Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 4: KEUZURAN YANG MEMBOLEHKAN BERBUKA PUASA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 4: KEUZURAN YANG MEMBOLEHKAN BERBUKA PUASA"— Transcript presentasi:

1 BAB 4: KEUZURAN YANG MEMBOLEHKAN BERBUKA PUASA
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 2 FIQH ISLAMI BAB 4: KEUZURAN YANG MEMBOLEHKAN BERBUKA PUASA

2 FIRMAN ALLAH S.W.T (AL-BAQARAH:185)
Orang yang sakit atau dalam perjalanan diberi keringanan untuk tidak berpuasa. Mereka dibolehkan untuk membayar puasanya pada hari yang lain. Allah s.w.t. mengasihi hamba-hamba-Nya dan memberi kemudahan dan bukan kesusahan bagi manusia. 2008 KBM 2 FIQH BAB 4

3 KEUZURAN YANG MEMBOLEHKAN BERBUKA PUASA
Hukum puasa ialah fardhu ain. Keuzuran yang membolehkan berbuka puasa pada bulan Ramadan terbahagi 2: Keuzuran yang diwajibkan qada’ Keuzuran yang tidak diwajibkan qada’ tetapi wajib membayar fidyah. 2008 KBM 2 FIQH BAB 4

4 1. KEUZURAN YANG DIWAJIBKAN QADA’
Orang sakit yang tiada kemampuan berpuasa menghidapi penyakit yang masih ada harapan untuk sembuh dibolehkan tidak berpuasa. Penyakit yang mungkin akan membahayakan diri sekiranya dia berpuasa kerana tidak mengambil ubat. Diwajibkan mengqada’ puasa yang ditinggalkan. 2008 KBM 2 FIQH BAB 4

5 1. KEUZURAN YANG DIWAJIBKAN QADA’
Orang yang tidak tahan lapar dan dahaga. Dibolehkan berbuka bagi orang yang tidak tahan lapar dan dahaga dan mengkhuatiri (dengan alasan yang wajar dan tidak berpura-pura) kebinasaan pada dirinya jika terus berpuasa. 2008 KBM 2 FIQH BAB 4

6 1. KEUZURAN YANG DIWAJIBKAN QADA’
Orang yang berpergian (musafir) Seorang musafir yang menempuh jarak yang membolehkannya solat qasar dibolehkan untuk berbuka puasa Ramadan, samada dia mampu mengerjakan puasa atau tidak. Jarak perjalanannya mesti sejauh 81 km ke atas bersamaan 16 farsakh. 2008 KBM 2 FIQH BAB 4

7 1. KEUZURAN YANG DIWAJIBKAN QADA’
Wanita yang hamil dan yang menyusukan anak Wanita hamil dibolehkan berbuka puasa sekiranya dikhuatiri berada dalam keadaan bahaya, wajib mengqada’ puasa tetapi tidak diwajibkan untuk membayar fidyah. 2008 KBM 2 FIQH BAB 4

8 1. KEUZURAN YANG DIWAJIBKAN QADA’
Wanita yang menyusukan anak dan khuatir keselamatan dirinya, dibolehkan berbuka dan wajib untuk mengqada’ puasa. Akan tetapi wanita yang menyusukan anak khuatir akan keselamatan anaknya semasa dia berpuasa, maka dibolehkan berbuka dan wajib mengqada’ dan membayar fidyah. 2008 KBM 2 FIQH BAB 4

9 2. KEUZURAN YANG TIDAK DIWAJIBKAN QADA’ TETAPI WAJIB MEMBAYAR FIDYAH
Fidyah yang perlu dikeluarkan ialah berbentuk makanan asas bagi tempat tersebut. Bilangan fidyah mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkan iaitu satu mud (576g) makanan asas. 2008 KBM 2 FIQH BAB 4

10 2. KEUZURAN YANG TIDAK DIWAJIBKAN QADA’ TETAPI WAJIB MEMBAYAR FIDYAH
Golongan yang termasuk dalam golongan ini: Orang yang terlalu tua Orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh. 2008 KBM 2 FIQH BAB 4

11 MENINGGALKAN PUASA TANPA SEBAB SYAR’I
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berbuka satu hari sahaja pada bulan Ramadan tanpa kelonggaran yang dibenarkan oleh Allah kepadanya, ia tidak sama walaupun sekiranya ia berpuasa selama setahun.” (HR. Bukhari dan Tirmidzi) 2008 KBM 2 FIQH BAB 4


Download ppt "BAB 4: KEUZURAN YANG MEMBOLEHKAN BERBUKA PUASA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google