Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
UNIT 6 PENYAMPAIAN UCAPAN
2
UNIT 6 PENYAMPAIAN UCAPAN
Topik 1: Membuat latihan berucap Topik 2: Penggunaan kad nota Topik 3: Pengawalan suara Topik 4: Penggayaan bahasa badan Topik 5: Panduan dalam penyampaian Topik 6: Petua penting dalam ucapan
3
T1: MEMBUAT LATIHAN BERUCAP
Berapa kalikah kita perlu berlatih? Hafal idea, bukan perkataan Hayatilah ucapan kita itu Tidak perlu adakan latihan khusus bahasa badan Rakamkan latihan Bagaimana kalau tiada alat perakam? Ukur masa Jangan ubah kadar ucapan kerana masa Berlatih guna alat-alat bantu
4
T1: MEMBUAT LATIHAN BERUCAP Berapa kalikah kita perlu berlatih?
Ini bermaksud, sewaktu berlatih kita perlu menghafal idea-idea utama dan bukannya keseluruhan isi ucapan. Hafal secara mentally atau dalam hati dahulu. Setelah berjaya mengingati idea-idea tersebut, barulah berlatih melafazkannya dengan kekuatan suara semulajadi seperti yang akan digunakan dalam penyampaian sebenar.
5
T1: MEMBUAT LATIHAN BERUCAP Hafal idea, bukan perkataan
Jangan rujuk teks ucapan kerana sewaktu berucap kita hanya membawa kad-kad nota bersama kita, bukannya teks atau skrip.
6
T1: MEMBUAT LATIHAN BERUCAP Hayatilah ucapan kita itu
Buatlah seperti isi-isi ucapan ini benar-benar lahir dari jiwa kita. Ini menjadikan kita kelihatan bersungguh-sungguh dan yakin terhadap apa yang kita ucapkan. Jangan pula lain yang diucap, lain pula fikiran melayang. Ini akan menjadikan ucapan kita kering dan tidak bersemangat.
7
T1: MEMBUAT LATIHAN BERUCAP Tidak perlu adakan latihan khusus bahasa badan
Ini disebabkan bahasa badan adalah pergerakan-pergerakan yang terjadi dengan sendirinya. Pergerakan itu mestilah bersahaja. Sebenarnya, pengucap-pengucap baru kurang menggunakan bahasa badan bukan kerana kurangnya latihan, tetapi kerana terlalu gugup dan perasaan malu untuk menggayakannya.
8
T1: MEMBUAT LATIHAN BERUCAP Rakamkan latihan
Rakaman boleh dibuat sama ada dengan menggunakan perakam kaset atau perakam video. Perakam video adalah lebih baik kerana boleh merakam suara dan pergerakan kita. Selepas merakam, mainkan kembali latihan kita tadi dan buatlah penilaian. Penilaian dari segi kejelasan sebutan perkataan, intonasi, kelajuan bercakap, kekuatan suara, pembentukan bunyi yg tidak bermakna dan sebagainya.
9
T1: Bagaimana kalau tiada alat perakam?
Gunakan ‘audiens palsu’. Berlatih di hadapan kawan-kawan atau keluarga dan anggaplah mereka seperti audiens sebenar kita. Selepas berucap, nilaikan ucapan kita tadi berasaskan komen yg diterima daripada audiens palsu tadi dan baikilah di mana perlu.
10
T1: MEMBUAT LATIHAN BERUCAP Ukur masa
Tentukan jangka masa yang diambil untuk setiap latihan. Untuk mengelakkan daripada melebihi had masa yang ditetapkan/diperuntukkan. Sekiranya melebihi had masa, gugurkan bahagian tertentu yg kurang penting seperti contoh yg terlalu panjang. Jika terlalu pendek pula, tambahkan fakta atau huraikan contoh yang lebih konkrit dan jelas.
11
T1: MEMBUAT LATIHAN BERUCAP Jangan ubah kadar ucapan kerana masa
Jangan mempercepat kadar ucapan sekiranya masa untuk kita berucap hampir tamat. Ucapan menjadi tidak bermakna jika ditamatkan dalam keadaan tergopoh gapah. Berucaplah dengan kadar biasa. Gugurkan bahagian yg kurang penting.
12
T1: MEMBUAT LATIHAN BERUCAP Berlatih guna alat-alat bantu
Latihan penggunaan alat-alat ini hendaklah dilakukan serentak dengan latihan ucapan, malah hendaklah diselaraskan dengan ucapan. Ini amat perlu bagi memastikan kelancaran penyampaian kita nanti.
13
T2: Penggunaan kad nota Di mana kita harus catatkan rangka ucapan kita? kad-kad nota Saiz – 7 cm x 12 cm (3 inci x 5 inci) atau yg mudah dipegang oleh tangan. 1 keping kad = 1 idea utama + pecahan-pecahannya
14
T2: Penggunaan kad nota Di mana kita harus catatkan rangka ucapan kita? Bagaimana pula kalau tidak langsung membawa apa-apa nota? Adakah kita akan kelihatan lebih profesional tanpa membawa nota?
15
T3: PENGAWALAN SUARA Kelantangan Nada Jeda Pengulangan Sebutan tepat
16
T3: PENGAWALAN SUARA Kelantangan Berkait rapat dengan kekuatan suara.
Ketika berucap, kita hendaklah menyebut perkataan sejelas yang boleh agar semua audiens boleh mendengarnya. Adakalanya kesilapan menggunakan mikrofon juga boleh menjadikan suara kita tidak jelas didengar. Nada Nada ucapan kita perlu ada tinggi rendahnya. Nada tinggi untuk penekanan idea/hujah/perkataan, rendah untuk membuat rayuan. Suara yang senada (monotonous) boleh menjemukan audiens.
17
T3: PENGAWALAN SUARA Jeda Pengulangan
Ciri ini seakan–akan sama dengan penggunaan tanda koma dalam bahasa tulisan. Berhenti sekejap di hujung ayat selepas penekanan. Tujuannya untuk beri audiens berfikir. Jangan terlalu lama. Jangan berhenti di tengah ayat. Pengulangan Penting untuk penekanan idea. Tidak semua perkata/ayat boleh diulang. Penekanan boleh dibuat dengan mengulang sebut satu atau beberapa perkataan dalam sesuatu ayat. “…inilah punca masalah … masalah yang paling serius yg membebani bangsa kita dewasa ini…”
18
T3: PENGAWALAN SUARA Sebutan tepat
Berkait rapat dengan kejelasan suara. Setiap perkataan dalam ucapan hendaklah disebut dengan betul dan tepat. Tidak mengelirukan audiens. Kesilapan penyebutan boleh menghilangkan maksud sesuatu istilah. Jangan guna sebutan daerah kecuali untuk berjenaka atau di tempat setempat. Elakkan mengeluarkan bunyi-bunyi yang tidak bermakna dlm ucapan - Jangan sebut ahhh, mmmm, ehh… Elakkan menyebut perkataan-perkataan yang tidak bertujuan atau tanpa makna tertentu. Cthnya: ‘jadi’, ‘maka’, ‘maknanya’…
19
Kelajuan ucapan disampaikan
Kadar dan Pause Kelajuan ucapan disampaikan Elakkan terlalu laju atau terlalu perlahan. Guna kadar yang berbeza
20
T4: Bahasa badan Dalam bahagian ini, pelajar dapat mengetahui angota-angota badan yang boleh menyokong bahasa lisan. Bahasa badan ialah gerak laku pengucap menggunakan seluruh anggota tubuh badannya untuk menyokong bahasa lisan yang diucapkannya. Seluruh gerak laku kita ketika berucap diperhati dan dinilai oleh audiens, termasuk pakaian kita. Oleh itu, kita perlu berpakaian kemas, bersih dan sesuai dengan majlis.
21
Kawal Gaya Bahasa Badan
Selain suara, bahasa badan juga sangat mustahak dalam penyampaian kerana ia memberi kesan langsung ke atas keberkesanan ucapan. Penampilan Posture Ekspresi muka Eye contact Pergerakan Pergerakan tangan
22
Komunikasi Nonverbal
23
Komunikasi Nonverbal
24
Penampilan: Ciri fizikal penyampai; pakaian, pembawaan diri, etc
Pastikan penampilan Sesuai dengan majlis Sesuai dengan khalayak Sesuai dengan topik Sesuai dengan imej
25
Pakaian Jika acara rasmi gunakan tiga warna sahaja
Jangan menjolok mata Selesa, kemas dan bersih Mesti sesuai dengan acara yang dihadiri
26
Keyakinan diri Audiens akan mula menilai diri kita dari saat kita bangun untuk menyampaikan ucapan. Berjalan dengan penuh gaya dan bersahaja menghampiri rostrum dan mikrofon (jika ada). Rostrum hanyalah tempat untuk meletakkan nota-nota kita dan bukannya untuk berpaut. Jadi, jangan bersandar pada rostrum atau berdiri membongkok menekan permukaan rostrum.
27
Posture: Keadaan berdiri penyampai
Berdiri tegak Berdiri seberapa tegak yg boleh. Jangan bersandar atau membongkok.
28
Adakah kita wajib menggunakan rostrum semasa berucap?
29
Ekspresi muka Ekspresi muka: Riak wajah, pergerakan mata, senyum, etc
30
EYE CONTACT Pandangan penyampai ketika berhadapan dengan khalayak
31
EYE CONTACT Senyum Pastikan terdapat eye contact dengan khayalak Bercakaplah dengan khalayak, bukan kepada khalayak
32
Eye contact Adakan hubungan (contact) dengan audiens
Pandanglah audiens dan bukannya memandang siling, kasut atau tempat-tempat lain. Lihatlah mata mereka. Tetapi pertembungan mata ini hendaklah seimbang dan bersahaja. Kita hendaklah memandang semua audiens hinggakan setiap seorang daripada mereka merasakan mereka dilawan bercakap. Jangan fokus pada orang tertentu sahaja.
33
Bercakaplah dengan audiens
Kita perlu bercakap DENGAN mereka, bukan KEPADA mereka. Maksudnya, kita menggunakan bahasa percakapan, bukan bahasa tulisan atau bacaan dan disokong oleh bahasa badan. Kepekaan tindak balas audiens juga perlu diperhatikan. Manakala, bercakap kepada audiens bermaksud tidak mengambil kisah reaksi mereka dan ini mengurangkan keberkesanan dan tidak mewujudkan komunikasi dua hala.
34
Pergerakan: Bahu, tangan dan jari, anggota lain
Pergerakan penyampai ketika berucap.
35
Pergerakan tangan Pergerakan tangan ketika menyampaikan ucapan
36
T5: Panduan dalam Penyampaian
Gaya tersendiri Gunakan gaya kita sendiri. Jangan cuba tiru gaya org lain. Berkeyakinan Ia hanya boleh diperoleh dalam diri kita sekiranya cukup persediaan. Boleh mengurangkan kegugupan. Jangan gopoh Jangan terus berucap apabila menghampiri rostrum. Ambil sedikit masa untuk bertenang dan memusatkan fikiran saat. Pandang ke arah audiens dan senyum. Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan.
37
T5: Panduan dalam Penyampaian
4. Jangan mula dengan merujuk nota pandang audiens, bukan pandang nota. 5. Rujuk nota hanya sekali sekala boleh memutuskan hubungan dengan audiens jika kerap mengalihkan perhatian kepada nota.
38
T5: Panduan dalam Penyampaian
6. Kawal suara adakalanya suara perlu ditinggikan dan adakalanya ia perlu direndahkan. Jangan mulakan ucapan dengan nada suara yg tinggi. Mulakanlah dengan nada dan kekuatan suara yg normal.
39
T5: Panduan dalam Penyampaian
7. Jangan gelisah jangan lakukan pergerakan-pergerakan yg tidak bermakna semasa berucap. Contoh: menggaru telinga, menggosok hidung, menggaru kepala, belakang dan sebagainya. Ini menunjukkan kita sedang gelisah dan audiens menganggap kita tidak bersedia secukupnya.
40
T5: Panduan dalam Penyampaian
8. Tunjukkan bahawa kita gemar berucap pengucap yg kelam kabut dan tergesa-gesa menggambarkan kepada audiens yang dia terseksa kerana diminta berucap. 9. Sembunyi kesilapan audiens tidak mempunyai kuasa sakti untuk membaca fikiran kita. Mereka tidak mungkin menyedarinya melainkan kita yg mendedahkannya. Cuba atasi sendiri kesilapan tersebut tanpa mendedahkannya kepada audiens.
41
T5: Panduan dalam Penyampaian
10. Gunakan alat bantu dengan berkesan untuk memudahkan penyampaian. 11. Beredarlah dengan yakin beredarlah dari rostrum atau mikrofon dengan rasa penuh kemenangan atau berkeyakinan. Jangan tergesa-gesa atau melakukan gaya yg jelek seperti menutup muka atau tersengih.
42
Menyampaikan Ucapan PERHATIAN UNTUK PENGUCAP Tunjukkan keyakinan
Bercakap dengan audiens Jangan gopoh Berdiri tegak Wujudkan hubungan dengan audiens Gunakan gaya sendiri Gunakan kad nota Menyampaikan Ucapan Gayakan bahasa badan Kawal suara Beredarlah dengan yakin Jangan gelisah Gunakan alat bantu dengan berkesan Sembunyikan kesilapan
43
T6: PETUA PENTING DALAM UCAPAN
Bahasa badan Pengawalan suara Penggunaan mikrofon Kaedah menjawab soalan
44
T6: PETUA PENTING DALAM UCAPAN-BAHASA BADAN
Kepala Mimik muka Mata Bahu Tangan dan jari Anggota lain
45
T6: PETUA PENTING DALAM UCAPAN Penggunaan mikrofon
Laraskan ketinggian mikrofon – seeloknya berada di bawah paras dagu kita. Pastikan ia telah dihidupkan, jangan ketuk mikrofon dengan jari untuk mencubanya. Ini adalah satu kaedah popular tetapi tidak sesuai diamalkan. Sebaliknya, hembuskan sedikit bahagian kepala mikrofon tersebut dan dengar bunyinya.
46
T6: PETUA PENTING DALAM UCAPAN Penggunaan mikrofon
Setelah berpuas hati, mulakan ucapan kita dengan memberi salam atau ucap selamat kepada audiens dan juga penghormatan kepada pengerusi majlis serta orang kenamaan jika ada.
47
T6: PETUA PENTING DALAM UCAPAN Penggunaan mikrofon
Jarak mikrofon – kedudukan mikrofon dgn mulut (6 inci/sejengkal) Laraskan bunyi Jenis mikrofon Kedudukan mikrofon – ketinggian dan kedudukan mikrofon sesuai dgn ketinggiannya Belajar menggunakan mikrofon Jangan tanggalkan mikrofon daripada standnya
48
Jenis mikrofon Multi-directional Conical
49
T6: PETUA PENTING DALAM UCAPAN Kaedah menjawab soalan
Dengar dengan teliti Ulang sebut Takrifkan istilah sukar Pecah-pecahkan soalan Menjawab soalan-soalan fakta
50
T6: PETUA PENTING DALAM UCAPAN Kaedah menjawab soalan
Menjawab soalan-soalan pendapat Kaitkan jawapan dengan isi ucapan Menjawab soalan-soalan kontroversial Beri peluang untuk ramai orang menyoal Jangan biarkan penyoal berucap Bantulah penyoal yang tersekat-sekat
51
T6: PETUA PENTING DALAM UCAPAN Kaedah menjawab soalan
8. Menjawab soalan-soalan kontroversial kita perlu berhati-hati menjawabnya supaya pandangan kita tidak boleh digugat. Boleh diperoleh dengan mengemukakan hujah yg rasional dan sokongan data atau fakta yg konkrit.
52
T6: PETUA PENTING DALAM UCAPAN Kaedah menjawab soalan
10. Jangan biarkan penyoal berucap sesi soal jawab hanyalah untuk memberi peluang kepada audiens mendapatkan penjelasan tentang sesuatu perkara, bukan untuk memberi mereka giliran berucap.
53
T6: PETUA PENTING DALAM UCAPAN Kaedah menjawab soalan
11. Bantulah penyoal yg tersekat-tersekat kadangkala ada penyoal yg menghadapi kesukaran untuk menyebut sesuatu perkataan. Dengan membantunya, ini akan melicinkan lagi perjalanan sesi soal jawab di samping menimbulkan lagi rasa hormat audiens kepada kita selaku pengucap yang bertimbang rasa dan sedia membantu.
54
Kalau tidak tahu jawapan, bagaimana?
55
T6: PETUA PENTING DALAM UCAPAN Kaedah menjawab soalan
Mengaku bahawa kita tidak dapat memberikan jawapannya pada masa itu. Perlu jujur agar tidak menjatuhkan kredibiliti.
56
TERIMA KASIH DAN SALAM MESRA
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.