Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)"— Transcript presentasi:

1 PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)
Kumpulan 2 Amirul Aiman bin Yahya Faris Farhan bin Azlan Farah Nur Aisyah binti Mohd Asri Intan Nur Aqilah binti Mohd Nazri

2 PANTUN Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang. Melangir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri. Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan; Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. Nyiur muda dibuat pengat, Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa. Orang berkelah di Tanjung Rhu, Sambil memanggang si ikan sepat; Hendaklah banyak menghadap guru, Supaya terang jalan makrifat. Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah mengenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.

3 MAKSUD Rangkap 1 Bekerjasama perlu diamalkan agar pekerjaan yang susah akan menjadi senang Rangkap 2 Seorang gadis perlulah menjaga maruah diri supaya terselamat daripada perkara yang tidak baik Rangkap 3 Kita jangan mengikut tuntutan hawa nafsu kerana akan merosakkan tubuh Badan sendiri Rangkap 4 Pesanan kepada generasi muda agar menjaga tutur kata kerana keterlanjuran kata Akan membawa bencana kepada diri seseorang Rangkap 5 Seorang murid hendaklah rajin berdamping dengan gurunya supaya apa-apa yang dipelajari akan lebih mudah difahami Rangkap 6 Kita digalakkan berkenal-kenalan antara satu sama lain, namun batas-batas pergaulan perlulah dijaga

4 TEMA Nasihat yang dapat membina diri seseorang ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup.

5 PERSOALAN Pemupukan semangat bekerjasama dalam kalangan anggota masyarakat Tanggungjawab untuk menjaga tatasusila dan maruah diri Bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu Kepentingan menjaga percakapan atau tutur kata Keutamaan menuntut ilmu dengan cara yang betul Adab dalam pergaulan

6 BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN
Bentuknya terikat. Terdiri daripada enam rangkap. Berisi empat baris serangkap. Ada pembayang dan maksudnya. Bilangan katanya 3 hingga 5 patah kata sebaris. Terdiri daripada 8 hingga 11 suku kata sebaris. Rima akhir rangkap pertama hingga kelima :abab, rangkap keenam : aaaa.

7 GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI
Responsi. Contohnya, Gunung tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang; (rangkap 1) Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, Bunga Pandan; (rangkap 3) Imej Alam. Contohnya, gunung; sungai; nyiur; ikan sepat; pohon ara. Peribahasa. Contohnya, kerana mulut badan binasa. Asonansi. (Perulangan vokal “i”) Contohnya, Kalau gadis ingin selamat. Aliterasi. (Perulang konsonan “t”) Contohnya, Tumbuh subur tepi telaga.

8 NILAI Bekerjasama Berwaspada Kerajinan Kebijaksanaan Menjaga maruah
Bersopan santun

9 PENGAJARAN Kita hendaklah bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkerjaan. Kita perlulah tegas dalam menjaga maruah diri. Kita perlulah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu. Kita perlulah berwaspada ketika berbicara. Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong. Kita hendaklah sentiasa menjaga adab dan tingkah laku.


Download ppt "PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google