Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
UNIT 9 BAHASA MELAYU ABAD KE-19
2
Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > penguasaan barat
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > penguasaan barat > perkembangan bahasa Melayu > penggunaan bahasa dalam karya > ciri bahasa Melayu abad ke-19
3
PENGENALAN Bahasa Melayu abad ke-19 sering disebut sebagai bahasa Melayu zaman peralihan, iaitu peralihan daripada bahasa Melayu Klasik menuju kepada zaman bahasa Melayu Moden Ia boleh disebut sebagai bahasa Melayu zaman pramoden. Bahasa Melayu zaman peralihan tidak sama dengan zaman sastera Melayu zaman peralihan, kerana dalam zaman peralihan bagi sastera, yang berlaku ialah peralihan daripada sastera pengaruh Hindu kepada sastera pengaruh Islam Abad ke-19 merupakan zaman yang banyak meningalkan kesan besar dalam perbendaharaan sastera Melayu
4
PENGENALAN Pada abad ini, banyak manuskrip Melayu dikumpulkan, disalin dan disebarluaskan, termasuk dibawa ke Eropah, dan kemudiannya diterbitkan apabila tradisi percetakan muncul di alam Melayu Abad ke-19 juga merupakan zaman yang menyaksikan pelbagai perubahan dan perkembangan masyarakat dan budaya Melayu, akibat kedatangan penjajah. Mereka membawa sistem pentadiran, sistem Pendidikan, perniagaan, dan sebagainya yang berbeda dengan amalan sebelumnya Namun demikian, beberapa karya yang dihasilkan pada zaman itu masih mampu mengekalkan unsur tradisional , di samping pembaharuan dari segi isi dan gaya kepengarangan
5
PENGUASAAN BARAT Pada abad ke-19, pengaruh Barat semakin kuat. Mereka sudah bertapak dengan teguh di beberapa tempat di Asia Tenggara, sepertI: > Belanda di Indonesia > Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak, serta Burma > Sepanyol di Filipina > Perancis di Indo-China > Portugis di Timor Timur Hanya sebahagian kecil kerajaan di Asia Tenggara yang masih bebas seperti Aceh. Sungguhpun demikian, apabila sampai ke abad ke-20, semua daerah di Asia Tenggara telah dijajah oleh penjajah Barat, kecuali Thailand
6
PENGUASAAN BARAT Kedatangan barat membawa banyak perubahan. Ini disebabkan orang barat telah membawa bersama mereka beberapa unsur kebudayaan dan tamadun baharu dalam bentuk material dan yang bukan material, yang antara lain ialah: > bahasa dan kesusasteraan Barat – Bahasa Belanda, Inggeris, Portugis, Sepanyol, Perancis dan Amerika telah mempengaruhi bahasa Melayu, terutama bahasa Inggeris di tanah jajahan Inggeris dan bahasa Belanda di tanah jajahan Belanda > tulisan rumi. Tulisan ini telah diperkenalkan sejak dari dahulu, tetapi hanya berkembang pesat sejak abad ke-19, terutama dalam teknologi barat yang moden. Pengaruh ini berkembang pada abad yang lalu seperti kapal api, kereta api dan senjata api
7
PENGUASAAN BARAT Alat percetakan. Alat ini mula diperkenalkan pada awal abad ke-19 yang menyebabkan banyak buku mudah diperoleh dan murah harganya Majalah. Penerbitan majalah mula diperkenalkan daripada kebudayaan barat. Majalah mengandung pelbagai maklumat, berita, iklan dan berisi maklumat terkini Sekolah. Sekolah Melayu mula dibuka, di samping pelbagai jenis sekolah yang lain, terutama Inggeris. Sebelum itu, dalam kalangan orang Melayu hanya ada pengajian di pondok atau surau dan masjid Surat khabar. Surat khabar juga diperkenalkan dalam masyarakat Melayu selepas wujudnya surat khabar dalam bahasa barat Institusi latihan guru. Pengajian untuk guru yang bakal mengajar di sekolah juga diperkenalkan dalam sistem pendidikan Melayu
8
PENGUASAAN BARAT Persatuan atau kelab. Pertubuhan seperti persatuan dan kelab diperkenalkan mengikut cara barat. Contohnya, Royal Asiatic Society dan persatuan lain seperti di negara penjajah Pentadbiran. Sistem pentadbiran barat yang bercirikan pentadbiran secara moden mula diperkenalkan oleh penjajah barat Perlembagaan. Perlembagaan bertulis yang ditiru dari barat, seperti Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 Bentuk dan gaya penulisan. Bentuk dan gaya penulisan surat khabar, majalah, laporan, dan sebagainya mula diperkenalkan mengikut acuan Eropah Penulisan buku. Penulisan buku akademik, terutama untuk bacaan pelajar sekolah mula merambah
9
PENGUASAAN BARAT Pada awal abad ke-18 kerajaan Johor telah retak, dan menjadi kerajaan Johor-Riau. Kemudian, pada awal abad ke-19, kekuasaan penjajah barat semakin kuat mencengkam kerajaan Melayu, dan akhirnya kerajaan Johor-Riau yang retak menjadi belah pada 1824 Peristiwa ini berlaku kerana pada masa itu, diadakan perjanjian di London - The Treaty of London, yang membahagikan kawasan pengaruh (sphere of influence) antara penjajah Inggeris dengan penjajah Belanda Singapura, Johor dan daerah di utaranya serta bahagian utara Borneo diberikan kepada Inggeris, sedangkan Riau-Lingga, pulau Sumatera dan Jawa serta kawasan sekitar diserahkan kepada Belanda
10
PENGUASAAN BARAT Kemudian Melaka yang menjadi hak Belanda dipertukarkan dengan Bencoolen (Bangkahulu atau Bengkulu) kepunyaan Inggeris. Pada tahun itu juga, Sultan Husin Syah telah menyerahkan Singapura kepada Inggeris. Yang tinggal hanya tanah besar Johor. Beberapa tahun kemudian, pentadbirannya diserahkan kepada keluarga Temenggung. Di Riau, tinggal kekuasaan Kerajaan Riau yang di bawah pengaruh Belanda, namun usianya tidak kekal, kerana pada 1911 kesultanan itu dihapuskan oleh Belanda Sungguhpun kerajaan Johor-Riau telah pecah dan terpisah yang dipaksakan oleh penjajah Belanda dan Inggeris tetapi bahasa Melayu tetap berkembang. Perkembangan ini berlaku sedikit sebanyak disebabkan oleh pengaruh tamadun barat
11
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Antara perkara yang menyebabkan perkembangan bahasa Melayu pada ketika itu ialah: Alat Cetak Ia mula diperkenalkan di Pulau Pinang pada Alat ini membantu untuk mencetak dan memperbanyak bahan bacaan, surat pekeliling kerajaan, borang Jabatan kerajaan dan syarikat perniagaan, termasuk buku hikayat dan hasil karya sastera Pihak pengembang agama Kristian telah menggunakan alat ini untuk mencetak bahan bacaan agama Kristian, kitab Bible dan lain lagi. Bagi menarik perhatian orang Melayu, bahan bacaan ini banyak yang dicetak dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi . Contohnya:
12
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Certera Hikayat Isa (1831). Sebuah tulisan tentang Nabi Isa mengikut kepercayaan orang Kristian, dicetak dengan menggunakan tulisan Jawi Risalah: Antara risalah yang dicetak ialah Bahawa Hendaklah Engkau Menyembah Allah dan Berbakti kepadanya sahaja. Tulisan tentang ajaran Kristian ini dicetak oleh Singapore Mission Press pada Risalah ini dicetak banyak kali dan dicetak sebanyak 2000 naskhah setiap kali dicetak dengan menggunakan tulisan Jawi Surat Mengeja Bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dicetak di Melaka pada 1836 untuk kegunaan Sekolah Melayu dan orang yang berkepentingan Tamsil Yakni Perbandingan Agama Tuhan Isa al-Masih Dengan Agama Muhammad. Dicetak di Pulau Pinang pada 1839 dengan menggunakan tulisan Jawi oleh Paderi Thomas Beighton
13
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Pujian-pujian Yakni Tahlil yang dinyanyikan oleh Orang Masihi. Ditulis oleh Paderi Thomas Beighton. Dicetak di Pulau Pinang pada 1839 dengan menggunakan tulisan Jawi Kebangkitan al-Masih. Tulisan Paderi Thomas Beighton di Pulau Pinang. Dicetak pada 1839 dengan menggunakan tulisan Jawi Risalah Kristian, tulisan Paderi John Bunyan. Dicetak di Pulau Pinang pada 1840 dengan menggunakan tulisan Jawi Bahawa ini Puji-pijian yang Dinyanyikan Berbagai-bagai Lagunya. Risalah Kristian yang dicetak di Singapura pada 1840 dengan menggunakan tulisan Jawi Hikayat budak yang bernama Tom. Risalah Kristian tulisan Paderi Beighton. Dicetak di Pulau Pinang pada 1840 dengan menggunakan tulisan Jawi
14
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Bahawa ini Hikayat Isa. Sebuah lagi risalah agama Kristian yang dicap di Singapura pada 1843 Undang-undang Polis Dicetak di Singapura pada 1846 Hikayat Abdullah Abdul Kadir Munsyi. Dicetak di Singapura pada 1849 Bahawa ini Kitab pada Menyatakan Darihal Jenis Ilmu Kepandaian Orang Eropah. Dicetak di Singapura pada 1855 di Zion Hill dengan menggunakan tulisan Jawi Bahawa Ini Kitab Sembahyang yang dipakai dalam Majlis Orang Kristian. Dicetak di Singapura pada 1857 dengan tulisan Jawi
15
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Selain yang tersebut di atas, masih ada lagi buku lain, terutama yang dicetak di luar Malaya seperti di Batavia (Jakarta) oleh orang Belanda dengan menggunakan bahasa Melayu bertulisan Jawi dan juga Rumi Natijah daripada ini ialah kesan sampingan yang positif bagi bahasa Melayu. Banyak bahan tulisan dan bacaan dalam bahasa Melayu yang telah dicetak bukan sahaja bahan yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan dan pengembangan agama Kristian, tetapi juga bahan bacaan sastera Melayu, kitab dalam bahasa Melayu, dan demikian juga majalah dan akhbar Melayu Bahan tersebut bukan sahaja dicetak di Tanah Semenanjung, Indonesia dan Colombo tetapi juga di Asia Barat seperti Istanbul dan Mesir
16
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Pembukaan Sekolah-Sekolah Melayu Pada 1821 telah dibuka sebuah sekolah Melayu di Pulau Pinang, iaitu yang merupakan sebahagian daripada Penang Free School. Inilah kali pertama dibuka sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sejak itu dibuka beberapa buah sekolah Melayu lagi seperti di Teluk Belanga (1856) Singapura yang dipelopori oleh Temenggung Daing Ibrahim Johor, dan di Kampung Gelam (1856), Singapura Selepas itu, dibuka lebih banyak lagi sekolah Melayu, bukan sahaja di Negeri Selat, seperti Singapura, Melaka dan Pulau Pinang tetapi juga di Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu, iaitu Johor, Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu
17
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Sekolah Melayu juga dibuka di daerah lain, seperti Deli Serdang, Riau dan Pulau Jawa, di daerah pemerintahan Belanda pada masa yang kemudian. Sebagai contoh di Negeri-negeri Selat, telah dibuka 16 buah sekolah Melayu pada 1872, 85 buah pada 1882, dan 189 buah pada 1892 Di negeri yang mempunyai raja Melayu juga dibuka sekolah Melayu. Umpamanya, pada 1884 dibuka Sekolah Melayu di Kuala Kangsar. Di Selangor pula pada 1886 telah ada enam buah sekolah Melayu. Pada 1898, di Negeri Sembilan telah wujud 25 buah sekolah Melayu, sedangkan di Pahang telah dibuka enam buah sekolah Melayu. Di negeri Kedah, sekolah Melayu yang pertama dibuka pada 1897 sedangkan yang di Kelantan pada Negeri Terengganu pula sekolah Melayu mula dibuka pada 1915
18
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Penerbitan Majalah Melayu Pada 15 Rabiul Awal 1236H bersamaan Januari 1821 terbit majalah Bustan Arifin. Ia merupakan majalah berbahasa Melayu yang pertama dan yang diterbitkan dengan menggunakan tulisan Jawi dan Rumi. Majalah ini diterbitkan oleh Pengembang Agama Kristian Majalah ini terbit di Melaka dan dicetak di Mission Press. Pengarangnya ialah Paderi Claudius Thomsen dengan dibantu oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Selepas itu, terbit majalah lain dalam bahasa Melayu seperti Taman Pungatauan (1848), Pungutib Segala Remah Pungatauan (1858), Bintang Oetara, terbit pada di Rotterdam, Negeri Belanda, Cermin Mata (1958) yang dipimpin oleh Paderi B.P. Keasberry di Singapura, dan lain lagi
19
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Majalah ini kebanyakannya dimiliki oleh Badan Pengembang Agama Kristian untuk kegunaan penyiaran ajaran agamanya. Tetapi kesan sampingan sangat positif untuk pengembangan bahasa Melayu. Melalui majalah ini, bahasa Melayu dikembangkan di Malaya dan juga di Indonesia serta di Belanda Penerbitan Akhbar Melayu Pada awal Januari 1856, mula terbit akhbar bahasa Melayu yang pertama, iaitu Soerat Kabar Bahasa Malaijoe yang diterbitkan di Surabaya, Jawa Timur. Mulai tarikh itu, berkembanglah sejarah persuratkhabaran Melayu. Pada 1858, terbit Soerat Chabar Betawie (Jakarta): kemudian Selompret Melajoe (1860) di Semarang, Jawa Tengah); selepas itu Bientang Timoor (1862 di Surabaya), Pertela Soedagaran (Surabaya, 1863), Bintang Timor (Padang, 1864), Biang-Lala (Betawi, 1867) dan Jawi Peranakan yang terbit di Singapura pada 1876.
20
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Melalui akhbar ini, bahasa Melayu dapat berkembang dan menyebar di pelbagai pelosok Alam Melayu, dan merentasi semua lapisan masyarakat pelbagai kaum bangsa serta agama. Hal ini disebabkan oleh penerbit dan pengasuh akhbar ini pada zaman awalnya terdiri daripada orang bukan Melayu seperti Belanda, Cina, Jawa, India dan lain lagi Agama yang dianut mereka juga terdiri daripada pelbagai jenis. Bahkan akhbar Jawi Peranakan yang diterbitkan di Singapura itu dikelolakan oleh orang peranakan India. Hanya Alamat Lankapuri yang terbit di Colombo, Sri Lanka pada 1869 yang dikelola oleh orang Melayu sendiri Pada zaman kemudian, barulah timbul penerbit akhbar Melayu daripada orang Melayu sendiri
21
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Hukum Kanun dan Perundangan Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, telah ada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Tetapi pada zaman kemudian, iaitu dari abad ke-17 membawa abad ke-19, dan seterusnya abad ke-20, buku Hukum Kanun dan Perundangan bermunculan kerana wujudnya pelbagai negeri Melayu di Semenanjung, Sumatera, Riau-Lingga dan Kalimantan. Contoh buku undang-undang tersebut ialah: > Thamarat al-Muhimmah Di’afah li’l-Umara’ wa’l-Kubara li Ahli’l Mahkamah > Undang-undang Palembang > undang-undang Jambi > Undang-undang Pasumah
22
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
> Udang-undang Kedah > Aturan dan Undang-undang dalam Pegangan Moko-Moko > Peraturan Bambang dalam Negeri Bangka Hulu > Adat Raja-raja Melayu > Adat Aceh > Undang-undang Sungai Ujong > Undang-undang Adat Rembau > Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan > Undang-undang Adat > Undang-undang Minangkabau I - X > Tambo Minangkabau dan lain lagi
23
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Daripada buku undang-undang dan hukum kanun ini lahirlah perlembagaan moden dalam bahasa Melayu. Contoh yang utama ialah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang disusun dan disahkan pada 1895, dan ia menjadi tiruan dan acuan bagi undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu yang lain di Tanah Semenanjung Penubuhan Persatuan Orang barat telah menubuhkan persatuan ilmiah seperti The Royal Asiatic Society sama ada dalam kalangan orang Inggeris di Singapura, Benggala, India, mahupun orang Belanda di Betawi (Jakarta). Penubuhan persatuan ini telah ditiru oleh pegawai kanan kerajaan Johor
24
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
. Pada 1888, Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa atau Singkatannya Pa Ba Mim Pa Ba, telah ditubuhkan di Johor Bahru dengan dipimpin oleh Datuk Seri Amar Diraja Datuk Abdul Rahman Andak Anggotanya terdiri daripada pegawai kerajaan Johor. Inilah julung-julung kali persatuan bahasa Melayu yang ditubuhkan oleh orang Melayu Dalam abad ke-20, persatuan ini berubah namanya menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku dengan singkatan yang sama, dan selepas itu ia diberi anugerah Diraja (Royal) oleh DYMM Sultan Ibrahim, Johor
25
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Persatuan ini banyak jasanya kepada bahasa Melayu kerana ia telah berusaha menggubal istilah Melayu, terutama dalam pentadbiran moden Persatuan ini juga membuat perancangan bahasa seperti mengatur sistem ejaan Jawi, kaedah menulis surat kiriman, menyusun kamus Melayu (Buku Katan), mengatur tatabahasa Melayu - Buku Jalanbasa Melayu dan Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu, Perianbasa, tanda bagi bacaan dan buku yang lain Di samping itu, diterbitkan juga majalah yang menjadi lidah rasminya, iaitu Peredar yang sempat terbit sebanyak 25 keluaran
26
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Perkamusan Melayu Pada abad ke-19, penerbitan kamus Melayu semakin bertambah. Antara kamus yang terbit dalam abad ke-19 ini ialah: > A Dictionary of the Malayan Language yang disusun oleh William Marsden (1812). Inilah kamus Melayu yang terbesar pada masa itu bahkan sehingga beberapa puluh tahun kemudian. Kamus ini kemudian diterjemahkan oleh C.P. Eliot ke dalam bahasa Belanda dan Perancis > A Dictionary of the Malay Language oleh J. Crawfurd (1852) > A Dictionary of the Malay Language oleh Hugh Clifford dan F. Swettenham (1894). Kamus Melayu-Inggeris ini disusun daripada abjad A hingga G setebal 509 halaman
27
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
> Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji (1858) sebuah kamus ekabahasa Melayu yang pertama disusun oleh orang Melayu sendiri > Kamus Mahmudiyah yang disusun oleh Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir (1894). Selain itu masih banyak lagi kamus yang disusun pada abad yang lalu terutama oleh orang-orang Belanda seperti P.P. Roorda Van Eysinga (1855), Klinkert, J Pijnappel, Van der Turuk, H. Von de Wall dan lain-lain Buku Tatabahasa Pada abad ke-19, terdapat beberapa buku tatabahasa Melayu yang disusun oleh para pengkaji barat seperti orang Inggeris, Belanda, Perancis dan juga oleh orang Melayu sendiri. Antara buku tatabahasa tersebut ialah:
28
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
> A Grammar of the Malayan Language oleh William Marsden (1812). Buku tatabahasa ini dicetak bersama-sama buku kamus Melayu-Inggeris > Bustan al-Katibin sebuah buku tatabahasa Melayu yang disusun oleh Raja Ali Haji (1858) > Pemimpin Johor, sebuah lagi buku tatabahasa Melayu oleh Muhammad Ibrahim Munsyi (1877) Selain itu, masih banyak lagi buku tatabahasa Melayu yang ditulis oleh beberapa pengarang barat seperti Eliot (1825/26) seorang Perancis, Abbe P. Favre (1876) seorang Perancis, P.P. Roorda van Eysinga (1939), J.J. De Hollander (1845), Pijnappel (1888), Klinkert (1879) dan daripada kalangan penulis Belanda dan yang lain lagi
29
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Pada abad ke-19, terdapat beberapa penulis Melayu yang terkenal. Antaranya ialah: > Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi ( ) yang lahir di Melaka, bekerja di Singapura dan meninggal di Mekah > Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad ( ) > Muhammad Ibrahim Munsyi (mgl. 1904) > Munsyi Syeikh Muhammad Ali bin Ghulam Husain al-Hindi > Munsyi Muhammad Said (pengarang Jawi Peranakan) > Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir (lahir 1865 meninggal dunia tahun 1913)
30
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, telah mengarang banyak buku dalam bahasa Melayu. Antara buku karangan dan terjemahannya ialah: > Hikayat Abdullah > Syair Singapura Dimakan Api > Sejarah Melayu > Adat Raja-raja Melayu di Segala Negeri > Pancatandran > KIsah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Terengganu > Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah > Hikayat Kalilah dan Daminah… Selain itu, beliau juga menjadi pengarang majalah Bustan Arifin.
31
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad telah melahirkan banyak hasil karya dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah: > Tuhfat al-Nafis > Silsilah Melayu dan Bugis > Bustan al-Katibin > Thamarat al-Mahammah > Intizam waza’if al-Mahammah > Kitab pengetahuan Bahasa > Gurindam Dua Belas dan lain lagi
32
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir lahir di Singapura (1865) dan bersekolah di Raffles Institution, Singapura. Beliau pernah bekerja sebagai Kerani, kemudian penterjemah, guru bahasa Melayu dan pengarang yang prolifiK Beliau dapat bertutur dan memahami bahasa Melayu, Inggeris, Hindustan, Perancis, Arab, Parsi, Tamil dan Cina. Beliau pernah menjadi pengarang akhbar Taman Pengetahuan dan telah menulis beberapa buku Melayu seperti yang berikut:
33
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
> Kamus Mahmudiyah > Ilmu Kejadian > Kejadian Seluruh Anggota > Ilmu Peladang > Ilmu Bumi > Hikayat tanah-tanah Besar Melayu dan Pulau Perca > Pemimpin Pengetahuan > Pohon Pelajaran > Jalan Kepandaian
34
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Kebanyakan buku ini dicetak pada akhir abad ke-19 dan digunakan di sekolah Melayu sebagai buku teks dan buku bacaan dalam darjah. Demikian tentang beberapa pengarang Melayu yang wujud pada abad ke-19. Contoh teks bahasa Melayu Pramoden ialah: . Buku Hikayat Abdullah > Buku Tuhfat al-Nafis oleh Raja Ali Haji > Gurindam 12 oleh Raja Ali Haji > Sya’ir Singapura Terbakar > Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji.
35
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Untuk memperlihatkan penggunaan bahasa dalam karya abad ke-19, diperturunkan contoh karya Raja Chulan (Misa Melayu), Munsyi Abdullah (Hikayat Abdullah), Raja Ali Haji (Tuhfat al-Nafis) Raja Chulan bin Raja Abdul Hamid ialah pengarang Misa Melayu. Beliau berasal daripada keluarga diraja Perak, dan pakar dalam pepatah dan perbilangan, dan adat istiadat lama Beliau mempunyai bakat semula jadi, dan berpengetahuan mendalam tentang urusan istana, khususnya dalam hal pengurusan dan pentadbiran negeri Perak. Ini menjadikannya seorang pengarang yang baik Misa Melayu ialah karya historiografi Melayu, yang memanfaatkan bentuk prosa dan puisi (syair) sekali gus. Penulisan prosanya dapat mewakili penggunaan bahasa pada abad ke-19
36
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Berikut ialah petikan prosa daripada Misa Melayu : Adapun pada zaman Sultan Iskandar itu memakai tiga saat tempat semayam. Maka pagi-pagi lepas sembahyang subuh baginda semayam di balai lepas dan diharap sekalian hamba yang beribu-ribu dan segala budak-budaksampai toleh tenggala. Maka baginda pun berangkat naik semayam di balairung dihadapi segala dayang- dayang dan kundangan. Maka sampailah waktu lohor lalu baginda sembahyang. Telah lepas baginda sembahyang lohor, maka baginda berangkatlah keluar ke balai penghadapan dihadapi oleh segala raja-raja dan orang besar-besar sida-sida bentara hulubalang, rakyat sekalian dan segala dagang senteri dan ulama-ulama dan fakir miskin, masing-masing kepada tempatnya. Demikianlah kebesaran baginda itu tidaklah orang teraniaya dan menganiaya di dalam negeri Perak
37
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Dalam petikan di atas, dihuraikan kebesaran Sultan Iskandar dari segi tempat semayamnya. Di samping gaya naratif, terdapat perkataan yang berkaitan dengan istana, seperti bahagian-bahagiannya (balairung, balai penghadapan), pegawai dan pekerja (dayang-dayang, kundang, sida, bentara), dan juga kosa kata lama yang sudah sirna, seperti toleh tenggala, senteri dan lohor > balairung (balairuang): tempat raja dihadap rakyat > dayang-dayang: gadis pelayan di istana > kundang: budak pengiring/suruhan, biduanda, juak-juak raja > sida: pegawai dalam istana > bentara: pesuruh raja (yang menyampaikan titah atau membawa alat kerajaan)
38
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Berikut ialah petikan puisi daripada Misa Melayu: Alhamdulillah puji yang nyata Dibahagikan Allah Tuhan semata Berkat Nabi penghulu kita Bertambah daulat duli mahkota Berkat sahabat yang keempat Menjunjung hadirat raja bernobat Dengan sekalian semuanya rapat Seisi negeri penuh dan tumpat
39
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Dengan syafaat Said al-anbia Berdirilah daulat Duli Yang Maha Mulia Kebesaran limpah terlalu kaya Nescaya terang amat bercahaya Akan doa sekalian pendeta Berdirilah daulat duli mahkota Dikurnia Tuhan alam semata Sempurna limpah di atas takhta * Syair di atas jelas menunjukkan daya kreativiti pengarangnya, Raja Chulan. Beliau memanipulasikan bahasa dengan pengetahuan agama dan adat istiadat Melayu
40
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Hikayat Abdullah Hikayat ini dikarang oleh Munsyi Abdullah (Abdullah bin Abdul Kadir). Beliau lahir di Melaka pada 12 Ogos Di samping mahir dalam bahasa Melayu, beliau juga mahir bahasa Tamil, Hindi dan Cina Kepakaran dalam bahasa Melayu, membolehkannya menjadi guru bahasa kepada pegawai kolonial Inggeris, ahli perniagaan dan mubaligh Kristian Hikayat Abdullah ialah karya utama dan terpenting, kerana bukan sahaja indah dan menarik dari segi gaya bahasa dan nilai kesusasteraannya, tetapi juga sarat dengan fakta sejarah. Justeru itu, ada pengkaji sastera yang menganggap bahawa karya ini merupakan sebuah dokumen sosial yang tidak ada bandingannya pada zaman itu
41
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Berikut diperturunkan dua petikan daripada Hikayat Abdullah Petikan 1: Setelah itu, maka pada lusanya pagi-pagi hari Sabtu pukul lima pagi datanglah ia memanggil aku, katanya, “Ada sahaya bawa roti gula pasir dan pisang. Boleh encik makan.” Maha tawakallah aku kepada Allah lalu berjalanlah aku pergi dengan memakai seluar buruk koyak-koyak dan satu selimut buruk dan sapu tangan koyak- koyak aku ikat kepalaku. Maka aku bawa duit satu rupiah dan sebilah pisau kecil dan sebatang pensel dan sekeping kertas, lalu berjalanlah kami berenam orang: lima orang Cina dan aku seorang. Adapun berjalan itu tiada menurut bekas jalan yang dijalani orang, melainkan pintas-memintas, naik batang, turun batang, simpang-siur, dalam paya dan air, Maka aku bertanya
42
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Kepada kawanku itu, “Apa sebab jalan ini demikian? Tiadakah boleh dibaiki, bukan boleh senang pergi datang?” Maka ia tertawa, katanya, “Kalau jalan baik, bukankah semua orang nanti berjalan? Maka mata-mata dan supai dan orang putih pun boleh berjalan. Maka kalau ada orang jahat, bukankah boleh lekas ditangkapnya?” Maka apabila aku menengar perkataannya, maka berfikirlah aku bahawa betullah ini akal pencuri. Maka patutlah mata-mata pun takut pergi ke tempat itu Petikan di atas mengandungi huraian Abdullah tentang perjalanannya ke tempat perhimpunan kongsi gelap Cina bernama T’ien Ti Hui, Huraiannya begitu rinci sehingga kita mendapat gambaran yang jelas Dari segi gaya, Abdullah masih terikat dengan ciri sastera lama, yang ditandai oleh kosa kata maka, adapun, sekali peristiwa, arakian… Beliau juga cenderung menggunakan bahasa basahan, mirip bahasa pasar
43
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Petikan 2 Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, belum sedarkan akan dirinya., ia tinggal dalam bodohnya itu. Oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu. Maka mustahil pada akal: Adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendiri? Bukankah segala bangsa-bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya, melainkan orang Melayu? Dan lagi pula, katanya, “Apakah gunanya dipelajari kerana ia itu bahasa kita? Lagi pun, dalam dunia sahaja berguna, terlebih baik bahasa Arab, berguna dunia akhirat” Itu pun benar juga, tetapi hairan aku bagaimana boleh diketahui bahasa orang lain, jikalau
44
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
sebelum mengetahui bahasa kita sendiri dahulu? Akan tetapi ia berkata-kata itu dengan bahasa Melayu; ia berjual beli dan berkirim surat dan membalas surat dengan bahasa Melayu juga. Maka belum pernah aku melihat, baik orang Melayu, baik peranakan, atau barang bangsa yang lain-lain menggunakan bahasa Arab dalam pekerjaannya, baik darihal berniaga atau menulis kira-kitanya atau berkirim surat, melainkan sekalian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melainkan dalam sembahyang atau berdoa itulah sahaja Petikan di atas menunjukkan pandangan dan fikiran Abdullah sendiri terhadap isu semasa dan keadaan masyarakat pada masa itu. Beliau memberikan komen terhadap orang Melayu yang tidak mahu belajar bahasanya sendiri. Susunan ideanya digarap dengan rinci dan bersahaja
45
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
46
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Bustan al-Katibin Buku ini dikarang oleh cendekiawan dan budayawan Melayu terkenal, iaitu Raja Ali Haji, pada 1850, dan buku ini merupakan karya paling awal tentang bahasa Melayu Bagi Raja Ali Haji mempelajari bahasa, tidak sekadar mengetahui peraturan nahu bahasa itu, susunan ayat dan struktur katanya, sistem bunyi dan ejaannya sahaja, tetapi juga ilmu yang terkandung dalam bahasa Melayu itu Buku kedua tentang bahasa Melayu yang dikarangnya ialah Kitab Pengetahuan Bahasa. Buku lain yang dikarangnya, selain buku bahasa ialah Silsilah Melayu dan Bugis dan Segala Raja-rajanya, dan Tuhfat al-Nafis
47
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
48
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Dalam karyanya itu, Raja Ali Haji telah membawa pembaharuan, terutamanya dari aspek pentarikhan, sumber rujukan dan pengabsahan Dari segi bahasa, Raja Ali Haji masih menggambarkan penggunaan ciri bahasa Melayu lama, iaitu gaya bahasa dan kosa kata. Yang berbeda hanyalah perkara yang diperkatakan, iaitu tidak lagi berkisar dalam kerangka percintaan anak raja atau golongan aristokrat, yang berlaku dalam istana atau kisah peperangan, tetapi sudah mengarah pada golongan marhaen Petikan berikut menghuraikan kepentingan menuntut ilmu dan adab serta syaratnya. Bahasa yang digunakannya amat mirip kepada ciri bahasa Melayu lama, terutama bahasa kitab, yang banyak memperlihatkan ciri kearaban
49
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Bermula apabila telah sudah diketahui kelebihan ilmu itu maka tatkala engkau berkehendak pada menuntut akan dia maka lazimlah atasmu memelihara akan adabnya dan syaratnya. Adapun syarat itu, iaitu antara nafsumu dengan dirimu sendiri. Adapun adabnya itu antaramu dengan gurumu. Maka apabila tiada antara dua perkara itu sia-sialah pekerjaanmu itu, mudah- mudahan barangkali mendapat engkau celaka di dalam dunia dan akhirat, adanya. Maka inilah aku nyatakan syaratnya. Ketahui olehmu bermula syaratnya menuntut ilmu itu pada kitab ini maka iaitu ia lima perkara. Pertama, al-himmat, ertinya bersungguh-sungguh hal yang kuat pada hati pada berkehendak mendapat akan ‘ilmu itu. Kedua, al-mudarasah, ertinya kuat menderas meskipun sudah dapat akan mafhumnya hendaklah dideras juga mana-mana ilmu yang sudah dibaca…
50
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Petikan berikut ialah contoh penggunaan bahasa Melayu Raja Ali Haji dalam buku Tuhfat al-Nafis, yang menggambarkannya sebagai penulis historiografi Melayu. Perhatikan ciri naratif dan penggunaan Tarikh dalam huraiannya Syahdan kemudian daripada itu tetaplah Yang Dipertuan Muda serta Sultan Sulaiman dalam negeri Riau bersuka-sukaan dan segala puteranya pun besar-besar semuanya, seperti Tengku Putih, dan Tengku Hitam dan Raja Haji serta saudaranya. Syahdan adalah jatuh siarah ini pada Hijrat sanat 1141 Kemudian pada sanat 1143 maka Yang Dipertuan Muda pun berangkatlah ke Selangor pergi melanggar Dahing Matekkuh. Maka Dahing Matekkuh pun alah lalu lari membawa dirinya ke Siak kepada Raja Kecik. Adapun Yang Dipertuan Muda pun kembalilah ke Riau
51
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARYA
Syahdan pada Hijrat sanat 1144 Yang Dipertuan Muda pun beristerikan Raja Bakal. Maka waktu itulah Raja Kecik datang ke Riau membawa Dahing Matekkuh minta ampun kepada Yang Dipertuan Muda, serta memohonkan isterinya. Akan kesalahnnya itu dimaafkan oleh Yang Dipertuan Muda. Adapun isterinya itu Raja Tua pula tiada memberi, kerana belum percaya lagi akan perkataannya sebab bersama-sama Raja Kecik itu. Maka ia pun balik ke Siak…
52
CIRI BAHASA MELAYU ABAD KE-19
Terdapat beberapa ciri atau sifat bahasa Melayu zaman pramoden. Antaranya ialah: > Gaya bahasanya masih mengikut cara lama, iaitu bahasa Melayu klasik seperti penggunaan sahaya, arakian, kemudian daripada itu, adapun, maka, sekalian, dan lain lagi > Fonem Melayu ditambah dengan fonem baharu daripada bahasa Arab masih kekal. Di sini unsur Inggeris belum terlihat > Istilah baharu mula muncul, terutama dalam pentadbiran moden seperti yang diamalkan di Johor pada zaman pemerintahan keluarga Temenggung. Pada masa itu, beberapa istilah Inggeris diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk urusan pentadbiran, seperti jawatankuasa, setiausaha, pejabat, pesuruhjaya dan jabatan
53
CIRI BAHASA MELAYU ABAD KE-19
Kata daripada bahasa asing, terutama Inggeris di Malaya dan Belanda di Indonesia mula meresap ke dalam bahasa Melayu seperti kompeni, gabenor, dan lain lagi Majalah dan akhbar yang datang daripada pengaruh Barat mula dimanfaatkan oleh orang Melayu. Mereka telah mula menerbitkan bahan media cetak ini Buku Melayu sudah mula dicetak sama ada di Malaya, Batavia atau di Asia Barat: Makkah dan Istanbul serta Mesir Penulisan gaya laporan mula berkembang dalam arena penulisan bahasa Melayu, iaitu gaya kewartawanan
54
CIRI BAHASA MELAYU ABAD KE-19
Pekerjaan sebagai pengarang akhbar dan majalah serta wartawan mula berkembang dalam dunia persuratkhabaran Melayu Orang Melayu sudah menerima pendidikan bahasa Melayu secara formal di sekolah Melayu dan juga Inggeris Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah Melayu Buku bacaan sekolah mula ditulis dalam bahasa Melayu seperti yang diusahakan oleh Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir
55
KESIMPULAN Pengaruh barat membawa banyak perubahan dalam bahasa dan sastera Melayu, dengan pengenalan tulisan rumi, alat percetakan, majalah, sekolah, akhbar, institusi pendidikan guru, persatuan, pentadbiran, bentuk dan gaya penulisan Perkembangan bahasa Melayu dipengaruhi oleh pembukaan sekolah Melayu, penerbitan majalah dan akhbar Melayu, hukum kanun dan perundangan, persatuan, perkamusan, buku nahu… Bentuk bahasa dalam karya abad ke-19, dapat dilihat dengan jelas dalam karya yang terbit pada waktu itu, seperti Misa Melayu, Hikayat Abdillahj, Bustan al-Katibin dan Tuhfat al-Nafis Dari sudut cirinya, bahasa Melayu abad ke-19 masih mengikut gaya bahasa Melayu klasik, dengan penambahan kosa kata daripada pengaruh bahasa Arab, Inggeris dan Belanda
56
MADAH PUJANGGA KEBAHAGIAN TIDAK DIUKUR DARIPADA HARTA YANG DIMILIKI TETAPI DARIPADA PERASAAN SYUKUR DENGAN NIKMAT YANG DIBERI Wahai anakanda peliharalah kaki Tahu menurun tahu mendaki Di mana pantang di situ berhenti Supaya orang tak sakit hati
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.