Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik"— Transcript presentasi:

1 Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang

2 Pengenalan Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik juga boleh ditemui dalam bentuk manuskrip. Pengkaji-pengkaji menganggarkan sebanyak 12,000 manuskrip ditemui tetapi semuanya tersimpan di luar negara . Terdapat manuskrip Melayu yang tersimpan di dalam 151 buah perpustakaan di 57 buah negara ( Ding Choo Ming,2008)

3 Manusrip yang tertua sekali ialah surat Sultan Ternate, Baluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521 Masehi ( Ahmat Adam , 1992 ). Manakala manuskrip bentuk buku yang paling tua yang ditemui setakat ini ialah kitab Aqa'id Al-Nasafi yang bertarikh pada 1590 M (998 H). Manuskrip lain yang ditemui bagi membuktikan kewujudan bahasa Melayu Klasik ialah manuskrip Tutinameh (1600M), Hikayat Seri Rama (1633 M), surat Raja Acheh kepada Harry Middleton (1602M) dan surat Emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh kepada Raja Inggeris, King Jame 1 (1615 M).

4 kuasa penjajah Eropah yang menguasai Dunia Melayu dari abad ke-16 sehingga Perang Dunia ke-11 itu tidak memberikan kesan negatif terhadap perkembangan manuskrip Melayu di kebanyakan istana Melayu sehingga akhir abad ke-19. Sebaliknya, tradisi penulisan manuskrip Melayu telah dibela dengan baik oleh sekumpulan pengarang dan penyalin Melayu dari pelbagai bidang di bawah naungan raja-raja Melayu di istana yang menjadi pusat kerajaan Melayu yang tersebar luas di Dunia Melayu. detik yang kritikal bagi negara-negara Asia di bawah penjajahan Barat, hanya terasa setelah raja-raja Melayu kehilangan kuasa mereka, lebih-lebih lagi setelah dipencilkan pada akhir abad ke-19.

5 Keistimewaan Manuskrip Melayu
manuskrip Melayu adalah sumber maklumat penting yang berkaitan tentang hal ehwal orang Melayu pada masa lampau. dapat mengetahui tentang perkembangan yang rumit meliputi hampir semua aspek masyarakat feudal Melayu dengan sistem sosial, keagamaan dan politik yang ketat peraturannya, lantaran mencerminkan susunan kosmos Melayu, dengan raja menduduki tempat yang utama, dengan istana Melayu memainkan peranan sebagai pentas drama kosmos Melayu. Juga mengetahui perihal ketidakadilan dan keganasan selalu berlaku, terutamanya kepada orang yang berani menentang atau mengkritik raja dan pegawainya secara terbuka dalam kalangan masyarakat Melayu feudal .

6 Kesimpulan Penulisan manuskrip berkaitan dengan isu kontroversi mengenai raja , justeru unsur mitos dan lagenda dimasukkan untuk membolehkan pengarang menyelamatkan diri di satu pihak dan menyampaikan kritikan mereka di satu pihak yang lain. memang ada cerita sebenar di sebalik lagenda dan mitos dalam manuskrip Melayu.

7 fakta kurang saintifik, tidak logik, malahan tidak benar adalah antara cara yang biasa digunakan oleh orang Melayu pada masa dahulu untuk menyimpan maklumat, menyerbarkan ilmu, menceritakan kisah dan merakamkan sejarah. Kepengarangan sedemikian itu amat berbeza dengan yang terdapat di negara Eropah dan cara kita pada masa kini. Tetapi, kaedah sedemikian telah membuat khalayak lebih kaya dalam khayalan

8 Sekian, terima kasih


Download ppt "Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google