Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Teknik Pemikiran Kreatif
2
PENGENALAN Teknik pemikiran kreatif kendiri mampu menyediakan peluang dan ruang untuk meningkatkan pemikiran kita dalam penyelesaian masalah. Pemikiran kreatif dimiliki oleh semua individu dan memerlukan latihan dan amalan yang konsisten dari semasa ke semasa.
3
TEKNIK SENARAI SIFAT Diperkenalkan oleh Professor Robert Platt Crawford dari Universiti Nebraska. Fungsinya adalah untuk pembaikan produk dan perkhidmatan. Cara menggunakan teknik ini ialah dengan menyenaraikan sifat- sifat sesuatu produk sebagai contoh; Sifat fizikal(warna,kelajuan,berat dll) Sifat sosial(kepimpinan,komunikasi dll) Sifat psikologi(persepsi,motivasi,gaya dll) Sifat kos Sifat fungsi Sifat perkhidmatan Sifat keselamatan Dan kesemua sifat ini akan dikenal pasti dan diperbaiki untuk meningkatkan kualiti produk tersebut.
4
TEKNIK TARIKH LUPUT Menggunakan pendekatan tempoh masa.
Tempoh masa yang terhad akan memberi tekanan kepada kita untuk menghasilkan idea-idea kreatif. Pakar psikologi menyatakan teknik ini merangsang otak kanan untuk mengeluarkan idea-idea alternatif untuk menyelesaikan masalah dalam masa yang terhad. Teknik ini banyak digunakan dalam kursus-kursus motivasi.
5
TEKNIK ASOSIASI Teknik ini melibatkan perhubungan antara dua objek atau idea. Teknik ini berkait rapat dengan prinsip kedekatan, persamaan, dan kekontrasan. Kedekatan bermakna perkaitan yang amat dekat antara sesuatu objek yang sedang diamati dengan objek yang berhubungan secara langsung. e.g. sushi dengan Jepun Kesamaan merupakan hubungan antara suatu objek yang memiliki prinsip, imej, dan fungsi yang hampir sama. e.g. burung dengan kapal terbang. Kekontrasan ialah perkaitan yang berlawanan . e.g. putih dan hitam.
6
TEKNIK ORANG BARU Orang baru – orang yang tidak terbabit dengan isu yang kita hadapi. Contoh: sahabat, guru, keluarga dan kaunselor Sesuatu masalah kita hadapi ada ketikanya sukar untuk kita selesaikan. “Orang Baru” yang tidak bersangkut paut dengan isu yang kita hadapi boleh memberi pandangan, nasihat dan buah fikiran
7
TEKNIK NOTA KECIL Membawa kad atau nota kecil ke mana sahaja
Mencatatkan idea yang terbit secara tiba-tiba agar tidak lupa Idea-idea segar yang dicatatkan kemudian diperkemas, disusun dan dikembangkan untuk menjadi idea yang lebih berkualiti
8
TEKNIK PELBAGAI GUNA Definisi - Mempelbagaikan kegunaan satu produk.
Teknik pemikiran ini boleh diaplikasikan pada barangan terpakai, sebagai contoh: Kotak telur dijadikan kerusi dan meja
9
TEKNIK TOKOH TERSOHOR Definisi - Mengadaptasi teknik penyelesaian masalah yang dilakukan oleh tokoh-tokoh terkenal dalam menangani masalah yang kita hadapi. Teknik ini memerlukan banyak pengetahuan menerusi pembacaan atau menghadiri kursus yang dianjurkan oleh tokoh tersohor. Antara tokoh tersohor ini ialah: Bill Gates dan Steve Jobs - berjaya dalam bidang pengkomputeran dan perisian, Soichiro Honda - dalam bidang automotif Pengalaman dan pengetahuan tokoh-tokoh tersohor ini amat berharga dan tidak ternilai. Oleh itu, alangkah ruginya jika kita tidak menggunakannya.
10
TEKNIK VISUALISASI Teknik paparan idea secara nyata
Menggunakan bahan rangsangan, spt gambar Berbeza dengan teknik imaginasi Teknik imaginasi tidak memerlukan bahan rangsangan dan cuma perlu berimaginasi
11
TEKNIK SONGSANG Idea lama Idea baru Mahal Murah Manis Masam Kasar
Halus Panjang Pendek Terang Kabur Luas Sempit Berat Ringan Teknik terbalikkan idea lama kepada idea baru Walaupun idea yang terbalikkan nampak tidak logik dan melucukan, tetapi pendekatannya boleh mendatangkan kesan munasabah Teknik ini boleh digunakan untuk mengubah sesuatu perkara yang stereotaip kepada yang lebih menarik
12
TEKNIK PETA MINDA Diperkenalkan oleh Tony Buzan.
Maklumat diproses di otak. Maklumat yg diperolehi akan dihubung kait, dianalisis, digabung dan dikelola bagi tujuan menemukan satu maklumat. Cth: Teknik Analogi Analogi Peribadi Analogi Fantasi Analogi Alam
13
TEKNIK ANALOGI Diperkenalkan oleh William J.J. Gordon dan George Prince pada tahun 1961. Analogi bermaksud perbandingan dua benda berbeza tetapi mempunyai beberapa persamaan. Teknik ini memberi penekanan pada usaha menerbitkan idea baru dan inovatif. Analogi dan metafora (kiasan/perbandingan) sebagai asas menerbitkan idea baru dan kreatif.
15
ANALOGI PERIBADI Melibatkan diri secara langsung dengan masalah yang dihadapi dengan menghayati dan melakonkan watak-watak tertentu dalam kes penyelesaian masalah. Idea dapat diterbitkan dengan membayangkan diri sendiri dalam alam benda yang ingin direka cipta. ‘Role play’ untuk menyelesaikan masalah
16
ANALOGI ALAM/METAFORA
Perbandingan yang dapat dibuat berdasarkan sifat dan fungsi makhluk yang terdapat di alam ini. Pengamatan terhadap flora dan fauna dapat memberi ilham dan inspirasi bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Cth: Kapal terbang (burung), kapal selam (ikan lumba- lumba)
17
ANALOGI FANTASI Prinsip menggunakan imaginasi (yang diangan- angankan). Boleh dipancarkan di minda menerusi pengembaraan. Cth: Walt Disney Theme Park adalah hasil angan-angan Walter Elias Disney. Beliau memperoleh idea ini semasa beliau menemani anaknya bermain di sebuah padang permainan.
18
TEKNIK SENARAI SEMAK Diperkenalkan oleh Alex F. Osborne pada tahun 1958 Guna kata kunci senarai semak, gabung dengan soalan-soalan provokatif Dapat mengenal pasti dimensi-dimensi yang boleh diperbaiki Peroleh idea lebih berkualiti Sesuai digabung dengan teknik perah otak Tidak seharusnya membuat perubahan total pada semua dimensinya
19
TEKNIK PERAH OTAK Diperkenalkan oleh Alex Osborne
Juga dikenali dengan nama Lampas Otak, Pecah Minda, Percambahan Minda (brainstorming) Paling popular dalam teknik kreatif berkumpulan Unsur-unsur kreatif menjadi tulang belakang
20
PRINSIP ASAS TEKNIK PERAH OTAK
Mempunyai 6 prinsip – Menangguhkan penilaian terhadap idea ahli lain dalam kumpulan Memperoleh kuantiti idea. Semakin banyak idea, semakin banyak pilihan Digalakkan berfikir secara bebas menggunakan imaginasi masing-masing Idea boleh digabung, diubahsuai, dikembang dan dibaiki Jangka masa ialah minit. Semakin lama perah otak, akan menjadi semakin hambar dan letih Dijalankan secara berkumpulan. Ahli yang ramai menyebabkan aktiviti menjadi tidak terkawal
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.