Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Perkembangan Semasa Dalam P&P di Malaysia

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Perkembangan Semasa Dalam P&P di Malaysia"— Transcript presentasi:

1 Perkembangan Semasa Dalam P&P di Malaysia
Projek Rangkaian Munsyi

2 PENGENALAN Projek Rangkaian Munsyi ialah sebuah projek yang diusahakan bersama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad.

3 Tujuannya Mendedahkan pelajar – pelajar dan guru - guru kepada internet dan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

4 Perlaksanaan Konsep ini dicuba sebagai projek rintis dengan mendapat sumbangan derma daripada Telekom Malaysia Berhad(TMB). Dilancarkan pada 18 Mac 1996 oleh Y.B. Dato’ Seri Najib b. Tun Abdul Razak,Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu di Sekolah Menengah Ahmad,Pekan,Pahang. Projek Rintis Rangkaian Munsyi melibatkan 14 sekolah menengah di seluruh negara.

5 Serentak dengan perlaksanaan Projek Rintis Rangkaian Munsyi itu, Pusat sumber di BTP juga telah menggunakan Sistem Perpustakaan Bersepadu (Integrated Library System). Dalam tahun 1995, BTP telah menggubal konsep pusat sumber elektronik(PSE) bagi memasukkan teknologi terkini yang berasaskan komputer & telekomunikasi ke dalam sekolah untuk pengurusan pusat sumber sekolah, mewujudkan khazanah ilmu dan maklumat setempat dalam bentuk multimedia,menghubungkan pelajar dan guru antara sekolah projek & memberi peluang kepada murid dan guru mendapatkan maklumat melalui lebuhraya maklumat seperti internet.

6 4 Komponen Projek - Sistem Pengautomasian Pusat Sumber
- Hubungan ke internet Penggunaan Pembinaan Perisian Pendidikan (courseware)

7 Sasaran Utama Sasaran utama projek ini ialah pelajar – pelajar Tingkatan 4 bagi matapelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Sains, Matematik & Kajian Kemasyarakatan.

8 Aspek- aspek positif projek adalah seperti berikut :
Berlaku kejutan budaya elektronik di semua sekolah projek. Bilik pusat sumber elektronik digunakan sepanjang masa. Bilangan guru yang celik komputer juga meningkat. Terdapat 52 tajuk perisian pendidikan(courseware) dibina oleh guru – guru sekolah projek. Semua sekolah mempunyai laman web sendiri. Mengenai pengautomasian pusat sumber, semua sekolah melaksanakan “data input” dan “data conversion”

9 Ini merupakan langkah awal ke arah perpustakaan elektronik.
Pada tahun 1997, projek ini ditangguhkan akibat kegawatan ekonomi.

10 Kesimpulannya Projek Rangkaian Munsyi tidak menunjukkan apa – apa kesan yang boleh dibanggakan. Contohnya, SMK Mulia Bestari, Rantau Abang yang digembar- gemburkan akan mempunyai hampir 250 buah komputer, masih lagi terkapar – kapar.


Download ppt "Perkembangan Semasa Dalam P&P di Malaysia"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google