Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 6: PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA PUASA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 6: PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA PUASA"— Transcript presentasi:

1 BAB 6: PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA PUASA
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 2 FIQH ISLAMI BAB 6: PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA PUASA

2 MAKSUD HADIS Istinsyaq ertinya membersihkan rongga hidung.
Perkara ini disunatkan semasa berwuduk. Ketika berpuasa, istinsyaq menjadi makruh jika dilakukan secara berlebihan. 2008 KBM 2 FIQH BAB 6

3 PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA PUASA
Berkumur-kumur dan memberus gigi Memperdalamkan Istinsyaq Mencium Isteri 2008 KBM 2 FIQH BAB 6

4 BERKUMUR-KUMUR DAN MEMBERUS GIGI
Sebaiknya perkara ini dilakukan setelah makan sahur. Tidak perlu diulang pada siang hari. Apabila seseorang berkumur-kumur atau memberus gigi ketika matahari tergelincir (pada waktu petang), hukumnya makruh. 2008 KBM 2 FIQH BAB 6

5 BERKUMUR-KUMUR DAN MEMBERUS GIGI
Sabda Nabi s.a.w. “ Bila kamu berpuasa, maka beruslah gigimu pada waktu pagi dan janganlah kamu memberus gigi pada waktu petang. Sesungguhnya tiadalah bagi orang yang berpuasa yang kering kedua bibirnya, melainkan menjadi cahaya antara kedua matanya di hari Qiamat.” ( HR. Daraquthi dan Baihaqi ). 2008 KBM 2 FIQH BAB 6

6 BERKUMUR-KUMUR DAN MEMBERUS GIGI
Mulut Berbau Bagaimana? Bau mulut orang yang berpuasa yang busuk itu adalah salah satu dari keutamaan berpuasa. Rasulullah bersabda: “ Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada wangian kasturi” 2008 KBM 2 FIQH BAB 6

7 MEMPERDALAMKAN ISTINSYAQ
Erti istinsyaq: memasukkan air ke dalam lubang hidung dan mengeluarkannya semula. Hukumnya makruh bagi orang yang berpuasa Ini kerana ditakuti air akan masuk ke dalam badan melalui rongga ini lalu membatalkan puasa. 2008 KBM 2 FIQH BAB 6

8 MEMPERDALAMKAN ISTINSYAQ
Jika perlu lakukannya di dalam wudhuk, perlu berhati-hati. Jika perbuatan itu tidak disengajakan, maka tidak membatalkan puasa. 2008 KBM 2 FIQH BAB 6

9 MEMPERDALAMKAN ISTINSYAQ
Sabda Nabi s.a.w. “ Apabila beristinsyaq, maka perdalamkanlah kecuali jika sedang berpuasa.” ( HR. Tirmidzi ) 2008 KBM 2 FIQH BAB 6

10 MENCIUM ISTERI Pasangan suami isteri perlu menjaga adab puasa dengan menjauhi perkara-perkara yang dapat merangsang nafsu syahwatnya pada siang hari. Jika seorang suami yang muda melakukannya pada siang hari puasa, berserta syahwat hukumnya makruh. 2008 KBM 2 FIQH BAB 6

11 MENCIUM ISTERI “ Bahawasanya terdapat seorang lelaki yang bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang lelaki yang mendekati (mencium) isterinya pada masa dia sedang berpuasa. Maka Nabi s.a.w. membenarkannya. Kemudian datang lelaki lain yang bertanya kepadanya tetapi Nabi s.a.w. melarangnya. Ternyata orang yang diberi keringanan adalah lelaki yang sudah tua dan yang dilarang oleh Nabi s.a.w. adalah pemuda yang masih belia.” ( HR Abu Daud ) 2008 KBM 2 FIQH BAB 6


Download ppt "BAB 6: PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA PUASA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google