Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN"— Transcript presentasi:

1 BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

2 Bentuk Kamariah Kamarudin
Pengenalan Puisi ialah karangan yang berbentuk sajak, iaitu hasil kreatif berangkap moden yang dapat dilihat bentuknya menerusi gubahan dalam bahasa yang indah untuk menyatakan fikiran, perasaan, pengalaman dan sebagainya. Panjangnya kira-kira satu muka surat dengan pecahan- pecahan baris dan bait. Rangkap Ada beberapa istilah lain yang digunakan selain daripada rangkap apabila membicarakan puisi. Istilah –istilah itu adalah seperti bait dan stanza.

3 Baris KAMARIAH KAMARUDIN
Sesebuah sajak akan dapat difahami bentuknya daripada baris-baris dalam sesuatu rangkap. baris-baris itu memperlihatkan bentuk sebenar sesebuah sajak. Monoton Monoton ialah istilah yang digunakan bagi sajak yang hanya terdapat satu baris dalam serangkap. Distikon Distikon berasal daripada akar kata “dia” yang bermaksud dua. Istilah ini digunakan bagi melihat bentuk sajak yang mengandungi dua baris dalam satu rangkap.

4 Terzina KAMARIAH KAMARUDIN
Terzina merujuk kepada sajak yang mengandungi tiga baris serangkap. Quatrain Quatrain ialah istilah yang digunakan bagi sajak yang mengandungi empat baris dalam satu rangkap. Quint Quint ialah sajak yang mengandungi lima baris bagi setiap rangkap.

5 Sekstet KAMARIAH KAMARUDIN
Berasal daripada kata six atau enam. Bentuk demikian merujuk kepada sajak yang mengandungi enam baris serangkap. Septaim Septaim ialah sajak yang mengandungi tujuh baris serangkap. Oktaf Oktaf ialah sajak yang mengandungi lapan baris bagi setiap rangkap. Soneta Bentuk soneta ialah sajak yang mengandungi empat belas baris yang semuanya dengan empat rangkap.

6 Suku Kata KAMARIAH KAMARUDIN
Bagi menentukan bentuk sesebuah sajak, penelitian kadang-kadang dibuat berdasarkan jumlah suku kata dalam sesuatu baris sajak. Rima Rima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau bertentangan yang terdapat pada baris-baris sajak bagi bait- bait tertentu. Rima Awal Rima awal terjadi pada suku kata awal setiap baris puisi lama atau moden.

7 Rima Akhir KAMARIAH KAMARUDIN
Rima Akhir pula adalah berlawanan dengan konsep rima awal di atas iaitu bunyi suku kata akhir dalam sesebuah puisi sama ada secara bertentangan atau secara sama. Rima Berpeluk Rima ini ialah rima yang terdapat pada sajak yang bunyi rimanya pada hujung baris pertama sama dengan hujung baris keempat dan rima hujung baris kedua sama dengan rima hujung baris ketiga. Rima Bersilang Rima bersilang ialah rima sama di hujung baris yang berselang-seli seperti yang terdapat dalam sesebuah pantun. Rima Dalam Rima yang terdapat di tengah-tengah atau dalam satu baris melebihi dua perkataan.

8 Rima Ganda KAMARIAH KAMARUDIN
Rima yang berulang pada suku kata akhir bagi dua perkataan dalam satu-satu baris sesebuah sajak. Rima Kembar Perkataan yang sama diulang pada baris-baris yang bersilang bagi sesebuah sajak. Rima Sempurna Bunyi suku kata yang sama di tengah dan akhir baris secara berselang-seli bagi sesebuah sajak. Rima Sumbing Rima yang bunyi vokalnya hampir sama tetapi terdiri daripada konsonan yang berbeza. Rima Tengah Rima berselang atau bertentangan bunyi pada suku kata di tengah- tengah baris.

9 Terikat KAMARIAH KAMARUDIN
Terikat merujuk kepada sajak yang tidak bebas malah terbawa-bawa kepada unsur puisi tradisi khususnya seperti pantun dan syair. Terikat kepada Pantun Terikat kepada pantun dikatakan pada sajak-sajak yang dipengaruhi oleh semua atau sebahagian daripada ciri-ciri yang terdapat dalam pantun. Terikat kepada Syair Terikat kepada syair merujuk kepada sajak yang dipengaruhi sebahagian atau sepenuhnya ciri-ciri syair. Bebas Sajak yang ditemui mutakhir umumnya berbentuk bebas. Sajak penuh ialah sajak yang suku kata akhirnya mempunyai bunyi yang sama seperti syair tetapi aspek lain tidak menyamai puisi lama.

10 Sajak Penuh KAMARIAH KAMARUDIN
Sajak berbentuk penuh ialah sajak yang suku kata akhirnya mempunyai bunyi yang sama seperti syair tetapi aspek lain tidak menyamai puisi lama. Sajak Paruh ( Asonansi) Sajak ini memperlihatkan pengulangan bunyi dan huruf vokal yang sama dalam hampir seluruh baris. Sajak Aliterasi (Pangkal) Sajak ini memperlihatkan pengulangan konsonan yang sama pada suku kata awal. Sajak Rangka Satu rangka menunjukkan bunyi di hujung baris yang sama tetapi tidak tersusun seakan-akan terdapat pada pergandaan tidak serupa.

11 Sajak Lompang (Blank Verse) atau Sajak Bebas (Free Verse)
KAMARIAH KAMARUDIN Sajak Lompang (Blank Verse) atau Sajak Bebas (Free Verse) Sajak ini tidak mempunyai sama pada bentuk, rupa, nahu, bunyi, dan tatabahasa. Sajak Enjambermen Sajak ini tidak mempunyai keselarasan bentuk tetapi susunan ayat panjang yang patah-patah atau dikerat-kerat serta bersambung pada baris-baris berikutnya. Sajak Eksperimen Sajak eksperimen disebut juga sajak percubaan yang dihasilkan dalam bentuknya yang tidak menentu. Kesimpulan Jadi, apabila melihat bentuk sesebuah sajak elemen-elemen di atas patut diberikan penelitian, walaupun tidak semuanya releven bagi membicarakan bentuk sebuah sajak. Paling kurang sesebuah sajak boleh dilihat pada baris, rangkap, rima, suku kata, dan unsur keterikatannya dengan puisi lama. Setiap unit yang dibentangkan di atas dapat dimanfaatkan bagi seseorang untuk menelaah sesebuah sajak dari aspek bentuk secara terperinci dan memberikan kepuasan sepenuhnya.

12 TEMA DAN PERSOALAN KAMARIAH KAMARUDIN
Pengenalan Bagi mendapatkan persoalan dan tema sesuatu sajak bukanlah sekadar membaca sajak berkenaan tetapi perlu difahami dan dihayati. Memberi Maksud atau Menghurai Mempunyai kebebasan yang lebih mengikut kefahaman yang diperoleh. Persoalan Sesebuah sajak mungkin mempunyai satu atau beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. Antara persoalan yang diketengahkan oleh penyajak adalah seperti kemiskinan, rasuah, kebebasan sosial, cinta remaja, ketuhanan, pelajaran, nasionalisme, keruntuhan akhlak, peperangan dan kemunduran.

13 Tema KAMARIAH KAMARUDIN
Bagi sesebuah sajak atau hasil sastera hanya terdapat satu tema. Sajak Rangkap 1 → Maksud → Persoalan Rangkap 2 → Maksud → Persoalan Rangkap 3 → Maksud → Persoalan Rangkap 4 → Maksud → Persoalan Rangkap 5 → Maksud → Persoalan TEMA Rangkap 6 → Maksud → Persoalan Perutusan Perutusan disebut juga amanat, motif, atau tujuan sebenar penyair menghasilkan puisi.

14 Gaya Bahasa KAMARIAH KAMARUDIN
Pengenalan Memperkatakan aspek bahasa bagi sesebuah sajak sebenarnya bukanlah semudah yang selalu dilakukan oleh semua orang. Aspek-aspek yang perlu disentuh ialah diksi, frasa, unsur perbandingan, dan unsur pengulangan. Dalam sesebuah sajak tidak semua ciri tersebut dapat diperolehi tetapi unsur –unsur tersebut adalah aspek yang memberikan keindahan dan meninggikan mutu sesebuah sajak. DIKSI Diksi biasanya merujuk kepada satu dua patah perkataan yang digunakan oleh penyajak dalam puisi-puisi mereka. Perkataan-perkataan itu memberi gambaran dan kesan terhadap keseluruhan penggunaan bahasa.

15 Kata Asing KAMARIAH KAMARUDIN
Istilah yang diambil daripada kata asing sering digunakan oleh penyajak dalam karya mereka bagi memberikan kesan dan gambaran sebenar sajak yang mereka hasilkan. Kata-kata asing yang selalu ditemui adalah daripada istilah Inggeris dan Arab. Kata Tempatan Kata-kata tempatan merujuk kepada dialek tertentu yang digunakan dalam sesebuah sajak. Singkatan (Sinkop) Singkatan juga disebut sinkop dalam istilah puisi. Istilah ini merujuk kepada perkataan-perkataan yang sengaja disingkatkan oleh penyajak supaya lebih ekonomis dan indah didengar oleh pembaca. Gandaan Gandaan merupakan kata-kata yang berganda atau berulang- ulang.

16 Onomatopia KAMARIAH KAMARUDIN
Onomatopia berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud kata-kata yang digunakan untuk meniru suara atau bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu objek, gerak atau manusia. Simbol Simbol biasanya merujuk kepada kata-kata dipilih memberi erti yang lain di sebaliknya. Simbol disebut juga lambang. Disonansi Disonansi merupakan susunan bunyi yang tidak selari dalam sesuatu perkataan atau frasa. Frasa Frasa ialah beberapa patah perkataan atau baris yang digunakan oleh penyajak untuk menyampaikan mesejnya.

17 Personifikasi KAMARIAH KAMARUDIN
Personifikasi dinamakan juga pengorangan dalam istilah sastera. Ia bermaksud memberikan kiasan kepada sifat-sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak- tanduk kepada objek-objek mati atau kepada binatang, idea atau benda-benda yang abstrak. Klise Dalam bahasa Perancis, klise dimaksudkan sebagai kata- kata atau frasa yang telah pudar, kurang segar dan kurang asli kerana terlalu sering digunakan atau selalu diulang- ulang sehingga pembaca tidak merasakan lagi sesuatu yang baru atau indah. Ia juga bersifat stereotaip. Paradoks Paradoks merupakan frasa dalam baris-baris sajak yang menggambarkan ciri-ciri berlawanan khususnya dari segi maksud.

18 Ambiguiti KAMARIAH KAMARUDIN
Ambiguiti ialah frasa atau bahasa dalam sajak yang memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan ketidakpastian atau keraguan tentang makna sebenar pwrnyataan tersebut. Perbandingan Terdapat dua perbandingan yang gemar digunakan oleh penyajak iaitu : i) perbandingan simile atau perbandingan lansung. ii) perbandingan metafora. Simile Simile bermaksud sebagai tamsil atau kiasan yang memperlihatkan perbandingan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama. Metafora Metafora ialah perbandingan yang lebih sempurna tetapi kurang langsung jika dibandinkan dengan simile.

19 Hiperbola KAMARIAH KAMARUDIN
Hiperbola ialah pemakaian kiasan atau perbandingan dengan mengungkapkan sesuatu keadaan atau peristiwa secara berlebih-lebihan atau melampau. Eufemisme Eufemisme ialah ungkapan atau kiasan yang dihalusi lagi supaya lebih manis didengar dan tidak mengandungi makna yang kasar. Metonimi Metonimi ialah bahasa kiasan yang digunakan sebagai pengganti dengan menamakan sesuatu benda yang erat perhubungannya dengan perkara yang dinyatakan. Pengulangan Pengulangan disebut juga sebagai repitasi. Pengulangan boleh jadi dalam bentuk perkataan, frasa, baris, dan suku kata.

20 Asonansi KAMARIAH KAMARUDIN
Asonansi disebut juga runtum vokal. Ia merupakan pengulangan bunyi serta huruf vokal dalam sesuatu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih secara berturutan. Aliterasi Aliterasi juga dipanggil perwakanti ddan rumpun konsonan. Aliterasi ialah pengulangan bunyi dan huruf konsonan dalam satu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih. Anafora Anafora ialah pengulangan kata-kata pada setiap awal baris dalam satu-satu rangkap sajak khususnya secara berikutan. Epifora Epifora ialah pengulangan perkataan atau frasa di hujung baris dalam satu rangkap sajak secara berturutan sebanyak dua kali atau lebih.

21 Imej dan imejan KAMARIAH KAMARUDIN
Imej terdapat dalam bahasa Inggeris yang memberi maksud sesuatu yang dapat digambarkan dan penggambaran itu adalah melalui berbagai-bagai kaedah. Imejan pula ialah kumpulan daripada imej yang bergabung membentuk kesa hasil daripada gambaran manusia. KESIMPULAN Setelah membuat perincian pada ciri-ciri penting yang terdapat pada sudut-sudut bahasa dalam sajak, kita hendaklah memberikan penekanan di mana letaknya nilai- nilai keindahan pada sajak berkenaan melalui sudut-sudut bahasa ini.

22 ALIRAN KAMARIAH KAMARUDIN
Aliran atau strem merujuk kepada seluruh idea yang disampaikan dalam sesebuah sajak secara keseluruhan. Ia dikesan setekah kita memahami maksud dan seluruh sajak. Realisme Aliran ini memberi penekanan kepada suatu hasil sastera ysng mengungkapkan kehidupan secara real atau benar seperti yang dapat dilihat di alam biasa atau di dalam kehidupan seharian Didaktisisme Aliran ini merujuk kepada maksud untuk mendidik atau memberi panduan soal moral, etika, dan keagamaan kepada masyarakat pembacanya.

23 Idealisme KAMARIAH KAMARUDIN
Idealisme lahir daripada teori, fahaman atau amalan dalam penulisan termasuk sajak yang menilai sesuatu dari segi kesempurnaannya sahaja walaupun mungkin ia tidak wujud atau tidak dapat dicapai dalam alam nyata. Humanisme Humanisme ialah aliran yang memberi perhatian langsung tentang kehidupan manusia sejagat. Ia menekankan betapa sikap manusia sebagai makhluk sosial itu diangkat dan dibicarakan dalam sajak. Simbolisme Simbol atau perlambangan. Simbol ialah sesuatu yang berdiri sendiri teapi membentuk makna dan realiti yang lain secara objektif.

24 Naturalisme KAMARIAH KAMARUDIN
Naturalisme merupakan aliran yang lahir dari cabang realisme dan bertentangan dengan romantisme. Berbanding dengan realisme, ia dikatakan lebih ekstrim dan melihat segala kejadian di dunia ini lebih natural atau semula jadi. KESIMPULAN Memang terdapat berbagai-bagai aliran dalam penulisan sajak. Semakin lama aliran penulisan ini semakin berkembang dan semakin kompleks. Banyak pula aliran itu mendasari semula kepada aliran yang awal tetapi cuba membawa beberapa perubahan dan pembaharuan sesuai dengan keadaan dan isi sesuatu sajak. Aliran yang lebih kompleks biasanya tidak dapat bertahan lama kerana lebih sulit untuk menghasilkannya atau menimbulkan kesukaran pembaca untuk menikmatinya dengan efektif.

25 CORAK KAMARIAH KAMARUDIN
Corak sesebuah sajak dapat dikenal pasti setelah kita benar- benar membaca dan mendalaminya dengan penghayatan yang baik. Biasanya corak dapat dikesan setelah seseorang dapat mengetahui maksud, persoalan, dan tema. Ia patut dihubungkan dengan perutusan atau motif sajak itu dicipta. Satira Satira dikutip daripada Inggeris disebut satire dan daripada kata Perancis dieja satyre yang memberi maksud menyindir, mengejek, mencenuh, dan meghina. Ia dihasilkan demikian untuk menimbulkan berbagai-bagai perasaan kepada pembaca seperti benci, insaf dan memberi makluman tentang sesuatu kejadian dan kehidupan.

26 Ode KAMARIAH KAMARUDIN
Ode dalam bahasa Inggeris bermaksud sesuatu keadaan yang menganggap sentimen atau emosi berupa sanjungan atau nyanyian memuja, menghormati serta mengangkat sesuatu yang dibanggakan seperti pahlawan, bangsa, negara, seni, kehidupan, alam, dan tokoh-tokoh tertentu. Epigram Epigram berasal daripada istilah Inggeris dan Perancis yang membawa erti sajak yang padat dan bernas dengan mengangkat mesej berupa nasihat, pengajaran, dan didaktik moral. Elegi Elegi terdapat dalam istilah Inggeris dan Perancis yang menekankan sajak yang meratap, hiba, pilu, duka, sedih, rindu, keluh-kesah, kesal hampa, dan kecewa terhadap sesuatu peristiwa.

27 KESIMPULAN Himne KAMARIAH KAMARUDIN
Istilah ini juga dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Dalam bahasa Greek disebut hymnos. Istilah lain pernah juga digelar sebagai “gitapuja” iaitu nyanyian puisi yang memuji Tuhan. KESIMPULAN Corak bagi sesebuah sajak ada kalanya bertumpang tindih dan sering kali mengelirukan kita. Kita haruslah melihat isi dan tema sesebuah sajak sebelum menilai coraknya. Di mana terasa unsur-unsur mesej yang menonjol maka di situlah kita akan memberikan penekanan kepada corakk yang dimaksudkan.

28 NADA KAMARIAH KAMARUDIN
Nada terdapat dalam istilah Inggeris iaitu “tone” dan istilah Perancis ialah “ton” . Nada kuat hubungannya dengan perasaan tinggi rendah dan kuat lemahnya sesuatu mesej yang disampaikan dalam sajak. Protes Protes merupakan satu nada yang keras terdapat dalam isi sajak dan menampilkan penentangan terhadap sesuatu yang berlaku sama ada secar terang atau berselindung. Ia memperlihatkan bagaimana ungkapan-ungkapan yang tidak bersetuju dengan sesuatu peristiwa yang berlaku sam ada yang terdapat dalam diri, pengalaman, dan pemerhatian penyajak.

29 Kecewa dan Hampa KAMARIAH KAMARUDIN
Nada kecewa biasanya terdapat dalam sajak-sajak yang memperlihatkan perasaan putus asa dan hilang harapan. Diksi yang dipilih bernada rendah dan lembut bagi mengimbangi emosi kecewa atau hampa itu. Semangat dan harapan Sajak yang bersemngat merupakan sajak yang mengambil diksi yang keras di samping menggambarkan cita-cita yang kuat untuk memperjuangkan fenomena sosial yang berlaku. Sajak yang bersemangat sekali gus membawa harapan.

30 Simpati KAMARIAH KAMARUDIN
Sajak yang bernada simpati memperlihatkan sikap penyajak yang bebas terhadap sesuatu kejadian atau kehidupan. Isi sajak seolah-olah mengajak pembaca sama-sama menaruh kasihan terhadap kejadian yang dimaksudkan oleh penyajak. Sinis Sinis ialah nada yang mengandungi unsur-unsur sindiran yang tajam terhadap sesuatu kejadian yang berlaku. Ia ditujukan kepada sesuatu pihak dan memperlihatkan sikap penyajak yang tidak puas hati terhadap kejadian yang diungkapkan itu. Romantis Nada romantis terdapat pada sajak beraliran romantis juga. Romantis lahir dari jiwa yang mahu lepas dari alam kenyataan kepada alam fantasi atau khayalan.

31 KESIMPULAN KAMARIAH KAMARUDIN
Mengenalpasti nada bagi sesebuah sajak bukanlah suatu usaha yang mudah. Kita haruslah benar-benar melihat bagaimana emosi penyajak dipantulkan daripada pemilihan diksinya. Ada sesuatu perasaan yang tersembunyi di setiap pemilihan istilah itu yang mencerminkan perasaan hati penyajak. Di situlah kita harus memastikan nada yang hendak disampaikannya kepada masyarakat.

32 IRAMA KAMARIAH KAMARUDIN
Pengenalan Irama disebut juga pola irama dalam sajak. Ia merupakan gerak alun yang timbul kerana wujudnya pengulangan bunyi yang berurutan atau arus pergerakan kata-kata yang tersukat yang tertentu jumlahnya. Jambe Irama jambe merupakan perulangan bunyi suku kata atau kata-kata yang berselang-seli antara rendah, tinggi, rendah dan tinggi dalam satu-satu baris sajak. Perulangan bunyi itu sekurang-kurangnya dua kali dan mungkin boleh lebih daripada itu. Troche Irama troche ialah urutan bunyi atau derap yang bertentangan dengan jambe iaitu berselang-seli antara tinggi, rendah, tinggi dan rendah dalam satu-satu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih. Ia juga boleh jadi bunyi kata0kats atau suku kata tertentu.

33 Anapes KAMARIAH KAMARUDIN
Anapes merupakan perulangan tiga bunyi berturutan antara rendah, rendah dan tinggi dalam satu-satu baris sajak. Ia berlawanan dengan irama daktilus. Spendius Irama Spendius ialah perulangan bunyi dua suku kata yang sama dalam satu baris sajak iaitu tinggi dan tinggi. Amphibrachis Irama ini menekankan perulangan tiga bunyi suku kata dalam satu baris sajak iaitu rendah, tinggi, dan rendah. Bachius Irama bachius pula ialah perulangan bunyi suku kata antara rendah, tinggi dan tinggi dalam satu –satu baris sajak.

34 Anti Bachius KAMARIAH KAMARUDIN
Irama ini berlawanan dengan irama bachius. Ia menghasilkan perulangan tiga bunyi dalam satu-satu baris sajak iaitu tinggi,tinggi dan rendah. Creticus Irama ini menimbulkan tiga perulangan antara tinggi, rendah dan tinggi. KESIMPULAN Irama ialah suatu bidang dalam sajak yang jarang sekali diberikan perhatian barangkali kerana rumit dan memerlukan perincian yang mendalam. Mungkin juga kerana ramai pengkaji melihat sudut irama itu kurang penting daripada struktur lain dalam sajak. Harus kita ingat, selain daripada bahasa yang menjadikan indahnya sesebuah sajak ia juga terletak pada bunyi sama ada secara berulang, berselang-seli atau bertentangan. Hanya, irama ini amat kita rasakan kesannya pada waktu sesuatu sajak itu dideklamasikan atau diperdengarkan kepada audiensnya.

35 DRAMA Sumber Drama Boleh datang dari pelbagai sudut .
KAMARIAH KAMARUDIN DRAMA Sumber Drama Boleh datang dari pelbagai sudut . Boleh mendapat ilham daripada sesuatu yang kita lihat sendiri. Sesungguhnya kehidupan boleh menjadi ilham bagi penulis. Alam Drama Kita perlu perhatikan alam, manusia, binatang, tumbuh- tumbuhan dan sebagainya. Pengamatan ini amat penting kerana apabila kita menulis skrip drama, kita sebenaarnya “mencipta” satu alam kita sendiri. Kita tentukan tempat, waktu, watak, dialog, emosi, reaksi dan sebagainya.

36 KAMARIAH KAMARUDIN Alam Hakiki Alam Dunia Alam Drama

37 KAMARIAH KAMARUDIN Minat Khalayak Drama perlu menarik dan tidak membosankan. minat khalayak memainkan peranan yang utama dalam menjadikan sesebuah drama itu kekal dalam ingat khalayak. Tarikan Perasaan Minat Emosi Seronok Prihatin Cemas Ceria

38 KAMARIAH KAMARUDIN WATAK Dalam cerita mesti ada hero. Hero ini disebut sebagai protagonis. Dia ialah watak utama dalam drama. IMBANGAN Imbangan ini bermaksud situasi yang istimewa. Maksudnya ialah hubungan yang terdapat dalam cerita. Keseimbangan ini akan menimbulkan ketegangan, keadaan yang tidak selesa atau konflik. KONFLIK Konflik bermaksud bertentangan. Konflik dalam drama amatlah penting. Kalau tidak ada konflik dalam drama, drama akan jadi mendatar. Apabila drama mendatar ia akan membosankan.

39 KAMARIAH KAMARUDIN GANGGUAN Gangguan adalah peristiwa yang mungkin membantutkan rancangan hero atau crook. Gangguan mungkin ditimbulkan oleh alam atau oleh manusia sendiri. KEKUSUTAN Kekusutan adalah hasil daripada gangguan. Apabila sesuatu watak terganggu, maka fikirannya akan kusut. Kekusutan fikiran ini akan menimbulkan tanda tanya kepada khalayak kerana kekusutan perlu dileraikan oleh watak yang berkaitan. HALANGAN Halangan ini bermaksud suatu perbuatan atau tindakan yang secara langsung ingin merosakkan sesuatu rancangan. Hero mungkin menghalang crook daripada melakukan keburukan.

40 KAMARIAH KAMARUDIN KRISIS Krisis adalah waktu yang genting hasil daripada pertentangan secara langsung hero dengan crook. Krisis inilah yang akan menentukan kemuncak cerita. Ia adalah lonjakan emosi. Krisis adalah pertembungan antara dua rancangan dan setiap watak-hero dan crook- berdegil untuk meneruskan rancangan masing-masing. Sub-Story Ada yang memanggilnya sebagai sub-plot. Sesebuah sub- story mengandungi kesemua atau sebahagian besar unsur cerita sebenar tetapi sub-story tidak perlu terlalu terperinci.

41 KAMARIAH KAMARUDIN Penutup Setiap yang bermula ada akhirnya. Jadi drama kita juga perlu ditutup. Penutupan ini merupakan leraian kepada rentetan masalah yang terdapat dalam drama kita. Sinopsis (Rangkarita) Sebelum kita mula merancang penulisan drama kita, kita harus dapat menceritakan drama kita iaitu kepada orang lain. Ini adalah untuk memahami cerita kita dengan jelas. # contoh sinopsis untuk teleplay dan screenplay akan dibahagikan pada kuliah akan datang

42 KAMARIAH KAMARUDIN PLOT Kepala badan ekor
PERTENGAHAN PERMULAAN PENAMAT PERTENGAHAN PLOT POINT

43 KAMARIAH KAMARUDIN PERMULAAN Eksposisi bermaksud permulaan cerita. Apa yang hendak kita dedahkan bergantung kepada cerita. Walaubagaimanapun pendedahan itu haruslah cukup kuat untuk memancing perhatian khalayak kita.

44 KAMARIAH KAMARUDIN PENCERITAAN BERPUSAT
BABAK 1 BABAK 2 BABAK 6 PUSAT BABAK 5 BABAK 3 BABAK 4

45 KAMARIAH KAMARUDIN PENYELESAIAN Terdapat empat cara yang digunakan oleh penulis untuk menutup ceritanya iaitu: Penutupan biasa Penutupan tidak disangka (surprise ending) Penutupan berputar (twist ending) Penutupan tergantung (hanging ending)

46 KAMARIAH KAMARUDIN MANUSIA DALAM DRAMA WATAK DAN PERWATAKAN
MEK JAH AKSI WATAK FIZIKAL EMOSI KEPERLUAN AKSI KERJAYA PERIBADI KEPERIBADIAN

47 KAMARIAH KAMARUDIN DIALOG Fungsi Dialog dalam Drama :
Dialog hendaklah menyampaikan maklumat atau fakta sesebuah cerita. Dialog harus menggambarkan keadaan watak, miskin, kaya, cantik, buruk, tinggi, rendah dan sebagainya.

48 KAMARIAH KAMARUDIN Mengendalikan adaptasi
Takrif Adaptasi Adaptasi adalah kerja-kerja memindahkan sebuah hasil karya dari satu medium kepada medium yang lain. Ia mungkin merupakan pemindahan karya daripada media cetak kepada media elektronik atau media pentas. MEDIA CETAK MEDIA ELEKTRONIK MEDIA PENTAS

49 Terdapat dua jenis adaptasi, iaitu :
Intra -adaptasi – membuat adaptasi daripada satu medium yang sama, contohnya, sebuah cerpen diadaptasi menjadi sebuah novel atau sebaliknya. Intra-adaptasi ini bermaksud membuat adaptasi daripada sebuah cerpen radio menjadi sebuah drama radio. Inter-adaptasi – memindahkan karya dalam satu medium umpamanya daripada media elektronik kepada medium yang lain seperti daripada novel kepada drama TV atau filem, atau daripada drama pentas kepada drama TV.

50 KAMARIAH KAMARUDIN PLOT
Terdapat beberapa cara kita membina jalinan cerita, antaranya ialah : pembinaan linear (linear development) – membentangkan cerita secara kronologi. pembinaan dramatik (dramatique development) – tidak membina secara kronologi. WATAK DAN PERWATAKAN Watak utama adalah watak yang luar biasa. Perwatakannya mungkin gabungan antara watak yang sebenarnya dan perwatakan watak-watak lain untuk memperkasakan watak kita. Watak yang dipilih juga, untuk menyampaikan mesej yang hendak disampaikan secara tersurat ataupun tersirat.

51 KAMARIAH KAMARUDIN DIALOG Dialog memainkan peranan membantu aksi watak dalam sesebuah teleplay atau screenplay. Untuk drama radio, dialog mesti wujud dan memaparkan cerita, menentukan aksi dan sebagainya. Laras bahasa yang digunakan adalah laras bahasa pertuturan, bukan bahasa pasar atau slanga. KOMEDI Apa bentuk drama sekalipun – baik tragedi mahupun komedi – perlu ada cerita. Jika tidak ada cerita, ia menjadi sketsa. Komedi terjalin secara semulajadi, dan tidak dibuat-buat. Ia adalah untuk memancing khalayak.

52 KAMARIAH KAMARUDIN ADAPTASI Adaptasi daripada satu medium kepada medium yang lain merupakan pemindahan idea. Ia bukan merupakan penyalinan cerita. PENUTUP Kejayaan sesebuah drama bergantung kepada betapa sensitifnya kita pada manusia dan peristiwa yang berlaku dalam alam realiti. Kita perlu membuka mata, telinga dan hati kita kepada peristiwa-peristiwa tersebut untuk mengarang sesebuah skrip drama. Di samping itu, kita juga perlu mempunyai disiplin dan ketekunan dalam usaha ini.


Download ppt "BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google