Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PEMBINAAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN JABATAN PENGAJIAN BAHASA SGRC 3043 –PENDIDIKAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK KUMPULAN 5 PEMBINAAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK UNTUK PERHATIAN : DR. MARDZELAH BINTI MAKHSIN KETUA KUMPULAN : NORAINI BT ISMAIL
2
PEMBINAAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK. INTERAKSI KANAK-KANAK DENGAN ALAM SEKELILING. PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI POSITIF. KOMPONEN-KOMPONEN KONSEP KENDIRI DAN PERANAN GURU BAGI MENINGKATKAN KENDIRI POSITIF.
3
Kumpulan 7 PROSEDUR PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN
nama BIL NAMA NO.MATRIKS 1. NORANI BT ISMAIL 210121 2 ZUZANARIAH BT OSMAN 210164 3 FARINA BT OSMAN 210165 4 ZALEHA BT MAT DESA 210204 5 ZAHARINA BT HAMZAH 210482 6 SALMAH BT ISMAIL 210222 Kumpulan 7 PROSEDUR PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN
4
ISI KANDUNGAN Pengenalan Konsep Kendiri Pembentukan Konsep Kendiri
Struktur Konsep Kendiri Jenis Konsep Kendiri Konsep Kendiri Positif Faktor Yang Mempengaruhi Konsep Kendiri Positif Konsep Kendiri Negatif Faktor Yang Mempengaruhi Konsep Kendiri Negatif Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif Ciri-ciri Konsep kendiri Negatif Cara-cara membentuk Konsep Kendiri Positif Penutup
5
PENGENALAN Konsep kendiri setiap individu berbeza antara satu sama lain. Kita mempunyai satu kendiri benar atau kendiri tulen “jadi anda sahaja”. Kendiri kita ada yang disukai atau sebaliknya.
6
KONSEP KENDIRI Pengertian:
Ditakrifkan sebagai persepsi tentang diri sendiri dan merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kelemahan, kekuatan dan tingkah laku kendiri seseorang individu. Dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang lain dan penyesuaian diri dengan alam sekitar.
7
KONSEP KENDIRI Penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama secara positif atau negatif. Harter (1983) dalam buku personaliti ‘Becoming a Person’: konsep kendiri ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya.
8
KONSEP KENDIRI Rogers (1951): konsep kendiri terdiri daripada gabungan antara penilaian sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya mengenai persepsi orang lain terhadap dirinya sendiri seperti rajah berikut:
9
KONSEP KENDIRI KENDIRI Persepsi individu itu sendiri mengenai dirinya
Penilaian individu dan persepsi orang lain terhadap dirinya Persepsi individu itu sendiri mengenai dirinya KENDIRI Penilaian orang lain akan diri individu
10
pembentukan KONSEP KENDIRI
H.W.Marsh dan R.J. Shavelson (1985); pelajar mempunyai beberapa konsep kendiri yang berbeza-beza tetapi saling berkaitan. Terbahagi kepada 3 bahagian dalam bidang yang berbeza, iaitu: Inggeris Matematik Non-akademik
11
struktur KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri terdiri daripada 4 struktur utama. Elemen-elemen ini berkait rapat antara satu sama lain. Elemen tersebut ialah: Konsep kendiri positif Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif Konsep kendiri negatif Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif
12
KONSEP KENDIRI Penyesuaian yang berjaya konsep kendiri positif
Penyesuaian yang gagal konsep kendiri negatif
13
jenis konsep kendiri Positif Negatif
14
konsep kendiri positif
Seseorang yang dikaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri positif. Mereka sentiasa mendapat layanan dan perhatian yang baik daripada ibu bapa, keluarga, guru, rakan dan orang persekitarannya. Sentiasa lebih banyak berjaya berbanding kegagalan. Sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosi.
15
faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif
Sentiasa memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian yang membina, hadiah sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu sama ada mendapat kejayaan mahupun kegagalan. Layanan yang baik daripada ibu bapa dan keluarga. Tidak akan merasa kekurangan atau kekosongan. Sentiasa dihargai dan merasakan ada orang bersama-samanya dalam melakukan sesuatu. Persekitaran keluarga yang stabil dan harmoni. Keluarga ceria membuatkan ahli keluarga berasa selamat dan gembira.
16
faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif
Sentiasa mendapat pengiktirafan daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Mereka sentiasa riang dan gembira kerana membuatkan orang yang berada di persekitarannya mempercayainya dan yakin dengan kebolehannya. Keyakinan yang tinggi dalam diri individu sendiri juga dapat membentuk konsep kendiri positif. Seseorang akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa berasa takut mengalamin kegagalan.
17
konsep kendiri negatif
Individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan dalam apa bidang sekali pun. Sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk dan perasaannya mudah tersinggung. Individu ini sering dimarahi, dikritik sama ada daripada ibu bapa, guru, rakan atau sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Individu berkenaan akan berasa dirinya mempunyai keyakinan yang rendah. Kesannya individu akan menjadi pasif dan suka melakukan kerja-kerja mudah dan senang untuk menjamin kejayaannya.
18
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI NEgatif
Kurangnya kasih sayang, perhatian dan belaian daripada ibu bapa, guru atau orang dewasa yang lain. Suasana keluarga yang kucar kacir. Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah. Aspek fizikal yang tidak sempurna, misalnya kecacatan yang dimiliki dirasakan menjadi penghalang kepadanya.
19
ciri-ciri murid yang meMpunyai konsep kendiri positif
Mengalami lebih kejayaan daripada kegagalan Sering mendapat pujian, gembira, yakin & percaya Dapat menghadapi masalah & cabaran dengan tabah Optimistik, terbuka, sedia menerima kritikan orang lain Lebih tenang, mudah berinteraksi dengan orang lain & senang dihampiri Mempunyai emosi stabil Dapat kasih sayang, perhatian ibu bapa, guru & rakan yang lain
20
ciri-ciri murid yang meMpunyai konsep kendiri negatif
Sentiasa mengalami kegagalan akademik/kokurikulum. Selalu dikritik oleh guru, rakan dan ibu bapa. Emosi tidak stabil (mudah tersinggung & merajuk). Kurang diterima oleh rakan.
21
ciri-ciri murid yang meMpunyai konsep kendiri negatif
Keyakinan diri rendah, pasif, menarik diri dari bersosialisasi. Suka bermain dengan individu yang lebih muda. Mempunyai daya intelek yang rendah. Kurang kasih sayang daripada ibu bapa. Gemar membuat kerja mudah, tiada cabaran.
22
cara guru membantu pembentukan konsep kendiri positif
Guru perlu menjaga konsep kendiri murid-muridnya. Perlu mengembangkan potensi yang sedia ada dalam murid- murid sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum. Guru tidak boleh membandingkan murid-murid kerana setiap murid adalah berbeza dan unik. Guru mesti pandai menggunakan penilaian fleksibel kerana prestasi akademik murid-murid sentiasa berubah. Tidak boleh melabel seperti memanggil murid-muridnya ‘bodoh’ atau ‘lambat’ kerana bimbang lambat laun murid- murid tersebut akan mempercayai bahawa mereka betul- betul bodoh.
23
cara guru membantu pembentukan konsep kendiri positif
Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran murid-murid. Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan dalam proses pembelajaran. Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka. Menerima murid-murid sebagai dirinya. menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan sebaya. Memberi peluang kepada murid-murid untuk memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Memupuk nilai-nilai murni.
24
kesimpulan Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah.
Konsep kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Semakin banyak bergaul, pengalamannya juga bertambah. Seseorang yang memiliki konsep kendiri yang baik akan membantunya menuju ke arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Konsep kendiri perlu ditingkatkan agar murid dapat menempuh masa depan dengan penuh cemerlang.
25
RUJUKAN Atan Long. (1978). Psaikologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Ee Ah Meng (1995). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Shah Alam : Fajar Bakti. Ishak Alishah Ahmad . (2002). Panduan Pengajaran Tematik Prasekolah. Selangor : Aras Mega (M) Sdn Bhd . Modul PRA PAKK 2. Program Pensiswazahan Guru (PPG). IPG Kampus Darulaman. Jitra. Pusat Perkembangan Kurikulum, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia : Kementerian Pelajaraan Malaysia. Kuala Lumpur .
26
Sekian Persembahan Kami
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.