Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Fragmen Sebuah Kehidupan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Fragmen Sebuah Kehidupan"— Transcript presentasi:

1 Fragmen Sebuah Kehidupan
Nur Fatihah Nabilah bt Mustaza 3 Islah

2 Maksud Rangkap Maksud Kesuluruhan Tema Persoalan Bentuk
Kandungan Maksud Rangkap Maksud Kesuluruhan Tema Persoalan Bentuk Unsur-unsur Bunyi Gaya Bahasa Nilai Pengajaran

3 Maksud Rangkap Rangkap 1 Dadah ialah musuh utama negara. Hal ini kerana dadah merosakkan jiwa manusia dan telah membunuh banyak nyawa. Rangkap 2 Akibat penyalahgunaan dadah ramai telah gagal dalam bidang masing-masing. Antaranya, negarawan, seniman, olahragawan, jutawan, sasterawan, ilmuan dan pejuang tanah air. Rangkap 3 Dadah meracuni hidup manusia sejak dahulu tanpa mengira sesiapapun dan juga tanpa diduga. Dadah telah meracuni manusia. Dari sudut sejarah, kejatuhan kota Melaka dan kota-kota lain di dunia adalah kerana dadah sehingga menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara. Rangkap 4 Penyair berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hidup mendatang yang penuh dengan dugaan dan cabaran demi mengejar cita-cita dan kemajuan negara. Rangkap 5 Penyajak menyeru agar generasi kini memilih jalan yang betul dan bukannya jalan yang salah. Hal ini kerana masih banyak perkara yang perlu kita lakukan.

4 Maksud Keseluruhan Dadah ialah musuh utama negara. Dadah mampu membunuh sesiapa sahaja tidak mengira pangkat, miskin atau kaya, kanak-kanak atau golongan dewasa. Sudah terbukti, ada negeri dan negara yang musnah disebabkan oleh gejala dadah. Seseorang mesti mempunyai kekuatan iman agar segala cita-cita dapat dicapai dengan sempurna. Membina hidup yang lebih baik dan jangan sekali-kali terlibat dengan perkara negatif sehingga boleh merosakkan diri sendiri.

5 Tema Sajak ini bertemakan kesan masalah sosial, iaitu akibat daripada pengambilan dadah. Dadah menjadi musuh utama negara. Dadah memberi kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara.

6 Persoalan i. Dadah ialah musuh utama negara.
Dadah mampu membunuh sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat, keturunan, darjat, muda atau dewasa mahupun golongan cerdik pandai. ii. Dadah mampu memusnahkan tamadun bangsa. Sesebuah tamadun bangsa dan juga negara akan mundur dan hancur disebabkan oleh rakyatnya yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah. iii. Keimanan menjadi benteng daripada terjebak dengan dadah. Usaha seseorang untuk berjaya serta menjauhkan diri daripada dadah terletak pada keimanan dan kembali ke jalan agama.

7 Bentuk Sajak ini terdiri daripada lima rangkap. Setiap rangkap terdiri daripada bilangan baris yang berbeza. Rangkap 1: 4 baris Rima akhirnya aaaa Rangkap 2: 8 baris Rima akhirnya aaaaaaaa Rangkap 3: 7 baris Rima akhirnya aaabaca. Rangkap 4: 7 baris Rima akhirnya abcdaee. Rangkap 5: 4 baris Rima akhirnya abcc. Jumlah baris ialah 30 baris Bilangan perkataan pada setiap baris adalah antara 1 hingga 9 perkataan. Secara kesuluruhan, sajak ini berbentuk bebas.

8 Gaya Bahasa Pemilihan kata/diksi.
Secara kesuluruhan, penyair menggunakan diksi yang mudah untuk difahami. Terdapat satu perkataan daripada bahasa Arab, iaitu kudrat yang bermaksud “kuasa Tuhan”. 2. Metafora Penyair menggunakan beberapa unsur metafora dengan tujuan untuk menunjukkan nilai estetika. Contohnya: Mari kita pilih jalan lurus ke syurga Bukan lorong hitam ke neraka (rangkap 5, baris 3-4, halaman 19) 3. Pengulangan Penyair mengulang kata dan frasa yang sama untuk menggambarkan penegasan terhadap perkara yang ingin diperkatakan, iaitu “dadah”. Antara contoh pengulangan ialah: “adalah dadah itu musuh negara adalah dadah itu perosak jiwa adalah dadah itu pembunuh semata-mata” (Rangkap 1, baris 2, 3, dan 4, halaman 19) 4. Personafikasi Antara unsur personafikasi ialah: Dewasa mengejar cita-cita (Rangkap 4, baris 6, halaman 19) 5. Sinkope Contohnya, kau, mu dan ku

9 Unsur-unsur Bunyi i. Asonansi. Pengulangan vokal a
Contohnya: dewasa mengejar cita-cita, Sahabatku segenerasiku. Pengulangan vokal i Contohnya: mari kita pilih jalan lurus ke syurga, rimba di depan kita masih luas terbentang. Pengulangan vokal u Contohnya: bekalkan aku kudrat iman yang tulus, kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga. ii. Aliterasi. Pengulangan konsonan n Contohnya: yang penuh onak dan duri. Pengulangan konsonan r Contohnya: tegar memburu negara jaya. Pengulangan konsonan t Contohnya: seperti tercatat dalam sejarah.

10 Contohnya, memohon petunjuk daripada Tuhan.
Nilai (a)    Rasional. Contohnya, bijak memilih jalan yang baik dan menghindarkan jalan yang keji. (b)   Bertanggungjawab. Contohnya, mempunyai kesedaran untuk memberikan nasihat kepada rakan-rakan agar berhati-hati memilih jalan hidup. (c)    Patriotisme. Contohnya, berusaha untuk memajukan negara dan tidak mahu dadah menghancurkan negara. (d)   Ketakwaan. Contohnya, memohon petunjuk daripada Tuhan.

11 Pengajaran (a)   Kita jangan sesekali terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah yang akan membawa kehancuran. (b)  Sejarah keruntuhan sebuah empayar akibat dadah perlulah dijadikan iktibar. (c)  Kita perlulah berusaha sambil memohon pertolongan daripada Tuhan. (d)  Kita perlulah menasihati rakan-rakan agar tidak menjadi mangsa dadah. (e) Kita perlulah gigih berusaha untuk memajukan negara. Golongan remaja mestilah mempunyai ilmu untuk berjaya dalam perjuangan hidup. Kita hendaklah sentiasa berwaspada terhadap pengaruh dadah yang dapat merosakkan kehidupan.

12 Tamat


Download ppt "Fragmen Sebuah Kehidupan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google