Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
KESALAHAN UMUM DALAM TATABAHASA
AMIR BIN JUHARI INSITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG BINTANGOR, SARAWAK
2
Adakah panggilan dalam teks ucapan ditulis dengan huruf besar
Adakah panggilan dalam teks ucapan ditulis dengan huruf besar? Contohnya: Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru- guru dan rakan-rakan sekalian…
3
jawapan Menurut peraturannya, kata nama am tidak dieja dengan huruf besar (huruf pertamanya). Jadi, “Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru dan rakan-rakan” sepatutnya ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan, tuan pengerusi majlis dan yang berusaha guru besar boleh ditulis dengan huruf besar (pada pangkalnya sahaja) kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis.
4
Adakah tanda koma perlu wujud di hadapan perkataan dan bagi menjelaskan perkara yang lebih daripada dua? Contohnya: Ali telah membeli sebuah buku, sebatang pembaris, dan segulung kad manila.
5
Jawapan Untuk ayat di atas, tanda koma tidak diperlukan sebelum kata dan kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan dari segi maknanya dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan. Sekiranya ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat inti setara, tanda koma sebelum dan tidak diperlukan sama sekali. Contohnya: (a) Dia membeli buku Tatabahasa Dewan dan Ka
6
Pesalah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah.
Mengapakah ayat tersebut salah? Apakah penjelasannya?
7
Jawapan Kesalahan ayat tersebut adalah pada kata dijatuhkan. Ayat tersebut sekiranya diaktifkan akan menjadi: Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah. Ayat ini bermakna bahawa yang jatuh ialah pesalah bukannya hukuman gantung sampai mati. Sepatutnya, yang jatuh ialah hukuman dan pesalah yang menerimanya. Ayat tersebut sepatutnya: (a) Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah. (b) Hukuman gantung sampai mati dijatuhkan oleh hakim kepada pesalah itu kerana mengedar dadah.
8
(a) Cikgu Marhan mengajarkan Sejarah di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman.
(b) Cikgu Marhan mengajar Sejarah di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman. Antara ayat (a) dengan ayat (b), yang manakah yang betul? Sila berikan penjelasan:
9
jawapan Menurut Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (2002:7), kata mengajarkan bermakna memberikan sesuatu sebagai pelajaran kepada seseorang. Kata mengajar pula (Kamus Dewan, 1994 : 16) bermakna 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb.) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada; 2. membaiki kelakuan dengan memberi nasihat dsb., mendidik; 3. membuat seseorang melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dsb. yang telah diperolehnya; 4. memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan sesuatu).
10
……..sambungan Jadi, jika dilihat pada makna, ayat (a) adalah paling tepat kerana kata mengajar seharusnya diikuti objek hidup (manusia). Jadi, ayat (b) mengikut makna 1. dan 2. akan memberikan makna Cikgu Marhan mendidik atau melatih Sejarah, sedangkan Sejarah bukannya manusia (yang boleh dididik).
11
(a) Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat.
(b) Ibu menghidangi rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat. Antara ayat (a) dan (b), ayat manakah yang betul?
12
jawapan Kata menghidangkan menurut Kamus Dewan (1994:453) bermakna menyajikan atau menyediakan makanan (minuman dll.). Hal ini bermakna yang dihidangkan ialah makanan. Jadi, ayat “Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat.” Adalah salah dari segi maknanya kerana yang dihidangkan ialah pelbagai masakan bukannya rakan-rakan (rakan-rakan menerima hidangan bukannya sebagai hidangan). Ayat yang tepat ialah “Ibu mengh
13
Orang Penan di pedalaman Sarawak suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat.
Bolehkah dijelaskan apakah kesalahan ayat ini?
14
jawapan Kesalahan ayat di atas terletak pada kata berpindah-randah kerana kata berpindah-randah sudah pun mengandungi makna dari suatu tempat ke suatu tempat (berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat). Jadi, ayat di atas sepatutnya: Orang Penan di pedalaman Sarawak suka berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat. atau, Orang Penan di pedalaman Sarawak suka berpindah-randah.
15
Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan amat mahal
Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan amat mahal. Adakah betul jika ayat di atas ditulis “Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan mahal”? Jika salah, apakah alasannya?
16
jawapan Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi maknanya berbeza.
“Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan amat mahal” bermakna: (a) Rumah di lereng bukit itu amat cantik. (b) Rumah di lereng bukit itu amat mahal.
17
……sambungan Sedangkan ayat “Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan mahal” bermakna: (c) Rumah di lereng bukit itu amat cantik. (d) Rumah di lereng bukit itu mahal. Hal ini bermakna rumah tersebut hanya mahal, tidak amat mahal.
18
Kata dan Makna mencolok mata dan menjolok mata
19
Menurut Kamus Dewan (1994: 245), kata mencolok mata bermakna 1
Menurut Kamus Dewan (1994: 245), kata mencolok mata bermakna 1. mencucuk mata; 2. (bahasa kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar, 3. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Kata menjolok pula bermakna 1. menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dalam lubang hidung (kerongkong dll.); 3. memancing-mancing keterangan dll.; daripada orang, mengajuk atau menduga hati.
20
…..sambungan Jadi, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang tepat ialah mencolok mata, iaitu bahasa kiasan yang bermakna tampak jelas atau kelihatan jelas benar. Contoh penggunaannya: • Kakitangan kerajaan dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat.
21
merbahaya atau berbahaya
22
Kata tersebut berasal daripada kata dasar bahaya dan menerima awalan
Kata tersebut berasal daripada kata dasar bahaya dan menerima awalan. Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu tidak ada awalan mer-. Jadi, ejaan yang tepat ialah berbahaya.
23
Lagi aspek kesalahan tatabahasa
Kesalahan ganti nama diri pertama Bola itu ditendang oleh saya
24
Sehubungan itu atau sehubungan dengan itu?
25
“Terima kasih di atas pertolongan anda.”
26
perbezaan Cenderamata atau cenderahati Berasa dan merasa
Baru dan baharu Pekarangan dan perkarangan Pelanggaran dan perlanggaran
27
sri dan seri
28
Kata sri sebenarnya digunakan untuk gelaran kehormat Tan Sri dan Puan Sri sahaja. Selain kegunaan gelaran kehormat tersebut, kata yang sepatutnya digunakan ialah seri sama ada untuk gelaran kehormat (seperti Dato’ Seri, Datin Seri dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong) ataupun untuk menggambarkan keadaan atau suasana (seperti seri rumah, seri taman dan seri muka).
29
Kesilapan penggandaan
30
SALAH BETUL Kebanyakan pekerja-pekerja Keseluruhan peserta-peserta Kesemua agenda-agenda Lima peratus (5%) daripada pembeli-pembeli Penambahan jumlah anak-anak Ramai pengguna-pengguna Segala maklumat-maklumat Sebahagian daripada peneroka-peneroka Semua surat-surat Semua ilmu-ilmu dan panduan-panduan Semua kerja-kerja pembinaan Sesetengah daripada golongan-golongan pensyarah Setiap masalah-masalah Tiga orang daripada penjenayah-penjenayah Kebanyakan pekerja Keseluruhan peserta Kesemua agenda Lima peratus (5%) daripada pembeli Penambahan jumlah anak Ramai pengguna Segala maklumat Sebahagian daripada peneroka Semua surat Semua ilmu dan panduan Semua kerja pembinaan Sesetengah golongan pensyarah Setiap masalah Tiga orang daripada penjenayah
31
Seramai penilai-penilai yang ditetapkan
SALAH BETUL Seramai penilai-penilai yang ditetapkan Serangkai manik-manik/ satu rangkai manik-manik Serombongan pelawat-pelawat/ satu rombongan pelawat-pelawat Sesetengah daripada golongan-golongan pensyarah Setiap masalah-masalah Setimbun buku-buku Seramai penilai yang ditetapkan Serangkai manik/ satu rangkai manik Serombongan pelawat/ satu rombongan pelawat Sesetengah golongan pensyarah Setiap masalah Setimbun buku
32
KESALAHAN UMUM TATABAHASA
33
Papan tanda
41
SMS
42
Kesalahan : Penggunaan bahasa pasar ataupun rojak
1. Apiq, saya mau pergi ke pasar. Kalau lu mau ikut, bersiap cepat kerana cuaca buluk. Pembetulan : Apiq, saya mahu pergi ke pasar. Kalau kamu mahu ikut, bersiap cepat kerana cuaca buruk. Kesalahan : Penggunaan bahasa pasar ataupun rojak
43
Kesalahan : Penggunaan singkatan perkataan
2. Sy ska mkn nsi lmak yg djual olh Mak Kiah krn hrganya berptutan dgn rsanya yg sdap. Pembetulan : Saya suka makan nasi lemak yang dijual oleh Mak Kiah kerana harganya yang berpatutan dengan rasanya yang sedap. Kesalahan : Penggunaan singkatan perkataan
44
3. Actually, I berasal dari Melaka. I mula stay di sini tahun lepas
3. Actually, I berasal dari Melaka. I mula stay di sini tahun lepas. You pula dari mana? Pembetulan : Sebenarnya, saya berasal dari Melaka. Saya mula tinggal di sini tahun lepas. Awak pula dari mana? Kesalahan : Penggunaan perkataan Inggeris dan Bahasa Melayu yang dicampuradukkan
45
Kesalahan : Kesalahan ejaan
4. Pertame ku melihatmu, bergetar rase hatiku, berdebar-debar jantungku mungkinku suke padamu, ketika ku melihatnya berdetak-detak di dade, mungkin itu suatu petanda bahawa ku suke padanye.. Pembetulan : Pertama ku melihatmu, bergetar rasa hatiku, berdebar-debar jantungku mungkinku suka padamu, ketika ku melihatnya berdetak-detak di dada, mungkin itu suatu petanda bahawa ku suka padanya.. Kesalahan : Kesalahan ejaan
46
5. Leo, bole ngak bantui saya. I’m tired
5. Leo, bole ngak bantui saya? I’m tired. Lu sama Nadia tlong sy angkat brg2 sy ke dlm bilik stor jam 5 nnt k. Blh? Pembetulan : Leo, boleh kamu bantu saya? Saya penat. Awak dan Nadia tolong saya angkat barang-barang saya ke dalam bilik stor jam 5 nanti ya. Boleh? Kesalahan : Penggunaan perkataan bahasa asing, bahsa pasar ataupun rojak dan singkatan perkataan.
47
KARTUN
48
2. “…waktu makan tengah hari je, aku terbau
2. “…waktu makan tengah hari je, aku terbau..” Pembetulan: Asal perkataan ‘je’ dalam dialog di atas ialah sahaja. “…waktu makan tengah hari sahaja, aku terbau..”
49
Analisis Kesalahan Umum Tatabahasa
Kesalahan ejaan perkataan ‘pula’ untuk dalam dialog: “ …bersidang kat hotel plak!” Pembetulan: Perkataan ‘plak’ dalam dialog di atas seharusnya diganti dengan pekataan kata ‘pula’ untuk menjadikannya ayat yang betul. “ …bersidang kat hotel pula!”
50
Kesalahan penggunaan istilah ‘diaorang’ dalam dialog: 1
Kesalahan penggunaan istilah ‘diaorang’ dalam dialog: 1. “…isu panas dia orang nak bincangkan kot!” Pembetulan: Untuk menjadikan dialog tersebut betul, perkataan ‘diaorang’ digantikan dengan perkataan ‘mereka’. “…isu panas mereka nak bincangkan kot!”
51
Kesalahan penggunaan istilah ‘tarak’ dalam dialog: 1
Kesalahan penggunaan istilah ‘tarak’ dalam dialog: 1. “…yang tarak tahan panas bersidang..” Pembetulan: Untuk menjadikan dialog tersebut betul, perkataan ‘tarak’ digantikan dengan perkataan ‘tidak’. “…yang tidak tahan panas bersidang..”
52
Kesalahan penggunaan bahasa singkatan dalam dialog: 1
Kesalahan penggunaan bahasa singkatan dalam dialog: 1. “…isu panas diaorang nak bincangkan kot!” Pembetulan: Asal perkataan ‘nak’ dalam dialog di atas ialah dari perkataan ‘hendak’. “…isu panas diaorang hendak bincangkan kot!”
53
Analisis Kesalahan Umum Tatabahasa
Kesalahan penggunaan bahasa singkat dalam dialog: “Dia mesti tak sangka telur tu disimpan di dalam stok macam ni…” Pembetulan: “Dia mesti tidak sangka telur itu disimpan di dalam stok macam ini…”
54
Membeli dan membelikan
Membeli dan membelikan merupakan KKT.Perkataan membeli hendaklah diikuti oleh KN tidak bernyawa sbg objek tepat, manakala membelikan diikuti KN objek bernyawa sbg onjek tepat. Ayat yg betul : Ayah berjanji membeli kasut roda untuk adik pada hari jadinya. Ibu membeli sayur di pasar raya. Ibu membelikan adik ubat batuk di farmasi. Encik Amirul membelikan isterinya kereta baharu.
55
Tulis dan Tuliskan Tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi patah perkataan Betul atau salah?
56
Ayat di atas salah pengunaannya kata kerjanya kerana tidak sepatutnya diletakkan imbuhan akhiran –kan Ayat itu sebenarnya merupakan ayat perintah drp transformasi ayat aktif seperti yang berikut : Anda hendaklah menulis sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180 patah perkataan. (ayat aktif). Sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180 patah perkataan hendaklah anda tulis.
57
Membaiki dan membaikkan
1.Mekanik itu sedang membaiki kereta yang rosak. 2.Mekanik sedang membaikkan kereta yang rosak. 3.Kakak cuba melupai peristiwa ngeri itu. 4.Kakak cuba melupakan peristiwa ngeri itu.
58
Penggunaan membaiki, membaikkan, melupai dan melupakan dalam ayat-ayat di atas betul atau gramatis. Hal ini demikian kerana perkataan yang digunakan itu merupakan sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan menN..kan dan meN…I yang penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.
59
Menamakan dan menamai Encik Wong menamakan anaknya John.
Encik Wong menamai John kepada anaknya.
60
Ayat yang betul. 1.Encik Wong menamai anaknya John. 2.Encik Wong menamakan John kepada anaknya. Menamakan bermaksud “memberikan sesuatu nama kpd seseorang” Menamai bermaksud “memberi seseorang suatu nama”
61
Berdasar pada dan berdasarkan
1.Keputusan itu dibuat berdasar statistik yang dikumpulkan. 2.Keputusan itu dibuat berdasarkan pada statistik yang dikumpulkan.
62
Kedua-dua ayat tersebut salah.
1.Keputusan itu dibuat berdasar pada statistik yang dikumpulkan. 2.Keputusan itu dibuat berdasarkan statistik yang dikumpulkan. KKTT tanpa pelengkap ber- perlu diikuti KSN , manakala KKTT berpelengkap ber…kan tidak perlu diikuti KSN.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.