Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehVeronika Setiabudi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
BBM 3206 Semantik BBM 3206 Semantik Prof.Madya. Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
2
Kata Dasar Yang dimaksudkan dengan kata dasar ialah bunyi yang lengkap dan boleh berdiri sendiri (mempunyai makna). Kata dasar yang mempunyai makna disebut kata dasar jati, seperti: orang, meja, lari, tidur,* merah dan tinggi. Selain kata dasar jati ialah kata dasar semu. Kata dasar semu ialah perkataan yang tidak mempunyai makna tetapi mengandungi makna. Maksud mengandungi makna ialah perkataan tersebut baru mempunyai makna apabila telah digabungkan dengan imbuhan atau perkataan lain. Contoh: kupu, kanak, kura, bukan, tani, juang dan nyala (Darwis, 1994: 47).
3
Satu bentuk perkataan bahasa Melayu yang berbeza dengan bentuk di atas ialah perkataan yang tidak memiliki makna dan juga "tidak mengandungi makna. Ini bermakna bahawa perkataan tersebut tidak dapat digolongkan sebagai kata dasar jati mahupun kata dasar semu. Walaupun perkataan ini tidak memiliki atau mengandungi makna tetapi perkataan ini mempunyai tugas memberi keterangan pada kata dasar. Perkataan ini disebut sebagai kata tugas. Contohnya: - (1) Kambing itu kepunyaan Pak Ali. Perkataan itu bertugas sebagai penentu bagi menyatakan bahawa kambing itu kepunyaan Pak Ali. Ini membawa makna bahawa jika ada kambing lain, kambing itu adalah bukan kepunyaan Pak Ali.
4
Kata Terbitan Yang dimaksudkan dengan kata terbitan ialah kata dasar yang telah mendapat penambahan sama ada dengan cara penyisipan, pengulangan, pemaduan ataupun penambahan/pengimbuhan. Contoh: gemilang (penyisipan) budak-budak (pengulangan) beritahu (pemaduan) penambahan/pengimbuhan (ternama) Antara keempat-empat cara penerbitan kata ini, hasil penyisipan, pengulangan dan pemaduan sudah dianggap sebagai kata dasar. Oleh yang demikian makna perkataan ini mudah dicari dalam kamus.
5
Bandingkan makna kata dasar dan makna yang telah mendapat penyisipan.
Contoh: Sabut = bahagian kulit yang berserat atau berjerami. Serabut = benda seperti benang yang susunannya tidak teratur. Jajah = menakluk. Jelajah = pergi mengunjungi sesuatu tempat. Kupas = membuangkan atau menanggalkan kulit sesuatu. Kelupas = kulit yang tanggal dengan sendirinya.
6
Makna kata dasar dan yang telah mendapat pengulangan:
Lari = pergerakan yang lebih laju daripada berjalan. Lari-lari = berlari dengan langkah yang pendek. Punah =rosak atau binasa Ranah =tiada makna/kata dasar semu Dolak = tiada makna/kata dasar semu Dalik = tiada makna/ kata dasar semu Dolak-dalik = percakapan yang tidak tetap
7
Makna kata dasar setelah menjadi kata paduan
Tukar = Memberikan ganti kepada apa-apa yang diterima. ( Pertukaran). Milik = Sesuatu yang dimiliki/ kepunyaan. Tukar milik = Penukaran hak sesuatu benda dsb. Beri = Menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Tahu = Mengerti sesudah mempelajarinya. Beritahu = Menyampaikan sesuatu maklumat. Alih = Bertukar ke tempat yang lain. Nama = Sebutan bagi orang, barang atau tempat. Alih nama = Tukar nama.
8
Pengimbuhan Kata Dasar
Namakan = beri nama kepada. Namai = beri nama. Ternama = terkenal (kiasan). Bernama = mempunyai nama. Kenamaan = terkenal (kiasan). Penama = orang yang memiliki nama tersebut. Penamaan = pemberian nama. Menamakan = memberi nama kepada menamai/ = memberi nama. Dinamakan = diberi nama oleh. Dinamai = diberi nama. Ternamakan = tidak sengaja diberi nama.
9
Makna Gramatikal Makna gramatikal ialah makna yang terkandung dalam imbuhan apabila digabungkan dengan kata dasar. Bandingkan dua contoh ayat yang berikut: a) Jangan anggap manusia itu sebagai dewa walau bagaimana hebat pun dia. (b) Jangan dewakan manusia walau bagaimana hebatnya dia. Imbuhan ‘kan’ dalam dewakan mengandungi makna atau membawa maksud yang sama dengan anggap sebagai kata dasar (dalam a). ‘kan’ sama maksud dengan anggap sebagai dewa
10
‘kan’ dalam rajakan ‘kan’ bukan sahaja mengandungi makna ‘menganggap sebagai kata dasar’. Dalam konteks ayat ‘kan’ juga mengandungi makna ‘buat jadi raja’ c. Mereka rajakan ketua puak itu yang mempunyai pengikut yang ramai d. Mereka rajakan putera Sultan Ahmad yang sulung sebagai sultan, menggantikan ayahandanya yang mangkat. Dalam ayat, “Adik bercadang untuk bukukan segala catatan tentang pengalamannya ketika tinggal di kampung datuknya”
11
Makna gramatis akhiran ‘i’
Buat berkenaan dengan KD (kata dasar) Walaupun anaknya dapat kerja sebagai kerani, dia tetap syukuri Buat jadi KD Sudikah anda saya temani? Pengesahan KD Dia akui pelanggaran itu berlaku kerana kelalaiannya
12
Rumusan Makna sesuatu imbuhan akan jelas diketahui apabila berada dalam ayat. Hubungan antara unsur-unsur bahasa dalam satu-satuan yang lebih besar, misalnya hubungan antara kata dengan kata lain dalam frasa, klausa atau ayat dapat menjelaskan maknanya.
13
Sekian, Terima Kasih...
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.