanyak 54.4 peratus dan arang batu sebanyak 40.2 peratus. Pembaziran tenaga elektrik di rumah dan tempat kerja merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna. Pembaziran tenaga elektrik di rumah dan pejabat hanya akan membawa kepada kehabisan sumber tenaga ini

3 PERNYATAAN MASALAH   TARIKH/ KELAS 31/10/2011 1/11/2011 2/11/2011
3/11/2011 4/11/2011 REHAT BALIK 4A 4B 4C 4D 5A 5B 5C 5D 6A 6B 6C 6D

4 Didapati berlaku pembaziran elektrik sebanyak 48% daripada masa rehat dan masa balik kelas tahap dua tersebut. Daripada jumlah pembaziran elektrik tersebut, 70% daripadanya berlaku semasa waktu rehat berbanding dengan hanya 30% sahaja pada waktu tamat persekolahan

5 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pembaziran elektrik yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar OBJEKTIF: Meneroka faktor-faktor berlakunya pembaziran elektrik di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar Meneroka langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pembaziran elektrik di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar dari perspektif guru.

6 PERSOALAN KAJIAN Apakah faktor-faktor berlakunya pembaziran elektrik di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi pembaziran elektrik di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar dari perspektif guru?

7 BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar. Hasil kajian ini tidak boleh menggambarkan tentang tahap pembaziran elektrik yang berlaku di seluruh Malaysia. Pemerhatian hanya dijalankan selama lima hari pada waktu persekolahan. Pemerhatian juga hanya dijalankan ke atas kelas tahap dua kerana mempunyai waktu rehat dan waktu tamat sesi persekolahan yang sama.

8 TAKRIFAN OPERASIONAL Tahap Pembaziran Elektrik :
Kekerapan suis kipas tidak ditutup semasa waktu rehat dan waktu tamat persekolahan.

9 KAJIAN KEPUSTAKAAN Di antara , permintaan elektrik meningkat 12% setahun tetapi menurun di antara 3-4% dari ketika krisis kewangan dan kegawatan ekonomi. Mulai tahun 2000 dengan langkah pemulihan ekonomi, keperluan tenaga elektrik telah meningkat dan memerlukan pembinaan jana kuasa elektrik baru. Peningkatan tenaga elektrik di negara ini, yang diunjur sehingga tahun 2010 adalah sebanyak petajoule, berbanding petajoule pada tahun 2000 (Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, 2011).

10 METODOLOGI KAJIAN REKA BENTUK KAJIAN:
Kajian ini adalah berbentuk kajian kes dan dijalankan secara kualitatif PESERTA KAJIAN: Persampelan bertujuan dilakukan bagi memilih tiga orang murid yang keluar paling lewat pada waktu rehat sebagai peserta kajian Dua orang guru juga telah dipilih secara persampelan bertujuan

11 PROSES PENGUMPULAN DATA:
Dua kaedah telah digunakan dalam kajian ini iaitu borang pemerhatian dan temu bual separa berstruktur ANALISIS DATA Data dianalisis secara manual

12 DAPATAN KAJIAN LATAR BELAKANG PESERTA KAJIAN
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PEMBAZIRAN ELEKTRIK LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBAZIRAN DARI PERSPEKTIF GURU

13 LATAR BELAKANG PESERTA KAJIAN
BIL PESERTA UMUR LATAR BELAKANG CIRI-CIRI 1 PESERTA 1 10 TAHUN MURID MURID BIASA 2 PESERTA 2 11 TAHUN PENGAWAS KELAS 5A 3 PESERTA 3 12 TAHUN 4 PESERTA 4 35 TAHUN GURU GURU DISIPLIN 5 PESERTA 5 51 TAHUN PK HEM

14 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PEMBAZIRAN ELEKTRIK
Tahap Kesedaran Yang Kurang Isu-Isu Di Kantin Sikap Murid Kurang Penekanan Daripada Guru

15 TAHAP KESEDARAN YANG KURANG
Peserta 1:Nasib la cikgu. Terbuka je la kipas tu. Peserta 3:Tak la. Siapa yang terakhir dia kena la tutup. Peserta 4:Kerana kesedaran mereka rendah. Mereka tak sedar akan keburukan pembaziran elektrik ni. Mereka lahir je dah ada elektrik. Mereka tak pernah rasa zaman tak ada elektrik. Peserta 5:Huh.. Murid-murid sekarang ni dah tak peka tentang masalah ini. Mereka tak rasa perkara ini suatu masalah. Mereka anggap perkara ini remeh-temeh.

16 ISU-ISU DI KANTIN Peserta 1:Saya takut makanan habis nanti.
Peserta 2:Biasanya cukup cikgu tapi ada juga satu hari makanan habis awal cikgu. Peserta 3:Saya malas nak beratur panjang di kantin cikgu. Dah la kena berebut. Nanti makanan habis lak nanti.

17 SIKAP MURID Peserta 1:Kami berlumba-lumba cikgu. Siapa yang paling awal balik, dia menang. Peserta 2:Kami perlu ke sekolah agama cikgu. Balik nak makan lagi, mandi, pakai baju sekolah agama lagi. Kalau lambat takut tak sempat lak cikgu.

18 KURANG PENEKANAN DARIPADA GURU
Peserta 3: Kadang-kadang pesan. Kadang- kadang keluar terus je. Peserta 2: Guru kelas kami sentiasa pesan. Kalau dia tengok kipas terbuka masa tiada orang, semua kena denda cikgu.

19 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBAZIRAN DARI PERSPEKTIF GURU
Kempen Kesedaran Tindakan Disiplin Menyelesaikan Isu Di Kantin Peranan Guru

20 KEMPEN KESEDARAN Peserta 4 : Pihak sekolah perlu memperbanyakkan kempen pasal isu ini. Kita kena anjur satu program khas tentang keburukan pembaziran elektrik ini.

21 TINDAKAN DISIPLIN Peserta 4 : Kalau kempen tu tak berkesan, kita gunakan tindakan disiplin. Kelas mana yang tak tutup kipas masa rehat dan balik akan didenda seperti kutip sampah Peserta 5 : Murid-murid sekarang ni macam pahat dan penukul. Kita kena sentiasa ingatkan mereka. Pada perhimpunan pagi, kita kena ingatkan dan beri amaran pada mereka tentang perkara ini. Selain itu, kita juga perlu arahkan pengawas mengambil nama kelas yang tak tutup kipas tau lampu. Kelas ni kita boleh denda mereka untuk memberi kesedaran pada mereka.

22 MENYELESAIKAN ISU-ISU DI KANTIN
Peserta 5 : Sebenarnya, banyak dah aduan saya terima. Saya dah cakap dengan penjual di kantin tapi tak ada tindakan susulan pun. Saya akan cuba cakap dengan pengusaha kantin dan akan membangkitkan isu ini dalam mesyuarat guru akan datang. Kita lihat apa yang berlaku selepas ini. Peserta 4 : Saya rasa guru-guru dah banyak tegur mengenai isu ini. Pengawas perlu memainkan peranan penting dalam hal ini. Siapa yang tidak beratur dan berebut, pengawas yang bertugas perlu tarik mereka keluar dan lapor pada saya atau guru yang bertugas.

23 PERANAN GURU Peserta 5 : Guru-guru juga perlu bekerjasama dalam hal ini. Mereka perlu memainkan peranan masing-masing terutama guru kelas dan guru yang mengajar waktu sebelum rehat dan balik. Mereka perlu peka dan pesan pada murid-murid supaya tutup kipas dan lampu jika tak digunakan.

24 KESIMPULAN Melalui penerokaan faktor-faktor pembaziran elektrik, langkah-langkah yang sesuai juga berjaya diteroka dalam kajian ini. Pembaziran elektrik perlu dielakkan bagi memelihara alam sekitar. Semua pihak perlu bekerjasama bagi mengatasi pembaziran elektrik.


Download ppt "MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZ P61711"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google