Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSuhendra Hartono Telah diubah "5 tahun yang lalu
1
: DISEDIAKAN OLEH : FAIZAH BINTI OTHMAN ( P54507 ) TAJUK KURSUS:
ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( GGGC 6033 ) TAJUK TUGASAN INDIVIDU : PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH PENSYARAH : DR.RUSLIN BIN AMIR :
2
PENGENALAN Pada masa ini, guru pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam dijamin perlantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Tetapi jaminan perlantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10
3
SEJARAH PENEMPATAN GURU PELATIH :
Isu penempatan guru menjadi isu paling hangat dikemukakan oleh guru pelatih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (Mahyudin ,2007) Setelah berada di tahun akhir iaitu semasa semester dua , tahun empat kesemua pelajar pendidikan dikehendaki untuk mengisi borang penempatan. Prosedur – guru pelatih dikehendaki mengisi 2 tempat pilihan mengajar mengikut kehendak masing- masing. KPM yang akan menentukan lokasi penempatan bagi guru-guru pelatih tersebut Kekurangan guru di Sabah dan Sarawak. Kekurangan guru di kawasan pendalaman.
4
Di manakah kedudukan kita? Pencapaian masa lalu...
Pertumbuhan RMKe-9 diterajui sektor perkhidmatan
5
Ke Manakah Hala Tuju Kita... Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015)
RMKe-10 memberi tumpuan kepada 5 teras strategik: Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi ~ menjadi tonggak kepada RMKe-10, dengan memperincikan strategi untuk mewujudkan persekitaran yang mendorong pertumbuhan ekonomi yang diterajui sektor swasta; Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif ~ memastikan pendapatan & kekayaan diagihkan secara saksama bagi mengurangkan ketidaksamaan. Objektifnya : membina masyarakat yang lebih inklusif; Membangun & mengekalkan modal insan bertaraf dunia ~ menjadi faktor utama bagi menggalakkan produktiviti & pertumbuhan yang diteraju inovasi. Tumpuan utama adalah strategi untuk membangun, menarik & mengekalkan bakat berkualiti; Mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup ~ pertumbuhan ekonomi diperlengkap dengan strategi untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat yang sepadan dengan status negara berpendapatan tinggi; dan Mentransformasikan Kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia ~ peranan Kerajaan perlu berubah menjadi pemudah cara yang efektif dalam mentransformasikan ekonomi & menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat
6
Merombak sistem pendidikan
Mempertingkatkan kualiti guru baru secara signifikan Menjadikan profesion keguruan pilihan utama, dengan penekanan kepada ganjaran kewangan, pembangunan kerjaya, berprestij, pembangunan nusa bangsa Mengukuhkan latihan perguruan melalui latihan praktikum Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam latihan guru Tawaran Baru untuk semua guru bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui: Kemajuan kerjaya lebih cepat berasaskan kompetensi Pembangunan profesional yang berterusan yang bersesuaian bagi menyokong pembangunan keupayaan dan kemajuan kerja Pelaksanaan instrumen dan proses baru untuk penilaian dan penaksiran guru Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik Bagaimana? Inisiatif Utama Kualiti guru baru akan ditingkatkan melalui 4 langkah seperti berikut: Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan. Di samping itu, profesion keguruan akan dijadikan pilihan utama, dengan melaksanakan kempen yang memberi penekanan kepada ganjaran kewangan, pembangunan kerjaya, prestij dan pembangunan nusa bangsa; Latihan perguruan melalui latihan praktikum akan diperkukuhkan. Antaranya dengan melanjutkan KPLI daripada 1 tahun kepada 1 tahun ½ dan Jabatan Pelajaran Negeri menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing; Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih bermakna hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru bagi guru pelatih IPG dan daripada IPTA; dan Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ iaitu kepada universiti swasta dalam latihan guru. Tawaran Baru untuk semua guru bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan akan dilaksanakan melalui 3 kaedah seperti berikut: Peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi, meningkatkan pembangunan profesional secara sistematik kepada semua guru dan kaedah pengurusan prestasi yang lebih mantap. Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat diperlukan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif akan diguna pakai untuk memastikan penyampaian dilaksana dengan efektif, iaitu dengan menambah baik mekanisme penyampaian di sekolah, melaksana kurikulum baru dan menjalankan perkongsian awam-swasta dalam pembangunan prasekolah dan pendidikan asas. 5
7
Tenaga kerja Malaysia secara amnya kurang mahir . . .
77% drp jumlah pekerja berpendidikan di tahap SPM atau setaraf dengannya % 4 1998 2001 3 2007 MenRen Rendah Tiada 2009 Tertiari 100 Post Sec 20 MenAts 40 60 80 1990 3% 9% 5% 1% 0% -3% 5.7% 5.0% 2.6% 2.9% % pertumbuhan ’90 – ‘07 Singapore 1997Singapore 1997 Singapore 2008Singapore 2008 Taiwan 2007Taiwan 2007 Korea 2007Korea 2007 ’98 – ‘07 LepMen MenTing None Kurang mahir Separa-mahir Mahir 77% 28% Pengurusan & profesional Separa & Pengurusan, & kemahiran lain Hanya 28% pekerjaan di Malaysia adalah di peringkat mahir Negara maju mempunyai nisbah pekerja mahir yang lebih tinggi 2007 2009 Nota MenRen=PMR, MenAts=SPM, Post Sec =STPM, Tertiari=Diploma, Ijazah Sumber: DOSM, Korea IntenationaLabor Organisation, Taiwan Department of Statistics
8
ISU – ISU DI DALAM PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH
KEBAIKAN : 1. Hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik ditawarkan jawatan guru 2. Memastikan penetapan keperluan kualiti minimum 3. Meningkatkan persaingan guru pelatih KEBURUKAN : 1. Meningkatkan pengangguran kepada guru pelatih yang tidak memperolehi pencapaian yang baik. 2. Gejala sosial semakin meningkat. 3. Guru pelatih tertekan dengan keperluan kualiti minimum yang perlu diperolehi
9
ISU – ISU DI DALAM PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH
KEBAIKAN : 4. Menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan 5. Meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru pelatih. 6. Kredibiliti profesion perguruan dipandang tinggi . KEBURUKAN : 4. Bidang perguruan semakin ditakuti untuk diceburi . 5. Pusat-pusat pengajian swasta menjadi semakin banyak dengan sistem yang tidak terkawal. 6. Tiada lagi jaminan kerjaya bagi graduan pendidikan ( sumber :
10
TERIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.